Friday, April 29, 2011

Anniversary Day Kita ^____^

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ...walau banyak dugaan yang melanda
tapi kalau jodoh tidak kemana....

pada hari ini belas tahun yang lalu kami 
di satukan di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
Bandar Tun Razak, Cheras


dari pasangan kekasih menjadi suami isteri yang sah
dengan sekali lafaz  saje...hebat tau my hero ;P 

ayah dan abang no.3 turun dari singapura
kakak sekeluarga turun dari kedah 
abang sulong dan mak tersayang tak dapat turut serta 
kerana sibuk membantu kenduri untuk esok
nak kumpulkan kami 6 beranak sekali...memang susah
keluarga kami tak rapat...


tapi kita belajar hubungan keluarga yang rapat
dan mesra dari keluarga hubby

terima kasih papa diatas segala-galanya...
banyak mengalah dan bersabar dengan perangai
mummy yang cepat majuk... cepat marah ni tapi cepat cool 
kan tak elok simpankan sayang...Leo tau..auww...hehe

semoga rumahtangga kita ini akan kekal aman bahagia
hingga ke akhir hayat ... AMIN!!

I LOVE U papa laling ^_____^

sebenarnya lagi tak sabaq nak tunggu esok
sebab selepas bertahun lamanya kami dapat 
nak gi dating berdua ...coz baby sitter ada... (angah cuti)
nak tengok wayanglah kat alamanda....yahuuu


ingat anniversary price william... ingat anniversary kita  ^______~

Thursday, April 28, 2011

Tak Pergi Ke Rumah Bakal Mentua

Assalamualaikum,

hai semua...bagaimana hari anda
kita ok...mood ceria ...another 1 day saje...hihi

lain orang lain caranya
masa kita berkawan dengan hubby
kita tidak pernah ikut dia balik kampung
bukan kita tak suka kampung tapi
kita ni penyegan orangnya lagipun tak maniskan

kali pertama bertemu mentua pun 
di hospital semasa hubby kena operate 
masa tu kita yang call bakal mentua...hehe...baik kunun :P

masa dalam tempoh sebulan bertunang pun
kita masih tak pernah pergi rumah bakal mentua 
tapi selalu juga hubby bawa pergi rumah
kakak sulong dia yang kita cerita sebelum ni

hanya selepas selamat bernikah barulah
kita berpeluang menjejak kaki ke Kuala Lipis
dan juga rumah mentua kita

sebenarnya kita nak bagi tahu hanya selepas 
beberapa tahun berkahwin barulah kita tahu yang
mak mentua kita ni pantang orang perempuan 
pergi ke rumah keluarga lelaki sebelum bernikah
itu yang selalu kita dengar dia berpesan pada
2 orang adik perempuan hubby yang bujang

fuhhh...!! nasib baik kita tau....selamat....huhu

hari nak prepare bahan2 yg nak buat choc cheese cake utk esok ^______^

Wednesday, April 27, 2011

Selamat Tinggal Dunia Blogging...?

Assalamualaikum,

selamat petang
semoga semua sentiasa ceria dan bahagia

baru malam tadi kita perasan yang blogger 
Sahrom telah pun mengucapkan selamat tinggal
buat dunia blogging ini untuk tempoh yang tak pasti

sedih pun ada kerana kita suka baca coretan dari blog
beliau tentang hal ehwal semasa yang kadang-kadang
kita pun ketinggalan tentang isu itu

semoga beliau akan terus maju jaya dalam kerjayanya
dan berbahagia disamping keluarganya

kita sendiri tak tahu berapa lama akan bertahan 
kekadang tu ada juga rasa tak cukup masa
tapi bila berblogging ini kita dapat lagi banyak 
ilmu pengetahuan dan juga bertambah ramai lagi
kenalan walaupun hanya di dalam maya tapi rasanya
macam dah kenal lama

tetapi setiap yang bermula pasti akan berakhir
cuma belum tahu bila...
mana tahu ...tiba-tiba menghilang saje ke...
yang pasti masa ini masih diberi kesempatan lagi


tinggal lagi 2 hari .... countdown ...tik..tok..tik..tok...^________~

Tuesday, April 26, 2011

Gua Tempurung, Gopeng

Assalamualaikum,

pertama kali sampai disini ...kebetulan lalu
masa ada urusan di gopeng hari tu
bila masa balik kami pun singgah

masa kami baru sampai ada sekumpulan mat saleh 
baru nak masuk dalam gua...depa tu memang 
suka tempat-tempat macam ni 


tak sempat nak masuk kerana masa terakhir
ialah pukul 4petang jadi kita pun snap di luar saje
pun dah cantik gua batu kapur ini



sungai ini dari dalam gua tempurung ini

tengok airnya jernih dan sejuk sangat...
budak-budak ni sukalah dapat main air

banyak ikan berenang-renang dalam sungai ni
gambar syahmi tak ada sebab dia dah naked ...hihi

ini harga untuk masuk ke dalam gua 
ada banyak bahagian yang boleh kita terokai

selepas saje keluar dari sini...terus hujan lebat ^_________^

Monday, April 25, 2011

Peribadi Diri .... ?

Assalamualaikum,

kata orang kalau nak tahu peribadi sebenar 
orang itu ....lihatlah keadaan rumahnya
bukan hanya keadaan ruang tamu dan 
bilik air tetamu tapi kalau nak tahu yang sebenarnya
dapat lihat keadaan bilik lagi bagus ..hehe...

sebelum ni memang dah tahu keadaan rumahnya 
sentiasa kemas dan tersusun dari ruang tamu 
hinggalah  ke dapur tapi masa tu kita ingatkan 
bibiknya yang buat tu semua so...tak heranlah
  
baru ni kita menziarah lagi ketika bibiknya dah lari 
dari rumah dan nak tumpang solat di dalam bilik anaknya
keadaan kain baju ber rak-rak semuanya cantik dan
tersusun begitu juga dalam biliknya bila kita nak 
tumpang touch up sikit... nak melawa saje :P 

kita jadi kagum dengan kakak ipar kita ni
memang padan dengan dirinya yang sangat berjaya 
dalam kerjayanya juga sangat berdikari dan 
sangat cantik serta bergaya orangnya

jadi perangai kita yang ini pun datang balik
mula sibuk mengodek semua kain baju
dalam 4 bilik tido.... uhh sampai lani tak selesai lagi


cuba teka apa moral cerita ini ....? ^__________~ 

Friday, April 22, 2011

SANTAU

Assalamualaikum,

Apa khabar semua...
kita alhamdulillah sihat tapi anak-anak pula 
sejak balik  ni semua terus demam

pernah tak dengar cerita ...kalau pergi ke gopeng 
jangan makan merata-rata?

ibu mertua kita berpesan begitu kerana 
dia sendiri berasal dari negeri Perak
jadi sebelum bertolak ke gopeng hari tu
kita pun bersilatlah di dapur untuk membawa
bekalan makanan sepanjang 1 hari di sana nanti

punyalah risau...terpengaruh juga dengan 
kata-kata ibu mertua kita tu...hehe
padahal itu mungkin hanya pesanan orang 
tua-tua dulu yang di pesan turun menurun

tapi....tapi... betui ke... 
di sana tu.....terkenal dengan SANTAU...? 

menurut cerita...

pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi 
memastikan ia tidak memakan diri sendiri atau 
keluarga terdekat mereka... jadi dia akan  memilih tempat terbuka
contoh..kenduri kahwin atau kedai-kedai makan
  
sejauh manakah kesahihan cerita itu.... wallahualam

panduan yang boleh digunakan orang ramai untuk 
mengenal pasti kehadiran santau dikedai makan.  

ketika mengambil makanan jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi,
tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan kedalam bekas yang berbeza.

Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana 
ia kemungkinan mengandungi racun santau.

untuk minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking
ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka
ia mengandungi santau.

Antara tanda-tanda awal seseorang terkena santau ialah 
mulut berbau busuk
kuku menjadi hitam 
batuk berpanjangan

perkara yang paling penting jangan lupa berdoa dan 
memohon perlindungan dari Allah sebelum makan~ TQ DZ :)

tapi pemandangan di Gopeng sangat cantik dan
ada juga tempat yang menarik untuk di lawati tau ^______^

Wednesday, April 20, 2011

Laut ....

Assalamualaikum,

Kita suka sangat laut

laut buat kita rasa bernafas...

laut buat kita rasa segar...

laut buat kita rasa tenang...




seronok layan ... bila kaki menjejak dalam laut 
waktu matahari nak terbenam ni... ahhh...amannya



rasa tenang tak... ?

ai tak ada hari ni ....nak ke Gopeng
ada sesiapa orang sana ke ....

korang jaga diri baik-baik yek


bye...bye....  ^_______~ 

Tuesday, April 19, 2011

Kebetulan

Assalamualaikum,

Selamat petang, 
lambat bersiaran ...banyak kerja pula hari ini

masa di KL hari tu ...
kami saje bersiar-siar di kampung baru 
dulu kita sekolah menengah di sana tau
dan semasa melalui jalan yang bersebelahan
dengan padang kelab sultan sulaiman  

sambil pandang padang itu kita pun 
berkata-kata sendiri dalam hati dan sambil 
terbayangkan lagu arwah yang syahdu tu.... 

di sinilah arwah shamrin dari kumpulan fotograf
meninggal dunia ...kesian isteri yang masih muda
dan anak-anaknya yang masih kecil... 

selepas itu kami terus ke jalan tun razak 
kerana nak ke sentul...tiba-tiba ...
sinar fm pasang lagu Di Alam Fana Cinta
best layan sinar fm kalau petang2 :) 

wow...kebetulan pula baru fikirkan arwah
kita pun terus cakap kat hubby 

papa...tadi mummy baru saje fikirkan 
arwah shamrin ni dan anak isteri dia masa 
lalu tempat dia meninggal ... 

pernah tak perkara seperti ni terjadi kat you all...
benda yang baru fikir saje then terjadi ...?


boring je cite GEMILANG dah habis...susah betui kita 
nak lekat depan tv ...tengok drama melayu ni... ^____~

Monday, April 18, 2011

Bertahun Lama Tak Sampai

Selamat Petang,

turun ke KL hari sabtu baru ni bertujuan 
nak lawat MIL yang ada di rumah SIL
tetapi atas pengaruh daddy ziyyad 
kita menyimpang ke area sogo dulu



singgah Pertama Complex dulu...lama tak mai sini 
tak banyak yang berubah pun...tetap ramai orang


papa nak pergi bahagian barangan motor saje kat sini 
tengok aksi seksi syahmi atas motor 


bawah PC ni ada kedai Reject Shop yang banyak 
pilihan baju...besar juga RS di sini 


sampai di sogo kami berpisah...papa dan anak2 ke food court
kita ke children level...pasai ramai orang sangat!
dapatlah beli seorang sepasang coz dah banyak habis size
dan dapat beli 2 botol susu BPA free...mcm mummy ziyyad beli :)



keluar dari sogo kami lepak kat main entrance ...ada show 
kat situ dah jadi berserabai kat luar tu ...ramai yang melepak
dan siap ada orang2 jual goreng pisang, buah-buahan lah...


kesian sogo... dalam ada class ... luar kureengg skit  ^______~

Ketinggalan Zaman

Assalamualaikum,

hari isnin yang sejuk kerana
hujan sejak subuh lagi di sini

bukan tak selalu turun KL tapi memang lama
tak datang area ini kerana rasanya tak sesuai
nak bawa anak-anak sekali di area yang sesak 

kalau turun KL tempat yang selalu kami 
pergi hanyalah KLCC dan Bukit Bintang
tapi kerana nak pergi sogo dan nak elakkan 
jalan yang sesak hubby pun parking di luar
di hadapan balai polis yang buyuk tu 

bila keluar saje dari tempat parking tu
kita ni punyalah terrkezzutttt......




balai yang buyuk dan kecil dulu tu 
dah jadi gedabak besarnya....terkezzuttt ai 


punyalah besar dah macam kondo pun ada
habis semua kawasan yg dulunya ada 2 parking lot
pun dah jadi balai ....wow!




punyalah jakun...sampai dah jadi macam pelancong 
asing pula dok berhenti tepi jalan yg sibuk snap2 gambor

persoalannya...ai seorang saje ke yang
ketinggalan zaman ni ....?
semua orang dah tahu ke....kesian kita...huhu


Dang Wangi dan Masjid India ...area yg sentiasa sesak...tak sukaa!

Saturday, April 16, 2011

Ammar's 1st Birthday Giveaway (GA)

Assalamualaikum,



selamat bercuti semua
dah lama tak join GA kali ini nak beri 
sokongan GA qema sempena birthday anaknya
qema rajin datang komen di blog ai ni 

semoga menang coz hadiahnya FM...i like 
nak tahu lebih lanjut di sini

tarikh tutup : 11 may 2011
tag               : Nurkass ( Attractiveness Of Life )
 

 hari ni nak turun KL ... SOGO here i come....  ^_____^

Friday, April 15, 2011

Harimau Yang Beriman

Assalamualaikum,

suka sangat kisah tauladan ini 
yang kita baca dari blog cikgu nurin
kita tempek kat sini untuk tatapan sahabat pula....

renung-renungkan....

Alkisah... .. Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan.

Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar
dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak
lalu tergelungsur ke dalam jurang.
Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!
Kedua-dua kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya,
sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,
"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat
berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini...

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini...
jadikanlah HARIMAU yang memburu aku,
HARIMAU YANG BERIMANNNNNN.. tolong ya Allah! tolongggg......Aminnn.." 

Tiba-tiba guruh berdentum! 

HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau  
yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit ..
HARIMAU tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

apacam..? apa pengajarannya...suspen tak....^______^


kalau kitalah kan....kita doa..harimau tu jadi vegetarian jek ...^_____~
 

Thursday, April 14, 2011

Sayang Pula!

Assalamualaikum,

kerja sekolah darjah 1 ...syirah punya
asal kena buat di sekolah 
tapi bila ramai yang tak bawa gambar
cikgu suruh buat di rumah

bila kena buat di rumah 
apalagi ....mesti mak pak lah 
yang akan bantu atau buatkan terus


iniah hasilnya bila mummy yang tolong buatkan
sepenuhnya sampai pukul 1 pagi ...ai kerjakan 


testing gantung kat rumah sekejap
eh...rasa sayang pula nak bagi bawa pergi sekolah
mesti hancur budak-budak kat sekolah tu kerjakan 


ini peneman @ pengacau mummy buat kerja sekolah..hehe
1pagi pun mata dia tetap buulat O__O


sejak stop puasa last week...jadi malas nak puasa semula ^____^

Wednesday, April 13, 2011

Hanger

Assalamualaikum

Khabare semua ....?
waras ... baguss..
pandai speaking bahasa jawa ni
takat tu je...hihi

tajuk pun speaking gak
jangan marah yek...kalau letak 
penyangkut baju ...panjang pulak...alasan saje :P 

masa dok kat asrama dulu
hanger mesti kena letak nama...
kalau tak ...alamatnya...yelek memanjang

sekarang ni pun hadapi problem yang sama
hanger selalu benor tak cukup
bukan kena curi ...tapi tak tau gi mana

padahal selang 2-3 bulan mesti 
beli yang baru sekali 2 dozen 
tapi setiap kali nak jemur baju
ishhh...memanjang tak cukup
korek almari tu...korek almari ni..

ada jalan penyelesaian tak...?
boleh tolong .... ^_____^




baru lepas borak2 dengan Kak Yan...orangnya sangat3 peramah
best ah..macam dah kenal 10 tahun...i like ^____~

Tuesday, April 12, 2011

Akhirnya

Assalamualaikum,

bersiaran lambat hari ni
maklumlah baru belajar benda baru 
di blog Nabilah @ Apa Kata Hati
jadi ralit pula di buatnya

setelah puas menunggu..
hingggakan terfikir ...
emm..tak ada rezekilah ni...

macam2 teka teki... ^___^


akhirnya petang semalam
bila dah tak menunggu lagi
tiba-tiba saje dah ada dalam letter box

ini bukan kita sertai GA tau
ini adalah gift untuk top 10 pengomen ...ish betui ke kita tulis ni ...hihi
terima kasih Dr. Hanie @  h4ni3
seorang yang sangat sporting dan ceria
juga rajin datang komen 
yang lani sedang bergumbira di Bali  


Fridge Magnet dari Ho Chi Minh City... sukaa sangat!!
terima kasih daun keladi hanie ^___^


ini adalah gift yg ke2 kita pernah dapat....hargai sangat2 ^_____^

Monday, April 11, 2011

Gebu...

Assalamualaikum,

semenjak dah rasa badan semakin berat
kita pun tekad nak turunkan berat badan
lebih-lebih lagi semasa join reunion hubby
baru-baru ini ramai juga kawan perempuan
dia yang masa sekolah dulu slim lagi
rasa bersemangat lah pulak 
jadi kita pun cabar diri sendiri 

2-3 bulan lepas..dah konpius...belon ke bola tu :)

terbaru...uhh malas nk komen..tgk kaki sudah daa..P



harap-harap basikal yang baru papa belikan ini 
akan bantu turunkan sikit kegebuan kita ni ... ^____^


dah talifon angah...sama2 dah minta maaf...TQVM semua ^____~

Sunday, April 10, 2011

Marah Pada Diri Sendiri ...!!!

talifon pagi... tak angkat..

talifon petang... tak angkat...

talifon malam pula.. pun ...tak angkat..

dah 3 hari ...talifon angah tak berangkat

hati seorang ibu ...dah mula fikir yang bukan-bukan
tak sihat ke...h/p kena curi ke...marah kat mummy ke..
eh..macam-macam dalam kepala otak ni

called along...dia cuba call angah dan pesan pada kita.. 

mummy jangan marah angah tau.. dia sibuk study kat
bilik kawan dia ...mummy dah boleh call dia sekarang 

cuba call ...tak dapat jugak
saje buat missed call angah banyak kali

pagi ni cuba call lagi...akhirnya dapat juga tapi bila dengar
saje suara angah tiba-tiba saje rasa nak marah... 

nampak tak missed call mummy? nape tak call balik?
tahu tak mummy ni risau...susah sangat ke nak call mummy... 

dia diam saje... 

tak nak cakap dengan mummy ke...tak nak cakap tak apa 

terasa hati ..terus letak talifon....

ISSHH..!! NAPE DENGAN AKU NI...ANAK DAHLAH NAK FINAL EXAM
LAGI NAK MARAH KAT DIA....

RASA SEDIH DAN MARAH DENGAN DIRI SENDIRI....

APA PUNYA MAK LAH AKU NI .... :(

Saturday, April 9, 2011

Selesai Sudah...

Assalamualaikum,

Selamat berhari sabtu
tiba-tiba mood rajin pula hari ni
sebab semalam terlepek tak larat 
nak layan blog 

puasa dalam cuaca yang sangat panas
dengan angin membuak-buak dalam badan
campur pula dengan pening kepala 
cukup untuk buat kita lembek....huhu



teringin pula nak berbuka dengan cekodok
dalam peti ais ada 3 biji saje pisang 
jadi campurkan dengan milo ...inilah hasilnya

sempat juga masak nasi ayam tapi
nak publish gambar tak cantik pula
lepas solat kita pun makan postan (pain killer)
baru boleh angkat kepala ni
terus layan cerita CSI New York...hihi

hari ni hubby cuti jadi kami rancang 
nak pergi berkelah ke Morib
tengok juga cuaca petang nanti 
itu je... cerita puasa nazar hari terakhir kita

Dr.Hanie ...betui agaknya cakap Daddy Ziyyad posmen hantar 
gift dari vietnam tu guna basikal...kak ati tak dapat lagi...huwaaaa

Friday, April 8, 2011

Sumpah Nazar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ...hari ini merupakan hari 
yang terakhir kita menyelesaikan puasa
nazar seminggu kerana sakit tempohari

banyak dugaan nak menyudahkan 
puasa yang hanya 7 hari ini tapi niat berpuasa
bukan 7 hari berturut-turut...takut tak tertunai

ada yang mengatakan berdosa jika kita 
melanggar nazar itu jadi janganlah kita 
bersumpah nazar yang akan menyusahkan 
diri kita sendiri 

ada seorang teman kita yang bernazar untuk
berpuasa selama sebulan berturut kerana 
tidak tahan semasa menjalani latihan tentera
di takdirkan dia mendapat pelepasan dan 
sudah pun selamat menjadi seorang jurutera
tetapi dia masih tidak dapat membayar nazarnya 

Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya
diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya
sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa
mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya. 
Hakikatnya, nazar tidak dapat mengubah takdir.

Sebuah hadith Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya, 
Nabi S.A.W bersabda: 

"Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada
sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. 
Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat 
dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang 
sebelumnya tidak bersedia membayarnya."


ada sesiapa yang masih tak bayar nazar...? ^_____^

Thursday, April 7, 2011

Lemak oh Lemak!!

Assalamualaikum,

sekejap saje sudah hari khamis
rasanya baru saje tengok cerita seram 
di tv3 hari itu dah ada lagi malam ini
tapi kita dah nekad tak mahu tengok 
dah semakin mengarut pula cerita tu...

dah breakfast semua kan...
lambat buat n3 ni pasai nak tunjuk gambar 
yang akan buat semua tak lalu makan 

semalam kita bersihkan ayam yang 
di beli di mydin kita beli 2 kilo ayam
bahagian thigh dan rib saje ...senang

sudahlah lani ayam mahal 
tapi dari 2 kilo ayam tu 1/2 kilo lemak saje
bayangkan ayam goreng yang kita makan
di gerai tu..rajin sangat ke depa nak 
cuci berabih semua lelemak tu...?



tu...dia...punyalah banyak lemak
itu belum lagi dari seekor ayam 
bayangkan lemak-lemak ni masuk dalam badan kita
tak ke bertambah lagi dengan lelemak 
yang memang sedia ada....

amacam....insaf tak...?
ada rasa rajin nak masak kat rumah..  :P


hai....manalah camera ni hilang...selalu sorok dari syahmi
yg suka main sampai lupa mana letak....adeehhh  ^____^

Wednesday, April 6, 2011

Dah Musim

Assalamualaikum,

musim panas terik lepas tu hujan lebat
sekarang ni dah jadi musim penyakit pula

dari anak-anak hinggalah 
ke laling tua pun kena demam
sakit tekak dan batuk

nasib baik mummy sekarang 
dah mula bersenam balik
jadi masih kebal lagi untuk 
menjadi nurse peribadi untuk 
semua orang dalam rumah ni
alhamdulillah...

tergolek tido saje...cuti tak gi sekolah

tengah tengok tv..tahu2 dah tido juga...

ala...sian jujur saje muka tu...bila sihat nanti...fengsan mummy ^__~


tengah berusaha kurangkan makan waktu malam ...
nak sihat demi keluarga juga..... ^_____^

Tuesday, April 5, 2011

Terlebih Ghairah...

Assalamualaikum,

Apa khabar semua...sihat?
rindu pula bila lama tak masuk sini
tajuk bukan main lagi yek...hihi

sebenornya nak bagitau 
kita ni jadi terlebih ghairah bila dapat
mengemas rumah  memang boleh lupa
segala yang lain...ralit dia buatnya

mengalih barang-barang rumah bila dah 
bosan berada dalam kedudukan yang sama
memang  hobi nombor 1 kita...syokkk...hihi

tak makan pun ....aiman tak kisah...
bila semua dah tersusun ...terasa puas di hati 
sedar-sedar rupanya dah hari selasa
den masih tak buat n3 baru...heeeee



dah 5 hari senaman berbasikal...sakit vontot....heee ^_____~


Friday, April 1, 2011

Akhirnya Dapat Juga...

Selamat petang,

selepas beberapa bulan mengidam
semenjak dari tahun lepas lagi

akhirnya semalam dapat juga
anak dalam tekak kita ini
makan makanan yang jarang benor 
kita dapat makan ini


dah ngap baru ingat nk snap...jakun n lapor tu :P...
2 set black paper quarter meal
kita ambik side dish...macaroni & cheese, aromatic rice dan patato salad
hubby ambik.. fresh food salad, mashed patato & gravy, golden corn & carrot


 walau kini ada 3 perisa...kita tetap suka perisa vanila


ini model terbaru kenny rogers...kena bayor tau
beli 2 main set dapat free children set ni

terima kasih daun keladi my laling
nanti tahun depan mummy belanja nando's pula...huhu

bila lama tak senaman ...sakit2 badan pula bila dah mula balik ^___^

5 Kewajipan

Assalamualaikum,

hujan renyai-renyai pada 
hari jumaat yang mulia ini

Rasulullah S.A.W bersabda 

seorang muslim mempunyai 5 kewajipan 
ke atas muslim yang lain:


1. menjawap salam 'wa alaikumus salam'

2. menziarah orang sakit

3. mengiringi jenazah ke kuburan

4. memenuhi undangan 

5. membaca 'Alhamdulillah' ketika bersin
    yang mendengar baca ' Yarhamukallah'

mudah sajekan .... marilah kita sama-sama
melakukan 5 kewajipan ini ^____^


yang no.3 tu lama benor tak buat...anak kecik lagi...alasan!!