Monday, January 31, 2011

Musim Perayaan benda yang sama berlaku

Selamat Petang,

best nye orang yang nak pergi bercuti..
beg semua dah siap penuh berisi
tinggal nak balik kerja saje kan..

ni nak cakap perkara yang sama 
berlaku bila tiba musim perayaan
tentu dah dapat agakkan..

harga barang basah lah..
semalam hubby pergi beli ikan dan ayam
selalunya kita ni order saje 
nanti hubby akan belikan 
kalau sesekali pergi pasar or kedai 
bersama barulah kita yang pilih

sambung balik pasal cerita ayam dan ikan 
nak tahu sekarang ni ..
ikan kembung yang kecil 
kalau makan seekor pun tak puas tu 
5 ekor harga dah rm10  
ayam yang kecil..taraf anak ayam saje 
seekor dah rm16 ...kalau biasa harga tu 
dapatlah ayam yg besar

hairankan..mesti berlaku benda yang sama
bila tiba musim-musim perayaan
mana pergi ..pihak yang berkenaan
rasa macam nak boikot saje tapi
tak lalu pula asyik makan telur dan ikan sardin saje

wake up please! teropong..jenguk..pantau ... ape-ape sajelah

Fenomena Baru

Salam,

Keluarga kami di landa fenomena baru 
sejak mula di perkenal kan oleh wahida

kita pun pergilah cari di pasaraya
jumpa terus beli dan perkenalkan pula
pada hubby dan anak-anak

sejak itu bila keluar saje mesti nak cari ...
yang susahnya ..bukan ada di kedai-kedai biasa
pasaraya..7 eleven ..station minyak..jumpalah
itupun kalau lambat..gerenti habis tau

haa...yang paling mengejutkan kita
hubby dah pandai makan atas dan buntutnya
selalunya part tu ...kita lah yang kena kerjakan...huhu
tak sampai satu hari pun boleh habis
tak perlu makan dengan jem or butter
makan macam tu saje..sedapp!





TQ wahida perkenalkan roti Butterscotch ni...mmg sedap!


Selamat bercuti...untuk semua sahabat yg nak pergi bercuti

kita duk rumah saje...home sweet home!

Sunday, January 30, 2011

Renung-renungkan...

Salam,

hujan bersambung dari siang semalam 
hinggalah ke tengah hari ini...

disebabkan redup dan sejuk saje
mulalah datang mood hari malas sedunia...

nak berkongsi kisah khutbah jumaat minggu lepas
yang hubby cerita kat kita
rasanya kisah ni memang banyak berlaku 
pada kehidupan kita semua seharian 

kisah tentang dosa yang mudah kita 
nak dapat ... dosa kering..
eh...ada ke nama dosa macam tu.. huhu

di antara ialah sifat kita yang 
mudah sangat nak dapat dosa kering ni
apabila kita memandu kereta 
cepat betul hilang sabar ..
senang saje menyumpah orang lain

orang lain bawa terhegeh-hegeh je..
kita dah cakap .. 
lembablah orang ni bawa kereta..
bila orang tu potong kereta kita 
dengan cara salah ..terus kita sumpah..
bodoh betul ler mamat tu! 

ha..ada tak..??
kita ..mengaku selalu gak terlepas cakap
jadi .. selepas hubby bagitahu kisah khutbah tu
terus saje kita cakap ok... nak berubah
nak jadi penyabar bila memandu kereta ni
tak mahu dapat dosa percuma lagi

jadi apalagi sahabat semua ...
renung-renungkan ye...


ada lagi tak  .. kesalahan yang mudah sangat kita nak tambah tut!

 

Saturday, January 29, 2011

Hujan..oh..hujan

Salam,

hari ini cuaca tak menentulah...
asyik hujan...
kejap lagi panas...
lepas tu hujan balik..
fenatt.. tarik ampaian kedalam
dan tolak balik keluar

macam senaman pula dah...
ha.. sekarang ni dah hujan lebat semula
akhirnya .. angkat semua kain baju
jemur dalam bilik kosong di atas...

senang hati ...
boleh ler nak beradu sekejap.. huhu

dah 2 hari... rasa tak sedap badan!

Friday, January 28, 2011

Daddy Ziyyad ...boleh uruskan!!

Selamat Petang,

oh...sungguh terkezutt..

sungguh terharu...

nak tahu apa pasal tak?

pasal ini lor....  

sedutan dari blog Daddy Ziyyad
adeeiihhh..!!
kejang perut kita gelak terbahak-bahak tau....
lama dah tak gelak macam ni weii..
sori yek..kita copy paste sini...harus simpan buat kenangan...muahahah!

kalau nak tahu apa cerita sebenarnya ...
pergi baca dalam blog Daddy Ziyyad

Jom berkenalan dengan Tok Dukun yang sempoi ni..
kalau perlu apa-apa pertolongan Daddy Ziyyad boleh uruskan ^__^

Pengalaman Di Rumah Mayat

Salam,

Penghulu segala hari tiba lagi
n3 kali ini pun sesuai dengan hari ini

dulu kalau dengar saje bilik mayat 
terus rasa takut dan kalau pergi hospital 
tempat itu lah yang akan kita elak sekali

tapi semasa arwah bapa mertua meninggal
pada hari ke-2 kami sekeluarga kena pergi
ke rumah mayat untuk buat pengesahan mayat

itulah pengalaman  pertama kali dalam hidup
berada dalam kawasan rumah mayat 
pada mulanya kita tak tahan bau yang kureng itu
kejap keluar... kejap lagi datang balik 

keluarga yang terdekat akan di panggil 
untuk megesahkan mayat dan selepas 
itu barulah  mereka akan buat apa yang patut

rupanya baru kita tahu yang buat segala kerja 
potong-memotong tu adalah medical assistant 
bukan doktor macam dalam cerita CSI tu
doktor hanya akan buat pengesahan saje (em..betul tak..doc?)

polis juga ada datang untuk buat siasatan
dan siap buat lakaran lagi bagaimana
cara kemalangan itu berlaku

dah selesai segala atas tu kalau jenazah lelaki
boleh terus dimandikan di dalam bilik mayat itu
ada seorang ustaz datang dengan membawa 
1 set kelengkapan jenazah yang berharga rm130
semua ada dalam tu cukup lengkap

ustaz itu menyusun kain kapan satu persatu
kemudian kapas diatas troley dan selepas itu 
dia menaburkan serbuk warna coklat yang kita tak tahu apa..
kemudian kapur barus dan air mawar
pada ketika itu perasaan sedih dan insaf datang
tiba-tiba airmata mengalir tak berhenti-henti...

semasa mandi anak-anak dan cucu-cucu lelaki
akan di panggil  untuk turut memandikan jenazah
semasa ini barulah kita mengerti kenapa
ramai bapa yang hendak sangat anak lelaki!

pengalaman ini sangat berharga buat kita 
kesimpulannya kita semua patut selalu 
melawat orang meninggal dan membantu 
apa yang patut...dari situ akan datang rasa keinsafan 
dan perasaan jati diri sebagai orang Islam....

rasa bangga melihat ustaz sekarang ramai yang muda-muda!

Thursday, January 27, 2011

Rugi... Rugi...

Salam,

suka menikmati suasana pagi di kampung

sejuk..

tenang..

aman..

ada macam-macam bunyi..

mungkin ... biasa bagi orang lain

tapi ...

bagi orang yang tak ada kampung 
macam kita ni ... 

uhh... rugi..rugi..tak menikmatinya...
lagi rugi ... kalau orang yang tak suka balik kampung! 



syahmi suka sgt di sini...bebas!

tenang je..

tak payah beli kelapa..kait saje

suasana yang hijau saje..

embun pagi...uhh snap pakai camera biasa je!

best..melayan perasaan dalam suasana kabus sejuk ni...

kelubung... kesejukan ..farah dgn sepupu2 nya..


ada ke... yang tak suka balik kampung....

Wednesday, January 26, 2011

Laporan Akhbar Yang Tidak Tepat

Salam,

rasa tidak puashati terhadap laporan sebuah 
akhbar popular tempatan yang menyiarkan berita yang 
tidak tepat mengenai cara kematian arwah bapa mertua 
yang disiarkan pada 21 Januari hari jumaat lepas 

akhbar itu melaporkan seperti arwah yang bersalah
dengan menulis arwah keluar secara tiba-tiba

tetapi tidak pula melaporkan yang mangsa 
dilanggar oleh budak sekolah tingkatan 2
yang tidak berlesen
yang road tax motor sudah mati
yang sibuk dengan hand phone
dan memandu laju ketika membawa motorsikal

ada akhbar lain yang menyiarkan berita itu 
secara online tapi tidak menyalahkan sesiapa
di sini 

jika tidak tahu cerita yang sebenar 
janganlah menulis tanpa siasat hal yang sebenar dahulu
tidak kah mereka tahu bagaimana perasaan keluarga kami?
  
ibu mertua kita turut menyimpan keratan akhbar tersebut!

emm..boleh teka akhbar mana tak...?  

Tuesday, January 25, 2011

Hari ke-7 Pemergian Bapa Mertua

Salam,

sudah masuk hari ke-7 
pemergian arwah bapa mertua

sebenarnya pada hari rabu lepas 
kami sudah pun di beritahu akan 
kemalangan maut yang menimpa arwah 
tetapi selagi tidak melihat dengan 
mata kepala sendiri...memang sukar
hendak kami percayainya

baru saje malam ahad lepas kami semua
berjumpa dan makan beramai-ramai bersama 
arwah sudah hampir seminggu datang menziarah 
ke banting dan pada pagi rabu itulah arwah 
baru saje pulang ke Sungai Koyan

sampai saje di rumah arwah keluar 
dengan menaiki motor untuk menyelesaikan
beberapa urusan dan sebaik keluar dari 
simpang pejabat Felda itu arwah 
telah di langgar oleh motor  yang 
di bawa laju oleh seorang budak 
perempuan tingkatan 2

masih tergiang-giang kata-kata arwah 
yang hendak pulang pada hari rabu 
walau ada yang cuba pujuk pulang 
pada hari lain ...arwah tetap nak 
pulang hari rabu juga

Al-Fatihah buat Allahyarham M Yusof bin Badu Alif

sangat kagum dengan ibu mertua yang sangat kuat semangat
walau orang lain menangis ...dia tetap kuat dan tidak menangis!

Wednesday, January 19, 2011

KECEMASAN

Salam,


Keluarga kami di uji lagi..
bapa mertua yang kami kasihi 
kemalangan

dari maghrib tunggu hubby pulang
dari tempat kerja

dah nak pulang ke Kuala Lipis sekarang ini


Assalamualaikum semua

2 IN 1

Salam,

selamat pagi rabu semua

semalam pergi shopping di tempat
kesukaan kami iaitu Carrefour, Alamanda
hanya nak beli barang-barang makanan saje 

seperti biasa kita mesti buat list dulu 
kalau tak buat list alamatnya ada saje
barang yang terlupa nak beli 
juga aggaran berapa jumlah semua
kan financial controller di rumah..hehe

setelah siap tawaf seluruh pasaraya tu
dan sudah cukup semua barang 
hubby akan take overlah untuk seisi 
membayaran di cashier counter 
dan kita pula kena berjogging mengejar
syahmi yang suka lari sana sini

hubby datang sambil menunjukkan 
resit sambil bertanya 
"mumi beli barang apa sampai harga macam ni?"
kita pun tengok...mak ehh..kenapa sampai RM200.35
padahal beli barang makanan saje 
tilik-tilik resit ...rupanya si cashier tak sengaja 
telah menekan Natasya Pro Diet 
rm75.00 ....banyak tu!

dah lah mereka salah..kita pula kena 
isi borang untuk mendapat semula wang
takpe..takpe...janji dapat duit balik

on the way ke parking kereta 
syahmi nak minum air solivite
yang kita beli 2 paket ...so bukakan
dan bagi dia minum tapi dia terus reject 
sambil kata "yekk...bucuk..bucuk!"
apa punya emak lah tak check dulu..
memang air tu bau busuk

pergi balik ke pasaraya tu nak tukar
nak tahu apa depa cakap
"oh..tadi tempat air tu rosak..jadi semua 
mesti sama tak payah tukar refund duit saje"
dah tahu rosak ...buat apa jual
kan... dah menyusahkan orang
itu hubby cakap pada kitalah

kami pandang same sendiri 
sambil angkat bahu dan  kening...
di sebabkan dah fenat..tak kuasa
nak bising-bising!

balik selepas dapat semula duit 
buat kali ke-2 dan tanpa kata MAAF
pun dari mereka juga kali ke-2...uhhh!


kalau jadi kat you all ..camne...marah tak...ahak!

Tuesday, January 18, 2011

Rojak Selera Kita..


Salam,

cerita pasal Rojak yang sedap di Serdang
sebenarnya bukan di restoran tau
hanyalah di gerai tepi jalan saje
rasanya pula kalau ikut tekak kita ni
memanglah sedap..tak tahu pula 
macam mana rasa tekak sahabat pula...hihi

pada kita rojak yang sedap 
paling penting ialah kuahnya
dan rojak kat sini rasa kuahnya 
bagi kita dan hubby umm..cukup segala

semalam pergi makan di sana 
selepas lama tak pergi makan 
rasanya tetap sama dan pelanggan 
pun tetap ramai dan tak putus-putus
orang cina ramai datang makan sini
tahu sajelah orang cina bab-bab makan 
kalau sedap depa mesti datang lagi 

nama jalan tu kita tak tahu
tapi dia terletak di sebelah 
Universiti Tenaga Nasional
kat situ ada deretan gerai yang 
akan mula di buka pada tengahari


nampak tak nun deretan gerai..sebelah kiri uniten

inilah gerai rojak selera kita ler ^_^
inilah Rojak nye...yum..yum..kuahnya i like!
syahmi jadi model utk harga
lepas kenyang makan..harus tapou juga..pelanggan tak putus2
semalam sibuk...hari ni balas semua bw sahabat ^_^

Monday, January 17, 2011

Drama Menyayat Hati

Salam,

Hari isnin yang ceria
baru saja balik dari berjogging
wah..rasa cergas sikit dari biasa

perasaan masih di buai oleh kisah yang 
menyayat hati semalam...ada tengok tak
drama La Ikro Ha Fiddin
di saluran Astro prima malam tadi

bunyi macam bahasa latin saje kan 
tapi sebenarnya bahasa arab 
yang membawa maksud
'tiada paksaan dalam beragama'

tanpa perlu aksi-aksi pegang dan peluk
tanpa perlu pakaian yang seksi
drama cinta dan pengorbanan ini
mudah difahami dan sangat menyentuh hati 
sampaikan leleh jugalah airmata ku ini.. huhu

kita memang jarang tonton drama-drama 
melayu tapi di sebabkan ada Sharifah Amani
rasa nak tengok pula...dan sangat berbaloi 
menunggu hingga habis pukul 12malam 

lakonan hebat Sharifah Amani dan 
Zach X Factor, kita juga suka dengan 
Razak Ahmad yang pada kita seperti
penganti arwah M. Rajoli untuk membawa 
watak orang alim dan sesuai dengan 
pengetahuan ilmu agamanya sendiri 



plan hari ini... nak pergi makan rojak di serdang...umm lama tak makan tau ^_^

Sunday, January 16, 2011

1st misz-ella.blogspot Contest

Salam


hari ini kita nak join contest yang 
di anjurkan oleh Kakchik Ella
kita dah lama follow blog dia 
dan sering tinggal komen rasa
dah layaklah nak join

saya suka membaca 'entry-entry' di misz-ella.blogspot
kerana:

saya suka pada penampilan ella yang pada saya seorang 
wanita yang suka berdikari. Kata-katanya yang sangat 
menyayangi diri sendiri, juga mempengaruhi diri saya
untuk menyayangi diri sendiri terutama pada penampilan 
dan kesihatan diri. setiap entry yang di buat ringkas dan
mudah di fahami dan ada sahaja kata-kata nasihat 
yang berguna buat semua pembaca.


pada sahabat-sahabat yang nak join contest ini 
silalah klik disini

hadiah-hadiahnya sangat menarik.. pasti tertarik!
tarikh tutup pada 18 januari 2011 pada jam 4.00 petang  


harapnya pembuka 2011 adalah rezeki buat kita...tak pernah dpt lg..huhu ^_^

Friday, January 14, 2011

Terpaksa Juga!

Selamat Petang Jumaat,

akhirnya ...
setelah bertahan 
dengan hanya makan ubat 
dari petang semalam

melihat keadaan syahmi
yang macam sukar bernafas
dan lemah saje
terpaksa juga pergi klinik
ambil nab.!!



nak pegang sendiri
harap2 malam ni boleh le tido..muka mumi pun dah sembab..ngantuk!



 macam mana tak mahu bergantung pada benda ini yek...?

Bila Penyakit Datang Lagi...

Salam,

bila penyakit datang lagi 
kami pasti tak boleh tidur
sentiasa kena berjaga 
tidur pun di ruang tamu saje  

emm.. syahmi bila batuk
mesti semput pun naik sekali
tengah nak bertahan tak mahu
pergi hospital sedut gas
risau juga kalau asyik nak bergantung 
pada alat tu saje...


janji dia tido..golek kat mana pun takpe..fenat lepas muntah berkali2
cepatlah sihat wahai manjaku.. lelah tengok nafas dia turun naik...

sori pada yg tak sempat kita nak bw ye... nanti kita dtg bila lega sikit !


 

Thursday, January 13, 2011

Senaman Tangan Dan Jari

Salam,

haii..semoga semua ceria dan gembira
janganlah boikot blog kita ni...
apa salah kita yek...hairan juga...hurm?

selalunya kami buat senaman ini
di Alamanda, Putrajaya tapi teringin
pula nak ke Banting...so hanya ada 
1 saje tempat di sana iaitu di belakang 
pasaraya The Store..1 tempat saje
kesian orang-orang Banting kan...

tetapi kedua-dua lift bangunan tu rosak 
jadi terpaksa menapak naik tangga
ke tingkat 5... haruu tapi dah janji dengan
anak-anak kan nak buat cam mana

pada pihak yang berkenaan tu
silalah ambil perhatian ...daif sungguh 
banggunan tu walau tempat yang kita 
nak senaman tangan tu ok!
uhh..tidak lah akan ke sini lagi 
selagi tidak di perbaiki apa yang patut

sila-sila...tengok kita senam...^_^


bapa mithali..ajar anak2...huhu
org nak main.. syirah pun nak main gak...harap kasut je..ngeh3
sila beri perhatian ..org pro nak main ...alah...susun kaki pun tak betul..ahak!
mak bapak happy2..anak2 kebuluran....sian anak ku..
sila-sila...buat-buatlah macam rumah sendiri ye...
 muka buat2 suka....isshhh..bola asyik masuk longkang...lantai tu licin sgt! sila percaya ..

apakah salah ku...nak nyanyilah... tiada lagi ku dengar kidung mu...tiada lagi...hukhuk!

Wednesday, January 12, 2011

Hidup Merempat

Salam,

berbicara tentang hal yang lebih serius 
sedikit pada pagi yang terang ini

mengenai peningkatan harga rumah yang
menjadi semakin luar biasa sekarang ini 
dalam akhbar Utusan melaporkan
sejak 2 tahun kebelakangan ini menunjukkan
peningkatan luar biasa dengan rekod 
lonjakan nilai lebih 30 peratus tahun ini

harga rumah di sekitar Kuala Lumpur sahaja
sangat mahal sehingga kita terfikir hanya
orang kaya sahaja yang mampu membeli
bagi orang yang pendapatan tak seberapa
hanya mampu tinggal rumah di atas langit 
atau lebih popular dipanggil rumah burung merpati 

kalau sanggup tinggal di pinggir-pinggir  bandar 
seperti kita bolehlah duduk dirumah yang selesa sedikit 
itupun impian untuk tinggal di rumah yang lebih 
besar dan selesa hanya tinggal impian sajalah

semoga kerajaan yang perihatin akan dapat
melakukan sesuatu demi rakyat dan generasi 
akan datang tidak merempat tak berumah
hanya kerana harga rumah kediaman yang 
semakin naik saban tahun


harga rumah dipinggir bandar pun dah naik...
di sekitar KLIA saja 200 ke 500K tau! 

Tuesday, January 11, 2011

Kerja Baru!

Selamat Petang,




Terima kasih daun keladi buat semua 
sahabat yang bagi info templates tu
besar makna buat orang yang tengah 
tension macam kita ni... ^_^

buat sementara ini ..guna jelah apa yang 
ada tapi kita akan tukar bila ada masa nanti

buat geng list no.2 tu ..semua dah hilang 
so..kita akan cari semula dalam n3 nanti ok!

tahu tak apa benda gambar di atas tu
haa... inilah dia kerja budak cenonet tu sekarang...

tahu.... betul.... bedak

kerja dia sekarang membazirkan 
bedak baby dimana-mana sahaja
sebab dia tahu mumi dan papa dia ni 
orang kayo ... boleh beli bedak setiap hari ....huhuu



kesian sungguh nasib budak perempuan yang mati dengan 

berpuluh-puluh kesan deraan... apa nak jadi dgn manusia hari ini! 

 

Geram Betul!

Salam.

dari semalam blog kita ni ada problem
dalam blog kesayangan kita ni
banyak widget yang dah hilang
templates background pun dah tak betul

geramlah sebab kita tak dapat cari 
templates yang betul-betul berkenan
di hati ....

ada sesiapa boleh advise di mana nak 
cari templates yang ringkas, warna lembut 
dan percuma lah....hihi


thanks you in advance!!

Sunday, January 9, 2011

Pernah Jumpa Budak Ini Tak?


Salam,

Hati kita cukup tersentuh ...
kalau ada hal yang melibatkan kanak-kanak!

pernah terjumpa budak ini dimana-mana tak?
tolong sebarkan poster missing child ini

semoga dengan sedikit pertolongan dari kita
semua ...mungkin dapat menyelamatkan 
nyawa dan kehidupannya.

jika ada apa-apa info boleh hubungi di FB 
'Norazuin Munaji'

Semoga Adam Shah yang comel ini dapat di jumpai....ameen!

sumber dariBen Ashaari & AbgTeror

Saturday, January 8, 2011

Mesti Nak Buat !!

Salam,

Hari sabtu yang indah sebabnya boleh 
berehat dari rutin harian biasakan...

hari sabtu juga kita nak buat tag dari 
cemomoi yang dua kali tag kita tapi biasalah
orang muda pun lupa juga ...wekk nak muntah :P



Soalan-soalan cepuemas...


1. apakah hobi anda?

    yang kita paling suka sekali...mengemas...sehari suntuk pun takpe
    tak makan pun boleh...syok o..melihat hasilnya


2. senaraikan tempat yang anda ingin pergi..
   
    ada 2 tempatlah...fuhh.. tamak
    pertama ...Langkawi, selepas honeymoon 11 tahun lepas langsung 
    tak pergi ke situ lagi...hihi..kalau dulu berdua manja-manja gitu ...kali ini 
    nak bawa anak yang bersusun ni pula ..ahak!

    kedua ..Pulau Tioman..dulu selalu pergi dengan kawan-kawan pergi
    snorkling dan fishing di tengah laut...uhhh best sungguh!! 
    kali ni nak bawa hubby ..sebab dia tak pernah pergi..kesian dia
   
3. sikap positif yang anda miliki

    cepat betul kesian dengan orang dan pemaaf orang nye..hihi
    kalau gaduh dengan kita jangan risau ..kejap saje kita boleh baik semula


4. sikap negetif anda

    emm..cepat marah ... ( setiap tahun azam nak ubah...huhu..)


seperti biasa kenalah tag kawan-kawan...so kita tag sahabat-sahabat ni..
yang tag pun sahabat juga tau ^_^

1. gadis Bunga 
2. h4ni3
3. cik tom
4. ainnoraini
5. suri solehah
6. daddy ziyyad
7. ella
8. kakcik
9. iwan
10.miss yaty


mana yang tak tag tu...jangan majuk je..link kita ni problem ..tak boleh 
copy paste ..semua kena type ...malas le ^_^

Friday, January 7, 2011

Koleksi Terbaru

Salam,

semoga semua sentiasa ceria dan bahagia 

sebagaimana bahagianya kita bila dapat koleksi baru 

nak buat ....

mahal sangat!

berangan sajelah dulu....

tunggu duit Nuffnang lah ... :P



koleksi terbaru selepas...Impiana & Anjung Seri...kuat berangan oii...



semua di simpan dalam almari khas di tingkat atas...kalau di bawah
nanti ada pula org nak pinjam ....kedekut tu....huhu!

Thursday, January 6, 2011

Alahaiiii....!!!

dah lambat ni ...
bas sekolah dah nak datang
syirah sarung kasut sekolahnya 
tapi basah pula..

nak pergi  ambik kasut baru 
ada dalam bilik di atas mahu tak sempat..
nampak dalam kabinet kasut tu ada kasut 
sekolah lama dalam kotak..so apalagi 
suruh syirah pakai kasut tu sajelah

masukkan kaki tak boleh...
kita tolak lagi kakinya ke dalam pun tak boleh
eh...kenapa pula ni...nampak kasut lagi 
besar dari kakinya..
syirah kata rasa macam ada benda dalam 
kasut tu...

kita pun ambil kasut tu dan tengok apa ada didalam
ehh...katakkkkk...! jerit kita
si syirah yang dah rasa tadi apalagi
lari lompat-lompat keliling anjung rumah
kegelian....sian anak kita tau!

sudahnya ...berlari naik ke atas juga kita...ahak!


pengajaran: Tolong jangan main sarung saje kasut-kasut lama!


tapi ...kenapa setiap kali kita teringat asyik nak gelak aje..
teruk betul mumi syirah ni ..^_^
 

SENANDUNG MALAM

Salam,

Pagi yang damai dan sejuk...
hujan...Alhamdulillah rahmat dari Allah

pernah pergi makan seafood di Bagan Lalang 
pasti ramai yang pernah pergikan

dalam banyak-banyak kedai yang 
kita pernah makan di sana 
ada satu sahaja yang berkenan dek 
tekak kita dan family
kira paling sedap ah..masakannya

nama kedai tu 
Senandung Malam
tak glamer pun...tapi kalau datang lambat 
mahu kena beratur tunggu meja tau
tak percaya...cubalah datang 

pernah dengar ikan nama 
Gerut-Gerut ?
ha..harus cuba..sedap!
tak mahal macam harga ikan yang popular


inilah kedainya...buyuk je! depan pantai...



ini ikan Gerut-Gerut...msk 3 rasa sedap..lauk2 lain xpyh tunjuk ..dah biasa tgkkan


mengantuk je..sejuk2 ni...bye ^_^

Wednesday, January 5, 2011

Cukup Terkesan

Salam.

Selamat pagi semua 

nak kongsi kisah drama penyiasatan 
yang kita minati selepas drama CSI ..
kita cukup meminati drama bersiri Criminal Minds 
kisah penyiasatan team BAU (Behavioral Analysis Unit)
dalam kumpulan Elit FBI


pic dari Google!


mereka ni sangat hebat kerana boleh menganalisis
pemikiran penjenayah dengan memfokus tindakan
yang akan di ambil oleh penjenayah sebelum bertindak 
sekali lagi 

pada malam selasa lepas kita menonton 
cerita ini tapi tak ingat tajuk episod itu
tapi kisah malam itu cukup terkesan 
di hati kita ..

kisahnya team BAU di minta menyiasat seorang 
wanita yang membunuh suaminya ketika sedang 
tidur dan mengaku melakukannya...setelah di siasat 
rupanya wanita itu mengalami menderaan mental oleh 
suaminya di antaranya dia tidak boleh keluar rumah,
rumah kena sentiasa bersih dan tersusun dan
sering di keji dari segi penampilan diri 

pada kita kejadian itu boleh terjadi pada 
sesiapapun dan pengajaran darinya tanpa
kita sedari anak, adik, isteri, suami..
boleh terdera dengan sikap kita yang sentiasa 
nak perfect dalam setiap perkara

sangat buruk kesannya bila sudah berlaku
terlalu lama!

pernah terjadi tak....ha..renung-renungkan ye..



bye .. ^_^

Tuesday, January 4, 2011

APA TU?

Salam,

 Jom teka..





tahukan ....

itu awan....

waktu apakah yang sesuai dengan gambar awan tu?



alkisahnya...semalam lihat budak sekolah berdating dlm KFC...

peluk2 dgn berpakaian sekolah...camne tu...nasib tak snap je!

Monday, January 3, 2011

Sibuk Mengalahkan Cikgu

Selamat Petang,






baru tahu bagaimana guru-guru penat tanda 
buku-buku murid...

sampai senget jari-jemari kita 
lengoh tangan menulis 
sibuk mengalahkan cikgu pula ..huhu


petang nak pergi daftar sekolah agama pula...nasib ada tempat lagi

Selamat Pagi Cikgu...

Salam.

Hari Isnin yang sibuk buat semua 

bermula semula seisi persekolahan 
buat murid-murid dan guru-guru  
sekolah rendah, menengah dan juga
semester baru buat pelajar kolej
semoga semua bersemangat untuk
memulakan hari yang baru ok!

hari ini kita lebih releks kerana
hubby cuti dan mengambil alih 
tugas untuk menghantar dan 
menyelesaikan segala urusan 
sekolah anak-anak

tapi dirumah kerja tengah beratur 
menunggu untuk di bereskan dari
atas hingga ke bawah ...hehe..
housekeeping time! 
almaklum..banyak hal awal tahun ni  
sampaikan rumah dah jadi funfair 

BYE ... ^_^

Sunday, January 2, 2011

Dah Masuk Tahun Baru Rupanya...

Salam,

Sudah masuk hari ke 2 di dalam tahun 2011
masa berlalu begitu pantas sekarang ini
kesibukan pada hari sebelum tahun baru 
hinggalah masuk tahun baru ...membuatkan 
kami sekeluarga tak kemana-mana

seperti biasa pada 1hb Januari setiap tahun, hubby 
tidak boleh bercuti, apa nak buat cari rezekikan...
tahun ini pula program untuk tahun 1, di buat pada
1 Januari (Sabtu) nasiblah mumi ni dah biasa 
berdikari dari zaman bujang lagi.. no prob ok!
so kitalah yang kena uruskan semuanya





petang bila nak buat n3 ...ketika tangan ni gatal
saja nak lihat color baru ...tertekan apply pula 
dah lari warna format blog kita ...padahalnya 
belum ada mood nak renovate blog...
tak disengajakan...jadi tak sempat buat n3 semalam!

dah pasang azam tahun baru ...emm banyak
antaranya nak menjadi orang yang lebih berdisiplin,
bersemangat, penyabar... sebab orang LEO ni..
cepat marah tapi cepat cool ok...

azam kumpul duit beli Kenwood Mixer yang dah 
lama ku idam-idamkan....huhu
juga nak sambung azam tahun lepas yang masih
belum tercapai...

Apa pula azam sahabat semua?


hari ini baru ada masa nak keluar ke Alamanda ^_^