Monday, June 11, 2012

Door Gift Unik


Assalamualaikum,

Sepanjang cuti sekolah ini hinggalah ke minggu hadapan kita mendapat 7 undangan 
walimatul urus. Setakat ini hanya dapat pergi 2 majlis sahaja...nak buat guano...sibuk sokmo..hik3

Semalam ke majlis perkahwinan kawan hubby. Majlis yang sangat meriah kerana dengarnya
pegantin perempuan itu anak perempuan tunggal. Menggunakan perkhidmatan live band,
pelamin yang sangat cantik dan katering dari Angsana katering yang memang terkenal 
dengan keenakan masakannya sudah tahu betapa tuan rumah bersungguh dalam meraikan
majlis anak mereka.

Selalunya dalam majlis kahwin ni pasti dapat door gift cawan atau pun kek tapi majlis kali 
ini lain dari yang lain. Door gift ada kelainan dan kita suka sangat!


Bekas kaca yang comel 
 

Dapat 3 bekas...heee~ suka!
 
 
Boleh buat kawan bekas kaca dari Ikea yang sedia ada kat dapur. Nak isi 
apalah pula dalam bekas baru ye



Terima kasih buat pasangan mempelai. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.




Ada yang bertanya "baju raya ke-2 dah siap ke belum?". Jawabnya ...belum lagi...
rancangan tergendala sebab sibuk dengan majlis walimatul urus...hehe~ alasan ^____~

18 comments:

pok amai-amai said...

Bestnya goodie wedding tu...

mummy_ayu said...

wah..tomei2..leh guna..suka kalu dpt doorgift yg sgt usefull mcm nie...

:: Mrs.Eady :: said...

weeee...bleh guna utk raya nnti!hehehe..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

masa adik ipar sy kawen pon isterinya guna bekas ini utk door gift..siap hias dgn riben kaler pink..dah sy buat letak rempah ratus kat dapor hihi

Munnafendy said...

ahaa boleh isi garam, kunyit dgn asam! hihi :p

kakcik said...

Kakcik dah tak tahu nak buat apa dengan mug dan sebagainya yang didapati masa majlis perkahwinan. :)

kasihredha said...

akak pun ada dpt bekas ikea ni..dan dah siap ada rempah ratus lagi :)

mak encik | SZ said...

senang kan kak, trend sekarang gaknya bekas2 kaca tu..yang terbaru sy tgk kawan post kat fb dapat door gift sebotol kicap ... oohh lg best, konpem orang pakai/makan!

Ati Masrif said...

suzi,

unik betui tu!
harus di gunakan...kicap jalen ke..hik3

Hanis Azla said...

cantik lagi berguna.. baguskan kak ati..

deno said...

canti, baru ni deno pegi kenduri pun dapat bekas mcm ni :)

Kakzakie said...

Macam-macam style door gift sekarang ni Ati. Apa lagi boleh digunapakai dan matching pulak yg sedia ada di rumah sendiri, memang sukalah..

gadisBunga said...

baru2 ni mak ayah saya dapat air zamzam, kismis minda dan kurma mekah as doorgift wedding. menarik sungguh!

aNIe said...

Ati...comel sgt... ari tu dpt yang dlmnya isi biskut comel bergula tu...pastu ada juga yang dpt marsmallo*

♥MAMASYAZA♥ said...

akak pun penah dapat door gift camtu, tapi siratu amik buat main masak2, geram sgt

Syira said...

salam..

comelnya, kat tmpt sy belm ada lag y guna doofgift sebgini... kos tinggi ;)

@cu SaYaNg said...

macam-macam ye door gift sekarang nie
yang penting kena ikut kemampuan, sesuai dengan bajet

ratusiput said...

skang ni mmg mcm2 patern cenderamata utk tetamu kan.cantik2.dulu ratu kawin bg telur isi dlm kotak je.takpun zaman dulu bungkus telur dengan tisu je ehehe..