Thursday, April 26, 2012

Kisah Seram Di Pantai Morib


Assalamualaikum,

Sebulan dua ini, Hubby sangat sibuk hinggakan cuti pun pada hari weekday saja.
Baru minggu yang lalu dapat cuti pada hari Sabtu. Maka kami pun pergilah ke tempat
kegemaran kami sekeluarga, apalagi Syahmi dah berminggu menuntut nak ke pantai.

Lewat petang dalam pukul 6.00 baru sampai ke pantai Morib. Sekali lihat air pasang
besar dan laut bergelora lain daripada biasa. Jadi Syahmi dan Syirah yang sudah siap
pakai baju mandi dari rumah hanya main korek pasir di tepi pantai. Sesekali depa
pergi ambil air laut di tepian pantai saja.

Kebanyakan orang ramai yang datang pun hanya mandi di tepi pantai saja. Mummy
dan Papa duduk atas batu pantau anak-anak sambil menikmati angin yang kuat dan
pemandangan yang indah.

Terpandang seorang gadis berbaju blouse kapas berbunga kecil, berseluar biru dan
bertudung bawal. Ayu saja gadis ni sambil berdiri di tepi pantai dan melambai-lambai
pada 4 orang kawan atau saudara lelaki yang sedang mandi di dalam laut.

Sekejap lagi gadis itu dengan baju yang sama datang ke pantai lagi tapi kali ini rambut
sudah terjurai ke pinggang ...agaknya tudung bawal tadi sudah terbang di bawa angin kot.
Kali ini dia terus masuk ke dalam laut untuk mandi bersama teman-temannya tadi.

Pemandangan itu sudah cukup buat mata pemandang kepada mereka tetapi ...
keadaan gadis itu sudah buat akak dan wanita lain nampak sangat menyeramkannnn....
keayuannya tadi pun sudah hilang....seram...seramm!!

Peringatan untuk anak-anak dan diri sendiri juga kalau nak mandi di public janganlah
pakai pakaian yang berwarna cerah apalagi blouse kapas yang jarang....jadi seram orang
melihat.


teringat kat Angah bila balik bercuti, dia cukup marah kalau Farah jemur baju di luar
tanpa pakai tudung...huhu ^________~

26 comments:

kakcik said...

Ish... memang sangat menyeramkan!

:: Mrs.Eady :: said...

haisshh....seram nyer!

Azian Elias said...

untung ati anak2 kecil lagi dah tau menutup aurat dan concern. akak umur dah 27 tahun baru rasa tak nak tanggal2 dah.. takut azab tu..

Rinna said...

Fuiyooo seramm sgt..seram kalau nengoknyaa.. yer.. :)

eLL said...

seram betul. tegak bulu roma

Munnafendy said...

hahahahahaha...mmg seram! kih3
tak terbayang bila dia kuar dr air tu...seram2..

Daddy Ziyyad said...

kenapa? blaus kapas tu macam mana rupanya?

Huda said...

hmm, serammm

Papa Mifz said...

banyak kat luar sano tuh suko yg seram2 nih kak...hehe

Syira Qahira said...

salam


ingatkan seram sbb hantu, rupanya seram sebab semua kuar terbonjol kat tubuh..

diana said...

aduhai...
apa nak jadi la...

sal said...

akak baca pun dah suspen..

mak encik | SZ said...

salam kak ati,
hmmm klu pakai baju kaler cerah mmggg la haru...eloknya nak mandi manda tempat awam tu cariklah baju kaler gelap kan ...

h4ni3 said...

seram ker.. seksaaa??
hehehe

~ yus ~ said...

aduh! Memang seram tu kak....huhu

deno said...

memang seram la akak... eiii

*Tinie* said...

seram ke gerammm ??

*Tinie* said...

seram ke gerammm ??

*Tinie* said...

seram ke gerammm ??

*Tinie* said...

seram ke gerammm ??

*Tinie* said...

seram ke gerammm ??

Pok Amai-Amai said...

BErdiri bulu roma sy nie kak!!! Seram!

Izan Ishak said...

izan baca penuh perasaan kak ati... mmg seram pun nak tgk kalau kuar dari air pas berendam tu.....

kasihredha said...

hihi..ingat ke betul2 seram tadi...suspen jer tau.

seksi yg menyeksakan

alien said...

pergh!!
seb baik g kelanang haritu..
kelanang port org mancing2 n berkhemah..
hehe

hajiMete said...

seksi gilerr makk.. kikik2