Friday, June 29, 2012

Mulut Burung...


Assalamualaikum,

Sepanjang pagi di sekolah mengambil kad laporan 2 anak dara. Seperti biasa, ibu
dan bapa kena beratur panjang untuk menunggu giliran jumpa cikgu. Ada yang bercakap
panjang lebar ...ntah apa masalah negara yang di bincang...tak tahu ler. Terdengar seorang
abang polis yang tengah menunggu gilirin mula bercakap...

kalau saya ambil je report card tu ...tak nak cakap panjang-panjang!

Jadi bila tiba masa kita...apa lagi, cakap serba sedikit saja, salam dan keluar.

Tapi bila pergi ke kelas Farah. Bila cikgu kelas tahu ini mak Farah terus dia pangil Farah
mesti duduk sekali ada banyak perkara nak di bincangkan. Paling utama sekali ialah si Farah
yang suka bercakap selain prestasi pelajaran turun sedikit. 

sayang tau ...dia antara pelajar harapan ...kokurikulum dah bagus..itu bonus! kata cikgu

Bagus juga jumpa guru-guru yang perihatin macam ini. Walaupun sudah berasap juga vontot
duduk di hadapan depan guru kelas dan guru sains. Maaflah para ibu bapa yang lama menunggu, kelat saja muka masing-masing tu.

Pasal mulut Farah tu apa nak buat ye...Masa mengandungkan dia, kita cukup menyampah rakan 
ofis yang mulut becok. 2 minggu sebelum bersalin pula burung datang buat sarang dalam dapur rumah...huhu~

 nantilah Farah ye...mummy belum ada mood nak 'cakap panjang lebar' lagi....



Kelakar dgn hubby smlm...masa nak berbuka ajak makan sekali ...katanya
kenyang lagi... sekali lihat mummy hidang ayam masak lemak dan sambal
tumis sotong ...terus ambil pinggan nak makan...hehe ^______^ 

34 comments:

mak encik | SZ said...

hehehe...
mungkin dah besar nanti farah nak jadi lecturer kot kak... bg syarahan 3 jam non-stop no problem la.. :p

Acik Erna said...

assalam ati..acik pun sama tadi mengadp guru kelas aimi..ambil keputusan.cik kelas cuma minta aimi libatkan diri dalam kokurikulum..masa t.4 ni katanya..dah t.5 nanti sibuk.
aimi dulu semua dia masuk..dah t.4 ni lain sikit..taunya nak balik rumah je..kebetulan xtvt banyak hari sabtu dan ahad.

Dee said...

oh..mcm dee ni dulu masa sekolah..suka sembang..tp org mcm ni semua orang kenal..mudah mesra..insyaallah disenangi ramai..

moga farah berjayalah hendaknya satu hari nanti..dee dulu amik report card budak darjah 1 je..tp still kenalah spent sket masa ngan cikgu dia..kalau dia xde masalah pendek bicara..kalau byk..panjanglah jadinya..

diana said...

selalunya budak banyak bercakap ni sebab dia kreatif..biar cakap banyak asal kerja jalan..heheheh..

kakcik said...

Kakcik kesiankan anak kakcik yang nombor 2. Masa mengadungkannya kakcik 'menyampahssss' dengan seorang bukan Melayu - mungkin secara kebetulan, di antara anak2 kakcik, dia yang agak gelap kulitnya. :(

JunAina said...

Jun pun ambik Jumaat lepas, prestasi pun menurun jugak.

Kakzakie said...

Becok ada baiknya Ati boleh jadi pembahas utama. Becok ada tempatlah maksud kakak sebab itu cikgu tak kisah kan.. yg penting pelajaran ok..

ps: dah nampak sedap mana boleh tak join makan Ati:)

Daddy Ziyyad said...

nest time kak ati pregnant, cuba tgk gambar brad pitt hari hari..:)

munna said...

anak munna pun banyak cakap kan....mulut tak berhenti bercakap.... tu blm sekolah lagi....kalu dah sekolah nanti cikgu pun jenuh nak layan agaknya

:: Mrs.Eady :: said...

masak sedap sgt la tu sampai dia amik pinggan!hehehehee...

eLL said...

takpe, itu namanya peramah.
:D

sedap tu kak ati oi sambal sotong!

Bitt (doubleIS) said...

hehehhehe kalau pompuan tak pe kot...kalau lelaki...ermmm payah gak tu hehehhe

~ yus ~ said...

becok bertempat takpe kak ati, jangan kecoh tak bertempat kan....

Kesuma Angsana said...

tiap anak kan berbeza2.. mana tau farah besar eh ganti farah fauzana tu...msti masyukkkkkkkkkk

Rinna said...

Biasa laa tuh.. bila dia dah dewasa sikit nanti.. berubah la dia tuh.. Moga menjadi lebih pandai dlm pelajaran.. Insyallah..

pipoq said...

teringat masa kita sekolah dulu2 takde pulak cikgu2 rajin nak panggil mak ayah datang sekolah ambik report kad..bagi je kat pelajar, bawak balik sain pehtu esok bagi balik kat cikgu..hehehe

Queenie said...

akak tak suka amik masa lama bila amik report card, kesian parents lain yg menunggu, kalau nak citer2 extra kena calling2 cikgu kendian...
atau jumpa lain hari...

kasihredha said...

byk cakap bererti kreatif dan bijak :)
zaman akak dulu bawa balik report kad suruh mak ayah sain

Zullism said...

kalau ada peluang jumpa guru kelas ..baik tanya banyak sikit akak heheh

MulutPayau said...

saya suka murid yg bnyak cakap dari pendiam....seronok layan dia orang....

fadh leyanie said...

farah maksudnya kegirangan,sesuai dengan watak dia yang peramah..:P

sayadankamerasaya said...

ada masuk pidato sekolah tak?
:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy gi amik report card haritu kejap je..cikgu risya x cakap apa sgt..tp budak yg sebelum tu huh berasap jugekla montot sy nunggunya


xpela kuat bercakap..boleh jd deejay ke pengacara hihi

gadisBunga™ said...

kalau farah tak bercakap tak meriah la kak!

eda_ej said...

cam ne la nak ngadap cikgu anak2 nanti.. risaunye..

akuzle ayu said...

molot burung mcm tuh yer? burung murai eh kak? hihihii...

Kazman / Sue said...

kalau mulut farah tu petah berkata2x rasanya beso nanti boleh jadi professor tu nanti... aminn...

nabilah_2908 said...

peramah la orangnya kan..? mesti ramai kawan... :)

@cu SaYaNg said...

boleh jadi pemidato terhebat nie :)

NEKCIK said...

Salam kenal..baru terbaca kat blog Yan...rupanya Ati ni pernah jadi pendudok setapak jaya ye...Nekcik ni lah yang dok SJ tu..memang bnyak berubah..boleh sosek kalau datang nnti

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Syira said...

salam...

ada masa naik ,ada masa turun, tp kalau banyak ckp mmg ada can jadi pegawai nanti tu ;)

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

cikceriacorner said...

hheheeh..kak..kalo farah senyap mesti uma sunyi...baik dia bising..meriah suasana..heheh