Monday, October 31, 2011

Berkhemah Di Sekolah Sampai Ke Rumah

Assalamualaikum,

Sibuk sangat hari ini dah petang baru sempat masuk


Bermula dari hari jumaat anak kita Farah bermalam di sekolah untuk program 
perkhemahan unit beruniform selama 3 hari. Ini adalah program yang pertama 
dia dapat perlepasan dari kami, sebab di buat di sekolah dan setelah beberapa
kali di pujuk baru mummy dan papa bagi keizinan... fobia tahap kronik mak bapak si farah ni hihi..:)

Makanya selama 2 malam jugalah Insyirah dan syahmi rindu pada kakaknya.
Padahal kalau ada bersama, ada saje yang nak digaduhkan.  


Teruja nak menjemput dan jumpa Farah di sekolah bukan adik-adik saje ...
mummy dan papa pun sama ...hehe~
sebenarnya dari malam pertama ..papa dah sibuk nak gi skodeng kat sekolah
mummy tahan...sabar pa! Malam ke-2 pula mummy yang sibuk ajak gi tengok,
papa pula yang suruh sabar ...huhu~


Malam tadi Insyirah pula nak sangat merasa nak tidur dalam khemah, jadi papa
pasang khemah di ruang tamu. Pukul 1pagi tadi mummy bangun nak check macam 
mana 2 anak dara tu...wah... lena sangat depa 2 orang tu tidur. 



Setakat 2-3 hari ini kita boleh tahan lagi, jangan sampai cuti sekolah masih
nak khemah ni ada di tengah ruang tamu ...sudah! lemas den ...hehe~ 

23 comments:

missbby said...

seronoknya ada khemah kat ruang tamu..

kakcik said...

Memang bukan senang hendak melepaskan anak2 dari pandangan mata kita.

Mummy dengan papa tak teringin ke nak tidur sama dalam khemah tu? :)

Aku Ibu Muda said...

haha...mujur lam rumah

buatnya nk berkhemah kt lama? jenuh buat unggun api sekali... :p

diana said...

khemah tengah rumah ye??
nasib baik depa tak mintak unggun api..
hehehhe

~ yus ~ said...

hihi, kalau saya pun lemas kak ati...:)

azian said...

kak ati...
anak sy pun baru dapat khemah...kemarukkkk...tido petang pun dlm khemah jugakkkk...tapi khemahnya alahaiiii, comel lote,,,nnt sy tunjuk ek...heheheh

@cu SaYaNg said...

nasib baik le umah besar
leh le pasang kan khemah dalam umah..

Kakzakie said...

Sekarang musim perkhemahan Ati. Kelakar juga tengok si adik berkhemah di ruang tamu. Hihi....

cemomoi said...

kompom takde nyamuk, kan?

kaklong said...

nasib baik dia tak mintak pasang kat halaman rumah,klu tak dengan mummy dan papa pun join sekali...heheheh!

MasZuber said...

heheheeeeeeee

anak akak sama macam saya la kak. dulu ada masanya saya adik suka buat khemah kat ruang tamu...huhuhuhu berkain2. penat mak nak susun balik..huhuhu

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kat rumah sy mmg terpasang khemah..risya punya hal lah tu..beli kat ikea..ms raya haritu khemah tu sy sumbat dlm bilik..menyemak kat tgh rumah huhu

kasihredha said...

keseronokan anak2
habis le ruang tamu atie...hihi

kakngah said...

kita dulu.. memang cuak lepaskan anak ikut program camtu. almaklom ler.. otk fikir yg bukan2 jek hihihi!!
tapi, sampai bila kan??? kita dulu dah la tak ngase aktiviti camtu sangat. dah peluang diorang banyak sekarang.. biarkan diorg enjoy wif their life..

first time lepaskan adam g camping masa dia tahun 4. malam2 kita paksa rela Abem riki tempat tu. nk tgk dgn mata kepala sndr sebab diorg camping kat area ada jeram.... bila dah tgk & konfiden dgn tahap keselamatan, baru boleh tido... :P

mak encik | SZ said...

suh berkhemah kat carporch kak! hihihi

Amy Syaquena said...

semangat dorang ye nak merasa tido berkhemah hehe..lucu tapi nampak seronok pulak...

Kunang-Kunang said...

Wah bestnya tidor dalam khemah.

Kak ani dulu pun macam tu, bila anak berkhemah walaupun di sekolah, rasa macam tak percaya, boleh ker dia orang tidor tanpa kita mak ayahnya, macam2 fikir.

Acik Erna said...

Ati..bagus gak tu..macam tidur dalam kelambu je..
anak tidur lena..mak yang risau..asek mengintai je..he he

aNIe said...

eheheh...seronoknya dpt berkemah di ruang tamu tu...hehehe

asliner said...

lucunya..
tapi takpe..
layankan je..hehe

Dr. Ben said...

tak panas ke?

jeBateja said...

waka...waka....sangat kelakau beb...den raso den pun nak try berkhemah kat ruang tamu lah.....ahakz

akuzle said...

nnti cer try tuko tmpt plaks ngn anak2 dara tuh...ihihhihiih