Wednesday, June 13, 2012

Sampah!


Assalamualaikum,

Nampaknya makin hari makin menjadi-jadi. Selepas tukar kotraktor sampah 
yang baru. Semua jadi kelam kabut, hari dan waktu jadual pengambilan sampah 
sudah bertukar. Sudah lebih 5 tahun biasa dengan hari Isnin, Rabu dan Jumaat. 
Mereka tukar pula hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Kadang datang pagi kadang 
datang petang...suka hati mereka sahaja!

Baru beroperasi sebulan, sekarang sudah seminggu tak datang. Bayangkan berapa
banyak sampah sudah terkumpul...sampaikan tong sampah pun sudah termuntah.
Siapalah yang bertanggung jawab perihal kontrak sampah agaknya...



Sudahlah jalan raya macam jerawat batu, lori curi pasir ligat beroperasi 
dimalam hari...nasib badan tinggal di daerah ini...^_____~

24 comments:

Aishah Jahirah said...

teruknya....tak sanggup la nak hidu bau sampah kalau dah bertimbun tu lg power bau.kontraktor tu mmg xleh pakai la tu...xtetap.

jeBateja said...

biasa lah geng....depa tak leh nak manage masa lagik...dah lama2 nanti...ok lah tu...

:: Mrs.Eady :: said...

teruk nyer...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mcm kat kampung mak sy la..jadual amik sampah x teratur..mcm kt rumah sy ok..sy x penah kira brp kali diaorang angkut tp kerapla dlm seminggu..jarang tong besar sy sempat penuh misti dioarang angkut dah..

eLL said...

betul, kalau bab sampah memang menyakitkan hati. akak ngadu je dekat Aduan Rakyat, baru cepat dorang buat tindakan

Kakzakie said...

Kena report Majlis Ati. Dulu tempat kakak pernah jadi macam ini. Sampai hampir nak buat majlis dialog tapi tak jadi..

Dee said...

k ati..duduk di selangor ke? rasanya yg kecoh2 psl benda2 ni kat selangor je..

~ yus ~ said...

kena buat report ni. Alhamdulillah tempat saya kerap sampah di ambil, kadang belum sempat penuh pun tong tu..

Ujie said...

seminggu? lama tu...
kat perumahan saya (area bangi lama), kalau beberapa hari tak dtg je.. pengerusi tmn dah 'cari'. so far, okey lah.

kena contact mjlis bndrn..report.

Huda said...

kak, diaorang tak dapat gaji ke? cerita kat tv9 malam ni drama kak, bukan bersiri..

♥MAMASYAZA♥ said...

kalo seminggu, melimpah ruah le sampah. jenoh berbau tu. kena report kat majlis tu

Cikpuan rara said...

xboleh report ke?

deno said...

kat tempat deno mmg lori sampah dtg hari2 amik sampah...

MulutPayau said...

kalau smnggu tak datang mmng tak dapat bayangkan....dgn baunya menusuk hidung.. mmng teruk betul dia orang buat kerja...kena report tu..

Daddy Ziyyad said...

mmg stress kan kak ati, nak nak kalau sampai ke tahap sampah dah berulat!

whitecappuccino said...

keje apa la macam tu..

Citarasa Rinduan said...

aduh..
ayu pulak y rasa mahu pitam baca entry kak ati...
tapikan, memahami pengalaman y telah ati lalui...
mmg meloyakan....

h4ni3 said...

tambah bengang bila tetiba ada 'sampah tambahan'.. orang tumpang buang sampah kat tempat kita.. grrrrrr

Bitt (doubleIS) said...

owh kawasan rumah saya pon lebih kurang mcm tu jek perangai2nya...haihh

salam kenal u... :)

Maya Mayana said...

hmm main2 diorang nie...

Izan Ishak said...

kak ati... bab2 sampah kalau tak dikutip ni mmg pening kepala jadinya. kalau seminggu mmg menimbun n berulat lah jadinya kan.

kalt said...

Cuba buat aduan di talian bebas tol masalah sampah 1-800-88-2824. Boleh cakap terus dengan pegawai dari 8 pagi hingga 6 petang, kalau call lepas 6 petang aduan akan direkod pada mesin aduan.

Hanis Azla said...

di kawasan perumahan, masalah sampah mmg masalah yg besar kan kak..

Eye_nee said...

isu sampah yg tak pernah selesai....