Thursday, December 15, 2011

Alkisah WW Semalam

Assalamualaikum,

Selamat petang,

Tika ini di tempat kita ni tengah hujan lebat.

Cerita WW semalam, sebenarnya terjadi 2 minggu yang lalu. Kita hampir 
terlupa hinggalah jadinya banjir di KL 2 hari lepas.

Tempat kejadian ialah di Flat Batu Muda, dekat Jalan Ipoh Kuala Lumpur.
Sepupu bertunang, masa tu cuaca panas terik. Sehingga kami makan ais krim dek
kepanasan. Selepas selamat sarung cincin dan ketika pihak keluarga lelaki
sedang makan, hujan pun turun dengan lebatnya.


 Rasanya selepas saje mereka pulang, air pun mula naik dengan cepat hingga
nak masuk ke dalam dewan tempat majlis berlangsung. Kami yang di dalam 
dewan pun mula kelam kabut mengangkat carpet dan barang-barang hantaran.
Orang lelaki mula sibuk mengemas lauk pauk dan kerusi meja dalam khemah
di luar.


Ingatkan duduk di flat selamat, rupanya nasib mereka pun sama juga. Kesian
sekali apabila setiap kali air naik, setiap kali itu juga perkhidmatan lift akan 
diberhentikan. Bayangkan bagaimana nasib orang yang tinggal di tingkat 17,
tak ke menyusahkan... kesiankan!

Jika pihak yang berkenaan tidak segera bertindak ...takut jadi seperti 
bandar Bangkok ...

20 comments:

kakcik said...

Kakcik dah merasa pengalaman naik tangga setinggi 15 tingkat masa duduk di Flat PKNS Kg Baru. Pernah juga mengharung air banjir separas paha.

@cu SaYaNg said...

masa banjir di Kajang baru2 nie, apartment acu pun hampir kena banjir sebab berdekatan dengan sungai tapi syukur lah hujan berhenti cepat...

nyanyisunyi said...

Subhanallah...
teruk juga bila duduk flat pun kena banjir kan...

deno said...

ya allh... kesiannya.. teruk ya kalau banjir...

Daddylicious said...

nak duk mana lagi kita ni yer....semua banjir...hehe

kakchik@ella said...

Ella dah penah merasa sengsara duduk flat bila air tak ada. kena ambek air kat paip awam kat bawah. Masa ambek baldi tu penuh, smpai rumah tinggal separuh. Hihihi

Daddy Ziyyad said...

Bahaya tu, bayangkan kalau buat majlis kahwin, tetamu tgh syiok2 makan, air naik!


ps: Dari sini ke Kuala Sepetang tu, dalam 3 jam kalau bawak santai

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kasihannya..kalau org tua-tua yg duk tingkat atas lg kesian kan..

Mohd Hamidon said...

berkemungkinan sistem perparitan yang tak sempurna menjadi punca berlakunya banjir itu.Apakah Ati sudah buat pengaduan kpd pihak berwajib.. Eloklah gambar ni bawa bersama sebagai bukti. Biasalah PBT ni kalau takde bukti mmg lembab buat kerja.. Harap maklum..

qemaishak said...

Nasib baik majlis dah selesai..sian la kak tambah pula kalau warga emas & kanak-kanak pula yang duk tingkat atas-atas tu..

Kakzakie said...

Bayangkan kalau majlis belum bermula. Allah masih beri kasihNya ati... tapi tak terbayang naik tangga hingg tingkat 17 huh... boleh pengsan...

kaklong said...

kl...memang banjir kalau hujan lebat..huhuhu!

nabilah_2908 said...

Ya Allah..kesiannya..mujur lah majlis dah selesai...

konde said...

hujan lebat :( alhamdulillah lancar tuh majlis khawin :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Acik Erna said...

Ati..dimana mana pun ada masalah kan..
tak sangka ye ati..cepat betul air naik..

Fatin Mraz said...

hu... x sanggup..x sanggup..
itu yg saya duduk umah landed tuh..

azieazah said...

Risiko ada di mana-mana.

Bukan semua orang mampu nak duduk rumah atas tanah.

Bila duduk umah flat, mereka sedia maklum akan masalah yang akan mereka hadapi.

Musim hujan, duduk jer diam-diam dalam rumah.

Queen said...

duk umah flat..kalau angin kuat danhujan lebat..silap2 dalam rumah 'banjir' buta2 je.... walhal dah tutup tingkap semua..

mana2 duduk pun..kalau tuhan nak bagi ujian..dia tetap turunkan

Hanis Azla said...

begitu ceritanya yer kak.. cuaca skrg tak terduga.. dalam2 panas kejap lagi dah hujan kan..

sahromnasrudin said...

ingatkn kl dh tak banjir huhuhhhhh