Monday, January 9, 2012

Wahai ANAK..Jangan Berkira Dengan Ibu Bapa!


Assalamualaikum,

Apa khabar... apa sesak? Biasalah tu awal tahun ni, anak-anak baru mula
persekolahan sudah banyak berabih wangkan...hihi~

Semua orang maklum tentang perkara itu tetapi ada juga anak yang sudah berkerja tu 
buat-buat tak faham sajakan...? Janganlah begitu... tahu tak, awal-awal tahun saja sudah 
beribu ibu bapa melabur wang untuk membayar yuran sekolah pagi dan petang, buku-
buku tulis, baju-baju sekolah, bas sekolah dan macam-macam lagi.

Contohilah bangsa lain yang mempunyai lebih semangat untuk membalas jasa kedua 
ibu bapa dengan membantu apa saja janji dapat meringankan beban ibubapa mereka. 
Tak perlu tunggu sehingga diminta untuk dibantu. Selalunya ibu bapa hanya akan meminta 
pertolongan sekali atau dua selepas itu mereka akan diam dan perhatikan saja. Perangai 
yang menyakitkan hati itu...dapatlah awak tu dosa!

Seronok kita melihat 2 jiran berdekatan yang anak-anak mereka tahu menghargai dan 
membantu. Seorang tu anaknya membelikan bapanya kereta waja sebaik saja dia 
berkerja dan dia hanya pakai kereta kancil saja. Seorang lagi membelikan ibu bapanya
rumah teres yang diduduki sekarang ini kerana sebelum ini mereka hanya tinggal diflat
saja...sejuk perut ibu yang mengandungkan.

Segala perbelanjaan dirumah memang tak nampak tapi beribu duit habis untuk membayar
rumah, kereta, segala jenis bil, makan dan macam-macam lagi. Susah sangat ke nak 
menghulur 2-3 ratus demi mengurangkan beban ibu bapa.

Janganlah dibibir tu asyik memberi alasan tak ada duit memanjang. Belum berjumpa 
ditalian sudah memberi alasan pokai...! Pelik tanggung hidup sendiri pun pokai. Lebih 
kronik lagi dahlah pokai...balik rumah buat muka seposen mak bapa yang sesak ni pula
nak menanggung makan dia sepanjang dia bercuti, kelakar betulkan....hahaha~


Mendapat dosa itu senang...mendapat pahala lagi senang...pilihlah?

25 comments:

Huda said...

betul la kak ati..memang patut berjasa pada ibu bapa..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

ibu bapa mmg x minta tp kita sbg anak kenalah beri kan..mana yg termampu

Hanis Azla said...

klu selalu rasa pokai, memberi sedikit kepada ibu bapa dgn ikhlas itu adalah jalan penyelesaiannya.. insyaAllah, rezeki akan jd lebih berkat kan kak..

Zie said...

sy nak pahala kak..hehehe...

sori lama tak datang,link blog akak hilangg...

zie tukar url aritu..ni url baru...hehe..

diana said...

DENGAN MAK BAPAK PUN KEDEKUT TAK BAHGIA LA NAMPAKNYA..SAMPAI BILA2 PUN TAK KAN SENANG..

diana said...

SENARAI KUMPULAN DI SINI..

http://www.dianarashid.com/2012/01/senarai-kumpulan-segmen-jom-tingkatkan.html

kakcik said...

Alhamdulillah, kakcik sangat bersyukur kerana dikurniakan anak yang tidak berkira dengan kakcik dan suami setakat ini. Esok2 bila dia dah berumahangga, dia ada tanggungjawab terhadap isteri dan anak pula...

Queen said...

agree..ada org tu...mintak tolong belikan bapaknya makanan pun dijawab
"ada hal..ada hal"

pandang muka pun tak..rasa nak lempang je laju2..

ainnoraini said...

besar pahalanya kalau kite tak berkira dgn ibubapa nikann...bertambah lagi rezeki lagi ada...

nabilah_2908 said...

hrumm...sy ni pun....malu gak...sbb dah kerja..makan...tmpt tinggal masih ayah yg tanggung...

cara nak buang rasa malu tu...hari minggu..kerja rumah yg uruskan...segala bil2 pun sy uruskan..kiranya ambil bahagian juga la...tidak la duduk free gitu je.. :)

duit gaji tu....betul..bagi la sikit dr duit gaji kita tu...tak dpt bnyk..sikit pun jadi la...yg penting ikhlas...insya'Allah murah rezeki...

eiza said...

Salam...

Saya menyinggah membawa salam perkenalan... :)

nak berkira ngan ibu bapa?kalau la ibu bapa yang kira balik segala penat lelah dari lahir smpai dah besar panjang agak-agak mampu bayar tak?

nur said...

Parents tak berkira jumlah yg diberi.. Tapi ada sesuatu yg ikhlas itu lebih memberi erti..

Daddy Ziyyad said...

kena buat akaun sejak baby sampai besar, tunjuk, baru anak anak sedar. :)

Eye_nee said...

kalau dilonggokkan pun duit setinggi kita utk diberikan kepada dia tidak akn mampu kita balas segala jasa mereka membesarkan kita selama ini...kalau stakat memberikan sedikit imbuhan buat mereka apalah sgt...

Rinna said...

Selalunyaa ibubapa tak minta balasan tapi diri sendiri tuh kena laa pandai plak berbudi ngan ibu dan bapa yang telah melabur segalanyaa sejak kita kecikkan..

cemomoi said...

berbaktilah ketika dorang masih ada... kalu dah takde nanti nak balik kampung pon tak berselera

azian said...

kak ati....
huhuhu....nak tipon mak laaa.....
sy kdg2 lupa nak tel bila sibuk aje....mak sy mesti kecik hati....

Kunang-Kunang said...

Bertuahnya dapat anak yang mengenang jasa ibubapa.

Kadang2 bukan wang ringgit saja yang diharapkan tapi kasih sayang dan ambik berat juga didambakan oleh ibubapa.

:: Mrs.Eady :: said...

HURRMM....

Azlan Hasan said...

betul kak..sebanyak mana harta dikumpul belum tentu dapat membalas jasa ibu..hehehe

Regards,
-Strider-

adarnadzmie said...

ingat tu anak2...

aNIe said...

Anak2 ni kadang2 terlepas pandang semua tu... mereka selalu menjangkakan yang ibubapa tak kesah ttg tu semua...

Alin Marlini said...

Alhamdulillah..takat ni tak penah miss bg mak duit..hehehehe

Izan Ishak said...

betul kak... teringat saya pada kawan hubby (non muslim) baru je belikan rumah utk parents dia 300K dan mereka tinggal bersama2, dan dia just pakai kete BLM je. masih bujang pulak tu.

yelah kak... kadang2 kita terlepas pandang. jangan kata bila kita bagi duit pada mak ayah duit kita akan luak. makin murah rezki kita adalah...itu janji Allah pada kita. berbakti pada ibubapa selagi hayat mereka dikandung badan.

Mama Adam said...

parents tak pernah berkira pun dengan kita. rasa nak menangis pun ada bila kenang2 kan susah payah mak ayah dulu...