Friday, May 18, 2012

Kem Smart BKBRP, Bentong


Assalamualaikum,

Sejak Syahmi dapat keluar dari Hospital Putrajaya setelah kena tahan
di wad selama 2 hari. Mummy pula kena sentiasa pantau dia ...takut memanjat
lagi ...takut lari dan jatuh lagi. Akhirnya blog cayang bucuk kita ni pun terabai,
selain dari alasan laptop masih rosak dan kamera pun buat hal...menyebabkan
banyak kenangan indah tak dapat nak di rakam, kesian betul...huhu~





Sabtu lalu kami ke Kem SMART BKBRP, Bentong untuk majlis reunion sekolah
hubby.  Meriah juga kerana puan penganjurnya ada membuat banyak acara permainan
untuk anak-anak dan juga untuk ibu dan bapa. Walaupun cuaca amat panas tapi bila
lagi nak merasa pengalaman berada di SMART KEM, bagi kami sekeluarga ini merupakan
pengalaman yang pertama kali.

Di sini ada di sediakan chalet-chalet yang comel untuk di sewa, di mana di dalamnya
ada 2 buah katil 2 tingkat. Ada juga anak sungai yang di dalamnya ada batu yang unik.
Kita ingatkan batu buatan tetapi rupanya batu asli yang berbentuk seperti gua. Rugi tak
dapat snap semua kenangan yang indah ini.



Syahmi kalau boleh semua acara dia nak join, walaupun untuk orang yang
lebih besar

Nasib ada gambar-gambar dari FB kawan hubby...dapat juga nak menempek
kat sini. Tengok tu Syahmi sunguh-sunguh mengigit sudu tu...walaupun tak menang
dia dapat hadiah juga kerana peserta paling cecik :)


Suatu ketika dahulu mereka ini adalah pelajar sekolah dan sekarang semua
dah jadi bapak orang dan perut pun dah membuncit...jangan marah papa...hihi


Pada yang bercintan cintun masa sekolah dulu...lupakan saja kenangan lapuk
tu...kan lani masing2 dah berkeluarga...enjoy sajalah! ^_____~

20 comments:

kakcik said...

Ada tak yang bercinta dari zaman sekolah dulu kekal bahagian berumahtangga sampai beranak cucu ya? Seronok juga kalau boleh baca cerita mereka. :)

Ati, Ahad ni join berkelah di Tasik Cempaka, Bangi tak?

kakchik@ella said...

alahai SYahmi dah ok betul2 ke skrg ni ati?

Kakzakie said...

Mesti senyum simpul pada yg bercinta tak menjadi bila berjumpa masa reunion...

♥MAMASYAZA♥ said...

akak penah pegi reunion en. abah dulu. sempat jumpa gf lama en. abah...hehehehe

Daddy Ziyyad said...

Syahmi jgn nakal2 lagi tau!! :)

Jom jumpa kat bangi ahad pagi ni kul 9am

h4ni3 said...

encik papa ada jumpa ex-gf tak?
hihi

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

syhami boboi..lasak sgt smpi jatuh-jatuh..haritu ada tgk gambo syahmi tu kat fb


sy kan paling malas nk gi reunion sekolah..haha..teruk x

So Shy Lady (SSL) said...

oh ptut la lama t.tngok klibat k ati... kat hospital rupanya. boy biasalah jatuh2 neh


sy ralat nk g reunion sbb....hehe

pipoq said...

kenapa bapa orang perutnya mesti buncit ? hehehehe..

salah satu sebabnya yang telah dikaji, "bila anak tak abis makan, tolak kat mama tapi mama tak nak sebab katanya diet jadi ditolak ke papa lalu papa yang terpaksa makan sebab kalo nak dibuang nanti membazir" kerana itu la perut kaum bapa ni membuncit..tak gitu ?

aNIe said...

Comelnya syami... hehehe...suka tgk rambut dia

Azian Elias said...

tulahh.. lama betul tak nampak ati kat sini.. FB ada lah gak..


Harap semua nya gonna be ok..

sissyira said...

salam..

patut pun blog sunyi...xpe, nnti dh relax2..blh layan blogging lagi...



jemput joint contest syira :


http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

diana said...

seronok nya jumpa kawan2 lama..
tapi saya kalau ada reunion malas nak pi sebab depa tak kenal saya..
saya yang dulu masa sekolah depa kenal la..itam..gemuk..bila sekarang ni semua ingt saya ni bini rakan sekolah depa tu..padahal saya ni kawan sekelas depa.depa tak ingat saya,kecik la hati..:p

eda_ej said...

huhuh.. cinta zaman skolah ade.. tapi lain skolah... selalu juge ingat balik sebab pakwe tu dah jadi suami.. hehheehe..

@cu SaYaNg said...

semoga syahmi dah sihat sepenuh nye ya :)

munna said...

seronok kan klu berkumpul dgn kawan2 sekolah dulu2

Alin Marlini said...

hehehehehe...kenangan cintan cintun zaman sekolah yg kelakar

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

syahmi jgn nakal2 lagi kkk..bentong best gak baca N3 kat sana.

cemomoi said...

assalamualaikum

ada yang jumpa marka (awek) lama ke kat situ... bahaya tu

perut boroi mesti menang sebab perut dulu cecah garisan penamat

moga hepi sokmo...

eLL said...

patutla akak lama menyepi. hehe