Thursday, September 29, 2011

Terlebih Fobia Ke...?

Assalamualaikum,
 
selamat pagi semua
riang gembira di permulaan hari ini...
kita hari ini rasa rungsi dan risau pula

hari ini anak dara kita yang darjah 4
akan keluar dari sekolah untuk ke perlawanan
bola jaring... jauh pulak tu nun di klang

kami suami isteri ni sangat fobia 
untuk memberi keizinan pada 
anak-anak untuk aktiviti luar dari sekolah 
lebih-lebih lagi kalau lawatan 
cakaplah kemana lawatan itu akan di adakan
nanti cuti sekolah papa akan bawakan
asalkan papa dan mummy ada bersama

kerisauan ini berlaku kerana banyak
sangat perkara yang terjadi sekarang ini 
kursus dalam hutan... ada yang ketak patuk ular
ke kolam renang... ada yang lemas pula
pergi lawatan... ada yang hilang juga
itu semua yang menambahkan lagi fobia kami

tak tahulah hanya kami suami isteri 
yang langsung tidak sporting atau 
semua ibu bapa berperasaan sebegini
tapi kali ini tak boleh mengelak lagi kerana 
ini adalah pertandingan bola jaring mewakili sekolah 
mahu tak mahu terpaksa papa sign surat keizinan





snap gambar sebelum farah pergi pagi ini untuk 
mummy tatap senyumannya dan hilangkan kerisauan dihati
kesian anak dara mummy dah gelap sebab selalu berlatih ditengahari buta 
salam, cium dipipi and say "good luck...semoga berjaya!"

syirah pula kena balik sendiri dari sekolah....risau lagi ... huhu ^_______~
 

25 comments:

~ yus ~ said...

kalau yus pun risau tahap terlampau kak...

yelah suasana skrg ni tak sama mcm zaman kita sklh dulu kan...

tapi, kita kena percaya dengan anak2 kita juga, kesian mereka nanti.

InsyaAllah takde apa2 tu kak, farah pasti seronok main dengan kawan-kawannya tu.

Balik nanti dgr citer dia akak pun tumpang seronok sekali...:)

CuppyCakeMommy said...

educational toys promotion ..
it is fun and smart toys for your kids..

visit our page at

www.smart-intelligent-toys.blogspot.com

for further inquiry kindly contact us at ysalli@yahoo.com

Maya Mayana said...

semoga berjaya farah,harap2 tiada apa2 la,semuanya baik2 shj :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

adatlah tu sbg ibu bapa risau..

anak sy masih tadika..tp sy dah lepaskan dia pegi lawatan naik bas ikut tadikanya seawal usia 4 tahun..ms tu dia pegi desaru (bukan laut tp kebun buah-buahan)..sy duk skudai..jd kira jauhlah kan..


risau sgt..tp sy nak dia berdikari dan taruh sepenuh kepercayaan pd cikgunya..

NM02 said...

jgn terlalu risau kak

bagi peluang, insyaAllah... boleh dia jaga diri tu

Dr. Ben said...

kecuakan perlu ada.

Rinna said...

Sebagai ibu mesti risau nak lepaskan anakkan tapi kena fikir positif yg dia tau jaga diri..

So Shy Lady said...

sy pun sama kak. lagi risau sbb kat surat kbnaran sekolah tulis, apa2 hal yg blaku, pihak sekolah tidak akn btanggungjawab.

mana la parent tak cuak!

Cuma mampu bdoa sj lah moga ank ksayangn kt slamat

adarnadzmie said...

doakan yg terbaik buat anak2...

kakcik said...

InsyaAllah semuanya akan selamat. :)

nabilah_2908 said...

insya'Allah...Farah tak pape.. :)

good luck tuk Farah..!! :)

psst...ingt tak sy pernh kata muka Farah mcm seorang pelakon kanak2..?

akak try tengok kat link ni.. ada gambar pelakon tu... cuba tengok..sama tak..? hehe... :)

http://azrinzfamily.blogspot.com/2011/09/kami-hanya-menumpang-glemer-anak2-retis.html

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Ati,

Kadang2 kita kena bertawakal kepada takdir Allah dan berdoa banyak2.

Melarang sangat kesian pulak2 anak tak merasa apa yang kawan2 dia rasa.

Kakzakie said...

Sebagai ibu memang risau tapi kakak dah biasa bagi anak kakak pergi bersama cikgu mereka. Biasanya kalau masuk tahun 4 anak kita dah pandai ati...

Berdoa moga dia selamat dan berjaya.

cheqna said...

seorang ibu kan..memang risau yang amat terhadap keselamatan anak2..
insyaallah kak
semuanya akan baik2 sajer..=)

kakchik@ella said...

Pd Ella, kerisauan Ati itu bersebab dan mmg patut sgt2.

ainnoraini said...

semua ibubapa ade perasaan mcm tu...same la jugak mase mula2 dulu yg anak yg sulung nk pegi rombongan...pastu sukan wakil sekolah ade yg kene bermalam jugak...punya la risau...

tapi lame2 ok jer..janji kite tau ade cikgu yg pantaunye...lain2 tu kene berserah pada Allah jauhkan perkara2 yg tak diingini berlaku...

h4ni3 said...

takpe k.ati
kuatkan hati
insyaAllah takde pape jadi

N i e Z a said...

sbg ibubapa mmg kdg2 risau biler anak berjauhan dr kita..tambah2 lg g tempat2 yg lg merisaukan kita..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

teringat pesan org2 tua..." syg anak pukul-pukulkan'

dlm kes ini, oleh kerana sayang kne izinkan jua utk dia timba pengalaman dalam bersukan

qemaishak said...

InsyaAllah xde apa2 tu kak..

Teringat masa sekolah dulu muka berbelang sebab hari2 main bola jaring hehe

abah khalisha said...

Hari ni kita mmg cukup risau dgn situasi yang mcm-mcm hal..kes hilang lah..nyamuk pun skrg bahaya dgn dengginya..lagi ap ntah..mcm-mcm hal lah

diana said...

risau la...
rasanya ramai ibu bapa macam tu..
anak pi sekolah pun
ibu bapa risau kat rumah ni kan pulak pi keluar.

Acik Erna said...

Ati..bukan ati je ..rasanya semua ibubapa..acik anak2 dah besar..ada yang dah kerja pun risau lagi.kalau biasa sampai rumah pukul 6.30ptg..kul 7 tak sampai lagi..mula tak senang duduk..sibuk talipun menanya..selalu kena tegur.dek kawan2 dan sedara mara...anak tu lelaki..katanya..acik jawab..tak yah bagi tau...mula2 lahir dulu doktor dah bagi tau lelaki..he he

DrSinga said...

ko buat aku risau lak nak bagi anak anak aku pergi menda menda ni..


tapi aku bagi je...
sebab mak bapak aku dulu tak bagi aku pergi...
heh heh hehhhh

Muhammad Burn said...

menang ke?