Monday, June 27, 2011

Selamat Tinggal Semua...!!!

Assalamualaikum,

disebabkan hal ini 
selepas itu hal ini pula 
masih tidak tahu sebabnya 
masih belum selesai lagi 


disebabkan sayangkan syahmi
juga rasa bersalah pada syahmi 


disebabkan syahmi cinta hati papa
syahmi sememangnya buah hati kami sekeluarga
 
kita mengambil keputusan nak berehat 
seketika dari dunia blogging ini

mungkin hingga tarikh jumpa doktor pakar nanti...

mungkin 3-4 hari saje ....

mungkin.... hingga tarikh yang tak pasti....


selamat tinggal semua...doakan untuk syahmi ...terima kasih!

Saturday, June 25, 2011

Dilanda Kerisauan ....

Assalamualaikum,

hari ini banyak ada banyak aktiviti
yang harus di lakukan 
antaranya mengemas rumah,
pergi kenduri kahwin jiran
nak buat kek coklat yang dah lama 
tak buat...bahan semua dah siap beli

tapi bila telinga syahmi yang sakit
tempohari berdarah....
terus hilang mood nak buat semua 
aktiviti yang telah dirancang tu

kita dilanda kerisauan ....tahu sajelah 
kalau sakit benda yang kita tak boleh 
nak nampak ni lain .....
kalau luka di tubuh badan tak apa lagi
sebab dah tahu mana dan apa sakitnya
ini benda di dalam .....kita memang risau

terpaksa talifon papa minta balik
cepat rasanya kami kena ke hospital 


bila anak sakit ...tak ada yang dapat mengembirakan hati ini ... :(


 

Friday, June 24, 2011

MAAF

Assalamualaikum,






maaf ye...
hari ini kita sangat sibuk
hari penyerahan buku laporan anak
sekolah pagi dan juga petang

bila papa sibuk
mummy kena jadi superwoman

nanti kita balas sampai khatam ..... ^_______^
 

Thursday, June 23, 2011

'Ceciter Cinta' Wahai Astro ... Apa Citer??

Assalamualaikum,

selamat malam

kejap ada kejap tak ada....

'services currently not avaiable'

buka pintu di luar tak hujan pun 
apa hal astro ni...?
bukan percuma ....berbayar  tau
tapi service...alamak teruk betui!

akhirnya langsung tak boleh faham 
cerita yang di promo bagai nak rak tuh

masuk bilik buka tv3 yang 
tidak perlu dibayar
dapat tengok cerita 'Anissa' 
dengan rasa puashati

hangat betui hati .....

Semakin Moden Dan Cantik

Assalamualaikum,

selamat petang,
mendung saje cuaca hari ini di sini 

kawasan taman perumahan biasanya
bila lepas cuti sekolah baru ada banyak 
undangan perkahwinan

sekarang ini pula ada bermacam-macam 
jenis kad kahwin yang boleh di tempah 
mengikut selera dan budget masing-masing



ini kad kahwin yang paling unik kita pernah terima
macam kulit buku pun ada kan....moden dan cantik



ini pun cantik selera orang zaman sekarang
kalau boleh semua nak english style
sampai kad pun ... so sweet




ini pun apa kurangnya .... cantik kannnn
belas tahun yang dulu dah kira glamer habis tau
berkilau .... dok nun jauh pun boleh nampak...hehehe~


kad kahwin disimpan buat kenangan anak cucu cicit....hihihi~ ^____~

Misteri Kubur Lama Di Kuala Lipis

Assalamualaikum,

selamat pagi semua
semoga hari ini tidak hujan 
kain baju semalam masih tak kering lagi
kan ai basuh pakai tangan lambat nak kering 

selama bertahun-tahun kita menjadi 
separuh warga kuala lipis
maklumlah berkahwin dengan orang 
kampung siti nurhalizakan ...cewah eksen :P
balik kampung pun 2-3 kali setahun je....huhu 

hanya baru ini yang kita terperasan di tengah-tengah 
bandar kuala lipis terdapat 2 makam lama dengan 
batu nisan yang besar 



betui-betui tepi pasaraya saje kubur ni tau
kalau papa tak cakap memang kita tak perasan ...



bila dilihat lebih dekat rupanya kubur ini milik orang Inggeris
pada salah satu batu nisan yang besar gedabaki tu
tercatat nama Solomon Chapman
yang meninggal dunia pada tahun 1894
tetapi tidak di ketahui siapakah dia ini...??

sayang sekali pihak majlis daerah kuala lipis
tidak peduli akan  kubur lama ini 
padahal ianya boleh di jadikan salah satu tarikan 
pelancong di kuala lipis 
pagarkanlah kubur ini agar tiada kes kecurian 
kerana semua yang ada di situ sangat antik
juga buatlah satu catatan perihal kubur lama ini

semoga ada orang yg panjangkan hal ini ke Majlis Daerah Kuala LIpis ^___^

Wednesday, June 22, 2011

Besar Betul!

Assalamualaikum,

hujan selebat-lebatnya pagi ini
sejuk dan nyaman saje...

pernah tak sahabat semua jenguk-jenguk
bawah sinki kat dapur tu
saje spray bawah kabinet sinki tadi 
sekali lepas tu keluar....mak datok besaq betui!


 
nih raja lipan kot sebesar jari kelingking
kalau ada papa...gerenti kita tak berani 
nak buat apa pun tapi dah tak ada orangkan
mengenangkan syahmi ada terpaksa juga 
kita spray berkali-kali tapi hidup lagi 
ketuk 2 kali hidup lagi...bionic betul lipan nih 


akhirnya lari naik atas call papa
tak sanggup nak buat apa lagi...eee..geli!
papa suruh himpapkan dengan batu
doklah situ sampai papa balik!!

3 hari hubby ada training di airport ...senang sikit hati ai .... ^_____^

Tuesday, June 21, 2011

Bersara

Assalamualaikum,

selamat pagi
baru mula puasa semula hari ni

dalam banyak-banyak barang eletrik
kalau 1 barang ni tak ada 
memang susah jadinya
tahu apa benda tuh....
bagi kita 'mesin basuh'
memang seksa hidup jadinya

setelah beberapa kali bagi hint
tak boleh pusing untuk membasuh
tapi masih boleh spin
kita pun masih bertahan lagi
tapi kali ini mesin ni terus 
tak boleh nak on pun 

setakat basuh pakai tangan then spin
ok lagi ini nak kena basuh then perah
dengan tangan juga bila nak jemur
memang merana jiwa raga weh...  

arigato gozaimasu Toshiba san!
menolong ai selama 11 tahun nih :) 

memang patut ko bersara pun...dah tua 
lepas ni kena cari mesin basuh Toshiba 
juga coz memang bagus dan tahan lasak


lari sikit budget raya da...mahu 1k paling kurang ...huhu~ ^_____~

Monday, June 20, 2011

Seni Deco Patch ... Semudah ABC

Assalamualaikum,

selamat petang 
sungguh tidak disangka rupanya seni 
deco patch ini amat mudah di pelajari 


cikgu memberi bahan dan mula nak mengajar 


bahan-bahannya:-
pinggan putih kosong
tisu bunga
gam ceramic 
berus lukisan 
clear spray 
gunting  

 
kelas kami tak ada meja tapi yang bestnya
hanya bayar 5 ringgit saje dapat semua diatas ....heee~
pelajar mula memotong tisu ...seeloknya potong
ikut bentuk bunga then ceraikan lapisan tisu di bawah...itu bukan ai :)


hias ikut kreativiti masing-masing
nak tempek 1 bunga atau 5 bunga ke...sukahati ye
tapi letak gam tu diatas tisu bukan di bawah ye
mesti sapu cepat-cepat ratakan sebelum gam kering 


ni kita punya...yup bukan kepala sahabat yang senget ye...
bunga yang kita tempek tu tersenget...1st time kan...alasan :P


selepas dah puashati ...jemur sampai kering 
nak cepat pakai hairdryer jeh


akhir sekali spray dengan clear spray 


dah siap mudah saje selain dapat menjimatkan 
wang dapat mereka ikut selera anda sendiri 
kita letak nun atas almari tu ...ok tak..?
papa tak suka letak atas tu..tapi sementara cari tempat baru 

selamat mencuba....dah siap tunjuk kat blog wokey ... ^_______~

Sunday, June 19, 2011

Hari Yang Sibuk

Assalamualaikum,

hari minggu yang sibuk buat kita 
sempena hari bapa hari ini
pagi sibuk melihat anak yang 
baru nak buat kad hari bapa sebelum
papa bangun tidur...nak buat surprise kunun

selepas tu pula kita masak nasi lemak 
sambal udang bersama ayam dan telur goreng
khas untuk my darling @ papa yang terbaik 
dalam dunia buat kami sekeluarga 



kad ni dari syirah yang umur 7tahun
selamat hari tu kecik je..hehe~


kad ni pula dari farah ...tunjuk yang luar saje 

apapun kita rasa sangat bersyukur anak-anak 
dapat merasa kasih sayang dan perhatian
yang sepenuhnya dari papa mereka
yang mana kita tak dapat rasai ketika kecil dulu 
alhamdulillah... papa sangat bertanggung jawab
terima kasih papa.... i love u .... ^____^


lepas tu bergegas ke kelas deco pula...nanti esok kita tunjuk ye ^____~

Saturday, June 18, 2011

Sarapan Kegemaran :)

Assalamualaikum,

selamat hari sabtu dan 
selamat berhujung minggu

bercerita tentang sarapan kegemaran 
bagi anak-anak kita sangat mudah
hanya roti bakar yang di sapu dengan planta
mereka akan berselara makan dan 
akan habis 3-4 keping sekelip mata
begitu juga di waktu petang 
tetap menu yang sama... mudahkan

kalau mummy pula roti bakar 
mesti makan bersama mothers choice 
dan kaya ...baru ada selera
papa suka makan roti kalau ada sambal
tumis ikan bilis atau kari ikan 
ha...berkeping-keping dia akan kerjakan

inilah kisah family kami yang sangat 
sukakan roti ...hehehe


esok kita akan ke kelas deco path ...tak sabaq ....  ^_____^

Friday, June 17, 2011

Terima Kasih Sahabatku

Assalamualaikum,

selamat petang

menerima bungkusan semalam 
tertanya-tanya dari siapakah kerana kita
tidak pula sertai GA...rupanya dari dia

dia bukan sahaja sahabat di alam maya
dia juga sahabat kita sejak disekolah menengah
baru saja bertemu kembali pada Aidilfitri 2010
setelah berbelas tahun terputus hubungan
alhamdulillah ... sangat terharu dapat bertemu dia kembali





FM dari dia yang baru pulang bercuti dari sabah
kita yang pesan ...tak sangka begitu cepat dia kirimkan 

terima kasih daun keladi Ita

jom berkenalan dgn Anita yang juga seorang blogger ... ^____^

Astaghfirullah 100 kali Sehari

Assalamualailkum,

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat
kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali".


Sabdanya yang bermaksud:

"Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya
Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali".


Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:




Maksudya:

"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak 
disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan 
makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan".


alhamdulillah sejak mengetahui ilmu ini kita sudah amalkan 
setiap hari .. .setiap lepas solat 20 kali... insyaAllah   ^_____^

Thursday, June 16, 2011

Terlebih Sudah ...

Assalamualaikum,

ini cerita semasa di hospital tadi bukan 
nak mengumpat tapi nak habaq saja

tolong jangan over terlentok macam  tut...
di tempat awam....terutama hospital
punyalah ramai orang ...budak-budak sekolah
dan kanak-kanak ...tak sesuaiii!



macam dok taman bunga pulak...huhu
pedih bijik mata den tengok...nak kata sakit sangat 
elok pula lepas tu berjalan tersenyum lagi
kalau pun suami isteri ....janganlah buat aksi gitew~


sian warga emas yg tengok saje ...bertambah sakit jadinya... ^_____~

Telinga Syahmi Lagi....

Assalamualaikum,

selamat petang,

baru saje pulang dari putrajaya
alhamdulillah...tiada benda yang bahaya
seperti tekaan asliner dan piasara
itu adalah tahi telinga yang sudah keras
memang menyakitkan sebab itu semalaman 
syahmi asyik nangis dan tak lena tidur 

akibatnya mummy dan syahmi tak cukup tidur
papa yang baru pulang pun tak dapat nak tidur
kena terus ke hospital kalau tak ramai orang pula 



ada nampak macam budak sakit tak...?
malam tadi meragam sampai nak pengsan mummy
sampai sini ...eh boleh lari main-main lagi



tido sejak dalam kereta lagi senang sikit 
nak letak ubat titis kat dalam telinga tu 
kena tunggu 1/2 jam ubat tu berendam dalam telinga
kalau syahmi sedar... 5 minit pun tak tentu boleh 
duduk diam...hehehe 

alhamdulillah ...lega rasanya...thanks ye sahabat semua yg perihatin ^____^

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Dengan Telinga Syahmi?

Assalamualaikum,

sejak bangun dari tido petang tadi
syahmi asyik merengek saje 
selalu dia hanya akan membuas saje
hairan jadinya...

check badan ... tak panas
check perut ... tak kembung
apasal dengan teruna kita ni...?

malam dia mula mengadu telinga dia sakit
rasa tak sedap hati kita pun ambil lampu suluh 
nak tengok apa dalam telinga dia
nampak macam ada benda tapi dah
kat dalam benar...
cuba congkel dengan alat facial kita tapi 
dapat sikit saje tak berani nak buat lebih lagi

papa dahlah tengah sibuk sekarang ni
malam ni tak dapat nak balik pun 
esok pagi papa balik kenalah ke hospital
putrajaya pasti kena rujuk ke ENT...alahai

harap dapat di selesaikan dgn mudah...tolong doa2kan ye!

Pencuri...Penyangak...Hantu!

Assalamualaikum,

bersiaran lambat hari ini banyak hal pula

pencuri atau si panjang tangan ini
tak pernah peduli kesusahan orang  lain 
yang dia fikir keuntungan dan kesenangan diri sendiri

tak kira dimana, tak kira siapa
dan juga tak kira apa benda yang dia nak ngap
janji dapat...bedebah betui penyangak nih

semalam hubby terlupa nak simpan beg dia
ketika nak mula bertugas jadi hantu ni 
yang sememangnya dikalangan warga kerja 
juga ambil kesempatanlah   

dalam beg tu hanya ada 1 set baju hujan 
dan 1 jaket keselamatan ...yang kita hangin 
betui ni jaket tu baru 1 minggu dapat along yang beri
bukan murah...kalau di pertama complex ratus ringgit 
harganya dahlah ori ...ishh memang ai tak halalkan 

kan kena panggil byk nama...pencuri...pnjng tgn ...penyangak...hantu...
ambik ko...sian papa dah takde safety jaket ...  :(

Tuesday, June 14, 2011

Simple Saje

Assalamualaikum,

anak-anak sudah terbiasa makan yang panas
siang lain ....malam pula lain tapi mummy depa ni
kadang-kadang mood malas tu mari juga

papa kerja petang jadi kita pun masak yang 
simple saje untuk dinner malam ni ....

kelengkung...kelengkang....dah siap...hehehe~








masak apa malam ni ....  ^_______~

1st Time Jumpa Sahabat Blogger

Assalamualaikum,

hujan lebat membasahi bumi klia pagi ni walaupun 
sekejap dapat menghilangkan bau jerubu nih...

setelah daddy ziyyad buat n3 barulah kita 
nak ceritakan tentang pertemuan pertama 
kita dengan sahabat blogger 

jemputan ke majlis akikah anak daddy ziyyad
kita penuhi... kan wajib tunaikan kalau tiada hal
lagipun nilai tu dekat juga dengan klia ni



sampai saje kami di beri door gift coklat yang sedap dan kiut
mommy ziyyad bawa lagi semangkuk coklat
habis lenyap di kerjakan anak-anak kita ..hehe
masakan kampung yang sodap belako 
ada lagi kuah kari kambing dengan roti jala



zayyad ni memiliki rambut yang lebat
kulit putih merah memang kiut...syahmi pun geram sangat
ziyyad dah tidur jadi tak sempat nak bergambar
mommy ziyyad juga sangat kiut dan ceria sentiasa
ramah dan mesra macam dah kenal lama... i like



blogger nurkass pun datang 
anak dara ni berbudi bahasa dan manja
siap bawa buah tangan dari kampung untuk kami 

terima kasih kepada daddy dan mommy ziyyad 
layanan 1st class tau walaupun mereka sudah 
kepenatan maklumlah kami sampai dah petang 
ada rezeki kita berjumpa lagi

lepas ni dapat jumpa siapa pulak...? i like....^_____^

Monday, June 13, 2011

Hazama AF9 dan Kak Hasma

Assalamualaikum,

selamat pagi semua

pagi-pagi lagi kita sudah mengacau kak hasma
yang sedang tidur sudah lama tak bersembang 
dengannya kami kenal ketika kak hasma berkerja 
sebagai pembantu pejabat di ofis lama, orangnya 
sangat berbudi bahasa, peramah dan baik hati 

siapa kak Hasma ni..?

dia ialah ibu kepada Hazama juara AF9 

sebagaimana ibunya begitu jugalah sifat hazama
pertama kali berjumpa 6 tahun dulu hazama berpura-pura
menjadi jurujual direct selling ketika pulang kerumahnya
kebetulan kita berkunjung ke rumahnya dan tak pernah
berjumpa ...memang dia selamba dan lucu orangnya

gagal masuk AF4 rupanya ada hikmah yang lebih besar
menanti akhirnya menjadi juara AF9 yang merupakan 
AF yang terakhir sudah pasti nama hazama akan dikenang
sebagai juara AF yang terakhir...alhamdulillah!

semoga hazama terus berjaya dan dapat merubah 
nasib keluarganya dan dapatlah kak Hasma yang telah
penat berkerja pada usia emas ini berhenti berkerja  

dah tualah dah penat....kata kak hasma tadi ....

dah lama tak tgk AF ni tapi pasai sokong Hazama..final mesti tengok ^____~

Saturday, June 11, 2011

Seksi Sungguh....

Assalamualaikum,

selamat pagi
selamat bercuti di hari sabtu ini

nak tunjuk sesuatu yang seksi....

telah di bogelkan togelkan ...





tu dia .... habis nampak segalanya...


bas yang masih belum pakai baju...hehehe



saje nak ceriakan hari sabtu ni... ada yg fikir lain ke  ^_____~

Friday, June 10, 2011

Geram Betul...!

Assalamulaikum,

selamat hari jumaat  yang mulia
  
teringat akan ole-ole yang kita belikan untuk 4 jiran
rapat yang masih ada 3 lagi yang belum dapat di beri
sudah jadi kebiasaan kami membeli ole-ole
jika pergi bercuti begitu juga dengan 4 jiran 
yang kami rapat ini pasti akan beli sesuatu juga

bagi kita memang tiada masalah nak membeli ini tetapi yang 
menjadi masalah ialah sewaktu nak memberi ole-ole ini 
duduk di kawasan taman ini bukan senang nak berjumpa

kadang tu mereka tak dengar bila kita beri salam 
berkali-kali sampai dah rasa jadi jurujual pula
adakala mereka keluar tak ada rumah 
kadang tu waktu petang dah molek sangat semua ada 
tetapi ada pula jiran yang tak masuk dalam senarai ada sekali
tapi sebab yang utama sekali  ... balik dari cuti ai demam...hehe

sudahnya bahulu istimewa yang kita beli dari 
kuala lipis dah berkulat jadinya ....geram betul!


alhamdulillah ...hari ini dah rasa sihat sepenuhnya ..teruk juga sakit kali ini ^_____^

Thursday, June 9, 2011

Mandi Bersama Gajah di Kuala Gandah

Assalamualaikum

selamat petang 

selepas turun dari janda baik kami ke Kuala Gandah pula
perjalanan dalam 1 jam then masuk jauh ke dalam hutan
mula tu muncung juga muka kita ni ...takutkan sunyi saje tapi 
bila sampai saje eh..penuh dengan kereta dan bas
pelancong dari luar negara pun ramai tau




kalau nak rasa pengalaman mandi bersama gajah
datanglah kesini ....anak-anak pasti suka 
kita tengok mat saleh tu sporting betul mandi
dengan anak-anak mereka tapi syahmi takut betul
macam mummy dia juga...hehehe




sungguh pun tempat ni penuh dengan
pelbagai pokok yang besar tapi hangatnya 
macam duduk tepi pantai saje...mungkin kerana
musim panas kot


gajah ni dah berusia 37 tahun tau

farah berani pegang gajah yg kuat makan batang pisang

kami hanya berani dari jauh saje...huhu
kuat makan gajah ni...non stop ^__^

makan ais krim dulu...hangat betui
ada banyak lagi gajah-gajah yang dipelihara 
tapi tidak di pamerkan 
sesekali terdengar gajah-gajah itu melaung
macam dalam cerita jurassic park je rasanya
ngeri betul...huhuhu

papa yang nak sangat anak2 dia merasa tengok gajah2 ni 
pengalaman baru buat mereka ^____~

Tenang di Cherengin Hills

Assalamualaikum,

sebenarnya kita bukan ke johor baru 
tapi ke Janda Baik saje dalam hutan jugakan
pada yang salah faham hari tu ...sori ye 

tempat ini sesuailah untuk orang yang betul-betul
nak berehat dari segala aktiviti dengan tenang hanya 
dengan keluarga macam keluarga kita yang punya
anak yang buas baik ni...sesuai sangat...hehe

ketika kami sampai masa tu baru saje 2 bas 
meninggalkan hotel jadi suasana lengang dan aman 
hotel yang baru tahun ni beroperasi pun 
jadi macam ana yang punya...
anak-anak bebas ke lobby dan swimming pool 

kami dapat check in awal...pkl 12 dah dpt masuk bilik...best!

syahmi suka main pondok di lobby ni

nak keluar dinner ..syahmi tunjuk 1 malaysia...cayalah

snap by syahmi...dinner di kampung bawah CH...sejuk betui malam disini
lepas dinner ..lepak di lobby anak2 bermain ...papa tenetlah..
pagi yang dingin dan tenang... i like ^___~

pool ini ..syahmi yg punya...weeee~

berendam saje...tak mau keluar

sungai di bawah ni sejuk dan byk batu


b4 check out..baru dpt snap 1 fmly...along n angah saje takde

mungkin hotel ni masih baru ...ramai yang masih
tak tahu kewujudan hotel ni dan mungkin kami datang
pada weekday sebab tu tak ramai orang

kalau hanya nak berehat bersama keluarga 
Cherengin Hills lah tempatnya


selepas balik...syahmi asyik kata nak gi rumah besar saje...huhu ^_____^