Tuesday, April 24, 2012

Sudah Mati Tapi Tak Sedar


Assalamualaikum,

Tiba-tiba saja semalam mood rajin nak mengemas bag duit. Banyak sangat
sampah sarap didalamnya. Segala macam resit pasaraya ada ...Tesco, Giant,
Care4... bil KFC yang makan dua tiga bulan lepas pun ada juga. Duit saja yang 
tak ada...huhu~

Bila sibuk membelek wallet ni baru teringat nak tengok lesen memandu expired
bila. Sekali lihat...aduhai...dah mati pun bulan lepas. Jadi selama sebulan ini kita
dengan selambanya memandu ke sana sini tanpa rasa bersalah. Nasib tak ada 
polis yang menahan kalau tak...selamat...hihi~


Hari ini Along final exam...semoga semuanya di permudahkan dan akan 
berjaya dengan cemerlang...amin!

26 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

terpaksalah hidupkan cepat cepat!hehehe...

atty's said...

lesen dah renew ke lom tu.kty selalu renew 2 thn sekali

redza said...

haaaaa cepat renew karang susah nak ronda2

qemaishak said...

qema pun camtu tapi sekarang dia renew ikut tarikh lahir, ingat tarikh lahir ingat lesen mati hihi..

bag penuh segala resit tu sama je kak :)

gadisBunga said...

saya penah mai 5 bulan sebelum renew. ngeeeee~

gadisBunga said...

*mati.

ngeee

**tolong sampaikan ucapan goodluck kat along ye!

Kakzakie said...

Kakak tak boleh lupa ati sebab lesen kakak dgn birthday abang sama tarikh...

ainnoraini said...

bahaya tu...biasa la kadang terlupakan lg la bila renewnya ambik byk tahun...ingat hidup lagi rupanya dh lama matinyakan...

gudluk kt along..semoga dipermudakkan segalanya

Pok Amai-Amai said...

Along skg blaja kat U ke kak?

Eye_nee said...

dah sebulan T...hehehe..cepat2 T renew kan nnt tak pasal2 kene saman ..

Nur Hawa Mohd Zin said...

pergi hidupkan..hehehe

Munnafendy said...

haa nasib baik sebulan...cpt2 p tukar..lps ni ikut bday dh, mesti ingat.

kakngah said...

lesen memandu kite xpired bln ni. xtau la berapa hb. nak tgk sat.

eLL said...

kalau bil penting macam beli katil, mesin basuh dll (konon macam pernah beli), saya akan ketip dalam buku khas. Tapi takde maknanya sebab tak berapa nak rajin. Haha

che mid said...

Tu la sebab kerajaan tukar tarikh lesen mati tu sama dgn tarikh lahir.. kalau lupa gak.. sah dah tueee.. he he

nabilah_2908 said...

hehehe...nasib baik kan..?

apa tunggu lagi kak...cepat2 la g renew... ;)

good luck tuk Along.. :)

Acik Erna said...

amin..semoga along berjaya

Amelia said...

Hi Ati,amboi... shioknya dan selamba aje pandu kereta merayap sini sana, tak sedar lesen sudah expired. hahaha nasib tak kena saman... jimat RM300.

Jumpa lagi, jom pergi pondok I makan burger dan kentang goreng.:)

Daddy Ziyyad said...

ahahahaha...mmg org pompuan suka simpan resit /kertas macam2 kah dlm wallet/handbag? sebab saya tgk wallet wife saya pun macam tu!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hihih..pssttt kita nyer lesen dah bertahun matiii


kita kan sejak ada purse baru dah x letak sampah sarap dah..kalau purse lama dulu bnyk sampah sgt agaknya kalau lipas masuk situ boleh sesak napas hikhik

♥MAMASYAZA♥ said...

kalo sebulan kira dah lama gak tu. nasib takde polis yg tahan kalo tidak. hancusssss

Aishah Jahirah said...

mujur takde polis tahan...sekarang renew dah ikut tarikh lahirkan...saya tukar P dulu terus renew 5thn..huhuu

h4ni3 said...

dulu2 encik apek selalu tolong bersihkan sampah sarap dlm wallet/handbag saya.. hihi

k.ati
kat area kedai tu ada ice room.. ada yati ayam percik.. ada paparich
area tu dia panggil 3B curve.. setentang dengan cimb seksyen 8

kasihredha said...

akak pulak road tax mati sebulan yg lalu...baru sedar. Bawa kereta dgn tanpa bersalah

Maya Mayana said...

biasalah kak beg org pompuan...ingat apa nya yg mati tadi...heh :)

Syira Qahira said...

salam..

nasib baik tak pernah kena saman..