Thursday, November 17, 2011

Patah!

Assalamualaikum,

Sudah hampir sebulan kamera kesayangan kita rosak.
Bak kata orang kereta rosak ...  patah kaki. 
Jika kamera rosak... bak patah apa?

Tapi memang rasa kehilangan cerita yang nak di gambarkan dan
yang nak di kongsikan. Semalam hubby ke pusat service Canon di 
Shah Alam. Sudahlah tersesat mencari tempat tu, jauh pulak tu dan 
jalan sangatlah sesak. 

Sampai di sana dan selepas orang tu lihat bagaimana keadaan kamera kami. 
Dia kata tak berbaloi nak repair kerana harga mungkin dalam 300 ke 400 ratus 
dan tak ada jaminan. Baik tambah dalam seratus dua beli kamera baru. 

Kata orang canon tu lagi kamera ni kalau nak repair hanya sesuai ketika
masih dalam tempoh jaminan kalau selepas itu baik beli kamera baru saje.
Nampaknya buat masa ini kena bersabar dulu  kalau nak beli kamera baru
pun mungkin tahun depan. Kalau ada acara boleh pinjam kamera along lagi. 

bolehkan along...? bulan Disember ni mungkin ada 2 acara...heeee~


sudah buat persiapan untuk cuti-cuti Malaysia ke.... ^_______~

14 comments:

kakcik said...

Olympus kakcik pun ditukar baru selepas masuk air tempohari. Tak berbaloi untuk dibaiki.

ratusiput said...

mmg mahal kak kalau betul2 kamera ni serupa bli baru.takpe kalau ade hs pun leh gak amik2 gambo jgn sesedey k :)

Citarasa Rinduan said...

mmg kan.. mahal sangat bila repair..

aduh.. bila hujung tahun sure banyak kenangan yang nak dikongsi dan disimpan..

beli yang biasa2 dulu lah ati..

Cik Rose Cute said...

Memang mahal camera sekarang...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Patah hati dibuatnya..

Masa kamera kita rosak awal tahun hari tu, kita hantar tempat yang sama jugak Ati.

Nasib baik lagi 3-4 hari aje nak habis warranty.

camera sekarang tak macam dulu2.. cepat sangat rosaknya.

nabilah_2908 said...

nak cari camrea murah ada..tapi brand tak bape popular la...

mutu gambar..tak pasti..

sy selalu gak nampk kamera murah ni di jual kt Tesco...longok2 je..fon murah2 pun ada... :)

tp..bak kata pepatah alah membeli menang memakai kan...? mahal sikit tp kualiti baik... :)

qemaishak said...

betul kak tak berbaloi nak repair mahal, sekarang ni kamera baru byk yang murah tapi tgk brand la kan hehe..

xplan apa pun tuk cuti kak, musim hujan kan.

munna said...

munna pun pernah kena mcm tu kak...mmh x berbaloi repair .. baik beli baru

So Shy Lady said...

sy pun tgh msurvey kamera gak neh. skrg dh start year end sale, kak. jom lah kita bli baru ;D

yeah nxt week dh school hliday

kaklong said...

tak tentu arah dibuatnya kan?

kasihredha said...

akak pernah mengalaminya
huhu
dapat merasakan perasaan atie.

~ yus ~ said...

memang baik beli baru mcm tu kak...

takpe, bersabar dulu, untung2 dapat yang lebih baik..:)

Ros said...

Salam Ati,

Sabar ja lah Ati..nanti dapat la yang baru tu....

diana said...

kumpul duit kak ti..beli yang paling canggih dan tahan..:)