Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA :)

Assalamualaikum,

terima kasih di atas nasihat 
para sahabat  semalam 
kita sangat hargai


alhamdulillah hari ini kita sudah pun pergi
mengambil baju melayu yang telah disiapkan
petang ni tinggal nak keluar cari butang 
baju melayu dan songkok untuk syahmi 


kesempatan ini kita nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf di pinta jika ada terkasar bahasa
dan terguris perasaan sahabat semua


insyaAllah panjang umur kita akan 
berjumpa lagi seminggu di sini 


terima kasih kerana sudi bersahabat dengan kita ^____________^


Thursday, August 25, 2011

Serba Salah....


Assalamualaikum,


hati kita ni berdebar-debar
dari semalam perasaan berbelah bahagi
nak talifon ke nak sms je...?
ke...tak perlu...nanti marah pulak dia...
ishhh....risau betui tau!

sebenarnya 2 minggu lepas dah talifon 
saje nak ingatkan ...takut-takut dia lupa
tapi dia kata ....insyaAllah!

2 bulan sebelum puasa tu 
kita dah hantar kain untuk buat
baju melayu hubby dan 2 teruna 

ini dah hari khamis ....
camne yek.....
nak talifon ke sms jeh?
ke ....jangan ganggu dia lagi....
aduhhh...haru betui...
tahun depan tak mau dah hantar 
kat akak ni lah.....bahaya betui

tak ada baju melayu laki den
habislah kami tak sedondon di pagi raya ....huwaahhh!




nak buat senarai barang2 nak di bawa balik kampung...
takut ada tertinggal ^_________~

Wednesday, August 24, 2011

Kejadian Yang Sukar Dilupakan Di Rumah Siti Nurhaliza


Assalamualaikum,


selamat petang semua

gambar WW hari ini merupakan hari raya 
yang pertama kita dapat beraya di rumah 
siti nurhaliza di kuala lipis pada tahun 2000
masa itu kita mengembang segalanya sebab
tengah sarat mengandung 

pada waktu mula-mula jadi penyanyi siti buat 
rumah terbuka sampai 3 hari dan peminat
semua boleh masuk sampai ke dalam rumah 
best betui tau...dapat bersantai di ruang tamu
sambil sembang dan menjeling piala-piala siti
yang melambak dalam almari hiasan

maka terjadilah kejadian yang memalukan kita 
diharap siti bacalah penjelasan kita ni walaupun
setelah 11 tahun berlalu.... chewahh perasan betui...huhu~

masa tengah ambil kuih didalam rumah siti 
kita pun nak duduk semula diatas sofa
sekali kita terduduk di atas segelas air
yang di letak oleh budak datang dari mana ntah 
diatas sofa... kan kita mengandung mana boleh
nampak apa-apa benda bawah dari perut

jadinya basahlah sofa antik siti tu...
didalam kekalut mengelap baju dan geram
dengan budak tak sekolah tu ...
bila kita paling semula ke sofa yang 
basah tu terkezzutt ai....!!

siti tengah melutut dan mengelap sofa
dia yang basah tu....alahai maluuuu ai!!
bayangkan baru 1st time dapat beraya
bersama siti nurhaliza dah jadi macam gini...
tak tau mana nak letak muka...huhu
tapi siti ni memang pantas dan cekap
dalam segala hal sebab itu dia boleh berjaya 




masa ni siti sangat kiut dan suwet
make-up nipis dan baju simple je
masa kita sarat memang segalanya mengembang
 


siti yang lembut dan nampak sangat jujur
bersama adik dan kakak ipar 


peristiwa ini memang menjadi kenangan buat kita seumur hidup ^______^

Wordless Wednesday: Pertama Di Rumah Siti Nurhaliza

Assalamualaikum,








Aildilfitri yang tak boleh dilupakan ^_______________~

Tuesday, August 23, 2011

Bunga-Bunga DiHati Dapat Kad Raya

Assalamualaikum,


selamat petang,

pagi ni tak tahu pasal apa... asyik nak 
duduk di tempat duduk sebelah pemandu saje
padahal kita yang bawa kereta 
2 kali pula tu...tergelak sendiri kita tau...hihi~


balik saje ke rumah baru perasan dalam
peti surat ada kad raya
teruja juga nak tau untuk siapa...?
wah...sekali untuk kita rupanya 
bukan 1 tapi 2 ....hehehe..


gumbira rasa hati ini sebabnya 
sudah bertahun tak kirim kad raya
apalagi dapat kad raya...sms kan ada





kad yang unik dan cantik ini datangnya jauh dari Melaka
milik Zafira Nabilah, blog yang mesti kita terjah setiap kali online 
terima kasih nabilah cayang....farah suka kad ni siap nak tiru nanti






kad raya baldu berwarna hitam ini nampak sangat eksklusif
macam juga empunya kad ini Dr. Hanie  yang 
suka hargai kawan-kawan dan kepala pun best :)


memang surprise dapat kad raya ni 
jadi kita tak sempatlah nak balas 
insyaAllah tahun depanlah ye


gembira sangat dapat berkawan dengan semua sahabat 
walau hanya dalam maya ....semoga 1 hari nanti kita 
semua dapat berjumpa juga ...insyaAllah  ^__________^

Monday, August 22, 2011

Sudah Selesai!

Assalamualaikum,

bertemu kembali setelah lebih seminggu
kesibukan dengan segala macam kerja

minggu pertama selesaikan jahitan
semuanya 8 pasang baju anak-anak dan mummy saje
tahun ni memang tak dapat ambil tempahan 

minggu kedua pula sibuk buat kuih raya
walau sibuk berkejaran dengan syahmi 
tetap nak buat kuih raya kerana tak rasa raya 
kalau tak buat kuih raya...dapatlah buat 5 jenis

setiap tahun biasanya kita adalah juga
ambil tempahan biskut tart gulung dan
arab susu yang sedap .....siapa lagi nak pujikan ...heee~
tapi tahun ini hanya dapat ambil 2 tempahan 
saje ...itupun sebab jiran rapat kalau tak
memang tak ambil langsung


ini biskut arab susu yang sedap dan lembut saje
orang takde gigi pun boleh makan...syahmi suka sangat!!

 

biskut tart nenas yang sedap dan gebu
comot sikit ....maklumlah kerja sambil diganggu
insyaAllah tahun depan bila syahmi dah bijak sikit
bolehlah mula balik jual biskut raya...silalah tempah ye...hihi


ini budak yang tak reti duduk diam 
yang ada saje benda nak dibuatnya
sampai mummy tak boleh cari duit extra
ramadhan tahun ni....tapi kita redha je..bukan rezekikan :)



tinggal nak kemas2 mana yang patut saje... kita akan 'BW'

seloliii sampai selesai ...tunggu!!! ^________~

Saturday, August 13, 2011

Semakin Hampir....


Assalamualaikum,


lebih seminggu tidak cukup rehat...

lebih seminggu juga tidak cukup tidur...

sudah semakin hampir....

lega rasanya.....



dah boleh senyum lebar  ^_______________________^

Thursday, August 11, 2011

Bila Astro Problem...

Assalamaualikum,

astro tengah problem
semua kerja jadi tergendala
kerana kena kacau oleh hero kecik

akhirnya dapat idea....



bawa keluar sofa dari bilik

buka disney junior di you tube
 

baru mummy boleh sambung kerja 

jangan jahanam laptop den sudah ...huhu~


masih tak habis...mood menjahit dah semakin menurun nih ^_____~

Wednesday, August 10, 2011

Senang Dapat Pahala Tapi Badan Merana

Assalamualaikum,

hari ahad
papa nak makan ketam masak lemak
pergi pasar banting.... mummy masak

hari isnin
papa tak puas makan masak lemak
nak udang galah masak lemak pulak
pergi pasar chow kit ...mummy masak

hari selasa
papa teringin nak air bandung blended
pergi pasaraya megah beli kacang,
susu cair, jagung dalam tin....minum habis 1 jug

hari rabu 
papa call request nasi lemak pulak!!

tergelak dengan selera papa ni
tapi mummy yang merana kena makan 
dan minum semua tu juga...tak kan nak tengok jeh  


papa takpe lah...dah belas tahun kahwin ...badan masih 
sama...mummy nih...makin bomm..bommm...huhuhu~

Rabu Tanpa Kata


Assalamualaikum,



 


line tenet teruk..... :(

Tuesday, August 9, 2011

Cenderemata Dari Sahabat Blogger

Assalamualaikum,

selamat petang


petang semalam blog Flower Of My Life
menerima cenderemata yang merupakan
FM dari blog *Ceritera 5S* iaitu 
Suzi yang suka bahasakan diri sebagai mak encik




blog suzi ini antara blog yang kita suka baca
dan komen jika kita berkesempatan ke alam maya


cenderemata ini adalah kerana kita 
terpilih menjadi pengomen bertuah di blog beliau
kita juga dapat duit raya yang pertama tahun ini 

nak tahu berapa.....?






 500 tu.... walaupun rupiah...
siapa nak bagi kan....hehehe 
terima kasih daun keladi suzi


FM yg kita terima semua simpan dlm almari hiasan coz sayang
dan takut syahmi kerjakan...dah takde tempat....hehehe ^_____^
 

Monday, August 8, 2011

Datangnya Ramadhan ... Teringat Kembali

Assalamualaikum,

selamat pagi 

baru dapat bertemu di alam maya 
di bulan Ramadhan yang mulia ini  
hanya pada minggu ke-2 baru kita dapat
masuk menjengah sekejap walau hati meronta
nak masuk tapi banyak benda yang mesti didahulukan

bila tiba bulan Ramadhan ini kita pun teringat 
kembali detik kita mengenali dunia blog ini
melalui seseorang yang kita cuba nak lupakan
dari waktu silam tetapi datang kembali menganggu 
kehidupan kami yang aman bahagia 

bermula diminggu akhir bulan Ramadhan 
kita mula berblog hanya bila ada masa dan
belajar semua tentang blog pun sendiri
mula menulis seperti dairi kehidupan
inilah  n3 kita yang pertama
pada bulan oktober iaitu selepas hari raya
barulah kita menulis dengan lebih aktif 



semalam baru dapat masak juadah berbuka yg special utk fmly
sebab baru dapat ke pasar banting ^_____~