Tuesday, May 31, 2011

Senarai

Assalamulaikum,

selamat petang hari selasa...

hari ni bangun awal kerana nak buat 
senarai untuk packing barang-barang nanti

ini perkara yang pertama akan kita buat 
supaya tak ada benda yang tertinggal
jadi bila mula nak packing barang hanya 
ikut senarai yang sudah di buat

lepas itu tick pada yang sudah di simpan 
di dalam beg mana yang belum kita bulatkan 
senang nampak dan cari kemudian nanti


tulisan cakar ayam...pasai nak cepat 
selesai sudah...hehehe~


alahai ...awatlah mai lambat sangat...time nk pi jalan 
time tulah cik P nak mai...rendam kaki saja lah...^____~

Menawan Hati...

Assalamualaikum,

bagaimana hari yang anda lalui...
muram kah ...duka kah ...tension kah...
kalau kita senang saje kalau 
nak menawan hati yang tengah tension


tengok saje pun dah boleh senyum tau....
yang kecik tu anak-anak punya...papa cakap
sebab dia tahu ....bini dia hantu cadbury... hehehe



cepat-cepat buka dan nikmati....
ummm...dah boleh senyum kembali

cokelet apa yang korang suka sekali...?


camno nak slim kalau macam gini...huhuhu~  ^_____~

Monday, May 30, 2011

Penting Kah ...Pergi Bercuti?

Assalamualaikum,

seronok kah...ke tempat kerja tadi
bila musim cuti sekolah ni jalan pun tak sesak
fikiran pun tak berserabut kan...hehe

pentingkah pergi bercuti bagi anda semua?
kalau bagi kita..yes sangat pentingggg!!
sebabnya pada waktu inilah orang yang berkerja,
pelajar atau pun surirumah nak berehat dari sebarang 
kerja yang menjadi rutin harian 

yang pekerja dan pelajar masa inilah nak 
merehatkan minda dari segala bebanan kerja 
yang surirumah pula ketika inilah nak bercuti dari 
segala kerja di rumah yang tak pernah habis

jika sewaktu bujang dahulu kita suka sangat kalau 
dapat ke pulau-pulau yang indah sambil tu dapat 
snorkling dan pergi memancing di laut dalam
wow...seronok betul kenangan waktu itu

bila dah berkeluarga ini kemana-mana pun 
tak kisah sangat asalkan dapat bercuti 
bersama anak-anak dan hubby dah happy

apa-apa pun kena tengok budget juga ye
jangan kerana nak bercuti sangat 
sehingga terpaksa berhutang pula
bila balik cuti kepala tetap peningkan



mummy pula over excited...maklumlah orang dok dalam hutan...haha ^____~


Mentor...Pilihan Anda...??

Assalamualaikum,
 
terus terang kita memang tak puashati 
dengan keputusan juara Mentor 5

inilah first time kita ikuti mentor dari
awal hingga akhir tetapi keputusan juara
kali ini sungguh mengecewakan ai...

punyalah tak puashati sampaikan buat
n3 ni pun express pakai blacky si note book

apa pendapat sahabat...
siapakah yang patut menjadi juara...?

kalau kita sudah semesti pilih EDRY n IQA
depa yang sebenarnya maveles...

sekian terima kasih...puashati dah luah kat sini ...hehe

tak patut juri berbunga di kepala di undang...kroni.....huhu ^_____~

Saturday, May 28, 2011

Pasar Malam

Assalamualaikum,

wah..seronoknya hari ini
lepas solat dapat bergolek semula atas katil..heee~

semalam ke pasar malam
besar pasar malam kalau malam sabtu
macam-macam ada dijual dari makanan
hingga ke tudung dan handbag berjenama pun ada
tapi dah semestinya pirate punyalah

dari niat di hati hanya nak beli tempe
pasal tempe di pasar malam fresh
sekali nampak tudung pesen baru ...beli
nampak barang jual 3=5 ringgit ... beli x 2
nampak kasut 'ben 10' syahmi cantik... beli
nampak kek coklat sedap jer... beli
nampak kepok lekor ... beli

sekali rupanya lebih 60 ringgit melayang ...hehe
nasib dah dinner dulu sebelum pergi
kalau tak...sendiri mahu ingat sajelah
orang malaysia dan pasar malam tidak boleh di pisahkan 
 
esok jiran depan rumah buat melenggang perut...tak pernah tengok ^____~

Friday, May 27, 2011

Dinner Malam Sabtu

Selamat malam,

sudah makan malam ke...

hari ini terlebih semangat pulak nak masak gulai
untuk dinner...selalunya masak yang simple saje

dalam peti ais ada ikan merah ...emm masak kari mesti 
ngancam ni....habislah diet kita ...hehe
6.30 petang masuk dapur ....pukul 7.20 dah siap 
lepas maghrib dah boleh makan



hubby turun saje...wah ...baru saje terfikir nak makan kari 
sekali dah masak...apalagi kembang den ....hihi~

ayam goreng dan juga tempe goreng ...favorite anak-anak :)

sayur masak sos tiram ...mesti letak tauhu banyak-banyak baru best
my favorite pula...ratah saje pun sodap ...hehe~

selamat bercuti semua ...terutama buat guru2 ... ^______~

Sarapan Yang Membosankan Dan Vitamin Yang Bagus!

Assalamualaikum,

keadaan kawasan di sekitar kapal terbang suka lalu 
ini masih lagi mendung dan sejuk...jangan jeles

setiap pagi sahabat semua sarapan apa..?
sarapan kita sama setiap hari kecuali kalau sarapan di luar

nescafe O ... 1 mug 
roti sekeping 
atau 4 keping biskut jacob yang bulat

boringkan...apa nak buat tengah nak berdietlah kunun 
tapi yang hairan tu ...tak gak kurus

hai...pakai baju sarung nangka lagi le raya ni :P


selepas sarapan tu wajib kita ambil yang ni pula 
multivitamin jenama 'Blackmores' ni bagus 
kadang kita ambil setiap hari kadang selang sehari 
tapi yang sebelah tu harus makan setiap hari  

tahu apa itu evening primrose oil...?
untuk wanita ...sangat baik untuk kulit tau
nak tahu lebih lanjut ....sila gugel yek ^____^

bye-bye musim exam..lega rasanya...
welcome musim cuti sekolah... tak sabaqnya ... ^_____~

Thursday, May 26, 2011

Motor Atau Kereta

Assalamualaikum,

hujan lebat pagi ini...sejuk saje

hubby yang selalu pergi kerja naik motor 
terpaksa naik kereta..hubby suka naik motor 
selain untuk mengelakkan traffic jam 
dia kata dapat jimatkan banyak belanja

tapi kita lagi suka kalau dia naik kereta
fikiran pun rasa tenang dan tak perlu risau
kalau dia naik motor perkara pertama yang 
dia harus buat bila sampai tempat kerja 
ialah sms kita dulu ...bukan queen control tau!
sekadar nak tahu hubby selamat sampai 

'dah sampai, i love u' 

itu sms standard yang hubby memang dah set 
dalam hp dia...hai siapa tak sayang laki kan..hehe

dah plan cuti untuk cuti sekolah ni ke... ^_____^

Wednesday, May 25, 2011

FB ... Jangan Di Salah Gunakan!

Assalamualaikum,

apa khabar sahabat blogger semua 
kita dan family alhamdulillah sihat walafiat

lama tak buat n3...selain disebabkan kesibukan 
dengan anak-anak exam mood pun kureng sikit  
bila dah lama ambil cuti tahun ni....blogger pun ada cuti tahun daa...

nak ulas sikit tentang penyakit FB ni 

ada yang tak masuk sehari bagaikan mabuk kepayang

ada yang menyalah gunakan dengan mengutuk orang 
dan sebangainya

ada juga yang buat lawak bodoh dengan memasukkan
ex-gf atau ex-bf dalam senarai teman 

jadi...sebelum buat sesuatu fikir banyak kali...
jangan pula salahkan pasangan anda jika dia tersangat fobia
melihat anda log in dalam FB ...walaupun niat anda tu lain 

ada tak yang kita tertinggal lagi...sila tambah wokey 
renung-renungkan dan jangan amalkan ^_____~

Saturday, May 21, 2011

Part Time Teacher

Assalamualaikum,

dingin sekali hari inikan
alhamdulillah di sini pagi-pagi dah hujan
selalunya petang baru hujan sampai...shift dah tukar  

tiada rancangan untuk hari ini kerana hari isnin ini
bermulalah mid year exam di sekolah so seperti biasa
dari minggu sudah sibuk jadi cikgu part time untuk
anak-anak di rumah 

budak-budak ini bukannya tak pandai...otak bijak eh..sape lg nk puji anak sendiri :P
tapi malas sikit bab-bab ulangkaji ni
jadi kena guna kuasa veto untuk arah mereka belajar ..hehe


selamat berhujung minggu semua...plan kemana kita..? 

Friday, May 20, 2011

Lain Yang Di Nanti... Lain Pula Yang Mengganti...

Assalamualaikum,

selamat petang 

semalam baca n3 tentang wang iklan Nuffnang
yang dah boleh di cash out untuk kali ke-2
dari blog Permata Hatiku cikgu sarah najwa 
kita pun baru teringat nak pergi melawat Nuffnang 
yang jarang kita check jumlah $...wah sekali lagi belas rm
kita dah boleh cash out juga... tak sangka pula ^__^

petang semalam kita menerima sampul surat yang 
isi dalam ialah FM dari Bali dari H4NI3 @ hanie
kalau sesiapa masih tak kenal beliau marilah berkenalan 
walaupun beliau seorang doktor tapi dia juga  

seorang yang peramah
seorang yang lucu
kepala pun kerek jugak
rajin pula datang melawat 

berapa kali snap tetap tak clear
juga suka hargai rakan ...kita sangat hargai jugak ^___^

surprise betui n sangat happy ....
bilalah kita dpt berjumpa ... terima kasih dr.hanie ^_____~

Thursday, May 19, 2011

Jari Jariku ... Sakit Semua...

Assalamualaikum,

sudah lama kita ni berhajat nak belajar
buat karipap pusing... tau tak kuih tu?
karipap yang berjalur-jalur dan ranggup tu

semalam ada jiran offer nak belajar dengan dia
share beli segala bahan yang nak buat karipap
dan paling best belajar dengan  percuma ...hehe~




selepas 2 jam menguli ...meleyek... menggulong... mengelim
uhh...jenuh gak nak buat karipap pusing ni
leguh tangan dan jari jadi sakit mengelim.. huhu..orang tak penah buat karipap:P
kak tu pun jadi hairan...

nape jari ko boleh jadi merah-merah...?


bila dah siap goreng jadilah begini dari sekilo tepung di bahagi 3
dapatlah kami 58 keping seorang dan modal rm3 seorang je...hihi
bestlah nanti nak buat lagi tapi kena tunggu jari jemari ni pulih dulu ^__~

pernah dengar lagu tu tak...nyanyian arwah saloma sape tahu cuba sambung   
semalam bizi so hari ini seisi terjah balas ... ^_____~

Wednesday, May 18, 2011

Hiburkan Hati :)

Assalamualaikum,

terima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi
kata nasihat pada kita sewaktu kita tengah down hari tu
biasalah hati perempuan ni kadang tu terusik juga walau
perkara yang orang lain rasa kecik saje

minggu ini perasaan tu dah pulih setelah kami sekeluarga 
pergi beriadah di pantai morib ...menikmati keindahan pantai
melihat lautan yang luas terbentang

gembira dan terhibur rasa hati ...

anak2 happy ...mummy pun rasa happy :)



ada acara belajar memasak hari ini ... ^_______~

Saturday, May 14, 2011

JAUH HATI.....




kita ini...sensitif orangnya
pada ketika ini ....
kita berasa jauh hati...

betul ada andaian yang mengatakan 
buruk-buruk keluarga sendiri...
mereka pasti ada di sisi ...
perasaan kasih sayang dan keikhlasan 
keluarga sendiri tetap tidak sama...

bila dalam keadaan begini...
kita teringatkan mak...abang...kakak...ayah...
keluarga kita sendiri...
tak akan sama dengan keluarga orang....

kita seorang yang suka berterus terang
dengan berterus terang dapat melegakan hati...
tapi bukan semua perkara yang kita boleh berterus terang
ada yang terpaksa di pendam ...

jadi kepada blog kesayangan kita ni ingin di luahkan 
sedikit ... agar terubat kesedihan di hati ini.....

PERINGATAN: INI HANYALAH LUAHAN HATI SENDIRI DALAM BLOG SENDIRI 
JUGA BUKAN UTK MENYINDIR SESIAPA PUN...HARAP MAKLUM!! 

Thursday, May 12, 2011

Jadi Mangsa Ragut

Assalamualaikum,

semalam kami di kejutkan dengan berita dari MIL 
yang kak ipar kita yang cantik tu jadi mangsa ragut 
tak perlu pergi jauh hanya di depan rumah ketika
nak keluar membuang sampah pun boleh jadi mangsa

habis rantai leher dan loket yang berharga tu di kerjakan 
oleh peragut yang menaiki motosikal nasib baik 
tak jatuh tersembam kalau tidak pasti lain pula jadinya... 

sudahlah lagi 4 hari saje nak menyambut hari jadi
semoga kak liza tabah menghadapi dugaan ini

tahun lepas dengar cerita dari MIL juga mengenai seorang 
saudara di ampang yang di ragut ketika menyiram pokok 
bunga di halaman rumah...si peragut pura-pura bertanya 
bila dekat saje terus dia sambar rantai di leher

yang menyedihkan business ragut kecil-kecilan ni 
dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri!
sekarang ni walau di mana pun kita berada sudah jadi 
tak selamat...


sedih n menakutkan betui tengok video budak sekolah kena dera smlm
apa nak jadi dengan anak2 muda lani ....  :(

Wednesday, May 11, 2011

Ubat Mujarab Untuk Sakit Kepala

Assalamualaikum,

hai... ceria ke dalam cuaca yang hangat ni
jangan buat xtvt luar banyak sangat tau....

tahu tak apa ubat sakit kepala yang paling mujarab?
haa..ubatnya ialah pergi cuci rambut di salon

kita dah jumpa salon rambut yang best 
di banting yang mencuci rambut sambil 
urut-urut seluruh kepala, tengkuk, tangan 
dan juga belakang badan hinggalah ke pinggang 

dari mula hingga selesai blow rambut
selama 1 jam hanyalah rm12 saje
kadang tu kesian pula...

eh.. ada untung ke nyonya ni...?

mestilah adakan...sebab ramai wanita 
anggun macam kita datang cuci rambut...wekk ..sila muntah :P 

jangan ingat orang pakai tudung tak boleh 
melawa dan cantikkan rambut...boleh apa..
dirumah untuk suami dan kepuasan diri sendiri ^__^   

paling kurang sebulan sekali mesti nak pergi 
inilah ubat yang paling mujarab bagi 
orang yang tak mampu ke spa macam kita ni...hehe

cuaca panas dah mencecah 36 darjah c...patutlah malam pun hangat  ^___~

Tuesday, May 10, 2011

Raya 4 Bulan Lagi Tapi Tempahan Dah DiTutup

Assalamualaikum,

Tajuk mengempakkan saje...hehe
tapi itulah kenyataan bila kita called tukang jahit 
baju melayu..so puaslah memujuk rayu akhirnya kakak
tu bagilah nak tempah tapi jangan bagi tahu orang lain

hujung minggu lalu kita pun pergilah mencari kain 
warna sedondon ikut tema warna yang syahmi pilih
punyalah susah nak cari warna tu...tahun lepas nampak
banyak pula...tahun ni punya susah nak cari 
habis 1 Nilai Square kita cari tak jumpa

malam ajak hubby teman pula cari kat Banting
bila nak keluar rumah tu niat siap-siap dalam hati
minta di permudahkan dan langkah keluar rumah 
kaki kanan...alhamdulillah di kedai yang pertama
dah jumpa yang berkenan di hati

sebenarnya yang susah nak cari kain orang perempuan 
dulu bila dah dapat lepas tu nak cari kain orang lelaki ni 
senang saje kain kosong sajekan

tadi dah hantar ke rumah tukang jahit ...selesai 1 urusan 
tinggal tukang jahit baju kurung ni je...ntah bila si ati ni 
nak ada mood buka kedai jahit dia...dah setahun tutup tu
malas giler bila nak mula balik ni....huhu ...

mood menjahit...sila mari...sila mari ....^___^

sahabat semua dah pilih tema warna tahun ni ke ..?

Monday, May 9, 2011

Akhirnya... Dapat Juga!

Assalamualaikum,

bagaimana hari sahabat semua hari ini
kita ni walau tonsil tu ada sikit lagi tapi 
rasa gembira kerana semalam akhirnya
dapat juga merasa tengok wayang  

hubby buat surprise beli tiket wayang cerita 
Fast and Furious 5 ... mulanya kita marah juga
pasai kena tinggalkan anak waktu petang pula tu
tapi pasai dah beli tu kenalah pergi juga 

masuk panggung wayang pun dah gelap
nasib iklan baru habis dan cerita baru nak mula
tapi dapat pula kerusi patah ...haruuu
di sebabkan cerita start saje dah mendebarkan
dengan pelbagai aksi yang membuat jantung jadi laju

hanya selepas 15 minit baru kami pergi cari kerusi lain
nasib baik ada pula 3 kerusi kosong di atas sekali 
barulah boleh layan movie dengan selesa...hihi

cerita Fast and Furious 'Fast Five' kali ini yang terbaik dari 
yang sebelumnya keluar panggung muka pasti senyum puas
cerita ini penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan 
tak payah bawa makanan sebab anda tak sempat pun 
nak makan jangan bawa anak-anak sudahlah
pasai...sendiri mahu ingat ok ....^__^ 

nk bergambar depan panggung ala2 cikpah tak sempat pulak..huhu

terima kasih papa bawa mummy tengok wayang 
cerita yang mummy nak tengok sangat...suka sangat!


plan nak bawa anak2 pergi beach tak jadilah...next week saje ^_____~


Sunday, May 8, 2011

Pentingnya Kunci Kecemasan Rumah

Assalamualaikum,

Selamat Hari Ibu buat semua ibu

ketika kita bergembira ini marilah kita semua
sedekahkan al-Fatihah buat arwah Rafidah binti Ismail
seorang ibu yang berkorban nyawa untuk anak-anaknya

pengajaran dari kisah itu membuatkan kita ingin berkongsi
ilmu yang kita dapat  ketika mendengar ceramah
dari pihak bomba untuk semua orang mempunyai
kunci kecemasan yang disimpan ditempat yang khas
yang bertujuan digunakan sewaktu kecemasan
 
kunci rumah selalunya tersalah letak walaupun
kita ada tempat kunci dan kadang-kadang anak-anak
pula meletak dimerata-rata tempat 
cuba bayangkan kalau terjadi kecemasan...
masa itulah baru nak cari mana kunci rumah
pada masa inilah fungsi kunci kecemasan 
yang kita simpan itu

di rumah kita buat kunci kecemasan ini 1 set simpan di bawah 
dan kunci-kunci pintu dan grill tingkap diatas pula kita buat 2 set 
1 set anak-anak boleh ambil bila-bila masa lagi 1 set kita simpan
setiap kunci itu harus dilabelkan untuk pintu dan  tingkap
bilik mummy , bilik 2, bilik 3 dan seterusnya
cuma kunci pintu dapur asyik terlupa nak buat lagi

jadi pada semua sahabat....ada buat tak?
kalau belum...jangan berlengah lagi...malang tidak berbau!

hari ini mummy rehat saje...semua papa dan anak2 yg buat ^____^

Friday, May 6, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum,

selamat petang

pertama kali melanggan Astro First kerana tak dapat  
menonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa di pawagam  
walau dah ketinggalan ... kita tetap nak komen


setelah menonton berkali-kali selama 2 hari ni 
cerita arahan Yusry KRU ni filem epik aksi yang hebat
yelah bukan senang nak mengarah cerita epik dan aksi ini 
dengan lokasi, pakaian, cara bercakap, cara berlawan dan
segala peralatan peralatan perang banyak benda yang perlu di kaji

rasa sangat berbangga dengan pengarah muda 
dari malaysia yang nak mengarah cerita sebegini  
dapat juga orang muda seperti kita ni wow...terperasan pula:P 
yang banyak tak tahu tentang sejarah negara sendiri 
jadi tahu dan lagi ingin tahu tentang cerita sebenarnya

lagu latar dan lagu tema yang best 
selain itu juga ini kali pertama kita dapat melihat  
lakonan Stephen Rahman-Hughes yang kacak tu walau 
masih ada pelat dalam bahasa malaysia tapi lakonan dia hebat 
tak rugilah KRU ambil dia sebagai pelakon utama 
lakonan Khir Rahman memang tak perlu di pertikaikan 
Ummi Nazeera yang comel juga hebat walaupun singkat
saje wataknya...kan best kalau dipanjangkan sikit
babak mereka berdua ni...baru nak feeling dah habis ^___^

jadi kita bagi 8 dari 10 untuk cerita ini... ok tak?
tak sabar nak tunggu dvd ori cerita ni keluar
hubby kata kita mesti beli yang ori sebab cerita ni bagus!


suka tengok babak merong memandang embok di tepi pantai tu...^___~

Lata Kinjang

Assalamualaikum,

kata orang jauh berjalan luas pandangan
kalau tak ke Perak tempohari 
kita pun tak tahu di sana ada lagi satu tarikan 
air terjun yang sangat cantik terletak di Tapah

sebelah kampung orang asli

rumah orang asli ...pacak je senang :)

setinggi banggunan 3 tingkat

cantik sangat...tapi takut nak mandi nampak dalam je


hanya main2 air di kawasan depan sikit ..air sejuk sgt!!


tapi bila ingatkan tragedi 'kepala air' tu...eee..jadi takut nak ke sungai pulak 

Thursday, May 5, 2011

Tonsil

Assalamualaikum,

selamat petang 

ingatkan hari ni tak nak buat n3
puan punya blog tak sihat 
tekak perit yang amat
sakit kepala bagai nak pecah

doktor cakap tonsil yang membengkak
sampai nak tertutup tekak kita ni tau
yang hairan tu tonsil ni mesti menjadi
selang 2-3 bulan kekadang tu lagi kerap
dah tak tau nak buat apa dah...

ada yang nasihatkan buat operation buang saje
ada yang nasihat baik jangan...nanti tak ada 
amaran kalau kita kena infection di tekak
habis tu mana yang patut kita buat ...?

hanie... daddy ziyyad... dr singa...tolong...tolonggg 


kita menangis n rasa nak peluk bila melihat wajah si ibu yg meratapi 
3 orang anak yg lemas di sungai itu...semoga si ibu di beri kekuatan!

Wednesday, May 4, 2011

Dating Yang Tak Menjadi

Assalamualaikum,

hai...apa khabar 
semoga sihat belaka dan happy ye

cerita tentang nak berdating dengan hubby
tempohari tak berapa nak jadi
disebabkan kami dah terbiasa membawa
seangkatan tentera bila kemana-mana
jadi bila jalan berdua macam ada kekurangan pulak

nak tengok wayang pun tak jadi juga
cerita yang nak di tonton dah terlepas
kalau tunggu tayangan seterusnya lambat
kepala ni asyik dok ingat dan berkata
  
sian anak kat rumah tu... apalah depa tengah buat tu...

bila jalan-jalan terbayang syahmi tengah berlari
ishh...susah juga berdating kalau anak kecik lagi ni

tapi merasalah juga jalan pegang tangan macam 
time honeymoon dulu...kalau bawa anak ..asyik nak 
mengejar depa sajelah...hihi

dah menempah baju untuk raya ....? ^______~