Wednesday, November 30, 2011

Orang Macam Ini Pun Ada

Assalamualaikum,

Oleh kerana dah tak tahan sangat. Terasa nak kongsikan di sini sambil
untuk ingatan pada diri kita sendiri tentang peristiwa ini.

Dia ni nak kata kawan bukan kawan pun. Kenal dia pun sebab dia adalah 
ibu kepada kawan Angah. Tapi dia suka datang kat kita kalau ternampak kita
dimana-mana majlis kenduri. Mula dulu kita layan juga apa saje pertanyaan dia
walaupun dari pesanan Angah jangan dilayan sangat mak kawan dia tu. Ramai
mak orang lain sudah terkena. Dia tanya...dan dia juga akan jawab balik!

Masa mula Angah dapat sambung belajar akak nilah orang yang sibuk berpesan 
jangan masuk belajar di situ, nanti payah nak dapat sambung belajar di tempat lain! 
Tapi kerana Angah minat, yakin dan tak nak buang masa maka teruskan juga 
belajar di Gopeng. Selepas setahun belajar dan dapat keputusan yang baik. 
Terserempak akak tu di majlis kenduri kahwin. Kali ini dia sibuk bertanyakan apa
keputusan. Bila kita beritahu keputusan angah, terus akak tu cakap... 

kalau macam tu tak boleh dapat nak belajar bidang P--------lah! 

Amboi..amboi... sedap je dia yang buat keputusan. Kecik hati den ni!
Sejak hari itu kita pun malas dah nak layan dia lagi. Alhamdulillah...penat lelah 
Angah belajar dengan izin Allah, Angah dapat sambung belajar dalam bidang 
yang dia memang minat, walaupun jauh di Sabah.

Pada sabtu  lepas kita terserempak akak tu di majlis cukur jambul jiran depan 
rumah. Setelah hampir setengah tahun tak jumpa dan tak dapat nak mengelak 
lagi sebab dia sibuk datang kat kita waktu tengah berdoa.

Ini antara perbualan kami yang kita rasa selepas ini dia tak akan menyibuk ganggu 
kita lagi! Seperti biasa selepas bercerita dengan bangga tentang anaknya
yang dah nak habis diploma hujung tahun ini...dia mula sibuk nak bertanya 
tentang angah pula. Seperti biasa juga ..dia tanya..dia juga yang jawab!

"angah dapat sambung belajar tak...?" dia tanya 

"dapat bidang lain kan!" dia juga yang jawab

kita senyum je...malas nak layan!

"dapat jurusan apa...?"  bertanya untuk kali ke3 

"jurusan biasa-biasa saje" kita jawab  

"tulah dah kata susah! dapat jurusan apa?" akak tu tak puashati

"dapat jurusan yang dia minatlah P-------".

"oh...ye ke! dapat juga ye..balik dulu ye" terus akak tu berlalu


Bukan niat nak mengena pun tapi kita rasa puas pula bila ton suara 
akak tu berubah! Cerita pd hubby dan katanya bukan kita yg sibuk
nak bercerita tapi dia yg nak tahu sangatkan....?

41 comments:

bujal X said...

apa kes makcik tu sebenarnya? kurang kasih sayang?

So Shy Lady said...

ambik ms btahun jg tu ye nk bg dia sdar diri. moga2 dia brubah n tak look down org lain lg.

moralnya : byk2 lah bsabar coz org2 mcm ni mmng ada d mn2

Acik Erna said...

Ati dimana mana pun orang macam tu memang ada..

kakcik said...

Orang begitu, mungkin di hatinya ada 'penyakit'. Semoga dia akan 'sembuh' juga nanti.

cikceriacorner said...

salam akak..

sabau ajela org mcm tu..jgn dilayan sgt..

Aku Ibu Muda said...

bidang perubatan kah? heheee

~ yus ~ said...

menyebok tak kena tempat akak tu ya?

ha'ahlah kak, bidang perubatan kah?

Cikgu Tie said...

Cikgu Tie setuju sangat kak Ati bagi dia pengajaran macam tu. Secara tak langsung dia terkena kann!. Sebenarnya org macam nie tak suka lihat anak org lebih daripada anak dia.

♥MAMASYAZA♥ said...

manusia camtu le. tak boleh tengok org lain berjaya, ada sifat PhD, kena ikat je org camtu, sumbat lam tongsampah

sahromnasrudin said...

ramai ke ahli mesyuarat tingkap tue huhuhuhhhhh

missbby said...

aah kak, orang cam gini mmg kat mana2 pun ada, kalau saya malas nak layan..

Hanis Azla said...

bila tak boleh tgk org lain lebih, begitulah jdnya.. harap lps ni dia sedar..

abah khalisha said...

ahahhaha..layan je lah..orang jenis mcm ni mmg jarang jumpa..nasib baik tak ramai kalau ramai tak ke sakit kepala

gadisBunga said...

berbalik kepada soalan bujal. makcik tu kurang kasih saya ek???

*saya teringat kisah saya sendiri. lepas SPM dulu, beriye2 kawan2 dan cousons sendiri suruh amik form 6 atau apply maktab (sedangkan saya taknak jadi cikgu kenapa nak apply maktab??). alasan diorg, mungkin saya tak dapat masuk U after SPM. tapi lepas tu, alhamdulillah masing2 senyap....heheh~

Kakzakie said...

Inilah yg selalu org kata makcik kepoh agaknya ye Ati...

..::SangRatoo::.. said...

heheehe..ada² je perangai manusia ni kan kak atie... :)

ainnoraini said...

macam2 ye ati...tapi itu lah hakikat hidup kat dunia ni..ada bermacam2 ragam manusiakann...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kak ati..org mcm ni mmg bnyklah..sy pon penah lalui keadaan mcm ni..tp dlm situasi sy adalah angah..dan kak ati adalah mak sy..


hem mcm-mcm org kata dr sy kecik, sekolah smpi masuk u..last-last result sy gempak juga walaupon akhirnya sy duk kt rumah je (mistilah org-org tu tgh syok je nk kutuk sy sbb x keje kan tp biarlah sy malas nk layan)

nabilah_2908 said...

hmm..mmg padan muka dia...

org mcm tu lorat je lebih...bahaya tuk dijadikan kawan... :)

hmm..kenapa dgn sabtu ni kak..?

sy mcm biasa la..kerja 1/2 hari..lepas tu nk rush ke kenduri kawin pula... :)

makdara TERdiva said...

menyampah betul dgn org macamni..
sabar lah ati.. :D

diana said...

macam anak dia bagus sangat eik???
saya tak suka
orang yang suka
peleceh2 otrang lain tapi dia membangga diri sendiri.

sikap macam ni mesti ada kat
salah seorang orang sekeliling kita...

Yan said...

jangan layan org cam tu ati..

rasp said...

kkdg org gini kita terpaksa kenakan gak...

kaklong said...

PHD!!!!

Ati Masrif said...

bujal,

mungkin hb dia tak bg cukup
kasih sayang...huhu

Ati Masrif said...

SSL,

harap lepas ni dia tak sibuk lagi..hihi

Ati Masrif said...

kak erna,

awatlah depa jadi lagu tu...

Ati Masrif said...

kakcik,

penyakit kronik kan kakcik :)

Ati Masrif said...

cik ceria,

tobat tak mau layan doh :)

Ati Masrif said...

wani,

syyyhh...dah tau diam2 ye

^_______~

Ati Masrif said...

yus,

sbb tu kak ati tak suka sgt
campur dgn org

ala...yus baru tahun 1 je :)

Ati Masrif said...

cikgu tie,

bukan ada naiat pun tapi
dia yg terasa sendiri..hehe

Ati Masrif said...

mamasyaza,

wow..garangnya :)

Ati Masrif said...

sahrom,

kak ati tak join AMT
terjumpa kat majlis kenduri je :)

Rinna said...

Ishh susah tulkan kenal dengan org yang bzbody ginikan.. asik dia fikir jek yang bagus.. haa ambik ko..kena ngan batang hidung sendiri..

munna said...

hahaha..terkono dah makcik tu... kak ati anak kat ati ada berapa..munna ingatkan yg bertiga tu je

wahida said...

ish...mulut org mcm ni buat hati terbakar je....grrrrrr!!!

sabo je la...

wak gelas said...

wak pon X sukak akak macam tu jugakkk... eeeeE wak dh datang nii nak komen komennnnn.....

ieyza afieyna said...

makcik nie mesti jenis sibuk hal org lain.. pastu suka nk bnding2 kn.. bgga sgt dgn anak dia la tu..

geram btul la org mcm tu suka jaga tepi kain org...


p/s: ieyza dah 2 thun bljr kt ctu.. erm, jr student tu cos ape ye ??

Hanih Borhan said...

hahaha...sayang sangat dengan anak dia tu sampai dok m'bangga2 diri...

aNIe said...

Ati...orang macam ni memang ramai... mmg malas nak layan...biarlah dia melayan hati dia yang ada PHD tu