Wednesday, March 21, 2012

Kejadian Misteri Dalam Surau Di Tol Putrajaya


Assalamualaikum,

Kejadian ini terjadi pada hari rabu lepas. Ketika itu kami dalam perjalanan nak
pulang ke rumah dari lebuhraya Shah Alam ke Putrajaya. Berhenti sebentar 
di perhentian sebaik saja melepasi Tol Putrajaya kerana nak menunaikan solat Maghrib. 

Disebabkan Syahmi dan Syirah sedang tidur, kami ambil giliran untuk menjaga mereka
dalam kereta dan kita bersama Farah pergi dahulu. Sebaik saja memasuki surau yang 
amat sempit. Ketika itu ada 4 orang wanita dan seorang kanak-kanak sedang solat
berjemaah sudah tak boleh nak masuk lagi. Kami pun ambil wuduk dan bersiap memakai 
telekung dahulu sementara menunggu dengan penuh sabar mereka habiskan doa yang 
panjang lebar itu.

Sebaik saja mereka selesai, kami pun terus mengambil tempat untuk bersolat. Beg kain
sembahyang pula di letak di sebelah kanan. Setelah selesai ada tinggal lagi 2 wanita tadi
yang sedang bersiap memakai tudung. Sebaik saja mereka keluar dan ketika hendak 
memasukkan kain sembahyang ke dalam beg. Barulah kita menyedari yang sebentuk cincin 
emas kita telah hilang dari dalam beg. Ketika hendak mengambil wuduk tadi kita telah 
menanggalkan 2 bentuk cincin, 1 gelang mutiara dan 2 keronsang mutiara. Semuanya 
disimpan di dalam beg kain sembahyang dan di atasnya kita letakkan tudung kami berdua.  

Tidak terlintas di hati ada orang yang mengambilnya kita pun segera memunggah semula
semua barang-barang dalam beg kain sembahyang, pergi semula ke tempat wuduk dan 
juga mencari di lantai surau tetapi masih tak jumpa. Terasa cemas juga kerana cincin itu
kalau ikut harga semasa mahu RM 700. Dalam hati yang sedih berkata dah tak ada rezeki.
Ketika hendak melangkah keluar surau tiba-tiba kita terpandang beg yang tergantung di 
balik kain-kain sembahyang yang tergantung di dalam surau. Hati terasa nak melihat pula
dalam beg itu. 

Kuasa Allah yang Maha besarkan, kita terlihat cincin kita elok terletak di atas kain 
sembahyang yang terlipat di dalam beg yang tergantung itu. Pada ketika itu timbul
rasa marah pada siapa yang buat begitu dan mengapa...??. Ketika itu juga kita tak
mahu memaafkan hamba Allah yang buat begitu kerana menyusahkan kita membuang
masa mencari sedangkan hubby sedang menunggu untuk bersolat pula. Tetapi kini kita 
sudah memaafkan sesiapa saja hamba Allah itu tetapi masih tak tau apa motif DIA 
berbuat begitu???


lebih berhati-hati sekarang ini, tak kira dengan siapa atau dimana tempatnya.... 
 

29 comments:

Pok Amai-Amai said...

Hoh...mmg misteri! Aduhai...kwn sy pnh hilang habis seme brg termasuk wang tunai lebih RM500 usai solat Maghrib. Haishhh...

atty's said...

camne lak boleh ada dalam beg lain..

kakngah said...

owh! misteri sungguh..

kakcik said...

Wah... 'dia' main sorok2 barang pulak? Siapakah 'dia' itu?

@ deqla manjew said...

huhhhh.... deqla dulu pun pernah keje kat tol...iaitu di tol gombak...mmg kawasan tol ni keras...deqla sendir pernah alami kejadian pelik dan seram di tol...

♥MAMASYAZA♥ said...

pelik tu, tapi sememangnya surat kat hentian tol, mesti hati2. ramai sgt. kecurian slalu berlaku kat tpt camtu

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

beg yg tergantung tu sape punya kak ati? mujur allah gerakkan hati akak utk tgk dlm beg tu kan

kaklong said...

dah byk kes begini..lain kali hati2
org begini,nk buat dosa tak kira tempat..
:(

Acik Erna said...

Assaklam Ati..alhamdulillah dapat semula..syukur alhamdulillah

nyanyisunyi said...

Salam ati...
kot ada jin Islam yg nak menyakat ati tak?tak mustahil sebab makhluk tu ada di mana2...tapi apa2 pun alhamdulillah dpt semula cincin tu..ti ni jd pengajaran juga...kena hati2 lain kali walaupun dlm surau atau masjid kerana pencuri tk kira tempat...dalam rumah Allah pun dia buat keja keji tu.

~ yus ~ said...

nasib baik jumpa semula ya kak. Mmg misteri ni. Mcm mana boleh ada di beg itu pula ya? Beg sape pulak tu?

pipoq said...

ujian kesabaran kot tu..

ape pun misteri jugak kisahnya..

gadisBunga said...

misteri nusantara ni namanya kak. ada yang nak main main kot?

mak encik | SZ said...

sangat misteri laaaa kaakkkk...
meremanggg juga baca ni ...
huhuhuhu

adarnadzmie said...

alhamdulillah jumpa balik cincin tu... klu tak sedih jugakkan...huhu...

h4ni3 said...

jeng jeng jenggg ;)

rezeki k.ati... Allah gerakkan hati k.ati nak check kat beg tu

Amelia's De-ssert said...

Hi Ati, teima kasih singgal pondok saya.

Nasib baik jumpa balik cincin you. God bless.

Have a nice day, jumpa lagi ya.

Ujie said...

alhamdulillah..gerak hati yg sgt2 membantu.

mmg takleh caya kat mana2 pun..

mama ju, said...

Alhamdulillah dah jumpakan, bersyukurlah...tapi pelikkan?

redza said...

besi buruk pon org curi inikan pulak cincin emas..nasib baik jumpa semula. alhamdulillah

Maya Mayana said...

misteri lagi2 dirumah Allah pula tu...mungkin akak blh pesan kat farah bergilir amik wudhu' dan kemudian beg letak kat depan atau tepi...

Anonymous said...

saya kerja dialamanda putrjya...dalam surau wanita kt situ pon kita kena hati2 sbb banyak kes kecurian dh blaku masa tengah ambil sembahyang dan sedang solat..klu bgi handbeg pada anak surh pegang pon bahaya sbb dorg berani ambil dr anak kecil kita tu...hati2 key....

azieazah said...

Bersolat di surau public sebegitu kita kena lebih berhati-hati. Letak beg paling hampir dgn kita atau minta ada yang jaga...

Dee said...

misteri gak tu..kalau nak curi..kenapa dibiarkan tergantung kt dlm surau tu..

lenkali letak betul2 depan kepala sis..letak sebelah kiri dan kanan adalah sgt tak selamat..

Queenie said...

akak pun pernah alami kejadian gitu kat surau rnr hiway...tp dpt tau saper punya kijer...malas ar nak citer, lenguh.

So Shy Lady (SSL) said...

salam k ati, lamanya cuti hehe.... ssl pun kdg2 t.mympat n9 akhir2 ni

misteri gak tuh! kerjaan mnusia kah? tp mcm mustahil coz cincin tu dh ltk dlm beg kan...jengjengjeng

kayna said...

huh... Alhamdulillah jumpa... risawnya.. tapi.. pelik juga

cheqna said...

alhamdulillah sebab jumpa
tapi pelik...siapa yang buat ni

nabilah_2908 said...

mungkin org yg ambil tu nak simpan dulu kt situ..bila tgk dah takde org..baru dia ambil....

apa pun..syukur lah cincin akak tak hilang... :)