Friday, December 30, 2011

Sedihnya Si Dia...

Assalamualaikum,

Berkongsi cerita tentang Si Dia yang sedang bersedih...


Dia seorang yang sangat kuat semangat dan tabah. Ketabahannya 
dapat kita lihat ketika dihari suaminya meninggal dunia, tidak ada 
setitik pun airmatanya yang keluar. Dari mula hingga ke akhir urusan
pengkebumian pun dia tetap kuat semangat.


Tetapi baru-baru ini, ketika bertemu semula Dia menceritakan sesuatu yang 
membuatkan Dia mengalirkan air mata. Pertama kali kita lihat Dia menangis. 
Membuatkan kita turut mengalirkan airmata ketika Dia menceritakan masalahnya.
Terkesan dan pilu sekali masalah itu di hatinya. Hanya sabar saja yang mampu 
kita ucapkan kerana kita hanya mampu jadi pendengar sahaja.


Maaf...
Kita juga insan yang tak sempurna. Punya masalah yang hampir sama 
tetapi masih tak punya kekuatan untuk menyelesaikannya...

17 comments:

rasp said...

sekuat mana kita nie sis...
tetap punya perasaan...
menjadi pendengar pun kkdg dah memadai...
semoga si dia tabah menghadapi dugaanNya ini...

✿....rossa alina....✿ said...

nak tolong pun xboleh..hanya mampu jadi pendengar je kan..hmm..

Zefa NorAsmara said...

Semoga sidia terus tabah.. dan semoga yg pergi tenang di sana..

Citarasa Rinduan said...

mungkin jika berlaku pada kita..
ayu tak sekuat dia

kirimkan salam ketabahna buat beliau

salam takziah

Huda said...

sekuat dan setabah mana pun dia, tetap punya perasaan sedih kan..semoga dia itu terus tabah dan kuat semangat..

kakcik said...

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat Dia.

~ yus ~ said...

semoga dia terus tabah menempuhi dugaanNya.

p/s: Akak apa yang problem? Yus baca blog akak ok je. Tp kalau problem entri kuar sekerat tu, mmg yus pun tak tahu nak betulkan mcm manalah kak. Tak pernah alami benda serupa. Sorry ya kak tak dpt tolong...:(

gadisBunga said...

teringat saya kat maklong saya masa hari paklong saya meninggal...

saya ada cerita dalam entri ni...
http://gadisbunga.wordpress.com/2011/01/19/love-means-you-have-to-miss-them/

:: Mrs.Eady :: said...

sedih...

kasihredha said...

pasti kesedihan dihati tidak dpt ditanggung lagi olehnya...menyebabkan beliau menitiskan air mata...berat mata memandang...berat lagi bahu memikul...
nanti akak kasi orkid pada "beliau" unk mengubat luka :)

Kakzakie said...

Ati... kakak uda kakak sewaktu suami dia meninggal pun tak setitis airmata gugur walau bibir tak putus berzikir and membaca ayat suci...

Tetapi selepas majlis kenduri bila anak-anak mula balik ke kolej dan kerja dia meraung sendirian dlm bilik hingga di peluk anak sulung yg masih bujang (satu-satunya yg masih tinggal dgnnya). Hampir setahun nak pulihkan semangat kakak Uda kakak tau. Baru ini dia dah boleh ajar mengaji semula...

Kena ada tempat utk meluah perasaan Ati...

kakchik@ella said...

Sebagai kawan .. harus kita menyokong satu sama lain. Ada byk cara, kan.

Daddy Ziyyad said...

Menangis lah andai itu dapat mengurangkan sikit beban...tak salah...Semoga kawan kak ati dpt menempuhi ujian yg mendatang dgn lebih tabah & redha

Azlan Hasan said...

Takziah kepada si Dia..tak ape kalau menangis jika itu boleh membuatkan kita semakin tabah untuk mengharungi masa depan..

Regards,
-Strider-

~ raihazi ~ said...

kdg2 manusia yg plg tabah pun akan jd lemah bila dah xmampu nak pendam sorang2.

Azian Elias said...

semoga kita menjadi manusia yang semakin tabah..

Pok Amai-Amai said...

Tak tergambar kesedihan sebegitu rupa.

=(