Tuesday, November 1, 2011

Bahaya!! Tersalah Ikut Atau Terlalu Taksub...

Assalamualaikum,

Selamat pagi
Cuaca nampak cerah pagi ni, sempatlah kering kain baju hendaknya.

Semalam sewaktu hendak keluar makan dalam pukul 8 malam, kita 
ternampak kelibat orang berjalan meredah semak dalam gelap. Cakap
pada hubby dan kami sama-sama memandang kearah orang itu. Seorang 
lelaki berjanggut panjang, berjubah dan berkupiah.

"agaknya orang baru balik surau" kami sama-sama berkata. 

Selepas pulang ke rumah, hubby keluar ke kedai sekejap dan terlihat orang
ramai berkumpul di sebuah rumah. Rupanya ada orang mengamuk hendak 
memanah isterinya dan menuduh anak dalam kandungan isterinya itu anak 
haram. Bila hubby lihat selepas orang itu di tangkap rupanya itulah orang 
yang kami lihat meredah semak dalam gelap awal tadi.

Menurut kata jiran mereka, lelaki itu kuat mengikut tabligh sehinggakan isteri 
beliau tidak di benarkan keluar dari rumah dan banyak makanan yang haram 
dan yang tak dibenarkan makan. Sayang sekali mungkin beliau terikut salah 
tabligh, terlalu taksub ataupun memang ada penyakit sedikit...wallahualam.

Nasib baik isteri beliau sempat lari keluar dan membuat laporan polis dan nasib
baik juga Balai Polis memang ada dalam taman perumahan kami ini. Sedih 
sekali lelaki itu di tangkap dan di ikat dengan baju untuk orang pesakit mental.
2 situasi yang berbeza dalam beberapa jam saje....kasihan. Semoga menjadi
ikhtibar untuk kita semua juga.


sering mengigatkan hubby, anak2 dan diri sendiri...jika ada apa2 masalah
janganlah di pendam...luahkan taupun tulis dalam dairi.... 

34 comments:

~ yus ~ said...

Takut juga kalau terlalu taksub ni kan kak Ati...

p/s: kak ati tak nak join GA yus ke?..:)

kakcik said...

Ya Allah... bagaimanalah boleh sampai macam itu sekali? :(

bujal X said...

jujur,saya tak berminat kawan dengan orang tabligh.pengalaman kawan dengan diorang banyak buat saya termenung.

Amy Syaquena said...

amy sedari dulu lagi memang tidak berkenan dengan cara tabligh nie tapi kan x semua pulak yang jenis macam nie.. sabarr je la mujur isteri dia sempat lari kan..kesian dia..

Azzah said...

sampai jadi macam tu sekali..sian isterinya

Maya Mayana said...

emm takutnya...bila makin kuat agama seseorang itu lg kuat ujian untuknya...moga dibukakan jalan yg benar untuknya..Amin..

..::SangRatoo::.. said...

kasihan isteri nya..nasib juga anak dlm kandungan tak diapa² kan..

Pia said...

"uhh sungguh bahaya kalau memendam perasaan..dan kalau buat apa pun jgnlh terlalu fanatik kan ati....nnti merana diri...kesian diorang tu..."

azian said...

kak ati...
kawan sy ade sorang taw...siap ke india lagikk...mesti ke tabligh kene g sana sehingga abaikan anak2 dan bini2...(kl ade lebih dr sorang bini laaa...ekekeke)

cheqna said...

kalau terlalu taksub memang susah jadinya

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

eee..takutnya..

:: Mrs.Eady :: said...

ya allah takut nyer!!

kakngah said...

pernah Abem ke masjid ada 1 group tabligh cuba sekolahkan Abem. diorang push semacam je. las2 Abem saun.. "dr nak berdakwah secara begini lebih baik gotong royong bersihkan masjid. asas Islam pun pentingkan kebersihan..."

NM02 said...

saya tak brapa suker yang datang ketuk pintu time nak maghrib ajak pegi surau. ok, itu saya tak kesah tapi kalu dah sempat kasi ceramah mengarut, menyimpang... mula la rasa nak bahasakan aje

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu kengkdg ikut tabligh tu ada yg tak betul, ntah apa2 amalan depa. syukur alhamdullillah dah kena tangkap.
mmg betul kalo ada apa2 masalah jgn dipendam, luahkan dalam diari atau pun luahkan pada kawan baik

adarnadzmie said...

takuttt kan org yg trlalu taksub... boleh berlaku perkara yang tak baik...

Dr. Ben said...

itu bukan taksub le, itu mental problem. Anyone boleh kena.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

jiran sebelah rumah sy nih tabligh juga..isterinya berpurdah..tp elok je diaorang..kengkadang geng tabligh beliau dtg juga rumah sy mengajar agama..

mak encik | SZ said...

teringat ostad shoki plak kak...heee

sahromnasrudin said...

suruh tulis dalam blog dan luahkan perasaan tue huhuuhhhh...

klu tak, tak dapat den bayangkan....

Hanis Azla said...

bila salah haluan, begitulah jadinya.. mintya dijauhkan hendaknya..

diana said...

apa yang kita makan.itu lah kita...

Kunang-Kunang said...

Taksub tak tentu hala yang bahaya ni. Nak belajar agama cari ilmu dari orang yang betul2 berilmu jangan main ikut2 saja.

Ros said...

Salam ati,

Tu la tinggai lagi bini lama lama...pas tu dok syak wasangka pulak kat bini kita,belajar macammana ni...

Izan Ishak said...

nauzubillah....mintak2lah kita dijauhkan dari perkara2 macam tu kan kak...

Qhaifa Nur said...

salam singgah

ada juga orang begitu nak kejar ilmu duniawi, sampai anak bini tak makan kat rumah...

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

cemomoi said...

masih tersirat... tapi jangan la sampai birat-birat

kalo tersesat jangan malu jumpa ostat

abah khalisha said...

Ini betul-betul taksub sgt ni

محمد رازيق said...

bahaya kan kak ati.. kena selidik dulu kalau nak join sesuatu. bukan main redah je

Rinna said...

Kesiannyaa...apa laa akan jadi lepas ini yer..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ni agaknya yang orang kata gila isim..


kesian pulak dia dan famili.

gadisbunga said...

kdg tu tabligh tak salah...yg salah tu orgnye...

aNIe said...

Sekarang ni kalau nak mencari ilmu kenalah berguru dengan orang yang pandai...jgn main belasah je...

Takut dgr kalau tersilap menuntut ilmu ni macam2 boleh jadi

Acik Erna said...

ay allah ati..nasib baik sempat lari..