Tuesday, December 13, 2011

HOTEL YANG PALING KITA SUKA!

Assalamualaikum,

Bagi ex-hotelier macam kita ni susah nak jumpa hotel yang betul-betul
buat kita rasa nak datang lagi dan lagi...
Tapi hotel di Melaka ni membuat kita tak sabar-sabar nak datang lagi.

Sebab pertama sudah semestinya breakfast. Kita tak akan duduk di hotel yang 
tidak menyediakan buffet breakfast sekali...bukan selalu dapat makan macam ini.


 Buffet breakfast kat sini memang 5 star. Belakang yang berderet tu 2nd buffet, 
1st buffet ada di dalam, macam-macam makanan ada...memang best!



Punyalah sedap dan banyak pilihan sampaikan kami makan...kenyangnya 
sampai ke malam baru makan balik....hehehe~ melantak tak ingat dunia :p

Antara sebab lain ialah swimming pool. Ada 2 swimming pool yang besar.
Ini 1st swimming pool dekat dengan hotel lobby.



Ini 2nd swimming pool yang terletak di tengah hotel ...tersorok sikit.
Kat sini terbahagi 4 bahagian, yang ini bahagian kanak-kanak, yang 
tengah tu orang dewasa, yang hujung sekali tempat nak main slide.
Anak-anak suka sangat swimming pool ini ...itu yang pentingkan ^ ^
 

Pemandangan swimming pool untuk orang dewasa dari atas bilik  hotel kami duduk.


Ini bahagian ke 4 , Syahmi sedang bersantai di dalam jakuzi. Di hotel ini juga 
ada menyediakan khidmat sewa baju mandi. Macam-macam pesen ada,
1jam RM 5.00...ok kan :)

Tapi yang paling buat kita suka nak datang lagi ialah....

sambung sat lagi...hehehe~ ^______~

39 comments:

Kakzakie said...

Ati buat kakak suspen pulak dah... anak-anak yg penting memeng tempat makan dan mandi ati... dua ini penting kalau nak bagi mereka suka:)

:: Mrs.Eady :: said...

hotel ape ek?

kaklong said...

teringin satu hari nanti nak bawak anak2 menginap kat hotel tak dapat yg 5star yg 3star pun jadi lah...huhuhu!

Huda said...

hotel apa kak? mahkota hotel ke?

gadisBunga said...

eh akak, bersambung ke? :D

kakcik said...

Tengok tempat makan tu, kakcik ingatkan tadi di Hotel Istana. :)

missgee said...

Kak ati,
Bulih letak nama hotel,
lokasi and harga??

Next year saya akan bercuti ke Melaka :)

mak encik | SZ said...

tak sabar tunggu sambungannya kak!

konde said...

keluarga harmonis :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

rasp said...

mmg best lah hotel nie..
pool dia besar ye...
puas hati anak2 dpt berendam...
waaa...saja kasi suspen ek sis..

nabilah_2908 said...

oh bagus la Kak Ati suka kan hotel ni.. :)

dulu...sy pernh berpeluang jadi pengawas peperiksaan tuk ABRSM ( Muzik) buat di sini..dlm 2 bulan lebih...

hari2 dpt breakfast free...and seminggu sekali dapat lunch free kt sini..

mmg best...time lunch..lagi rambang mata..nak makan apa.. :)

kakngah said...

dulu kakngah pun hotelier gak..
kat melaka :P

diana said...

berapa bayaran sehari kak ti hotel tu??

sal said...

kat melaka bnyk hotel2 yg berpatutan, siap ada kolam renang..klu booking secara online sebelum pergi, lebih murah berbanding terjah2..
happy holiday..

yuyune said...

hee. best!

Daddy Ziyyad said...

Hotel apa ni? Boleh lah try sebab ex-hotelier yg bagi review best, musti best!!! haha

kakchik@ella said...

Ella pun dulu Hotelier jugak. sekarang mcm ati .."X" jerk. Hihi

Cik Yan said...

welcome to melaka ;-)

Acik Erna said...

Ati..acik pun suspen ni..nak tau jugak hotel apa namanya tu..nampak best kolam mandi nya

bujal X said...

mohon disambung segera entri ini~keh keh~

kasihredha said...

anak2 sure suka berendam & berenang kat swimming pool ni kan atie

@cu SaYaNg said...

suka nye tengok swimming pool tu terasa nak mandi je...erk..hakikat nye acu tak pandai berenang tapi suka berendam..hehehee

Hanis Azla said...

mmg nampak best hotel tu.. hotel apa ni kak?

Dee said...

hotel apa ni? dee rasa mcm tau je..sbb pernah google masa nak gi melaka dulu..cuma pada dee mahal sketlah..sbb tu cari yang lain..tp ciri2 yg ada pada hotel tu mmg menarik pun..

jeBateja said...

ishhh...den tak sabaq nak taw hotel apa ni..???

So Shy Lady said...

huk aloh....dh hmpir klimaks ada iklan la plak...oklah ssl g toilet dlu ;P

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hotel apa ni kak?


p/s: kita x tahulah kenapa tp dekat blog kita update terakhir blog ni seminggu lps punya (terujalah pulak)..tu psl bbrp harini kita x dtg..

DrSinga said...

dia ada apartmen jygak kan ??

malas nak gugel

Ati Masrif said...

gee dan diana,

harga hotel dan aprmnt 1 bilik
dalam rm 250 + breakfast for 2

Ati Masrif said...

rina,

its ok..mmg prob pun :)

Ati Masrif said...

dr. singa,

ada bilik hotel biasa
ada aprtmnt 1, 2 dan 3 bilik
ohsem kan ^__~

Alin Marlini said...

Kak Atie..memang ohsem!!!

Anonymous said...

Di mn ye lokasi ni..sy betul2 berminat nk tahu..boleh bagi tau di mn?

hakimah kreko said...

alahhh... hotel ape ni ek.. sbb saya memang ade rancangan nak gi Melaka, tengah check hotel mane best...hehe

Nurul Syuhaida Mustafa said...

Kat mana hotel ni? Yang penting breakfast kena sedap kannn

Anonymous said...

weh tulisla nama hotel!
bebal lah

Lyna Syaziera said...

Adehhhhh mcm mne org nak dtg hhuhu...detail pn x bgi

Anonymous said...

Mahkota Hotel Melaka
No. 16, Jalan Syed Abdul Aziz, Malacca City Center, Malacca / Melaka, Malaysia


Have Fun!!

Hajar Rinjani Trekking said...

Hotel best. Budgetpun berbaloi sangat dengan fasiliti yang ada.