Monday, October 31, 2011

Berkhemah Di Sekolah Sampai Ke Rumah

Assalamualaikum,

Sibuk sangat hari ini dah petang baru sempat masuk


Bermula dari hari jumaat anak kita Farah bermalam di sekolah untuk program 
perkhemahan unit beruniform selama 3 hari. Ini adalah program yang pertama 
dia dapat perlepasan dari kami, sebab di buat di sekolah dan setelah beberapa
kali di pujuk baru mummy dan papa bagi keizinan... fobia tahap kronik mak bapak si farah ni hihi..:)

Makanya selama 2 malam jugalah Insyirah dan syahmi rindu pada kakaknya.
Padahal kalau ada bersama, ada saje yang nak digaduhkan.  


Teruja nak menjemput dan jumpa Farah di sekolah bukan adik-adik saje ...
mummy dan papa pun sama ...hehe~
sebenarnya dari malam pertama ..papa dah sibuk nak gi skodeng kat sekolah
mummy tahan...sabar pa! Malam ke-2 pula mummy yang sibuk ajak gi tengok,
papa pula yang suruh sabar ...huhu~


Malam tadi Insyirah pula nak sangat merasa nak tidur dalam khemah, jadi papa
pasang khemah di ruang tamu. Pukul 1pagi tadi mummy bangun nak check macam 
mana 2 anak dara tu...wah... lena sangat depa 2 orang tu tidur. 



Setakat 2-3 hari ini kita boleh tahan lagi, jangan sampai cuti sekolah masih
nak khemah ni ada di tengah ruang tamu ...sudah! lemas den ...hehe~ 

Saturday, October 29, 2011

Politik dan Kek Coklat Ohsem

Assalamualaikum,

Semenjak hubby menjadi pengerusi dalam persatuan yang bukan politik
barulah kita tahu ada bermacam ragam perangai orang yang masuk tapi 
bukan untuk memajukan persatuan tapi demi nak masuk kocek sendiri.
Mereka ini sudah pun ada jawatan dalam politik tapi tetap nak rebut jawatan 
dalam persatuan yang sekarang ini banyak mendapat sumbangan dari 
kerajaan dan juga yang bukan kerajaan. 

Bila ada majlis yang akan di hadiri oleh Y.B. dan di panggil untuk meeting.
Mulalah bagi berbagai alasan tak mahu datang...
  
tak sihatlah...

mengasuh anak oranglah..

"tapi bab makanan semua kami akan uruskan"

ewah-ewah... tahu nak projek masuk poket saje!!  

Hubby bertegas siapa yang tak datang meeting tak akan uruskan apa-apa.
Akhirnya semua urusan hanya 3-4 orang saje yang uruskan dari tempahan
khemah dan banner, perlawanan persahabatan, hadiah, makanan dan banyak 
lagi urusan yang sepatutnya di buat bersama demi meringankan beban tapi
kerana sikap pentingkan diri sendiri jadilah seperti ini. Hari ini majlis sedang
berlangsung kelibat mereka ini langsung tidak kelihatan.

Akibat kelam kabut dengan segala urusan hubby suruh kita buat kek untuk 
majlis ini. Jadi dengan konfidennya si ati ni semalam buatlah kek coklat kukus
azian. 1st time buat dah nak bagi YB makan...huhu memang over kofiden gitu :P


 buat 2 jenis kek sekali...

ini dia kek coklat kukus ohsem..bahasa gb tu!1st time buat terus jadi...alhamdulillah!
Sori azian memandai tukar nama kek ni. Saje biar coklat tu meleleh di tepi 
bagi nampak lagi ohsem...hehe~



ini pula kek pelangi yang tak cukup warna...kan nak siap cepat... ke malass.. :P


banyak sangat bagi alasan... lagi baik beri jawatan pada org yg benar2 layak 
dan tak menyusahkan orang lain... ^_______~

Friday, October 28, 2011

Kasih Sayang Syahmi

Assalamualaikum,

selamat pagi 

alhamdulillah...pagi ini cuaca nampak cerah

Kasih sayang syahmi walaupun baru berusia 3 tahun 8 bulan
terhadap kami ditunjukkan dengan bermacam-macam gaya. Jika 
dengan 2 orang kakaknya, setiap kali ke kedai pasti dia akan 
pilih makanan untuk 2 orang kakaknya juga. Tak kira berapa kali 
ke kedai tetap dia akan belikan lagi dan setiap kali kena marah 
dengan mummy pasti 2 orang kakaknya jugalah tempat dia mengadu 
dan dipeluk dalam kesedihan. 

Jika dengan mummy pula, pasti dia akan cari setiap kali nak tidur 
dan bangun dari tidur...almaklumlah belum lepas susu badan lagi. 
Sudah semestinya hubungan kami sangat rapat.

Syahmi juga cepat belajar dengan hanya melihat perbuatan kami.
Selalunya bila papa nak pergi kerja, mummy akan suapkan multivitamin
bersama air nescafe dan setiap kali papa pulang pula mummy akan 
hidangkan air sejuk. Sekarang ini syahmi dah ambil tugas mummy jika
papa kerja petang, dia yang akan ambil dan suapkan multivitamin kat papa.
Jika papa pulang kerja waktu petang, dia pula akan ambil air dari peti ais, 
tuang dan beri pada papa. Tak perlu di suruh pun, semua dia buat dengan
spontan bila dengar kenderaan papa masuk.

Teringat-ingat dan gembiranya hati kita akan kata hubby pada syahmi... 

"bertuahnya papa dapat anak lelaki yang sayangggg sangat kat papa!"

semoga kami dapat mendidik syahmi menjadi insan yang berjaya 
di dunia dan di akhirat....amin!

Thursday, October 27, 2011

Yang Pasti....

Assalamualaikum,

dalam cuaca yang sekejap mendung sekejap hujan ini
mulalah penyakit 'M' tu datang, bukan malas masak ke...
malas kemas ke.. tapi malas menulis...hihi~

hanya nak kongsi sedikit ilmu dari usrah semalam 

apa yang paling hampir dengan manusia?

jawapannya ialah ....


MATI! 

apa yang paling jauh dengan manusia?

jawapannya ialah .... 

MASA SILAM KITA! 

oleh itu dalam kita sibuk merancang kehidupan dan masa depan 
carilah juga saham untuk akhirat yang mana mati itu pasti!
dan akhirat juga yang kekal dimana kita semua tidak akan mati


peringatan ini untuk diri sendiri agar sentiasa ingat!

suka sangat tengok ustazah asni yg hebat bila berbicara  ... ^_______^

Tuesday, October 25, 2011

Pertemuan Terbesar Blogger

Assalamualaikum,

pertemuan terbesar blogger yang kita pernah join sepanjang 
setahun usia kita jadi blogger yang biasa-biasa saje tapi seronok
kerana semuanya sangat ramah mesra bagaikan dah pernah jumpa

 bersama dr. hanie dan gadis bunga, kami dah biasa sembang di FB


berbesar hati rasanya dato' LF sudi datang dan flw blog kita,
ella yang gorgeous, hanis azla yang cantik dan MDTyang anggun


akhirnya dapat juga jumpa, ainoraini ni lembut orangnya
bila bergambar dgn ella yg kecil molek orgnya..terus nampak kembangnya kita..hihi
azian kita tak sempat sembang lamakan...ceria saje orangnya dan kanan 
sekali tuan rumah kakcik yang baik dan lawak juga 

wani org kampung hubby kita ni kiut macam budak sekolah saje...babyface tu :)

kak azie ni pemeriah majlis ....ingat lagi kak azie mengusik bujal yg pemalu tu ..
punya kamera yang besar sekali! hehe..tu dia..uncle gedek senyum ...mahal tu :P

ini juga orang kuat majlis gathering ni ...daddy ziyyad, nasi ayam yang 
mommy ziyyad masak sgt sedap...cepat habis, nasib sempat kita rasa :)

rasanya ramai lagi yaang kita tak sempat ambil gambar dan kenal, mungkin selepas
ini dapatlah kenal mereka di blog pula 


terima kasih buat kakcik dan suami yang sangat ramah tu kerana sudi menaja
tempat pertemuan blogger kali ini juga air minuman dan banyak lagi 
yang kakcik berabis... ^________^

Macam-Macam Hal...Sebelum Majlis Bertemu Blogger

Assalamualaikum,

sebelum buat n3 pasal pertemuan blogger yang best tu kita nak
kongsikan macam-macam hal yang terjadi sebelum pertemuan blogger 
tempohari yang hampir saje membuatkan kita tak jadi pergi....

2 hari sebelum... kalut blog FOML ni telah di delete, tak tahu mana silapnya
tapi nasib baik sehari selepas itu ada kembali. terima kasih pada nabilah,kak kasih
dan yus yang bersusah payah mencarikan link yang boleh membantu... kalau tak.. mandi tak kenyang tidur tak basah kito :P

1 hari sebelum... kamera yang selama ini di simpan rapi telah terjatuh dan rosak 
sewaktu di charge... aduhai sedih sangat!! dahlah esok majlis yang harus ada kamera
nasib settle prob sebab along bagi pinjam kamera dia tapi kena ambil di tempat  kerja
papa esok... agak2 boleh teka tak sape punya kerja :)

ahad...tiba-tiba hubby kena pergi meeting sekejap sebab pengawai belia
daerah sepang nak datang buat tinjauan di taman kami ni sekejap apa...dekat 1pm baru balik..huhu 

ahad... baju yang nak di pakai rupanya koyak di belakang tapi di sebabkan 
dah niat nak pakai, kita jahit dan pakai jugak...ada ke orang perasan...ahak :P 

3pm di KL... kawan sekerja hubby yang pegang kamera yang along bagi sudah 
balik dan kawan yang sambung shift seterusnya takut nak pegang kamera pula...
hello bro...pegang kamera pun takut ke...lawak apa ni :( 

nasib baik ...hubby ada master key untuk semua drawer, walaupun dah buang masa
hampir 1jam di sini tapi kita lega dapat juga kamera akhirnya 

4pm .... melangkah ke rumah kakcik bagaikan kaki tak jejak tanah sebab ramainya
blogger yang hadir dan kita yang lambat sekali, tengok dalam khemah penuh orang 
masuk dalam rumah cari kakcik dulu... sebenarnya maluuuu sangat :P




pengubat segala masalah yang bertimpa pertemuan blogger yang happening sangat!

sambung next n3 kisah pertemuan blogger ada banyak lagi 
gambar nak share... ^_____^

Friday, October 21, 2011

Semoga Bertemu

Assalamualaikum,

selamat petang

bila tiba hujung tahun di malaysia ni bukan saja musim hujan
dan banjir tapi juga musim orang kahwin...yehh dapat makan 
nasi minyak kawah... kita suka sangat!

hari ini kita menerima kad jemputan perkahwinan yang pertama 
dari sahabat blogger dari blog My Real Life iaitu cikgu yati dari 
alam bujang melangkah ke alam rumah tangga yang dah semestinya 
berlainan tapi kak ati yakin yati dah bersedia menempuh itu semua 
lebih-lebih lagi dengan insan yang kita sendiri pilih dan cintai 
semoga yati dan bakal suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat 


insyaAllah kalau hubby dapat cuti dapatlah kita bertemu bulan november nanti


pertemuan blogger pada hari ahad ini kepada yang masih tak tahu lagi sila 
jemput ke blog kakcik untuk maklumat lanjut. semoga tiada halangan dan dapatlah 
kita semua bertemu memeriahkan malis bersama keluarga masing-masing,
lebih ramai datang lebih meriah....jomlah!


bilalah nak mula buat kek ni ...mood 'M' saje bila tiap2 hari hujan lebat 
hingga ke malam.... ^___________~

Semoga Diri Tidak Lupa - Dosa Berganda

Assalamualaikum,

pada hari jumaat yang mulia ini kita nak kongsi n3 yang kita ambil 
dari blog kerdipanrohani (kak ani) dengan niat untuk ingatkan diri sendiri 
agar jangan terlalai dan leka, sebab itu kita letak disini di samping dapat
berkongsi dengan sahabat yang lain

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang 
itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. 
Awas, kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda
seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini boleh berlaku apabila:

Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus menerus 
walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja 
yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh.
Jangan pernah 
sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh
walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar Lagi Maha Agung

Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut.
Walaupun 
tahu perkara tersebut dosa, seseorang itu bangga melakukannya. 
Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Inilah Istidraj iaitu 
seseorang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal 
melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

Tidak segan-silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan.

Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan
dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia, bahkan di hadapan Allah.

Dosa yang dilakukan oleh seseorang ulama atau tokoh
dan 
menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, 
ajarlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.



Thursday, October 20, 2011

PETUA: Cili Merah Tahan Lebih Lama

Assalamualaikum,

cili merah merupakan bahan yang sering di gunakan dalam 
masakan orang melayu, macam-macam kegunaannya dan 
yang penting sekali untuk di buat sambal belacan. cili ini pula
kalau musim perayaan harganya pasti akan naik

ketika kita sedang  memilih cili di pasaraya econsave baru-baru ini 
ada seorang makcik yang ramah tamah memberitahu akan petua 
untuk jadikan cili merah ni bertahan lebih lama.  

caranya amat mudah hanya buang tangkai cili itu kemudian di bungkus
rapi di dalam kertas dan di simpan dalam peti ais, hasilnya cili tetap elok 
walaupun dah sebulan kita simpan 



inilah cili yang kita dah simpan sejak 3 minggu lepas masih elok lagi
berguna tau petua orang lama ni



suka beli cili banyak2  di pasaraya lebih murah harganya ... ^_____~

Wednesday, October 19, 2011

Nak Sihat...Guna Minyak Ni..

Assalamualaikum,

selamat petang  


tajuk.. bukan main gempak ye ...heee~ 
mendung dah bertukar gelap dan berguruh pula disini

semenjak kebelakangan ini kita mula belajar jaga tentang pemakanan
sudah jarang sangat masak berlemak, gula pun 1kg tak habis sebulan

hasrat tu termasuk sekali dengan hajat  nak mengecilkan badan...dietlah kunun :P
bila kita dah kurangkan makan hubby pun sibuk nak kurangkan 
makan juga...kesian pula pada dia, jadi masak tetap masak tapi 
kami dah bertukar minyak masak dari yang biasa kepada....




jika dulu guna minyak seri murni atau care4 dan mesti 5kg..banyak betui guna minyak



sekarang ni yang 2kg ni pun dah lebih setengah bulan guna pun 
tak sampai setengah.... punyalah guna sikit saje setiap kali 
nak menumis atau menggoreng ikan...korang pula macam mana?


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA SEMUA SAHABAT YANG 
BAIK HATI BERKONGSI CERITA DAN DOA UNTUK SYAHMI
KITA SANGAT HARGAI.... ^______^

Risaukan...Syahmi Yang Mummy Sayang!

Assalamualaikum,

selamat pagi

beberapa hari ini hati kita di landa kerisauan bila mengenangkan tarikh 
temujani untuk syahmi bertemu doktor pakar sudah semakin hampir, dulu kita 
pernah kongsikan masalah syahmi diSINI. sudah 2 kali berjumpa doktor dan 
rasanya syahmi dah ok tapi bila doktor tu rujuk untuk temujanji seterusnya 
ke unit audiologi, mula kita rasa sedih sepanjang perjalanan ke parking kereta 
pada hari pertama ramadhan kita tak berhenti menangis. hubby pujuk sambil
berkata dia dulu pun pelat sampai umur 7 tahun tapi tak ada apa-apa masalah pun.
hati kita sendiri berkata yang syahmi tak ada masalah pendengaran pun.

selepas dari itu kita cuba buat-buat lupa tentang hal ini sebab tak mahu susahkan 
hati sendiri tapi bila teringat yang hari isnin depan dah nak kena jumpa doktor lagi,
mulalah perasaan jiwa kacau ni datang semula... nak pergi ke tak....? kita takut
mereka buat test ntah apa-apa pada hero bucuk kita tu. 

semalam pm dr. hanie dan dia gugelkan kita INI, rasa lega sikit sebab bukan 
'test' seperti yang kita bayangkan. semangat yang dah hilang nak join gathering 
ahad ini pun dah datang balik. besar harapan kita yang syahmi sihat dan tak 
perlu jumpa doktor pakar lagi....tak mau pergi hospital purajaya lagi...


tolong doakan untuk NorSyahmi Daniel, dia baru 3 tahun dan 
panjang lagi perjalanan hidup yang akan dia ditempuhi...


terima kasih banyak-banyak!

Tuesday, October 18, 2011

Ketinggalan Zaman kah...?

Assalamualaikum,

selamat pagi 

semasa birthday syirah baru-baru ini papa belikan hadiah 'angry bird'
tetapi papa terlupa akan syahmi yang tak boleh tengok apa yang kakak
dia dapat benda yang baru dia pun mesti nak juga


jadi minggu ini papa pun kena pergi ke giant nilai lagi untuk cari 
angry bird tu, yang untungnya syahmi dapat yang lebih besar dari 
birthday girl punya... nasiblah  syirah tak jeles...hihihi~



orang lain lama dah dapat, baru anak-anak kita dapat burung marah ni

hensem sangat kah burung ni sampai jadi kegilaan kanak-kanak ... heee~ :P




Monday, October 17, 2011

Jadi Supermak!

Assalamualaikum,

sepanjang 2 minggu lepas sehinggalah semalam kita lebih sibuk dari biasa 
tetapi semalam dah jadi seperti nasha aziz pulak, bukan jadi cantik dan manja 
seperti dia...jauh sekali! cuma rasa jadi macam tajuk dalam cerita 'supermak' 
semuanya kerana hari ini bermulanya peperiksaan akhir sekolah rendah 
di sekolah anak kita

sepanjang 2 minggu lepas kita cuma lebih tekan kepada matapelajaran 
matematik, sains, english, bahasa malaysia -pemahaman dan penulisan
tetapi terlupa akan matapelajaran lain seperti agama islam, kajian tempatan,
bahasa arab dan yang buat lagi kalut hari ini ada seni lukis jadi kelam kabut
cari tema yang telah di pilih dan rujuk dalam internet lepas tu ajar depa melukis 
dan pilih warna yang sesuai, farah pilih tema 'alien' dan syirah pilih tema 'wau bulan'
semuanya harus di selesaikan semalam juga di samping kerja rumah yang
tak pernah ada kesudahannya selagi ada di rumah dan hubby pulak kerja dan 
malam  baru sampai ke rumah

Alhamdulillah selesai walaupun sampai lewat malam baru dapat masuk 
bilik sendiri ...huhu~


peminat nasha aziz... pernah jumpa dan dia sangat cantik ... ^____________~

Thursday, October 13, 2011

Kalau Nampak ....Terus Cair

Assalamualaikum,

selamat petang

sudah makan .....?

kita semenjak kurangkan makan nasi dalam 2 minggu ini, hidanglah lauk pauk 
yang sedap....insyaallah boleh mengelak lagi ...kununnya hanya nak makan 
nasi seminggu sekali je....berapa lamalah leh tahan tu ...huhu:P


tapi.....

kalau ada yang ini .... harus terr...makan nasi!




dah lidah orang melayu kan .... kalau nampak mesti terliur
tambah lagi tempoyak tu ha..... terus cair 



tempoyak terbaik buatan mak mentua yang di bekalkan aidilfitri baru ni pun 
dah nak habis stok, bagus juga boleh mengelak makan nasi terus... yelah tu ...huhu~ 

kami sekeluarga memang hantu tempoyak .... ^________^

12.10.11 - Insyirah

Assalamualaikum,

sepanjang siang semalam tiada line internet, bila malam baru ada
hari ni pun line masih kurang elok sekejap ada sekejap tiada, tapi tetap nak buat 
cerita semalam kerana semalam ialah hari jadi syirah yang ke-7 tahun. rasa baru 
saja buat cerita pasal sambutan hari jadi syirah tahun lepas disini dan sekarang dah 
birthday lagi cepat betul masa berlalu kan....

Insyirah ni ialah baby yang dirancang dan kenan arab, pada masa itu kita 
memang nak sangat baby takut dah tua tak sempat nak mengandung lagi 
so my sis pun bagilah pil subur baru makan beberapa kali dah pregnant.
kenan arab pula sebab ketika itu kita berkerja di company arab yang mana bos 
sangatlah garang dan cerewet, bila syirah lahir kulitnya pun gelap sedikit dan
ada sifat cerewet dan sedikit garang, syirah juga banyak warisi perangai kita 
yang mana dia suka berkemas, tegas tapi lembut hati juga pandai puji dan ambil hati 
orang lain...hehe puji diri sendiri nampak :P



kek tahun ini mummy buat sendiri syirah request warna pink tapi comot je
lupa beli piping terpaksa guna kertas minyak..lagipun baru plan tahun depan 
nak pergi kelas belajar buat kek...hehe~


kongsi kek dengan along sebab birthday along bulan september lepas
dia tak balik rumah 


makan bersama ini .... tahun ini kami hanya sambut sekeluarga saja


dan juga cheese tart versi besar ini....kenyang buntang kami malam tu...alhamdulillah :)

ada sesiapa yg tengok cerita qaseh & aiman di astro baru2 ni...? 
berangin sajekan ... ^_____~

Tuesday, October 11, 2011

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum,

hari yang sangat sibuk ....
esok hari jadi syirah dan kami rancang nak menyambut esok tetapi rancangan 
telah bertukar ke malam ini, kerana along dapat balik hari ini saja kerana 
ada kelas malam esok dan papa pun ada meeting persatuan belia malam esok

jadi mummy kelam kabut membuat semuanya hari ini juga
setakat ini blueberry cheese tart saja yang baru siap
kek hari jadi tengah di bakar, krim belum buat lagi
di sebabkan kita tengah berdiet jadi kita pilih mee hoon goreng
untuk makan malam ini 

berasal dari adik beradik yang mempunyai hubungan yang tidak rapat, kita
telah berazam untuk mendidik anak-anak hubungan kekeluargaan yang rapat,
saling memerlukan dan sayang menyayangi. setiap kali hari jadi insyaAllah
akan di sambut ...paling kurang pun kad mesti di buat dan panggilan talifon 
cuma angah saja yang tiada kerana belajar di sabah ....huhu sedih pula.... 



nasib baik pastry dah buat malam tadi lagi 
terima kasih banyak pada pakar buat kek ratu siput yang banyak bagi 
petua  pada mak budak yang baru belajar macam kita ni :)


intinya ialah blueberry, di sebabkan terlupa beli piping kita pun  
guna 2 sudu plastik ini...ok juga

letak cheese pun guna 2 sudu plastik mudah juga 



ginilah rupanya blueberry cheese tart kita ...ntah apa-apa saje rupanya
tapiiiii.......sedappppp..ahaks! anak-anak kita cukup suka tau 
resepi kita ambik dari blog masakan kalau nak nanti kita bagi, 
sekarang tak sempat nak tulis....ada banyak kerja lagi

lewat petang ni pula nak kena keluar untuk beli hadiah pulak...
huhu fenatt... ^______~

Saturday, October 8, 2011

Sukar Tidur

Assalamualaikum,

selamat pagi 
ramai lagi masih tergolek-golek di atas katil
dan mesti ramai yang belum mandi lagikan...hehe~

sejak 3-4 hari ini kita dapat penyakit baru iaitu penyakit sukar nak tidur
cuba juga masuk tidur awal golek-golek atas katil, pusing kanan pusing kiri
syahmi dan hubby yang tak tidur tadi pun dah lama belayar, mata kita juga
yang terkebil-kebil

memang tak minum nescafe atau makan apa-apa pun sebelum tidur 
jadi hairan kita tau...kenapalah jadi macam gini, sudahnya beberapa
hari ini juga kita terbabas bangun awal pagi dan anak-anak kelam kabut
bersiap untuk ke sekolah kerana bas sekolah dah nak sampai....haru!

nasib baik juga pada waktu ini kita pun tengah bercuti 
dengar cerita pula kalau orang nak berdiet mesti cukup
waktu tidurnya.... haaa...yang ini buat kita lagi tension ni...huhu
macam mana ye nak ubat penyakit kita ni.....??


tolong bantu kita..... ^___________^

Friday, October 7, 2011

KLCC Bridge

Assalamualaikum,

mesti kita semua pernah ke KLCC
tapi pernah tak sahabat semua naik
ke atas jambatan KLCC tu 

kita pernah naik sampai ke atas jambatan tu
2 tahun yang lalu, ketika itu tiket percuma saje 
tapi yang masalah ialah nak beratur untuk mengambil
tiket tu yang sampai bercinta lamanya

jika sampai di atas jambatan 
sila jangan buang masa cepat-cepatlah 
ambil gambar kerana masa yang di beri 
sekejap saje....baru nak melayan perasaan 
dah kena panggil naik lift untuk turun ke bawah


pemandangan KLCC bridge dari bawah


sebelum naik ke atas, kena masuk ke bilik pameran dahulu
kemudian tonton 3D mengenai KLCC, lepas tu baru beratur ikut giliran 
untuk naik lift pula, ramai pelancong dari luar negara suka datang sini 


 pemandangan dari atas bahagian hadapan KLCC


pemandangan dari atas mengadap taman KLCC pula


3 orang anak pelancong bergambar di anjung KLCC bridge
dari sini memang rasa gayat sangat sebab terasa macam 
berdiri kat luar saje....hihi~

waktu lawatan        :  selasa - ahad ( isnin tutup)
masa lawatan         :  9.00 am - 7.00pm


dengar sekarang bayaran telah di kenakan utk tiket tapi tak pasti
berapa pula... ^____~

Thursday, October 6, 2011

Kedai Menjual Bahan Buat Kek & Kuih

Assalamulaikum,

sukar nak mencari kedai yang 
menjual bahan membuat kek dan kuih 
berdekatan tempat tinggal kita
selalunya kita akan ke shah alam ataupun
kajang untuk mencari bahan buat kek
tapi jauh sangat rasanya

melalui blogger wani kita dapat tahu 
di puchong ada kedai menjual bahan membuat 
kek dan kuih bernama 'Bake With Yen'
jadi semalam tu kita kesanalah
saje nak kenal kedai yang lain pula


inilah kedainya, besar dan ada banyak pilihan
macam-macam ada, senang semua ada di sini 
ada cawangan di KL, TTDI dan puchong, alamat dan peta di sini  



ini diantara barang-barang yang kita beli, harga pun murah dari 
kedai di shah alam dan kajang yang selalu kita pergi 
krim cheese 500gm-rm14.50 kalau kat pasaraya 250g-rm11.00


syahmi pun sibuk tolong cari barang ke punggah barang...hehe~



ini yang paling kita suka sekali, lama dah cari kat sini baru bertemu
terima kasih papa belikan untuk mummy...suka sangat!!
hari ini juga kita tengah buat cheese tart....heee~




tak sabar nak buat kek untuk birthday syirah next week ..... ^______~

Wednesday, October 5, 2011

Puchong Bandar Sibuk

Assalamualaikum,

baru saje balik dari bandar punchong
punyalah lama tak jalan ke sana
sudah menjadi bandar yang penuh
dengan perumahan dan bangunan kedai
penuh dengan manusia dan kereta yang berduyun-duyun
lambat sikit kena hon...nak masuk kanan pun kena hon!!

rasa bersyukur pula tinggal di luar bandar
yang jauh dari segala riuh kereta dan manusia
walaupun jauh ke dalam ladang kelapa sawit...siankan...hehe :P
tetap lega dari suasana bandar yang terlampau sibuk
keadaan sana pun macam tertekan saje

itu saje nak kongsi
sebab terlalu pening dengan keadaan tadi
maklumlah orang kampung masuk bandar...wakakah!




mengaku org kampung sebab dah berhijrah luar bandar ...^_____~

Kenangan

Assalamualaikum,

selamat pagi 
semoga hari ini cerah sepanjang hari
kerana kain baju semalam 
semuanya belum kering lagi

ketika megemas barang-barang 
atas almari bilik, terjumpa kotak 
baju-baju lama yang tertera nama mummy
rasa gatal tangan saje nak buka kotak tu
maka terjumpalah 1 t-shirt yang sudah lusuh
tapi cukup kita sayang....









tulisan itu ...

langsung tiada kebenarannya...


rasa sedih pula bila di ingatkan ..... :(

Tuesday, October 4, 2011

Pertemuan Kali Ke-2 Sahabat Blogger

Assalamualaikum,

hujan pada ketika ini 
sudah 2 kali hujan sejak pagi tadi

pada minggu lepas kita telah mendapat 
jemputan rumah terbuka dari blogger kak yan
majlis pada malam ahad yang lucunya
sehari sebelum itu kita telah bermimpi
yang kak yan belanja makan di hotel...hehehe

rupa-rupanya mimpi itu ada sikit kebenarannya
di mana semua makanan yang di hidang 
di rumah kak yan memang bertaraf hotel
payah nak jumpa dan sedap belaka
dessert punyalah banyak sampai tak termakan 
sebab dah kenyang sangat...alhamdulillah!


syahmi dan farah sibuk tengok anak kak yan 
sedang bermain piano... manja sangat anak kak yan ni :)
kami adalah tetamu yang paling akhir sampai dekat pukul 10mlm..huhu



kak yan ni sangat peramah, walaupun baru pertama kali jumpa
kami semua bersembang macam dah kenal lama
sempat kenal sahabat baru yang kanan sekali tu blogger Alin



seronok dan tak sangka dapat  jumpa blogger dr. hanie 
cantik dan langsing sekali .... balik tu kita terus bersemangat
nak berdiet, nak langsing macam dr. hanie...semangat ni doc :)

terima kasih kak yan sudi jemput ati dan keluarga sangat berbesar
hati dengan layanan kak yan, mama kak yan dan keluarga 
maaf juga sebab malam tu hubby ati kurang bercakap sebabnya
dia kurang sihat dan kepenatan repair kereta dari petang lagi




insyaAllah 23 oktober ini perjumpaan blogger di rumah Kakcik pula 
moh join ramai-ramai.....^_____^

Monday, October 3, 2011

Keturunan Bugis

Assalamualaikum,


'Burasak'

itulah namanya
menurut kata ibu, kak yan makanan ini
berasal daripada orang bugis 
rasanya sedap sekali
nasi yang dimasak dalam daun pisang muda
dan santan, memang kena dengan tekak kita

di sebabkan burasak ini juga
kita telah mengodek kembali
salahsiah keluarga sebelah ayah kita
rupa-rupanya tok nyang belah ayah 
di singapura adalah dari keturunan bugis
nama arwah tok nyang 'Anang Daim'

ada siapa-siapa yang bersaudara 
dengan kita tak.....?  

tapi sebelah ayah, datuk pun kita 
tak sempat nak jumpa... apalagi tok nyang

kena belajar lebih detail dengan ibu kak yan lah 


ayah kita...atok rugged ..heeee~

sejauh mana salasiah keluarga yang sahabat dapat kenal...? ^______~