Saturday, November 19, 2011

Kenapalah Pilih Tempat Tu...?

Assalamualaikum.

Ketika ini pelajar-pelajar di IPTA sudahpun mendapat wang pinjaman atau
wang biasiswa. Masing-masing sudah mula mencongak perbelanjaan hingga
habis 1 semesta nanti. Angah dan ramai rakan-rakannya sudahpun membeli 
laptop yang sangat diperlukan ketika membuat kerja kuliah. Kalau nak 
harapkan mummy dan papa kena tunggu hingga balik cuti semesta nanti. 
Lambat sangat katanya.

Dalam pada itu masing-masing mula merancang nak merehatkan minda 
di hujung minggu, maklumlah duitkan banyak. Tapi tempat yang paling mummy 
tak nak dia pergi, akhirnya tempat itu juga yang dipilih nak pergi bersama
rakan-rakannya.

Sebenarnya kita sendiri tak pernah sampai ke Sabah tapi kalau baca di akhbar
juga menurut cerita Gadis Bunga yang pernah sampai, jalan disana sangat
bahaya dan GB sendiri pernah melihat kemalangan ketika keluar waktu malam.

Kenapalah Angah dan kawan-kawan pilih Kundasang untuk pergi jalan-jalan
....mummy ni risau tau!


Semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan pulang ....amin!

dalam membebel suruh jaga diri tu sempat lagi kirim FM dari sana... ^_____^

9 comments:

kaklong said...

doakan shj..doa ibu sangat afdal...

Acik Erna said...

Betul kata kak long tu ati..doakan saje yang terbaik..selamat pergi dan balik..

Juliet_iRa~" said...

heee...
plan ngan kwn2 gtu la gayanya..

doakan mereka selamat pergi n pulang ok kak..:)

Ros said...

Salam Ati,
Tak pa la Ati...doakan dia pergi dan balik dengan selamat...

gadisBunga said...

dont worry kak. kalau siang ok je kundasang tu. malam2 je gelap. lagipun bila malam dah tak boleh buat apa sgt di kundasang. dia mesti balik sebelum malam punye.... :)

azieazah said...

Kak Azie tak pernah lagi pegi Sabah. Sangat teringin tauuu....

Ati Masrif said...

TERIMA KASIH SEMUA DAN GB
KATA ATAS NASIHAT DAN SEMANGAT!

CAYANGGGG ADIK DAN KAKAK NI :)

Kunang-Kunang said...

Betul seperti kata GB. Rasanya nak ke genting lagi teruk dari nak ke Kundasang. Jangan bimbang.

Fatin Mraz said...

nih yg jeless nih kak ati syg GB jer nih..hehee...

;D