Friday, October 21, 2011

Semoga Diri Tidak Lupa - Dosa Berganda

Assalamualaikum,

pada hari jumaat yang mulia ini kita nak kongsi n3 yang kita ambil 
dari blog kerdipanrohani (kak ani) dengan niat untuk ingatkan diri sendiri 
agar jangan terlalai dan leka, sebab itu kita letak disini di samping dapat
berkongsi dengan sahabat yang lain

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang 
itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. 
Awas, kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda
seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini boleh berlaku apabila:

Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus menerus 
walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja 
yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh.
Jangan pernah 
sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh
walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar Lagi Maha Agung

Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut.
Walaupun 
tahu perkara tersebut dosa, seseorang itu bangga melakukannya. 
Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Inilah Istidraj iaitu 
seseorang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal 
melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

Tidak segan-silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan.

Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan
dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia, bahkan di hadapan Allah.

Dosa yang dilakukan oleh seseorang ulama atau tokoh
dan 
menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, 
ajarlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.



22 comments:

ratusiput said...

tazkirah hari jumaat :) thanks for sharing kak atie...em pasal call tu takpela...bebila je.nak sms pun boleh...sms kat 019 tau sbb 012 tak top up lg :)

kasihredha said...

sikit2 jd bukit..
mcm tu juga dosa..kan

kakcik said...

Kesedapan melakukan dosa yang kecil akhirnya akan menjadi dorongan untuk melakukan dosa yang lebih besar. Na'uzubillahhiminzalik.

kakngah said...

sharing is caring..
:)

Hanis Azla said...

terima kasih kak atas perkongsian yg baik ini..

azian said...

ati...
semoga semuanya di permudahkan ye...amin....

tq share info yg sgt bagus...xoxo

rasp said...

thanx for sharing....
info yg sangat bermanfaat nie...

Maya Mayana said...

peringatan utk yana jugak ni merangkap makanan rohani di hari jumaat :)

Aku Ibu Muda said...

kadang2 dalam kita sentiasa beringat takut melakukan dosa, tanpa disedari kita terbuat juga

sebab tu kena banyakkan berbuat baik...moga2 dapat cover dosa....huhuu

Zie said...

thanks kak ati kongsi entri ni..

tibe2 rase insaf jap..


banyaknye zie buat dosa..T_T

Dr. Ben said...

may Allah saves us.

Alin Marlini said...

mudah-mudahan dilindungi selalu..

munna said...

peringatan di hari yg mulia utk kita semua

qemaishak said...

Thanks kak..muhasabah diri:)

diana said...

takut bila mengenangkan dosa sendiri..
kita insan biasa..
dah tentu la ada dosa..
yang penting bertaubat!

cemomoi said...

dosa yang susah elak, melihat aurat yang bergentayangan sepanjang hari... adoyaiiii, sambil naik kenderaan pon masih sempat jeling!

makdara TERdiva said...

semoga Allah melindungi kita dari berbuat dosa..dan kena byk2 istigfar

C i k P i p i T e m b a m said...

semua org prnah melakukan dosa.. trfikir jugak dosa2 yg penah dibuat.. thanks kak kerana sama2 mengingatkn :D

Ros said...

Salam Ati,

Ingat mengingati sesama kita adalah amalan yang baik bagus teruskan.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

pintu taubat masih terbuka...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

Terima kasih berkongsi satu peringatan yang baik.

Rinna said...

Moga dijauhkan dari melakukan dosa² kecil ataupun dosa² besar..