Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Safiyyah Kena Rompak!


Assalamualaikum,

Pagi subuh kita telah dikejutkan berita yang ditulis oleh artis Wardina Saffiyah
yang rumahnya di rompak. Teringat kembali akan kata jiran yang rumahnya juga 
baru lepas kena rompak. 

"Biar perompak masuk rumah, semasa kita tiada dirumah. Daripada perompak 
masuk, semasa kita ada dirumah!".

Walaupun barang-barang kita tetap akan dirompak tetapi perasaan trauma itu
tidak akan sama jika kita ada dalam rumah ketika dirompak.


Berikut diantara kata-kata Wardina dalam twetter:



We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. 
Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hpless too.


Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan, takut sgt dia apa-apakan kami,
sbb marah tak de brng kemas...Kids trauma sikit.
 
It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was
hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah
 
Amna trauma..muntah-muntah.. still very shaky, pasukan K9 dah sampai trace sampai
jalan besar lepas tu hilang...Forensics here.



 
Melihat pada deretan tulisan dalam twitter beliau, sudah menggambarkan betapa traumanya
Wardiana dan keluarganya. Semoga mereka diberi kekuatan dan semangat juga ditabahkan hati.

 

25 comments:

kakcik said...

Alhamdulillah mereka sekeluarga tidak diapa2kan, walaupun suaminya kena pukul. Harta boleh dicari tapi nyawa tiada galang ganti.

Ati Masrif said...

kakcik,

takutlah musim2 perayaan ni..

Pia said...

"Betul kata kakcik,harta boleh cari nyawa tiada galang ganti....laa..pinjam ayat kakcik terus..smga anak2 diorng akn cpt pulih dr trauma...Ujian Allah..hanya utk insan2 yg terpilih.."

~ yus ~ said...

Alhamdulillah mereka sekeluarga selamat.

Memang menakutkan kan..

Cikpuan rara said...

takutnya.mintak kite dilindungi Allah.

Hanis Azla said...

Ya Allah, mengeletar membaca berita ini.. Alhamdulillah, dia dan anak2 tak diapa2kan.. tp itu pun dah cukup untuk buatkan anak2 trauma.. nauzubillah..

Dee said...

takutnya...mmg akan trauma..syukur Alhamdulillah..mereka tidak diapa-apakan..

Kella said...

mujur mereka tidak apa apa... tapi sian kat kids... mesti trauma sangat.. apa pun, moga emosi mereka dapat pulih cepat.. insyaAllah..

♥MAMASYAZA♥ said...

yup setuju sgt. perompak penah masuk umah akak waktu akak pegi keja. balik keja tgk umah macam tongkang pecah. sume bilik dia geledah, tunggang terbalik katil n almari kat umah. mmg mengecewakan. tapi bersyukur sebab waktu kejadian kita tak ada kat umah, kalo ada kat umah, lagi la takut, mana dengan nak jaga anak2 lagi

Yunus Badawi said...

Mereka ni dahlah dtg negara kita lepas tu menyusahkan rakyat kita pulak ... huhuhu

Izan Ishak said...

syukurlah wardina dan keluarganya selamat...

minta2lah kita dijauhkan drp perkara2 spt itu... rasa bimbang, terus kunci grill.

diana said...

datang sini buat taik pulak ikan???nak balik raya tak de duit la tu..'
hampeh punye indon

JunAina said...

Subhanallah...

Memang trauma sangat kalau jadi kes2 macam ni. Dua hari lepas borak2 dengan mak saudara yang tinggal kat Puncak Alam. Trend yg sama juga, pecah rumah kemudian ikat yg dewasa, budak2 dia org acu parang. Minta duit dan barang kemas selain tu kebas semua hp dan laptop. Kalau tak ada duit takut anak perempuan jadi mangsa coz satu kes tu dia dah meraba anggota badan anak perempuan tuan rumah sehingga mak dia bagi duit. Kalau tak ada apa jadi.

Sebelum tu trend pukau. Sedar2 rumah kena pecah tapi ok lagi tak trauma kena ikat dan acu parang. Apapun alhamdulillah Wardina dan keluarga tak di apa apakan.

ciK LyndaWawa said...

sian dengan wardina....

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Ini kes merompak bukan mencuri. Mereka ini memang suka tuan rumah ada kat rumah ... boleh tanya, boleh ugut ... lagi byk boleh dapat. Semoga kita semua dijauhi drpd perkara semacam ini

@cu SaYaNg said...

syukur diaorang semua selamat

Anaa said...

saya yang ketakutan baca berita ni, apatah lagi la wardina dan keluarga..

Minta Allah jauhkan kita dari perkara2 macam ni..

baca Dato' punya komen, lagi kecut rasa perut ni..

Eye_nee said...

Syukur tidak di apa-apakan...

Queen said...

betul..baik time kita tak ada.. risau kita diapa2kan...

baca tweet wardina pun nik rasa ngeri..

semoga wardina dan anak2 cepat pulih dari trauma

Alin Marlini said...

Betul kata Kak Ati tu...biar dorang rompak masa kita takde..jangan masa kita ada. Takut sangat. Takut macam2...

cikceriacorner said...

alhamdulila wardina n family xde ape2...

moga perompak dpt ditangkap..

suri solehah said...

innalillahhiwainnailaihirajiun...menakutkan..sekarang ni mcm2 berita kan

suri solehah said...

innalillahhiwainnailaihirajiun...menakutkan..sekarang ni mcm2 berita kan

munna said...

nasib baik takde yg teruk kan... bos munna pun pernah ada pengalaman kena rompak rumah dia...siap parang kat leher suami dia lagi

Pok Amai-Amai said...

Semoga kita semua dilindungi Allah dari keburukan dan kejahatan!

Alhamdulillah Wardina dan keluarga semuanya selamat!