Thursday, April 5, 2012

Sejarah Yang Di Tinggalkan Di Bukit Jugra


Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat semua. Tentang kita dan cik TON malas nak cerita! Memang 
SUPER 'A' class dah nak masuk 2 minggu nih ....memang dugaaannnn!!

Ingat tak, cerita tentang Bukit Jugra yang pernah kita katakan. Ada lagi satu story yang 
menarik di sana selain dari Paragliding. Kalau tengok pada jalan nak ke situ, memang 
macam tak ada apa dah. Semak samun, suspen pun ada  dan jalan yang ada pun kecil 
saja. Tapi jika jalan terus hingga ke hujungnya, anda akan berjumpa dengan ....



Menakutkan lalu jalan yang dah tak terjaga ini tapi pasal nak tahu apa ada di hujung
sana...kami redah sajalah.



Juga di kenali sebagai 'PASKAU'. Kalau ikut sejarah yang kita baca pada 1971
TUDM Bukit Jugra dibuka untuk menempatkan Pusat Pertahanan Udara II dengan
sistem Radar Marconi S600. Kedudukannya adalah dipuncak Bukit Jugra berhampiran
dengan bandar Banting, Selangor. Pada tahun 1993 radar di PPU2 dipindahkan
ke Kuching dan pangkalan TUDM Jugra diambil alih oleh Markas Rejimen TUDM.
  
Kawasan kem ini sangat luas tapi berpagar walaupun telah di tinggalkan. Ada lagi gambar
yang kita ambil tapi tak berani pula nak siarkan sebab di situ ada ditulis tak dibenarkan 
mengambil gambar. Tapi tak tahulah arahan itu semasa kem ini masih di buka atau tidak.
Cuma kita tak tahu bila pula kem ini telah di tinggalkan sepenuhnya dan kenapa tak buat
apa-apa lagi di situ. Jadikan Mizium ke untuk tarikan pelancong.

Sayang juga lokasi yang cantik mengadap ke laut nan membiru, mungkin mereka masih 
gunakan sekali sekala kot...? Ada sesiapa yang tahu tak...silalah berkongsi cerita.

18 comments:

kakcik said...

Bukit Jugra ni selepas Banting, kan? Kakcik selalu ke Banting tapi tak pernah sampai ke tempat yang Ati pergi tu.

Semoga kesakitan Ati itu akan segera pulih sepenuhnya.

pipoq said...

menarik jugak nak tau ni..

Acik Erna said...

memang tak dapat nak kongsi ati..sebab tak tau..
ati dah sihat ke.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

semoga lps dah jumpa doktor nnt cik ton tu x dtg lagilah kan


kalau suami sy mesti x nak masuk kalau jalan mcm misteri tu

Syira Qahira said...

salam..

mungkin tempat tu berhantu kot..tu semua yang lari tu..sampai x de yang berani pergi..

terpengaruh dgn citer dalam tv.hehe

~ ADANDO ~ said...

salam persahabatan.

mcm best aje bukit jugra ni

Izan Ishak said...

tengok jalan tu kalau izan tak masuk dah kak ati...seram plak rasanya. izan pun tak pernahsampai lagi bukit jugra tu.

kasihredha said...

jalan tu seram je akak tengok..
kalau sensorang takut gak

@cu SaYaNg said...

1st time acu dengar nama Bukit Jugra
hehehee... :D

Zullism said...

macam haunted jer kak tempat tu...:)

aNIe said...

Ati...akak ni lagilah tak tau..hehehe...

jeBateja said...

Uikkk...kawasan mcm ni pun kena tinggal...tak penting ke erk...

Rinna said...

Dulu pernah pergi ke Bukit Jugra.. sebab hubby pernah wat paragliding kat sini.. Mmg cantik pemandangan kat atas tu.. :)

Hanis Azla said...

teringinnya nak ke tempat tu kak..

Daddy Ziyyad said...

sayang juga terbiar kem Paskau tu kan....dah habis berconteng signboard nya

Aishah Jahirah said...

tak pernah tahu pun...tapi kenapa terbiar macam tu je ye..tmpt lawa buka la utk melawat ke...

Papa Daniel said...

satu tarikan pelancongan yang dipersia-siakan.

Anonymous said...

Terpaksa tutup dengan segera tempat ini kerana berlakunya tentera yang berada di situ mendapat serangan kencing tikus. Ada juga yang mengatakan ia sebagai serangan biolohi semulajadi.