Friday, September 23, 2011

Duit Raya Anak

Assalamulaikum,

selamat petang

bagaimana cara sahabat semua
lakukan kepada duit raya anak-anak 
atau pun adik-adik?

jika dulu kami kumpul semua duit raya 
masing-masing kemudian simpan dalam bank
tapi mulai tahun ini kita dah beri kelonggaran

1/6 dari duit raya masing-masing
anak-anak boleh belanjakan 
apa saje yang mereka mahu

farah yang sudah berusia 10tahun 
memilih membeli baju  
syirah yang berusia 7tahun 
memilih beli rantai shasa 
syahmi pula nak kereta kontrol


paling best sekali 2 anak dara ini sepakat nak belanja
mummy dan papa breakfast di McD

tapi rm10 seorang je...selebihnya papa yang bayar




syahmi ni lebih main dari makan 
ke sana sini sibuk mengusung kereta baru dia 
seronok juga sesekali bangun pagi 
terus pergi makan di McD....lagipun dekat aje ...hehe~



Majlis Gathering untuk semua blogger telah ditetapkan pada  23hb october 2011,
jam 2-7pm. Marilah kita memeriahkan majlis ini beramai-ramai dan untuk maklumat
lanjut boleh di rujuk di blog daddy ziyyad dan lokasi pula di blog kakcik

32 comments:

NM02 said...

bagus anak2 akak, igt kat mak ayah utk belanja makan...

kakcik said...

Along dah tak dapat duit raya, malah dia yang keluarkan duit untuk bagi pada 'adik2nya'. Angah pun dah tak dapat banayk duit raya. bangcik dah habiskan duit rayanya ke mana entah. Cuma duit BS je ada pada kakcik - tunggu dia nak beli apa dengan duit tu. :)

Fatin Mraz said...

kak atie,
oleh kerana anak sy baru setahun jagung, maka duit rayanya saya masukkan ke bank.. :)

nabilah_2908 said...

duit raya Si DD mcm ni juga caranya...

simpan dan belanja.. :)

munna said...

anak2 munna kecik2 lagi..jadi semuanya munna simpan dlm bank je

:: Mrs.Eady :: said...

seronok nyer biler anak dh besar kan :)

Kakzakie said...

Duit raya anak-anak kakak masih belum kemana lagi tapi target masuk bank juga macam selalu ati...

~ yus ~ said...

tahun ni pertama kali beri peluang pada anak belanja duit raya pada apa yang mereka hendak. Tapi tak semua, masih ada bahagian yang perlu di simpan dalam bank seperti biasa...

Aqil beli helikopter control, Abid menambah koleksi ultraman nya, Alia saja yang masih berkira-kira nak beli apa. Arif punya confirm le simpan semua..:)

Aku Ibu Muda said...

wani satukan dan tambah sikit utk dapatkan sekeping dinar...

dalam satu kertas, wani catatkan berapa bahagian masing2...

Cik SHiNJU said...

Bagus gak cara Kak Ati nih..
Yun dpt sikit jer duit raya thn ni..
Malu gak dh besor2 dpt duit raya tp org nk bg xkan nk tolak pulop.. ;)

asliner said...

hah, yang part di belanja makan tue best..hehe

gedek! said...

pakai duit raya la tu...!

comel!

diana said...

duit raya anak tahun lepas2 semua simpan..tahun ni je maisara nak beli basikal dan rantai tangan..

diana said...

kak ti..
nak timbang berat blog ye??
kat sini..

http://www.iwebtool.com/

Pia said...

"sama mcm ati..tp saya simpan tabung haji..thn ni ada kelonggaran utk diorang belanja ngan duit tu sikit..kakak amik seratus beli apa yg dia suka..abang amik 5o beli beg sandang ..kak lang,kak cik beli ais krim..makan puas2..adik beli mainan...hehhe..."

kakngah said...

anak2 aku belanja kitorang tgk hantu bonceng raya haritu ngn duit raya diorang hahaha!! siap aku paw belanja popkon sekali...

Yan said...

ooo so sweet ati.. pandai nya depa.



p/s:

Ati, akak mmg nak jemput ati sekeluarga. Nnati akak pass kat message ati.

Acik Erna said...

Ati..anak akak sorang aje yang masih lagi dapat duit raya..macam tu jugak dia..pandai dah..nak simpan dan selebihnya nak guna.bila tanya..nak beli apa..rahsia katanya..nanti lepas PMR..amboi..

gadisBunga said...
This comment has been removed by the author.
gadisBunga said...

bagus betul....anak2 sapa la ni...? :D

missgee said...

Syahmi hensem...
Sayang sikit..
muahhhhhhhhh..

P/s: Tak pernah lagi bersua muka ngan rakan2 blogger.. Insyaallah, ada rezeki harap2 berjumpa

azieazah said...

Baik nya hati anak-anak. Belanja mak dan ayah yaaa.. Alaa duit raya banyak, boleh la bodek bodek kan?

Jom join Gathering Blogger!

ratusiput said...

ratu duit raya anak2 baru 2 tahun ni berkesempatan utk menyimpan.slalu tu sik pinjam je utk emergency :)
pssttt...kek tu ratu blajar kat jb ni jugak....mane yg ratu mmg tak tau langsung ratu akan blajar.kalau tak...blajar kat utube je :)

suri solehah said...

amboi anak dara berdua..anak2 suri kecik lagi..jadi suri simpan je dulu duit raya diaorang ..

cemomoi said...

stakat ni pilihan teratas tu walopon dorang dah mula meronta nak bbelanja dengan duit raya

Anonymous said...

check your mailbox pls (cleocancer)

Sz said...

baiknyaaaa anak2 k ati...meh belanja untie sz plak mekdi..eheehe

duit raya anak2 tahun ni kena self-sponsored top-up p beli tiket flight ikut mak dia p conference esok ni...ekekekee

ainnoraini said...

selalunye simpan kat dlm tabung haji...

ati pegi ye..Majlis Gathering tu..ain pulak tengah piki2 ni..mcm malu la pulak nak gi...tapi mau...

h4ni3 said...

bila adik2 nak belanja 'kakak' ni pulak??

hehe

sahromnasrudin said...

sy tak dpt join gathering tue huhuhhhhh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

best juga kan?sesekali buat macam tue..

Hanis Azla said...

saya pun bagi dia org belanjakan duit raya mereka utk benda yg dia org nak beli. selebihnya masukkan ke dalam akaun.. mama & ayah pun top up lah sikit untuk tambah2 simpanan tu.. semalam baru ke tabung haji masukkan duit anak2.. lega rasanya.. bukan apa.. lama2 simpan takut terguna pula.. he..he..