Saturday, July 30, 2011

Bertambah Usia...DIA

Assalamualaikum,

hari ini bertambah lagi angka pada
umur dia...


dia anak bongsu yang dimanjakan satu
ketika dahulu...huwaa...sedihh...


setiap tahun bila birthday dia mesti nak ada kek
kalau tak ada kek dia boleh nangis tau...

tapi tahun ini dia rasa lain pula ....
dia talifon dan pesan kat hubby dia...

papa....tahun ni papa jangan belikan kek tau...
mummy tak maulah ...

sekali pukul 12 malam along baru sampai 
bersama dengan kek ....kwang...kwang...kwang... 




semoga kita akan menjadi anak, isteri, mummy, insan dan umat Islam 
yang lebih baik dari sebelumnya....aminnn!


terima kasih pada semua yang sudi bersahabat dengan kita ^________^

Friday, July 29, 2011

Main Salji Dalam Ais Box

Assalamualaikum,

selamat petang

ini n3 tercicir ...pasai lama tak masuk
dah seminggu tapi sejuknya masih terasa...hehe

sememangnya dalam rumah salji 
di i-city ni sangat sejuk
sehinggakan kami keluar masuk 
sampai 3 kali....1st keluar sebab
nak beli sarung tangan dan tukar 
jaket yang ada butang ...beku tangan beb!

2nd keluar sebab sian kat  syahmi 
dah keluar air hidung tapi dia 
tetap nak main slide lagi
papa pula nak smoking

3rd keluar sebab anak dara 
dah tak tahan pergi tandas
farah terus tak mahu masuk 
lepas tu...sebab kaki dah sejuk sangat  


dalam pondok ais

banyaknya makhluk dalam nih :)

main gelungsor...best gak :)

syahmi asyik nak main slide jeh

tergolek2 dia punya teruja...selama ni tgk dlm tv jeh

fareena tak tahan sejukkkk...


jadi kalau plan nak ke sana
pakai seluar tebal, sarung tangan, stokin dan 
jangan berkasut kain ...beku kaki nanti

esok adalah hari ai jadi 'king of the kong' ...hehehe ^_______^



Sibuk Sokmo :)

Assalamualaikum,

selamat pagi 

minta maaf sudah lama tak bersiaran 
dah namanya wanita yang semangnya
sentiasa sibuk tak kira yang berkerja atau tidak 
hanya waktu tidur saje dapat berehat...betui dak?


minggu sudah memotong kain 
jadi minggu ini adalah minggu menjahit
semua 9 pasang baju sebelum ramadhan
menjelang insyaAllah isnin ini



inilah 'mesin jahit tepi' kesayangan kita yang banyak berjasa
mana nak dapat dah lani mesin jahit tepi yang begini...antik woo...



sebelum guna mesti dibersihkan mana yang patut ye
maklumlah sudah hampir setahun tidak digunakan 
puan besar cuti panjang jaga anak yang baik...hehehe~


harap-harap dapatlah kita mengejar waktu 
yang suntuk ini...
bulan puasa nanti tak mahu sibuk menjahit
nak banyakkan amalan dan mengemas rumah ...chewah :P


amacam ...ada serak suara tengok bola semalam .... ^_______~

Friday, July 22, 2011

Semua Dah Siap

Assalamualaikum,

selamat petang semua

anak-anak sedih kerana sepatutnya 
sekarang ini mereka dah ada dikampung
berkumpul dengan sepupu-sepupunya

bila saje papa cakap nak bawa ke suatu 
tempat di shah alam 
terus bersemangat mereka menyiapkan
baju dan jaket untuk keluar petang nanti

yang lawak tu sarung tangan pun dah siap sekali
emm...sejuk sangat ke tempat tu nanti ye
kita pun tak pernah sampai...teruja gak

papa pandai ambil hati kami....hehehe ^_____^

Maafkan Kami Mak...

Assalamualaikum,

selamat pagi sahabat semua

semalam pagi-pagi lagi talifon dah berdering 
ingatkan hubby call nak bagitahu dah sampai
rupanya mak mentua yang talifon bertanyakan 
apakah kami akan pulang kenduri arwah sabtu ini

ini merupakan kali kedua emak talifon
kita serba salah nak bagitahu yang kami
sekeluarga memang tak dapat pulang 
biarlah hubby sendiri yang bagitahu 
bimbang lain pula yang difikirkan
kita pun berkias tentang hubby yang 
sangat sibuk sekarang ini

kita dan anak-anak suka pulang ke kampung 
siapa tak suka dapat jalan jauh sambil 
lihat pemandangan yang indah di pahang ni
tapi inilah harga yang harus dibayar jika 
memilih berkerja di bidang perlancongan
bukan dapat bercuti sabtu dan ahad
juga public holiday seperti orang lain

maafkan kami mak....
sekarang ini musim arab datang bercuti
hubby memang tak boleh cuti


kesian & nk pujuk anak2...malam ni hubby nk bawa jalan2 ke shah alam...
mummy suka....^_____^

Thursday, July 21, 2011

Syahmi Yang Pantang Jumpa Kamera

Assalamualaikum,

selamat petang,

syahmi sekarang ini pantang jumpa
kamera mesti sibuk nak snap apa saje
benda yang dia suka



mickey mouse dan oso ni kartun yang dia suka
tapi yang paling buat kami tergelak baru-baru ini
syahmi dah pandai nak snap muka dia sendiri

 1st time ... alamak nampak sikit je
 
 2nd time ... nampak sikit lagi 


3rd time.... bolehlah nampak semua yang bulat...heee~
ini semua sebab nampak kakaknya yang selalu 
snap ala-ala model muka sendiri...huhuhu~


akhirnya dapat juga berpuasa di bulan ini ... ^______^

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday - CT Nurhaliza di Kuala Lipis

Assalamualaikum,

selamat petang




minat sangat ....!! ^____________________~

Syukur Alhamdulillah - 2

Assalamualaikum,

selamat pagi semua
semoga semua sihat dan rasa happy macam kita

dalam kenangan....


dah pencen selepas 11 tahun perkhidmatan
toshiba 5.5 kg jeh
anak ramai ...setiap hari kena mesin 2 kali 

 yang baru ....


setelah berminggu cuci pakai tangan
sampai tebal dan perit tangan nih...
Toshiba 10kg...cantik bersinar-sinar
sekali cucian dah selesai ....hehehe~

bila pulih dari sakit nih...kita lebih hargai setiap waktu itu ... ^______~

Tuesday, July 19, 2011

Syukur Alhamdulillah - 1

Assalamualaikum,

apa khabar semua
kita ni alhamdulillah ...baru rasa 
sihat sepenuhnya hari ini 
maaf ye kejap ada kejap tak ada
seminggu dua ini ....
apa nak buatkan kalau badan tak 
sihat memang tak ada mood nak on9 ni

bila bangun hari ini saje terus balas dendam ...
mengemas dari atas ke bawah rumah yang 
dah macam kapal pecah ini
baru lega sikit bila semua dah tersusun 
dapur pun dah tak macam pasar malam dah..hehehe~

insyaAllah esok dah boleh buat projek 
seterusnya dan boleh buat n3 macam biasa


Syukur Alamdulillah...ada lg 2 Alhamdulillah yang kita nak kongsi nanti ^_____^

Friday, July 15, 2011

Punyalah Power!!

Assalamulaikum,

selamat petang semua

dah masuk hari jumaat baru rasa nak sihat sikit
punyalah power bakteria yang datang kali ini 
dari hari ahad lagi kepala macam ada batu saje
kalau tak makan ubat tahan sakit memang
tak boleh nak bangun 

jadi projek jahit baju raya pun tergendala
dapat potong baru sepasang seorang 
dan juga baju sekolah anak dara
lagi 3 pasang harap dapat selesai weekend ni
jadi minggu depan dah boleh mula menjahit




inilah akibatnya mood nak memotong dan 
menjahit datang lambat tahun ini...hehehe~


 
semoga tahun hadapan depan diberi keberanian nk buang ini 'tonsil'

Wednesday, July 13, 2011

Rabu Tanpa Kata? adalah skit ....

Assalamualaikum,



kurang sihat 

dan 

biziiiiiiiiiiiiii..........



sori ...... ^______________^

Friday, July 8, 2011

Terhasil Dengan Dugaan

Assalamualaikum,

semenjak beli mixer baru ni kita memang
bersemangat nak cuba resepi kek yang baru
rasanya sejak beli pertengahan  bulan 6 dah
3 jenis kek yang kita buat 
lebih lagi sejak ikuti kelas menghias kek krim 
di you tube....lagi bersemangat

tapi....

kek untuk harijadi papalah yang paling banyak 
dugaan nak siapkan tau 
bukan kerana resepinya susah atau tak jadi 
tetapi kerana ada gangguan oleh si hero kecik 
yang asyik berulang ke dapur 
kalau tak pun akan buat hal diruang tamu

birthday boy kan  tak boleh buat kerja
habis hangin satu badan mummy ni 
kalau tengah ralit mendeco kena ganggu 


segala dugaan hilang ...pabila melihat senyuman mereka yang tersayang
kek siap dah malam ...syirah sampai dah nak tidur ...hehe



dah penat sangat coklat sagat pun tak cantik dan 
tak sempat tulis 'happy birthday' pun coz dah lewat sangat


4 lapis tu...berbangga ai melihat hasil dan rasanya..heeee~
kali ini hias dengan fresh whipping cream 
tengok di you tube mudah saje tapi bila buat 
susah betul whipping cream ni nak tick tapi 
rasanya lebih sedap dari buttercreamlah....berbaloi-baloi


kalau dah pandai nanti...berangan nk buka bisnes kek dari rumah sebelum
ni dah buat tapi hanya choc. moist kek tapi dah stop coz bz dgn syahmi  ^____^

Thursday, July 7, 2011

Bayi Kenan Hidung Patung

Assalamualaikum,

selamat petang 

kisah seorang makcik yang sedang mengandung
sangat berminat dengan hidung patung yang 
pakai baju di globe silk store, jalan tunku abdul rahman  
yang popular suatu ketika dahulu

setiap kali datang ke situ makcik ni pasti nak tengok 
juga hidung patung kat situ tak jemu-jemu walaupun
dah berkali-kali dia datang melihat....

pada 7hb julai di sekitar tahun 70an lahirlah 
bayi lelaki yang comel dan putih 

dialah... hubby yang kita cintai
papa kepada anak-anak kita 
merupakan anak kenan hidung patung...hehe..kisah benar tau


"SELAMAT HARI LAHIR PAPA DARLING"

semoga berjaya dalam kerjaya 
di murahkan rezeki 
di kurniakan kesihatan yang baik 
terus bahagia dan gembira hidup bersama kami 


nasib baik MIL kenan hidung patung yang mancung...hihihi~
kek masih dlm proses...akan di tayang esok ^_____~

Wednesday, July 6, 2011

Percubaan

Assalamualaikum,

selamat petang 
bertemu kembali sahabat yang dirindui


ini kali pertama buat cup cake ada krim
first time buat butter krim 
rupa tak cantik....
tapi rasa sedappp.... hehehe...sape lagi nak pujikan


ini pra-kek untuk untuk birthday papa nanti
saje testing dulu ...pakai mixer baru ^__~


siapa2 yg boleh share resepi butter krim yg sedap...? thanks ^____^