Thursday, September 29, 2011

Orang Kaya Terlebih Duit

Assalamualaikum,


selamat petang semua

kejadian ini berlaku ketika kami 
ke pasar malam sebuah kampung di banting
ternganga kami di buatnya
bukan jakun tak pernah nampak tau




 
tapi jakun pasal tak pernah di buat dek orang
bawa kereta ferari pergi pasar malam 
lepas tu selamba parking tepi jalan yang 
sempit dan longkang besar

tak takut terguris dek motorsikal ko...?

tertolak masuk dalam longkang ko...?


ishh..ishhh...orang dah terlobeh duit ni kan...huhu  ^________~

Terlebih Fobia Ke...?

Assalamualaikum,
 
selamat pagi semua
riang gembira di permulaan hari ini...
kita hari ini rasa rungsi dan risau pula

hari ini anak dara kita yang darjah 4
akan keluar dari sekolah untuk ke perlawanan
bola jaring... jauh pulak tu nun di klang

kami suami isteri ni sangat fobia 
untuk memberi keizinan pada 
anak-anak untuk aktiviti luar dari sekolah 
lebih-lebih lagi kalau lawatan 
cakaplah kemana lawatan itu akan di adakan
nanti cuti sekolah papa akan bawakan
asalkan papa dan mummy ada bersama

kerisauan ini berlaku kerana banyak
sangat perkara yang terjadi sekarang ini 
kursus dalam hutan... ada yang ketak patuk ular
ke kolam renang... ada yang lemas pula
pergi lawatan... ada yang hilang juga
itu semua yang menambahkan lagi fobia kami

tak tahulah hanya kami suami isteri 
yang langsung tidak sporting atau 
semua ibu bapa berperasaan sebegini
tapi kali ini tak boleh mengelak lagi kerana 
ini adalah pertandingan bola jaring mewakili sekolah 
mahu tak mahu terpaksa papa sign surat keizinan





snap gambar sebelum farah pergi pagi ini untuk 
mummy tatap senyumannya dan hilangkan kerisauan dihati
kesian anak dara mummy dah gelap sebab selalu berlatih ditengahari buta 
salam, cium dipipi and say "good luck...semoga berjaya!"

syirah pula kena balik sendiri dari sekolah....risau lagi ... huhu ^_______~
 

Wednesday, September 28, 2011

Terpaksa

Assalamualaikum,

huh...sebu di perut masih terasa
power betui virus yang masuk dalam
perut kali nih...

pernah tak berlaku ...
berada dalam situasi yang serba salah
ibarat...

di telan merana badan...
tak di telan takut orang kecik hati...

iniah yang terjadi pada kami 
ketika melawat 'seseorang' dan 
di hidang makanan yang dibuat 
untuk majlis 2 hari yang lalu

itu saje makanan yang dihidang dan
telah di pelawa beberapa kali
mahu tak mahu terpaksa juga makan
walaupun kami laki bini jenis perut yang 
sensitif pada makanan semalam ini pula
makanan yang 2-3 hari yang lalu

sudahnya sehingga semalam 
di serang cirit birit....haru sungguh 


peringatan ini juga untuk diri kita sendiri agar tidak hidang 
kepada tetamu hidangan kelmarin ....kesian pada tetamu tau !!

Friday, September 23, 2011

Duit Raya Anak

Assalamulaikum,

selamat petang

bagaimana cara sahabat semua
lakukan kepada duit raya anak-anak 
atau pun adik-adik?

jika dulu kami kumpul semua duit raya 
masing-masing kemudian simpan dalam bank
tapi mulai tahun ini kita dah beri kelonggaran

1/6 dari duit raya masing-masing
anak-anak boleh belanjakan 
apa saje yang mereka mahu

farah yang sudah berusia 10tahun 
memilih membeli baju  
syirah yang berusia 7tahun 
memilih beli rantai shasa 
syahmi pula nak kereta kontrol


paling best sekali 2 anak dara ini sepakat nak belanja
mummy dan papa breakfast di McD

tapi rm10 seorang je...selebihnya papa yang bayar




syahmi ni lebih main dari makan 
ke sana sini sibuk mengusung kereta baru dia 
seronok juga sesekali bangun pagi 
terus pergi makan di McD....lagipun dekat aje ...hehe~



Majlis Gathering untuk semua blogger telah ditetapkan pada  23hb october 2011,
jam 2-7pm. Marilah kita memeriahkan majlis ini beramai-ramai dan untuk maklumat
lanjut boleh di rujuk di blog daddy ziyyad dan lokasi pula di blog kakcik

Teringin ...Tapi....

Assalamualaikum,


sebaik syahmi di lahirkan dunia
keputusan sudah di buat
ini adalah anak yang terakhir
hubby pun sudah puashati 
 
sejak syahmi sudah besar 
kita teruja dan gembira baca ramai
pula sahabat blogger yang mengandung
rasa rindu pula nak ada baby kecil ni

tambah kronik bila nampak budak kecil 
mula nak dukung dan mengusik mereka 
padahal kita ni bukanlah jenis yang suka 
dengan budak-budak yang tak kita kenal
kalau suka pun kalau nampak baby yang 
baru lahir atau yang setahun ke bawah

bagi cadangan pada hubby 

yang....kita tambah baby lagi 1 nak...
mummy nak baby girl pula.... ok tak sayang? 

malangnya cadangan telah di tolak ...huhuhu~
semuanya kerana hubby dah kepenatan 
menjaga syahmi yang baikkkkk sangatttt tu!
kalau ada baby baru maknanya dia akan
tersangkut dan tak boleh buat apa yang 
dia sudah 'plan' sebelum ini


melepas ai nak dapat baby girl yang kiut dan manja pula... ^______~

Thursday, September 22, 2011

Tepuk Dada Tanya Selera....

Assalamualaikum,
 
selamat pagi 

dingin je pagi ini hujan sejak subuh lagi
tiba-tiba rasa nak bercerita yang bertema pulak 

perangai manusia ini biasanya di pengaruhi 
oleh seseorang kalau semasa kecil kita akan
terperanguh dengan cara didikan atau kelakuan
orang tua kita tetapi bila sudah dewasa kita
boleh motivasi diri sendiri untuk ikut cara
orang yang kita suka
 
macam kita sendiri yang ada mengikut
cara emak yang tak banyak cakap
dan malas nak melayan benda yang 
memening kepala...lebih baik diam!

bila  besar kita banyak dipengaruhi oleh sifat 
kakak kandung yang satu-satunya dunia akhirat
sifatnya tegas terutama dalam hal yang melibatkan 
pelajaran anak-anak, kekadang melucukan...wekk perasan :P
suka buat biskut dan kek juga menghias rumah

bila sudah kahwin pula kita suka sangat
pada peribadi biras yang sudah kita 
anggap seperti kakak sendiri, dialah
yang banyak pengaruhi hidup kita sekarang ini 

kesimpulannya bagi kita, manusia itu sendiri 
yang boleh membuat keputusan untuk terpengaruh 
dengan sifat orang yang baik atau sebaliknya

ibarat kata pepatah....

tepuk dada tanya selera....asyik guna pepatah ajo den ni :P


ada yang nak tambah silalah.....kita budak baru belajar .... ^_______~

Wednesday, September 21, 2011

Dekat-Dekat Bau Busuk....

Assalamualaikum,


ketika tinggal di kuala lumpur dulu
kerja pula di jalan sultan ismail
tiap-tiap hari nampak KLCC 
dah jadi tak hairan pun nak jalan sana

tapi bila kini dah tinggal jauh nun...
bila sesekali turun kuala lumpur jadi 
teruja pula nak jalan-jalan ke KLCC

betui lah kata pepatah dulu-dulu

dekat bau busuk...
jauh bau wangi...

eh... ada kena mengena ke...?
hehehe...sebenarnya nak bagitau 
yang kami baru saje pergi ke KLCC
gaya mengalah pelancong arab yang ramai tu


buktinya syahmi bawah KLCC
jenuh nak snap teruna ni bergaya di bawah ni oii..


shopping-shopping di isetan best...
bila lagi nak shopping macam orang kaya...hahaha~


ini lagilah... tak tau bila la nak dapat beg LV nih
yang cukup ai minati... bergaya depan kedai jadilah



gambar ni special sikit bukan pasai kami sedondon...
sebabnya syahmi yang snap...elok pulak tu



bila dah bergayut di talifon pagi2 ....
habis kerja semua terbengkalaikan...hehe...^_____~
 

Tuesday, September 20, 2011

Kisah 5 Jiran

Assalamualaikum,

sudah beraya ke rumah jiran 
sebelah menyebelah ke...?

kita jiran sebelah kiri india

jiran sebelah kanan hanya menyewa
jiran depan isterinya sombong sikit 
jiran belakang rumah tak suka bercampur

hanya rapat dengan 2 jiran sebelah kanan
yang selang sebuah rumah dan juga
2 jiran depan yang selang 2 buah rumah
jadi hanya kami 5 buah rumah yang rapat
yang boleh bergurau ala-ala terlebih sedikit

bila ada yang buat kenduri kita yang
paling muda dan ada anak kencil 
selalu saje tak dapat nak bantu lebih tapi
setiap tahun kami pasti buat acara
ziarah raya yang khas untuk kami saje


masakan selalu di pastikan lain dari rumah lain
hari itu kita masak nasi impit, rendang ayam, 
sambal tumis ikan bilis dan kuah lodeh
disebabkan sangat sibuk jadi tak sempat 
nak keluarkan pinggan dan gelas kaca




selalunya kaum wanita di tempat lain 
dan orang lelaki di tempat lain...senang sikit



ini orang kuat surau yang baju coklat kak ana dan yang 
jubah hitam kak senah (wife penghulu jalan kami)
selalunya kalau ada aktiviti di surau mereka akan beritahu



sibuk dengan jahitan lani ....  ^__________^

Monday, September 19, 2011

Bertemu Sahabat Blogger lagi...

Assalamualaikum,


selamat petang,

balik dari beraya dengan hazama
kami terus ke rumah sahabat blogger
yang menjemput ke rumahnya eksklusif 
hanya untuk keluarga kami saje

mungkin ada yang dah tahu yang blogger
ini juga adalah sahabat lama kita  
yang baru dapat berjumpa semula selepas
terputus hubungan belasan tahun
kami 1 sekolah di SM Puteri Wilayah

jika tahun lepas kita mengundang dia ke rumah
tahun ini dia pula mengundang kita kerumahnya
demi ukhwah persahabatan dan juga kewajipan 
memenuhi undangan alhamdulilah sampai
juga kami ke rumahnya walaupun jarak rumah
kami ni ibarat hulu dan hilir jauhnya ...hehe~

insyaAllah selepas ini kami merancang
nak bermalam di rumah pula demi merapatkan
hubungan anak-anak dan suami kami pula 



thanks ita sudi undang kami sekeluarga...kita masih 

tak habis story cite masing2 lg kan .... ^________~


Beraya Bersama Hazama AF9

Assalamualaikum,

pada sabtu lepas kita mendapat 
undangan dari ibu hazama iaitu kak hasma 
untuk datang ke rumah terbuka hazama 
yang di buat di dewan AU 2, keramat

selepas jemput hubby di tempat kerja
kami pun gerak ke sana ...
pusing punya pusing akhirnya 
baru jumpa dewan AU2 tu... dah bukan orang KL lagikan :P

hazama buat besar-besaran juga 
luar dewan pasang khemah ada kerusi meja
dan ada buffet makanan di dalam dewan
pun ada juga kerusi meja dan buffet makanan lagi

paling best dia undang rakan-rakan 
dari AF untuk buat persembahan 
macam konsert pula jadinya...meriah

mula-mula depa yang nyanyi dulu
lepas tu baru hazama naik pentas 
dan bertanya nak nyanyi lagu apa..?
terus budak-budak yang ramai tu 
cakap lagu pokok!!! rupanya lagu 
tu kegemaran kanak-kanak dan 
hafal lirik lagu tu bila nyanyi bersama

tahniah hazama!!

macam ni pasti peminat lagi bertambah
dan hargai hazama yang tak lokek
dan sangat merendah diri juga peramah

hazama ni kiut je..muka mcm budak2 tp bila nyanyi...suara powerr!!

hazama nak sgt dukung syahmi..tapi syahmi jual mahai...hihi

bersama mak hazama dan the only kak ipar dia ...org utara na..^__^

ce teka ...sapa tu? mamat ni murah dgn senyuman ..comei gak

khemah di luar dewan...kami makan di luar je..

TQ kak hasma, sgt bizi...tak sempat nk sembang lama...nanti kami mai rumah pula :)



 mula sibuk dengan persiapan final exam anak2 pula.. ^_____~

Thursday, September 15, 2011

Terlalu Asyik Menonton Semanis Kurma :)

Assalamualaikum,


baru saje lepas menonton
'Semanis Kurma' di tv9
jarang sangat dapat menonton siaran ini 
tajuk minggu ini 'Dendam Semalam'
dari niat nak kemas bilik terus terlopong 
tengok Ustazah Siti Norbahyah dan 
Ustaz membincangkan tajuk hangat ini 

tetamu pula Ogy Ahmad Daud bertambah 
banyak perkara yang nak di bincangkan 
banyak betui mengisian dari tajuk tersebut

bagaimana anda....

masih ada lagi dendam semalam...?


sememangnya kita manusia biasa yang tak lari dari 
membuat kesilapan ...moga dapat mengikut apa 
yang di perkatakan oleh ustazah tadi ... ^_____^

 

Tak Dapat Siti Nurhaliza...Sepupu Pun Jadilah

Assalamualaikum,


rasanya selagi dalam bulan syawal ini 
memang rutin harian pun menjadi lebih sibuk
semalam dah berazam nak buat 2 kali n3 setiap hari 
tapi hari ini terbizi lagi...hihihi~

ini kisah pada raya ke-3 dimana kami sekeluarga 
telah berjanji nak beraya ke rumah sahabat baik 
hubby semasa bujang mereka tinggal bersama 
menyewa di cheras tapi sekarang dia telah pun 
berpindah pulang ke kampung

dia cikgu di sekolah teknik di kuala lipis ini dan
berkahwin dengan sepupu kepada siti nurhaliza
pada petang yang indah itu kami pun terima sms
dari dia yang berbunyi....

"bro..ko datang jap lagi, siti nak datang, nanti aku hello...
haaa bawak kamera siap-siap!"

uisshh....kita punyalah teruja baca sms tu
sampai terlompat-lompat happy nak dapat jumpa siti 
sebab dah lama tak beraya dengan dia sejak 
siti dah berkahwin dia tak pernah lagi buat open house 
untuk peminat-peminat tau....sedih betui

bila dah sampai dan dah puas makan-makan 
siti masih tak menjelma ke rumah mak saudaranya itu
sampai dah maghrib kami masih tersadai kat rumah 
orang lagi.....tak tau maluuu betuii :P 

akhirnya sepupu siti pun call mak siti dirumah
rupanya siti telah pun di bawa lari balik ke KL
kerana ramai sangat yang serbu sejak dia sampai 
ke kuala lipis tak sampai pun beberapa jam....
sebab-sebabnya...? tak taulah kita...? tapi yang pasti 
memang den frust ....haruuu...buat penat je den melompat :P


ini sepupu siti nama dia pun siti juga...ha..sampai dah malam kat rumah org :)

hubby bersama cikgu yang siti suka panggil abg k'mal :)

bilalah agaknya siti nak buat rumah terbuka untuk peminat di kuala lipis
pula ye....asyik untuk peminat di kedah saja....ada bunyi jeleskan ...^_____~

Wednesday, September 14, 2011

Masih Di Kuala Lipis dan Bertemu Sahabat Blogger

Assalamualaikum,


selamat petang,

tahun ini melepas lagi nak beraya di rumah 
terbuka 'chef wan' di koyan sebabnya
kami hanya pulang ke koyan pada raya ke-2 

selalunya chef wan hanya buat rumah terbuka 
pada hari raya pertama dan rumah terbuka
chef wanlah yang paling best dari segi layanan
dan makanan memang taraf 5 bintang ...klasssss!



menziarah kubur arwah bapa mentua yang meninggal 
kerana kemalangan motosikal awal tahun ini 

tinggal kenangan saje ....
rumah di koyan yang telah di sewakan



rombongan cik esah...sesekali balik kampung
baru sempat pergi menjengah tanah pusaka
yang semakin membangun di bandar baru lipis 



inilah sahabat blogger yang sempat kita ziarah
semasa di kuala lipis iaitu dari blog 'Lipis Lady'
nama mesra kak mah yang jauh beza dari gambar 
dalam blognya awet muda dan kecil molek orangnya
 
kak mah jemput kita datang kenduri pagi 
tapi tahu sajelah syahmi camnekan...
jadi kita datang petang ...sedap-sedap masakan
yang kak mah masak...sampaikan farah tambah 
3 kali mee kari kak mah tau...heeee~


malam ini ada jemputan rumah terbuka YB di sini...makan lagi...hehe~ ^______^

Meriah Berhari Raya di Kuala Lipis


Assalamualaikum,


apa khabar semua
sori lama tak menulis disini
masih melayan mood raya 
dan banyak pula undangan rumah 
terbuka tak kira weekend atau weekday

raya tahun ini kami berhari raya di kuala lipis
jadi pulun beraya habis-habisanlah
sebabnya kami hanya dapat pulang beraya 
selang setahun disebabkan hubby berkerja 

bagi orang yang tak punya kampung 
macam kita ni memang rasa seronok
bila dapat berkumpul beramai-ramai
kalau nak mandi kena bangun awal pagi
kalau tak...beratur panjanglah gamaknya
berebut tempat tidur dan tidur 
berselerak sana sini hanya dapat 
dirasai dihari raya memang meriah 
kerana keluarga hubby ada 7 beradik 

jom layan gambar raya kita ^_______^


bermaafan di pagi raya hubby dan mak mentua

sedondon kuning raya tahun ini
beratur untuk salam dan duit raya....syahmi dapat dari pakngah
farah & syirah bersama sebahagian sepupu perempuan
syahmi bersama 2 dara yg glamer...maktam & maksu

4 dari 5 beradik perempuan hubby ..dr kanan maksu, makde, maklong & maktam
dari kanan makteh & makngah ...hanya kami menantu perempuan

suasana rumah terbuka di kampung telang

kanak2 yang paling happy...suka pic ini :)

banyak lagi yang kita nak share bersama nanti ^__________~