Wednesday, November 30, 2011

Cemas Sekejap!

Assalamualaikum,

Maaf kepada yang tak sempat kita lawat lagi. Ada Prob kot pada blog
sebab bila nak komen je tak boleh. Lepas tu hujan lebat pula.

Semalam sewaktu kita sedang mengemas bilik. Tiba-tiba Syahmi datang.

mummy....nak air!

Bila kita pandang dia...berderau jantung! Mulut dia penuh darah siap menitik 
ke bawah lagi. Tadi dia tengah bermain seorang diri dalam bilik kakak dia.




Terus kita tekap mulut dia dengan tisu ...itu je yang sempat kita capai!
Lepas darah dah berhenti baru kita tengok luka di mulutnya. Nasib baik 
tak teruk sangat. Kena apa...masih misteri...?



Itulah Syahmi yang hero ...sampai luka berdarah pun tak menagis. Mummy
dia yang nak menangis melihatnya.  

tapi lepas tengok mummy kelam kabut...dia merengek sat...
dah petang sikit baru bengkak naik ...

Orang Macam Ini Pun Ada

Assalamualaikum,

Oleh kerana dah tak tahan sangat. Terasa nak kongsikan di sini sambil
untuk ingatan pada diri kita sendiri tentang peristiwa ini.

Dia ni nak kata kawan bukan kawan pun. Kenal dia pun sebab dia adalah 
ibu kepada kawan Angah. Tapi dia suka datang kat kita kalau ternampak kita
dimana-mana majlis kenduri. Mula dulu kita layan juga apa saje pertanyaan dia
walaupun dari pesanan Angah jangan dilayan sangat mak kawan dia tu. Ramai
mak orang lain sudah terkena. Dia tanya...dan dia juga akan jawab balik!

Masa mula Angah dapat sambung belajar akak nilah orang yang sibuk berpesan 
jangan masuk belajar di situ, nanti payah nak dapat sambung belajar di tempat lain! 
Tapi kerana Angah minat, yakin dan tak nak buang masa maka teruskan juga 
belajar di Gopeng. Selepas setahun belajar dan dapat keputusan yang baik. 
Terserempak akak tu di majlis kenduri kahwin. Kali ini dia sibuk bertanyakan apa
keputusan. Bila kita beritahu keputusan angah, terus akak tu cakap... 

kalau macam tu tak boleh dapat nak belajar bidang P--------lah! 

Amboi..amboi... sedap je dia yang buat keputusan. Kecik hati den ni!
Sejak hari itu kita pun malas dah nak layan dia lagi. Alhamdulillah...penat lelah 
Angah belajar dengan izin Allah, Angah dapat sambung belajar dalam bidang 
yang dia memang minat, walaupun jauh di Sabah.

Pada sabtu  lepas kita terserempak akak tu di majlis cukur jambul jiran depan 
rumah. Setelah hampir setengah tahun tak jumpa dan tak dapat nak mengelak 
lagi sebab dia sibuk datang kat kita waktu tengah berdoa.

Ini antara perbualan kami yang kita rasa selepas ini dia tak akan menyibuk ganggu 
kita lagi! Seperti biasa selepas bercerita dengan bangga tentang anaknya
yang dah nak habis diploma hujung tahun ini...dia mula sibuk nak bertanya 
tentang angah pula. Seperti biasa juga ..dia tanya..dia juga yang jawab!

"angah dapat sambung belajar tak...?" dia tanya 

"dapat bidang lain kan!" dia juga yang jawab

kita senyum je...malas nak layan!

"dapat jurusan apa...?"  bertanya untuk kali ke3 

"jurusan biasa-biasa saje" kita jawab  

"tulah dah kata susah! dapat jurusan apa?" akak tu tak puashati

"dapat jurusan yang dia minatlah P-------".

"oh...ye ke! dapat juga ye..balik dulu ye" terus akak tu berlalu


Bukan niat nak mengena pun tapi kita rasa puas pula bila ton suara 
akak tu berubah! Cerita pd hubby dan katanya bukan kita yg sibuk
nak bercerita tapi dia yg nak tahu sangatkan....?

Tuesday, November 29, 2011

RM200 Punya Hal....

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai juga urusan mengambil wang sumbangan RM100
di sekolah anak. Walaupun lewat dari sekolah dikawasan lain.

Mulanya geram juga kerana pada surat yang diberikan tertulis waktu
dari 8.00pagi hingga 12.00 tengahari. Memandangkan hubby bekerja 
hari ini jadinya kami pun datang awal pagi untuk mengelak bersesak 
dengan ramai lagi ibu bapa, tapi inilah yang terjadi...

 Majlis bermula pukul 10.00 pagi pula kerana YB akan datang...emm..perlu ke?

Muka boring ibu bapa menunggu...
Hari ini kan hari bekerja ...semua asyik memandang jam saje...


10.30 pagi baru sampai. Dengar 2 orang berucap pula.
Penyampaian RM100 untuk pelajar darjah 6...nasib baik hanya dalam
20-30 orang murid kalau tak ... mahu hangin 1 badan ..hihi~


Ustazah Siti ni guru kelas Syirah dari darjah 1. Suka tersenyum orangnya.
Dia juga pernah menolong kita meminjamkan keretanya ketika kita tertinggal
kunci kereta didalam kereta 3 tahun lalu. Padahal dia bukan kenal kita pun.

Papa tersenyum kelat sebab guru darjah 4 terlupa nak pergi ambil wang kat ofis
Habis mak bapa kena beratur lama macam nak tunggu masuk kelas..huhu~


Terima kasih pihak kerajaan. 
Besar harapan kami ini jadi acara tahunan pula...boleh..?  ^_____^

Friday, November 25, 2011

Taman Secuit ...Selesai!

Assalamualaikum,

Pagi yang cerah dan hangat hari ini kan.

Akibat fobia tengok ular tedung masuk ke halaman rumah jiran disini.
Kita dan hubby semalam pun gigih mengemas dan mencantas segala
pokok, daun dan rumput di taman nan secuit kat rumah tu. Bila dah 
selesai dan dah nampak kemas tu ...walau kat mata orang lain nampak biasa2 je..hee~
Mata kita ni pun asyik nak pandang ke luar saje. Seronok pula nampak bersih.


Sebelum ni pasu-pasu kat sini 2 baris ...skeri pulak kalau ada ular menyorok
di baliknya. Buat sebaris saje sekarang dan alih mana pokok yang pasu kecik 
ke pasu besar senang sikit nak jaga.


Semua rumput dan daun dah di cantas kasi nampak tanah kat bawah supaya tak 
ada benda yang sembunyi bawah tu...hihi~


Papa dah selesai mesin rumput di laman kita nan secuit ni. Kolam mandi
yang comel tu ingat nak upah orang kambus saje....anak-anak dah besar
tak muat nak mandi kat situ. Tapi kesian pula kat papa..penat dia buat 
itu semua tau...camne yek?


Pokok ini yang paling kita sayang sekali. Kerana ia mengingatkan kita 
pada rumah arwah nenek masa kecil dulu. Nenek yang kita panggil wan 
suka dan ada tanam banyak pokok ini. Sekarang cucu dia pula minat.  





Pokok tu di letak di situ bertujuan untuk melindungi diri kalau 
lepak kat kerusi ni. Kasi orang yang lalu tak perasan sangatlah kununnya.
isshh..kalau dah bulat tu boleh ke orang tak nampak...hahaha~


Lepas ni nak kemas mana pula yek? Seronok tau mengemas ni..i like! ^_____^

Thursday, November 24, 2011

Pandai Promosi!

Assalamualaikum,

Sudah 2 hari ni bila malam saje layan tv sampai tengah malam.
Semuanya kerana promosi yang di beri oleh 'A' selama 2 hari.

Ada tak orang lain dapat sama...? 

Pihak mereka talifon bagitahu promosi 'Movie' di beri selama 2 hari 
secara percuma dan bertanya sama ada kami hendak sambung atau
tidak. Kalau diberi percuma hendak tapi jika minta tukar pakej ...sori!

Cukuplah dengan pakej yang ada sekarang. Ini pun pakej yang paling
kurang dan kalau boleh nak kurang lagi. Janji ada kartun untuk syahmi 
boleh duduk diam sambil tu dia belajar bahasa inggeris. Kerana di situ 
saje syahmi dah banyak sebut perkataan bahasa enggeris yang baru.

Kita pun malam baru dapat tengok tv dan siang hari lebih suka layan 
radio saje. Tapi memang best juga 3 siaran movie tu, banyak cerita menarik.
Bayangkan kalau depa bagi promosi kat 1000 orang dan semuanya 
nak langgan....tambah kaya!


sibuk mengemas halaman sejak nampak ular tedung tu...huhu ^_______~

Wednesday, November 23, 2011

Sibuk Main Game

Assalamualaikum,

Selamat petang.

Sejuk cuaca hari ini kerana dari petang bawa ke malam dan sambung ke pagi 
hujan selebat-lebatnya di sini.

Sedang orang lain enak di ulit mimpi kita pula baru dapat waktu bertenang
selepas anak-anak masuk tidur. Dapat membaca surat khabar ....dah tengah 
malam baru dapat baca paper...hehehe~



Ini game PVP yang along baru belikan. PSP tak sesuai lagi untuk syahmi ni
harus sekejap saje dah jahanam. Cepat saje dia belajar banyak game yang 
dia mahir main.


Tengok tu leka dia bermain dapatlah kita buat kerja lain dengan aman.
tapi kalau  nak tumpang setangan pun tak boleh...

Game ini ada bagusnya kerana mengajar depa ni bertindak dengan cepat
dan cekap. Contohnya game 'Bomber Man' mummy pun suka main tau ....
setakat ni dah stage 7, depa tak boleh lawan lagi ....huhu~


Monday, November 21, 2011

Benda Yang Ular Takutkan

Assalamualaikum,

Bila dah tak ada kamera ni, macam-macam peristiwa pula yang terjadi 
dan melepas nak snap gambar. Sakit hati di buatnya.

Contohnya kejadian pagi ini, ada ular tedung masuk ke halaman rumah jiran. 
Paling menghairankan dahlah siang hari dan rumah jiran tulah yang paling kemas 
sekali. Dari dalam rumah hinggalah ke halaman rumah, semuanya kemas tersusun.
Bertambah hairan ini juga adalah kejadian yang ke-3 kali ular masuk ke dalam
kawasan rumahnya.

Kebetulan jiran sebelah ada ramai suadara mara datang menziarah. Merekalah 
yang membantu Pakcik Mat (penghulu jalan kami) memerangkap ular yang sudah
lari menyorok ke dalam longkang sehingga pihak bomba datang. 

Tahu tak apa yang ular takut dan lemah sekali...?

Buloh!

Bila trak bomba tu datang. Turunlah 5-6 orang bomba yang muda dan hensem.
Rupanya ramai juga orang muda suka jadi bomba...hehehe~
Mereka hanya gunakan batang buloh untuk menangkap ular tedung yang 
hitam berkilat itu. Nampak mudah dan sekejap saje tapi kalau orang biasa 
pasti susah hendak buat itu semua. Jadi lepas ini kita pun nak cari batang 
buloh untuk simpanan.

semua orang berebut ambil gambar bomba dengan ular...
kita dapat tengok saje...huhu~ ^_______~

Sunday, November 20, 2011

Katak ...Jangan Panggil Hujan!

Assalamualaikum,

Pagi-pagi lagi selepas subuh sudah masuk ke dapur. Masak-masak kasi 
semua orang sakit hidung ....bersin!

sambal paru ... siap!...1st time dalam hidup masak tu :P

sambal tumis ikan bilis ... siap!

nasi lemak .... siap 

ayam goreng dan telur rebus ... siap!

20 karipap pusing sardin dan daging ...siap ...5 ketui dah depa ngap dulu :)

jajan anak-anak ... siap! 

Katak...oh katak .... tolong jangan panggil hujan ye!!



Harap-harap tak hujanlah masa di pantai nanti.... ^_______^

Saturday, November 19, 2011

Kenapalah Pilih Tempat Tu...?

Assalamualaikum.

Ketika ini pelajar-pelajar di IPTA sudahpun mendapat wang pinjaman atau
wang biasiswa. Masing-masing sudah mula mencongak perbelanjaan hingga
habis 1 semesta nanti. Angah dan ramai rakan-rakannya sudahpun membeli 
laptop yang sangat diperlukan ketika membuat kerja kuliah. Kalau nak 
harapkan mummy dan papa kena tunggu hingga balik cuti semesta nanti. 
Lambat sangat katanya.

Dalam pada itu masing-masing mula merancang nak merehatkan minda 
di hujung minggu, maklumlah duitkan banyak. Tapi tempat yang paling mummy 
tak nak dia pergi, akhirnya tempat itu juga yang dipilih nak pergi bersama
rakan-rakannya.

Sebenarnya kita sendiri tak pernah sampai ke Sabah tapi kalau baca di akhbar
juga menurut cerita Gadis Bunga yang pernah sampai, jalan disana sangat
bahaya dan GB sendiri pernah melihat kemalangan ketika keluar waktu malam.

Kenapalah Angah dan kawan-kawan pilih Kundasang untuk pergi jalan-jalan
....mummy ni risau tau!


Semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan pulang ....amin!

dalam membebel suruh jaga diri tu sempat lagi kirim FM dari sana... ^_____^

Thursday, November 17, 2011

Penghujung...

Assalamualaikum,

Selamat petang,

Sekarang ni musim hujan waktu petang pula. Siang hari panas
terik sampai berbahang terasa. Bila petang saje terus gelap gulita
dan hujan lebat.

Ini  buah mangga kita yang sudah sampai penghujung musim
dia berbuah. Dari bulan Ramadhan lagi berbuah tak berhenti.
Walaupun kecik molek saje pokoknya tapi buahnya boleh tahan
banyak dan manis sekali.





Inilah berkat berbudi dengan tanah. Walaupun duduk dirumah teres hubby 
tetap nak tanam pokok buah depan rumah. Inilah hasilnya dah 3 musim pokok
ini memberikan hasil....alhamduillah!


semoga pasukan bola sepak kita berjaya malam ini...GO MALAYSIA!! ^_____^
 

Patah!

Assalamualaikum,

Sudah hampir sebulan kamera kesayangan kita rosak.
Bak kata orang kereta rosak ...  patah kaki. 
Jika kamera rosak... bak patah apa?

Tapi memang rasa kehilangan cerita yang nak di gambarkan dan
yang nak di kongsikan. Semalam hubby ke pusat service Canon di 
Shah Alam. Sudahlah tersesat mencari tempat tu, jauh pulak tu dan 
jalan sangatlah sesak. 

Sampai di sana dan selepas orang tu lihat bagaimana keadaan kamera kami. 
Dia kata tak berbaloi nak repair kerana harga mungkin dalam 300 ke 400 ratus 
dan tak ada jaminan. Baik tambah dalam seratus dua beli kamera baru. 

Kata orang canon tu lagi kamera ni kalau nak repair hanya sesuai ketika
masih dalam tempoh jaminan kalau selepas itu baik beli kamera baru saje.
Nampaknya buat masa ini kena bersabar dulu  kalau nak beli kamera baru
pun mungkin tahun depan. Kalau ada acara boleh pinjam kamera along lagi. 

bolehkan along...? bulan Disember ni mungkin ada 2 acara...heeee~


sudah buat persiapan untuk cuti-cuti Malaysia ke.... ^_______~

Wednesday, November 16, 2011

Setahun... Berkali-kali

Assalamualaikum,

Selamat petang,

Anak-anak kita terutama hero bucuk Syahmi tu, asal mummy dia 
buat kek saje .... mesti nak tiup lilin. Bukan sekali tiup tau ...
selagi tak kontot lilin tu selagi tu kena nyalakan balik...

Masa birthday Syirah bulan Oktober baru ni mummy lupa kat mana
letak lilin nombor 7 yang baru beli, jadi bolehlah menempek sekali lagi

Bab meniup lilin ini memang kesukaan Syahmi...tak kira birhday siapa janji ada 
kek, dia yang mesti rasmi tiupkan lilin dahulu...


Chocolate Layer Cheese Cake ni kita ambil tempahan juga.

Buat kek pula memang kesukaan kita. Seronok melihat kek menjadi, pula tu
licin di makan...hihi~ 

KUKUHKAH KEWANGAN ANDA?

Assalamualaikum,

Selamat pagi.

Bersemangat sikit pagi ini, buat kerja semuanya cepat kerana rancang 
nak pergi membeli sedikit keperluan sekejap lagi..keperluan ke kehendak..huhu~

Sambil tu sempat sambung baca buku 'Ke Mana Wang Anda?'
Banyak ilmu yang di perolehi dari buku ini dan sememangnya kita mudah tertarik
untuk membeli atau membaca buku-buku macam ini.  

Sudah lama beli buku ini tapi perlu di baca berulang kali agar kekal dalam ingatan 
dan terus bersemangat untuk melakukan seperti yang di nasihatkan. Kita akan 
kongsikan sedikit demi sedikit nasihat-nasihat yang menarik pada n3 akan datang.

Untuk hari ini, membaca petikan di bawah terus berkerut kening dan semangat 
nak keluar membeli belah pun terus hilang....

"Jika anda bersara pada umur 55 tahun, pastikan tabung persaraan anda 
berjumlah RM480, 000, baru anda boleh menikmati 'pencen' RM2,000 sebulan
sehingga berumur 75 tahun."


untung utk orang kerja gomen... pada yg kerja swasta bersedialah 
untuk menabung ^____~

Tuesday, November 15, 2011

Bila Kali Terakhir Pergi...?

Assalamualaikum,

Selamat Petang.

Semalam terdetik dalam hati yang kita  tak buat pemeriksaan kesihatan
lagi pada tahun ini dan rancang nak buat awal tahun depan. Kali terakhir
buat rasanya tahun lepas kot...yang leceh tu nak kena buat temujanji dulu 
lepas itu pula kena puasa dari tengah malam lagi dan kena ambil darah 
pula 2 kali. Pertama kali waktu pagi dan kali kedua tengahari nanti. Lepas
tu kena pula bawa budak syahmi yang baik ini. Kalau nak buat di klinik swasta
pula harganya boleh tahan juga.

Sebelah petang pula hubby bagitahu yang isteri pada kawan sekerjanya 
mengidap kanser payudara, terus berderau jantung kita. Baru saje terfikir 
pagi tadi, yang kesiannya isteri beliau sepatutnya di bedah akhir bulan ini
tapi di awalkan kerana kanser yang di kesan itu sudah sampai tahap 3. Beliau
juga masih muda baru nak masuk 30an dan anak-anak pun masih kecil lagi.

Walaupun kita tak kenal dengan dia  tapi naluri perasaan seorang wanita
dan ibu, kita rasa sangat bersimpati dan berdoa agar semuanya selamat 
juga berharap dapat melawat beliau di hospital nanti.

Pada sahabat semua jangan lupa pada rutin yang sepatutnya kita ambil 
berat iaitu pemeriksaan kesihatan agar dapat mengesan awal sebarang 
penyakit yang hadir dalam tubuh badan kita semua.
 

Friday, November 11, 2011

Cerita Di Kuala Pilah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...pagi ini baru rasa sedikit sihat, selepas beberapa
hari tak sihat. Semua akibat tak jaga makan dan minum ketika Aidiladha
baru ini terus tonsil yang ingat dah pencen tu naik semula.

Kami sambut Aidiladha baru ni di Kuala Pilah di rumah teman rapat kita Siti dan
keluarganya yang dah anggap kami seperti anak angkat. Lamo kito tak jalan K.P.
ni masa kocik dolu ada juga datang ziarah saudara tapi tak ingat dekat mana...

Gambar ini ketika kami melalui lebuhraya LEKAS. 1st time lalu ni, terus teringatkan 
arwah penyanyi Achik yang kemalangan maut di sini. Kita juga lalu jambatan yang 
ke-2 tertinggi di Malaysia yang terletak di jalan baru Bukit Putus, barulah kita tahu ada
jalan baru di Bukit Putus tu kalau tak memang suspen lalu jalan lama tu tapi tak sempat
snap gambar sebab jakun sangat tengok pemandangan yang cantik...hihi~

Sampai saje di Kampung Senaling, Kuala Pilah...apalagi melepak di luar sajelah
seisi cuci mato tengok pemandangan nan menghijau ...pokok durian yang 
melambai-lambai.
Geram tengok 3 pokok ciku yang buahnya penuh pokok. Sudah di kait penuh plastik
besar pun masih banyak lagi...menurut Siti pokok ciku ni tak berhenti berbuah.



2 kolam ikan yang besar di tepi rumah ni dalam proses bikin semula. Hubby kita
cukup berminat nak buat kolam ikan macam ini tapi tanah belum ada lagi.

Makcik sedang kupas sabut kelapa ...kuat kederat makcik ni tau!. Papa teruja 
nak tolong sama, syahmi pula tolong megacau jeh


Akibat sibuk lari keliling rumah dan mengacau orang, akhirnya syahmi cedera 
dikaki...barulah dia nak duduk diam ...itupun sekejap ajo..huhu~ 


Cara orang sini kalau datang rumah terus masuk ikut dapur dan makan tapi kami 
masuk ikut depan...hihi. Baju kelabu tu bapa Siti...hari tu dia masak seperiuk besar
mee kari sedap, atas meja dah ada rendang itik, rendang ayam, rendang daging 
dan juga lemang. Makcik lagilah pakar masak sebab dah biasa buat katering 
kalau dia masak lomak nogori memang ohsem!

  Geng anak daro semuanya melepak dalam rumah ajo sibuk main games


Siti yang sudah kita kenali dah berbelas tahun. Baik orangnya, hormat orang tua 
dan seorang pendengar dan penasihat yang baik sekali. Beruntunglah siapa yang 
dapat dia jadi menantu dan isteri tau...makin tembun pulak den ni..huhu~


inilah cerita tertunggak kito walau dah tertinggal tapi nak cerita juga sebab
hari inikan tarikh yang cantik ....^___________~

Friday, November 4, 2011

Di Serang Semput

Assalamualaikum,

Pening kepala dan keletihan sejak malam tadi tak dapat tidur lagi.
Hero bucuk kita Syahmi di serang semput lagi. Beri ubat sebelum
tidur tapi dalam 2 pagi dia resah gelisah tak boleh tidur, susu pun
tak mahu yang dia mahu hanya berbaring atas badan mummy 
sambil tertonggek meniarap.

Bertahan sampai pukul 7pagi selepas saje 2 orang kakaknya ke sekolah.
Kami pun terus ke Klinik Kesihatan untuk ambil Nab. Mungkin sebab hari 
ini last day klinik buka sebelum cuti, jadi ramai sangat orang. Sekarang ini 
baru Syahmi dapat tidur dan mummy pun nak menumpang sekali ...heee~

Masuk sat ni sebab nak ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha buat semua.
Hubby mungkin kerja, jadi kami menyambut di rumah dan selepas itu mungkin
nak ke Kuala Pilah. Keluarga angkat kami sudah banyak kali menjemput datang
merasai beraya di Negeri Sembilan, lagipun dekat dan boleh balik hari saje.
Kami pun memang  tiada jemputan atau apa-apa rancangan lain pada hari itu.


cuma angah saje yg tiada Aidiladha tahun ini....

Thursday, November 3, 2011

Kek Coklat ...Selera Keluarga!

Assalamualaikum,

Selamat  pagi

Bila kerap sangat hujan dan suasana pun gelap saje, mulalah mood
pun menurun sama. Rasa malas pun makin menjadi-jadi. Maka harus 
bangkit dan melawan itu semua dengan air nescafe o...hehe~

Kadang-kadang teringin nak cuba resepi kek yang lain dari kek coklat
tapi malangnya penat membuat kek itu tak berbaloi sebabnya kek yang 
di buat tidak akan habis di makan, kalau di sentuh pun sekadar untuk 
mengambil hati mummy jeh.

Cuba buat kek coklat, ha...apa-apa jenis pun pasti akan licin di kerjakan.
Masa buat kek coklat kukus azian baru untuk tempahan ini tak sempat
kita nak rasa dan anak-anak pun dapat bau saje. Jadi semalam kita buatlah
lagi satu kek coklat ohsem tu. 



sendiri punya dan sendiri yang buat, suka hati je nak deco kek 
ikut selera kita kalau untuk tempahan tak boleh macam gini...huhu




fuhh...tengok tu! rasanya memang sodap...secukup rasa lemak berkrim.
Sebelum ni ada gak buat kek coklat kukus tapi tak pernah yang ada naik 
cantik macam ni. Dalam masa sehari saje dah habis licin kek ni kena kerja 
nak bagi jiran buat food testing pun tak sompat...hihi~


Merajuk dgn 'mereka'... kalau melibatkan hati dan perasaan anak2 

kita mesti ikut terasa.... :(

Wednesday, November 2, 2011

Tanda-Tanda....

Assalamualaikum,

Seharian hujan turun dengan lebatnya, tunggu punya tunggu masih takde 
tanda-tanda nak berhenti. Jadi kita terjah masuk sekejap juga...fanatik betui..hihi~


Ada kedai buku Popular yang baru di buka di Nilai, window shopping dulu. 
Berminat nak beli buku-buku ni nanti, tebal mesti penuh dengan ilmukan. 


Syahmi dan Insyirah pun sibuk membaca buku, banyak buku 
untuk kanak-kanak juga. Farah pula sibuk di bahagian novel. 


melihat banyak kejadian yang jadi seperti 'terbalik'  (the opposite way)
rasa seperti tanda2 nak akhir zaman pula....

Tuesday, November 1, 2011

Hilangkan Apa yang Terbuku Di Hati...

Assalamualaikum,

selamat petang

FUHHH...LEGA RASANYA!!

Itulah perasaan kita diwaktu ini. Bila ada masalah yang rasa tak tertanggung 
nak dibawa oleh kepala. Kalau rasanya tak sesuai nak share dengan hubby
kita akan talifon kawan rapat kita. Dia memang pendengar dan penasihat yang 
bagus dari dulu hingga kini...terima kasih banyak Siti!

Seperti yang missbby kata semalam....

"kalau la aku boleh luahkan semuanya dalam blog ni alangkah bagusnya..."

Malangnya blog bukalah medium yang baik untuk kita meluahkan perasaan
secara berterus terang. Takut pula akan jadi seperti ini, jadi pilihlah teman
yang sesuai untuk kita meluahkan rasa hati. Selepas itu pasti akan rasa lega
dan gembira semula macam kita sekarang ini 

kadang2 hanya perbuatan sudah cukup menyakitkan tak perlu kata-kata...
betul tak... ?

Bahaya!! Tersalah Ikut Atau Terlalu Taksub...

Assalamualaikum,

Selamat pagi
Cuaca nampak cerah pagi ni, sempatlah kering kain baju hendaknya.

Semalam sewaktu hendak keluar makan dalam pukul 8 malam, kita 
ternampak kelibat orang berjalan meredah semak dalam gelap. Cakap
pada hubby dan kami sama-sama memandang kearah orang itu. Seorang 
lelaki berjanggut panjang, berjubah dan berkupiah.

"agaknya orang baru balik surau" kami sama-sama berkata. 

Selepas pulang ke rumah, hubby keluar ke kedai sekejap dan terlihat orang
ramai berkumpul di sebuah rumah. Rupanya ada orang mengamuk hendak 
memanah isterinya dan menuduh anak dalam kandungan isterinya itu anak 
haram. Bila hubby lihat selepas orang itu di tangkap rupanya itulah orang 
yang kami lihat meredah semak dalam gelap awal tadi.

Menurut kata jiran mereka, lelaki itu kuat mengikut tabligh sehinggakan isteri 
beliau tidak di benarkan keluar dari rumah dan banyak makanan yang haram 
dan yang tak dibenarkan makan. Sayang sekali mungkin beliau terikut salah 
tabligh, terlalu taksub ataupun memang ada penyakit sedikit...wallahualam.

Nasib baik isteri beliau sempat lari keluar dan membuat laporan polis dan nasib
baik juga Balai Polis memang ada dalam taman perumahan kami ini. Sedih 
sekali lelaki itu di tangkap dan di ikat dengan baju untuk orang pesakit mental.
2 situasi yang berbeza dalam beberapa jam saje....kasihan. Semoga menjadi
ikhtibar untuk kita semua juga.


sering mengigatkan hubby, anak2 dan diri sendiri...jika ada apa2 masalah
janganlah di pendam...luahkan taupun tulis dalam dairi....