Thursday, September 15, 2011

Tak Dapat Siti Nurhaliza...Sepupu Pun Jadilah

Assalamualaikum,


rasanya selagi dalam bulan syawal ini 
memang rutin harian pun menjadi lebih sibuk
semalam dah berazam nak buat 2 kali n3 setiap hari 
tapi hari ini terbizi lagi...hihihi~

ini kisah pada raya ke-3 dimana kami sekeluarga 
telah berjanji nak beraya ke rumah sahabat baik 
hubby semasa bujang mereka tinggal bersama 
menyewa di cheras tapi sekarang dia telah pun 
berpindah pulang ke kampung

dia cikgu di sekolah teknik di kuala lipis ini dan
berkahwin dengan sepupu kepada siti nurhaliza
pada petang yang indah itu kami pun terima sms
dari dia yang berbunyi....

"bro..ko datang jap lagi, siti nak datang, nanti aku hello...
haaa bawak kamera siap-siap!"

uisshh....kita punyalah teruja baca sms tu
sampai terlompat-lompat happy nak dapat jumpa siti 
sebab dah lama tak beraya dengan dia sejak 
siti dah berkahwin dia tak pernah lagi buat open house 
untuk peminat-peminat tau....sedih betui

bila dah sampai dan dah puas makan-makan 
siti masih tak menjelma ke rumah mak saudaranya itu
sampai dah maghrib kami masih tersadai kat rumah 
orang lagi.....tak tau maluuu betuii :P 

akhirnya sepupu siti pun call mak siti dirumah
rupanya siti telah pun di bawa lari balik ke KL
kerana ramai sangat yang serbu sejak dia sampai 
ke kuala lipis tak sampai pun beberapa jam....
sebab-sebabnya...? tak taulah kita...? tapi yang pasti 
memang den frust ....haruuu...buat penat je den melompat :P


ini sepupu siti nama dia pun siti juga...ha..sampai dah malam kat rumah org :)

hubby bersama cikgu yang siti suka panggil abg k'mal :)

bilalah agaknya siti nak buat rumah terbuka untuk peminat di kuala lipis
pula ye....asyik untuk peminat di kedah saja....ada bunyi jeleskan ...^_____~

17 comments:

abah khalisha said...

Ahahhaa..ok lah tu ada kena mengena dengan Siti juga tu
Abah dan Simply Siti

kasihredha said...

cik abg siti kat kedah sebab tu sekarang buat kat kedah je kan ...hihi

Daddy Ziyyad said...

ekekekekekeke....siti musti lah dgr cakap suami dia kak..tu pasal byk buat majlis kat kedah nuuuuuuuuuuuuun....:P

Ati Masrif said...

DZ,

tu yang boring tu...

dato k...sportinglag skit ^___~

Aku Ibu Muda said...

wani hari tu janji nak gi raya rumah BFF ni (adik ipar ct tp duk sekali ngan cik salmah)

tp last minit tak jadi

agaknya sabtu tu dia pon dh tak de kt lipis kan

sal said...

takde rezki nak jumpa..
klu ada masa..
moga dipertemukan lain kali yee..

qemaishak said...

hihi siap lompat tu xtahan..twit2 kat siti suh buat open house kat lipis kak, confirm ramai yang datang tu:)

cemomoi said...

pasal takde jodoh je, kalo dak keh pon kawin sepupu sepapat siti (hek elehhh masa ni la dorang nak ngaku ponnnn)

Hanis Azla said...

insyaAllah kak, next year boleh jumpa.. he..he..

ieda said...

aah lah bila saya nak jumpe akak nie :)

Yan said...

sampai lengit lah ye Ati.

h4ni3 said...

hehe
takde rezeki la tu
cuba lagi tahun depan ye k.ati ;)

ratusiput said...

wah mmg peminat tegar ct ni :)

mrs redzuan said...

kempunan yek..=P

Acik Erna said...

ati..nak buat camana..siti dah jadi isteri orang..balik kampung sendiri pun sekejap je kan..

diana said...

mungkin peminat kat kedah tak suka serbu2 kot..
sebab tu siti suka buat kat kedah ja..
heheheheheh

LIPISLADY said...

Sallam,

Kesian Ati, kepunan nak jumpa siti.

Jangankan Ati, akak yang dok di Lepih ni pun jarang dapat jumpa Siti. kalau kenduri mak dia biasanya dia dok atas je, jarang turun bawah, kecuali tunggu sampai orang dah semua balik.