Assalamualaikum,
Ada seorang teman yang ingin minta tolong pendapat kalian semua...
Mengenai suaminya yang sering buat tak tahu jika dia sakit. Alasannya amat mudah...
Semua sakit itu.... jauh dari luka diperut!
Pergi ke klinik memandu sendiri ketika sakit, sudah jadi kebiasaan baginya.
Ketika isteri kena cirit birit, dia janji akan belikan ubat nanti. Malangnya selepas
itu boleh dia buat lupa. Kejadian terbaru si isteri tercekik tulang ikan. Sehingga luka
di tekak dia berusaha nak keluarkan tulang ikan itu. Suaminya seperti biasa, tidak
cuba untuk membantu. Malah bersenang-senang membaca surat khabar di ruang
tamu. Memang isteri akan bersabar sahaja...tetapi semakin lama kesabaran itu
akan mula hilang.
Si isteri mula terfikir....
Apalah gunanya punya suami jika hal sakit pening seperti ini tidak di ambil berat
oleh suami...? Tahu kah para suami isu ini sangat sensitif bagi seorang wanita
terutamanya seorang isteri yang mengharapkan perhatian seorang suami. Bukan
hanya perhatian tentang makan, pakai dan hal di tempat tidur yang perlu di ambil berat.
Teringat kata-kata seorang teman lama ketika berkerja di Affin Bank yg sudah
terputus hubungan. Dia menjual insuran MAA bernama Aida, katanya beli insuran
untuk jaminan orang wanita ketika sakit nanti. Kerana suami belum tentu akan
bersama jika kita tidak punya upaya nanti....wallahualam.
33 comments:
Suami apa cam gitu, cam takde perasaan je kan..
Hmmmm, dah cuba slowtalk x ngan suami, bwk berbincang... Mungkin ada yg tbuku dhati masing2.... Setiap masalah mesti Ada jalannya... InsyaAllah
susah n kesian nye... camna nak settle tu ye.. suami dh jns mcm tu.. mgkn khdmat org ketiga diperlukan tuk nasihat kan si suami..huu~
Alaaa.... betol ke imej lelaki semua macam tu...?
sedih :(
(Suka tengok dan pernah tengpk suami yg caring sampai papah isteri waktu isteri memerlukan...)
kes terpencil kot kak...
suami manalah tak sayang bini ye...
hihihi
selalu sgt kita dgr kan..bila ada depan mata selalu buat tak tahu..kalau dah pergi nnt baru terasa kehilangan...Akk pun setuju dgn kata2 dibawah tu T...Tak salahnya kita beringatkan....
Baik suami atau isteri kalau tidak ada sifat prihatin antara satu sama lain akan merenggangkan rasa kasih. Effect pada keharmonian jadinya...
isk suami apa camtu..kalau sy blah jer hoho
sedihnya - bila dapat suami macam ni...
kita bukan mintak dibelai 24/7 bak tuan puteri...
tapi apa salah beri perhatian lebih sikit masa isteri tu tak sihat????
iols tak tau nak kata apa lah...
sebab kekadang lelaki ni sifat malas tu melebihi segala apa yg ada dalam diri...
malas nak susahkan diri
malas nak melayan kerenah bukan saja isteri - anak2 juga...
sesekali kena jugak di tegur...
untuk kebaikan bersama
kit aorg pompuan ni, kalau sakit.. gagahkan jugak buat keje rmh, urus anak2..
org laki? benyek! kelubung dlm selimut jek la.. hihihihi!!
memang sedih dapat suami mcm ni ya kak. Cuba kalau dia yang sakit, isteri tu biarkan aje,apa perasaan dia agaknya?
Mungkin ada masalah yang tidak terlerai kot, menyebabkan suami dingin mcm tu pada isteri?
sedih dan kesiannya bila ada suami yg macam tu.. sbb bila kita sakit, keprihatinan suami mmg boleh membuatkan kita cepat sembuh.. perkara ini mmg mereka perlu bawa berbincang.. berterus terang ttg perasaan.. sbb klu terus dipendam takut jd cerita lain pula nnt..
Ati..memang ada..tapi tak semua macam tu
Sedih kalau dapat suami camtu, dengan siapa lagi kita nak kongsi kesakitan & minta bantuan kalau dah sakit kan..moga ada pencerahan & suami kawan akak tu berubah & sedar isteri dia perlukan perhatian terutama bila sakit.
takpe
lenkali bila husband dia sakit, turn dia pulak buat tak tau jer kat husband dia.. haaa, baru tau!
Memang tak berhati perut laa kalau suami buat gitu. Apa guna bersuami kalau sakit pening kita dia buat tak tahu aje.. sabo je laa..
cekek balik si suami tu..hihi.
kadang2 kita kena tahu macam mana peel suami..tak semestinya dia tak peduli ketika sakit dia abaikan tanggungjawab yang lain..
tapi kalau memang suami tu tak bagus semua yang tu patut difikirkan semula..
kadang2 sudah azalinya(cara dibesarkan) buat suami bersikap macam tu..jadi kenala nyatakan perasaan dan kemahuan kita..Tapi kalau tak berubah juga kenalah menelannya..
kalau takat cirit, tercekek tu mungkin perkara kecil yang orang kata walaupun terkecil hati boleh disimpan lagi sebab suami masih melakukan tanggungjawab yang lain..
tapi kalau nak bersalin suami wat taktau je..memang nak kena la..:)
apapun bincang2 kalau boleh sabar teruskan sebab kalau kita bersabar dengan kerenah pasangan kita akan masuk syurga..insyaallah...
“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” – Hadith Tirmizi.
lelaki mcm ni no brain..
nasib la bukan semua lelaki dalam dunia ni mcm ni..kalau tak kayalah syarikat insurans...hahhaha
alhamdulillah..yabangtak mcm tu..
nobody perfect..
harapisteri dia bersabar.. kalau perlu tunjukkan yang die memerlukan kasih syaang dan perhatian...
dakang lelaki ni kayu sikit.. tak ditunjuk..tak diminta..tak dapatla
satu sifat para suami yang ada ialah sifat sabar... sampai isteri sakit pon sabo je... buat deek je!
mitok jauh la boleh laki sebegini
bodo punya laki..
alhamdulillah tie,kaklong punya abang ipar yg setia menemani isterinya(akak kaklong) yg lumpuh hampir 10thn,dia lah yg menguruskan segala2nya..sedih tengok...
kesian isteri tu...boleh paham kalau dia meragui perkhawinan kalau lelaki yang diharap untuk melindunginya,tidak berbuat gitu...
-_-
hmmm..kalau dah tak terbendung, lebih baik buat aduan di pejabat agama untuk dapatkan kaunseling..
tu yang terbaik la dari mintak pendapat dari kawan kawan semata mata..
insyaAllah kalau kat pejabat agama tu ada je ustaz2 yang boleh nak nasihatkan samada suami atau isteri bila bermasalah camtu..
bukan ape, takut lama lama isteri tu naik berang pehtu terus berperang tak pasal pasal bercerai berai pulak kan ke dah lagi masalah camtu..
minta dijauhkan dpt suami mcm tu...ada isteri xhargai...nanti dah xde baru nyesal....erm mcm2...
saya tak berani nak komen lebey krn khuatir akan menyebabkan hubungan mrk tak harmoni..
cume bykan perbincangan dan jelaskan peranan masing2 agak masing2 tidak keliru atas apa rol yang perlu dimainkan
tak berani nak komen sebab tak kenal sangat dgn dua-dua..takut salah jugdement..maklum laa lain orang lain perangai..tapi in general rasanya tanggung jawab suami kena jaga isteri yang sakit..begitu juga sebaliknya..hehe
Regards,
-Strider-
takpe kak nanti suaminye itu dapat karma :)
apa kasih sayang pada isteri itu sudah tiada...? :(
ishk..tak tahu nk bagi pendapat mcm mana,,doa jelah moga suami dia akan beubah,lebih perihatin
susah nya dapat suami yang jenis blur macam ni kan..langsung tak prihatin pada isteri...
TERIMA KASIH PADA SEMUA SAHABAT YANG
SUDI BERI PENDAPAT..NANTI KITA BUAT
N3 TENTANG RESPOND DARI MEREKA YE :)
Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan
Post a Comment