Wednesday, June 20, 2012

Majlis Kahwin di UIAM


Assalamualaikum,

Ini adalah majlis perkahwinan yang terakhir dalam list yang kami dapat sepanjang cuti
dan seminggu lepas buka sekolah. Mulanya malas nak pergi sebab sudah 2 minggu kami
asyik berulang ke KL untuk hadiri majlis walimatul urus. Tetapi di sebabkan majlis dibuat
di dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebab tak pernah masuk dan juga sebab
nak beri sedikit motivasi pada anak dara kita, Farah. Gagahkan diri juga turun ke KL lagi.

Rupanya dewan di dalam UIAM ini juga di buka untuk sewaan sebarang majlis dari
pihak luar. 



Sebelum masuk dewan tu, Syahmi dah lari pusing keliling padang ni beberapa
kali tau...cantiklah UIAM nih!
 

Dewan ini sangatlah besar dan nampak grand sangat. Banyak meja yang di sediakan
 

Meja untuk VIP dan pelamin ...banyak bunga sakura...pink semuanya!
 

Pintu gerbang keluar...cantik sangat hiasannya...Syirah suka!
 

Farah teruja bergambar depan dewan tempat budak2 U buat persembahan
 

Ini kita punya...sedap-sedap makanannya dan dihias dalam buffet yang grand!
Tetapi sayang seribu sayang....bukan salah tuan rumah tetapi lebih kepada salah
dan kecuaian pihak kateringlah!

Boleh agak tak berapa sewa dewan yang nampak grand ini....?


Harga nya pun...wow!! boleh buat bayar kateringlah untuk 700 orang  ...^_____^

19 comments:

gadisBunga™ said...

kitorg convo kat situ.

*

saya berangan konon nak buat majlis kat kuliyyah architecture punye hall. perasan tak building bentuk rumah melayu kat sebelah kiri dewan tu? :D

Rinna said...

Nampak sedap makanan tuh..

Apa masalahnyaa ngan katering tu?

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ati..wah!mmg grand betul majlis perkahwinan trsebut.
gambar pengantin xder ke?:D

cik lala said...

mmg grandlh majls tu...
besar gak dewannyer...puas hati buat majlis...

pok amai-amai said...

Sy pun tak nah msk UIAM. Heee...

=p

kakchik@ella said...

nasi tu beras dia pjg2. nmpk best. cantek la dewan tu. looks so grand.

JunAina said...

Tengok hiasan dewannya pun dah nampak grandkan? tapi kombinasi warna2nya memang nampak sweet...

redza said...

ada byk duit bolehlah buat majlis yg grand camtu

Azian Elias said...

macam sedap je nasi tu.. panjang2 berasnya..

Bitt (doubleIS) said...

wowww...
tapi deco cun ;)

mak encik | SZ said...

best juga dapat jalan2 masuk U lain2 ni ... terasa aura keilmuan di situ ... penyuntik semangat anak2 kita kan kak... :)

♥MAMASYAZA♥ said...

kalau pegi kenduri, dpt makanan yg sedap2, mmg bestkan

ieda said...

wah kak .. luasnyaaa dewan dia ..
seronok kalau majlis kawin dlm dewan .. x berasak2 kepanasan , nak2 time skrg kan kak :)

Hanis Azla said...

mmg nampak grand dewan tu.. suka juga dgn hiasan bunga2nya..

Kazman / Sue said...

memang grand la buat kat situ.... modal besar tu...

Ati Masrif said...

gb,

nape..nape..?

ada memori berdating kat situ kah..hik3 :P

@cu SaYaNg said...

nampak meriah

nabilah_2908 said...

besar tempatnya..besar juga la bayarannya kan..? hehe :)

fadh leyanie said...

dewan ni mmg serbaguna,waktu exam pun selalu kat sini..:)