Saturday, December 31, 2011

Tugasan Terakhir Menjelang 2012


Assalamualaikum,

Di mana sahabat semua ketika ini...?
Di luar untuk menyaksikan bunga api ke...tentu meriah dan seronoknya.

Kita di rumah saje kerana 2 kek yang di tempah untuk majlis malam ini
baru saje di hantar. Sibuk-sibuk nak menyudahkan jahitan pakaian seragam
sekolah anak-anak masih nak ambik tempahan ye ati...eh...rezeki jangan di tolak.


Buat 3 kek coklat sekaligus... merah muka duduk kat dapur ..hehe~


Kek coklat yang sama cuma deco saje yang lain. Hajat nak letak coklat chip
tapi kat kedai kek tu coklat chipnya tak cantik so tukar coklat rice saje.


Kek coklat ini macam biasa letak badam yang di panggang. 2 kek ini untuk tempahan
majlis malam ini. Rasanya digerenti sedap, gebu dan lembut! Pada sesiapa nak tempah 
silalah call kita ye ^__^ 


Seperti biasa kalau ada tempahan, wajib juga buat 1 untuk anak-anak dirumah.
Kesian budak-budak ni dapat bau sajekan...kan ibu mithali ...hihi.. perasan :P 


Ini model kanak-kanak yang happy dan comot menolong mummy di dapur


Esok sudah masuk tahun 2012, sekejap saje masa berlalu sekarang ini.
Moga kita semua akan menjadi insan dan umat Islam yang lebih baik dari
sebelumnya ...amin!


Pengumuman!
Pada semua anak dara dan mak dara...jangan masuk tandas pada pukul 11.59 malam ini
tau...kang keluar tahun depan pulak! haha~ lucu betul lawak tahun baru ni ^_______~



Jom Tingkatkan Ranking Alexa!!


Assalamualaikum,



 




Hari ini nak join segment dari blog Senyum-Senyum. Pada siapa yang nak 
join kena cepat kerana esok tarikh akhir untuk sertai segmen ini. Sori Diana
kak ati lewat sertai sebab sibuk menjahit ....heeee~

Jom Tingkat Ranking Alexa!!

Kita tak berapa faham bagaimana ianya berfungsi tetapi lagi tak faham lagi 
bagus join so kita akan dapat belajar benda yang baru dan baik pula untuk 
blog masing-masing.

Pada yang sertai silalah terjah ke blog Diana.  


dimana ada kemahuan di situ ada jalan...ok!  ^_________~

Asam Pedas Hajjah Mona, Kota Laksamana


Assalamualaikum,

2 kali pergi ke Melaka sebelum ini tak dapat jumpa Asam Pedas yang popular 
di Kota Laksamana. Semasa jalan-jalan di Jonker Walk pada waktu malam 
kita pun bertanya pada peniaga cina kat situ dan mereka yang rekeman 
restoran asam pedas yang sedap ini.
  
Bila dah dapat jumpa restoran tu. 2 malam kami tidur di Melaka, 2 malam jugalah 
kami menjadi mengunjung setia Asam Pedas ini.

 

Malam pertama kita ambil asam pedai tetel. Papa ambil asam pedas ikan tenggiri
tapi anak-anak hanya nak makan sate saje. Bila kami datang malam ke-2 yang kebetulan 
malam minggu. Restoran sangat padat, sampai tak cukup kerusi nak duduk kena tunggu 
orang lain habis dulu. Kali papa pula nak asam pedas tetel begitu juga anak-anak.