Tuesday, June 26, 2012

Suri Rumah Memang Takde Kerja!


Assalamualaikum,

Tertarik dengan cerita dari blog Mak Encik minggu lepas. Nak kongsi disini sebab rasa macam 
lawak sewel saja En. Zainal ni dan gatal rasanya tangan ni nak ulas serba sedikit. 
Baca dululah ye....

*************************

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja.
Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor     : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor     : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor     : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor     : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor     : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor     : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah
kan tak bekerja.
Kaunselor     : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor     : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.
Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

*********************************

Rasanya bukan hanya segelintir lelaki saja yang kadang fikir gitu. Ada juga 'orang lain' yang
kata surirumah ni macam takde kerja saja kat rumah. Tapi percayalah selagi duduk di rumah,
celik saja mata sehinggalah waktu nak tidur malam nanti ....kerja tak pernah habis!

Paling kita hormat kepada seorang Dr. Pakar Tangan di Hospital Serdang yang mengatakan
Surirumah adalah kerja yang paling susah dalam dunia! Cayalah Prof. Mano!



Sedang mencari resepi2 kek yang best untuk birthday papa next week...ada sesiapa 
nak kongsi resepi dgn kita ....?? ^_________~

32 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

saya setuju kata doktor tu..mmg surirumah adalah kerja yg paling susah didunia!

Queenie said...

surirumah memang takder kerja - kerja pejabat.

kala biarkan suami duduk seharian ganti tempat isteri, lakukan semua tugas isteri dari celik mata sampai hilang matahari, rasa2nya mau suami tu cari satu lagi isteri jadi secretary..

my name is lily said...

career mom + surirumah = superwoman!

:)

msredcheesecake said...

mak, isteri... mmg memenatkan... rehat bila time tidur malam je...

Rinna said...

Menjadi surirumah sepenuh masa mmg penat.. :)

cik lala said...

surirumah takda punchcard...
dr pg bwk ke ptg sampai ke mlm, kerja..kerja..kerja..

bila time nak cuti, nak mc..bla bla bla..?
Time bila lak nak rehat..?

Surirumah memang kerja plg susah di dunia..cayalah!!!!

kakcik said...

Cuba suruh orang 'yang banyak kerja' tu, jadi surirumah sepenuhnya untuk seminggu saja. Agak2nya sanggup tak? :)

ummiross said...

Setuju sangat Ati..kerja surirumah orang tak nampak, kadang2 dah nak tido pun ada lagi yang nak dicapai dan nak dikemas.

Hanis Azla said...

mmg paling susah.. bila weekend, 2 hari jd surirumah pun rasa mcm x ckp2 masa.. selamat buat kek kak..

mak encik | SZ said...

sila2 amik kak, saya pun cedok dialog tu tak dapat kesan tuan pereka dialog nya ....


sama2 kita menghargai tugas2 orang lain kan...takmo kata keje orang tu senang keje kita susah ...

kaklong said...

kerja rumah,tak pernah habis,celik mata,sampai mata nak lelap,ada jer kerja...
kerja yg tak ada gaji...huhuhu!

kaklong said...

kerja rumah,tak pernah habis,celik mata,sampai mata nak lelap,ada jer kerja...
kerja yg tak ada gaji...huhuhu!

Kakzakie said...

Surirumahlah yg paling banyak kerja. Tak pernah siap ada saja yg nak dibuat... Dahlah tu tak ada claim overtime lagi ati..

Kesuma Angsana said...

setuju... kerja surirumah mmg x pernah siap.. rehat wktu tidur n then sambung semula.. salute pada mereka! salam kenal n dah follow awak 970

LydSunshine said...

Betul-betul.. Ntah bila la dpt jadi surirumah sepenuh masa ni.

Aishah Jahirah said...

dok rumah la kena urus banyak benda....konon2 org kt opis dah penat keje tp yg kat umah tu pun penat jugak.bukan dok goyang kaki je...

Daddy Ziyyad said...

Setuju 200% !!

Walaupun saya lelaki, tapi saya sedar bahawa tugas surirumah tak pernah stop. Kalau saya, saya mmg tak larat nak bangun pukul 5am sediakan sahur!

kasihredha said...

tapi ganjaran pahalanya amat besar Atie :)

kakngah said...

masa jd suri rmh.. sehari 18x nyapu.
dah keje ni balik... 2-3 hr baru nyapu..
**pitam**

Kazman / Sue said...

sebab itu para ibu yang menjadi suri rumah ganjaran pahalanya besar kan....

gadisBunga™ said...

setuju kak! saya ni kalau sbb tu ada ustaz cakap gaji surirumah ni patutnya 8k sebulan!

Angah said...

owhh...silap besor le kalo kata surirumah tak ada kerja....

asal celik mata je kerja-kerja-kerja...

aNIe said...

Hehehe...ati akak tergelak baca dialog en.zainal tu...ayat dia mesti berakhir...sebab dia tak bekerja....abih yang Halimah buat hari2 tu bukan kerja ke?

~ yus ~ said...

suami tu yang tak tahu hargai isterinya sebenarnya, tp dia pula fikir sebaliknya...

kerja kat rumah ni mmg tak pernah habis kan kak, kita je kena pandai cari masa untuk diri sendiri....

Dee said...

saya ni wanita berkerjaya tapi saya tetap respect semua housewives..mmg pun kerja yg paling susah dlm dunia..non stop working..kalau kira gaji/hour..tak siapa mampu bayar..huhu..

pipoq said...

sy biasa jugak buat kerja2 surirumah ni..memang leceh kekadang tu..lelebih lagi bila kat nak pikir nak masak apa..hehehe

Ujie said...

Saya surirumah..org slalu kata saya mkn tido jelah sbb tak bekeja & blm ada anak. pdhal tetap ada kerja2 rmh yg kena buat. Cuma kurangla drpd surirumah ada anak.

onlajer said...

as salam
keimpulanya suri rumah terlampau banyak kerja

DORAWANTAN said...

as-salam....

betol2 surirumah mmg sgt byk keje tapi income harapkan suami... keje pejabat pulak dpt income tp stresss giler sbb kne report pd bos2..

KAN BEST KALU DPT MENJADI SURIRUMAH YG MENJANA INCOME AND BE YOUR OWN BOSS... tak mustahil tau... IM ON MY WAY TO ACHIEVE THAT....

ziadorawantan@blogspot.com

Bitt (doubleIS) said...

betul betul betul....surirumah tak de masa rehat yg secukupnya...aekkekee yg penting sekali SURIRUMAH perlu TAAT dan PATUH pada suaminya...jika perlu kerja diluar dengan izin suami lagi bahagia rumah tangga.

nabilah_2908 said...

yupp..pernah juga merasa jadi surirumah...bezanya takde suami je...huhu..

ada je benda nak buat... :)

kenariputih9727 said...

saya pon setuju sangat, surirumah pekerjaan paling susah didunia, apalagi jika ada anak kecik, jgn harap le dapat berehat, hehe... tapi yg paling best, dapat byk pahala.. :)