Thursday, June 23, 2011

Misteri Kubur Lama Di Kuala Lipis

Assalamualaikum,

selamat pagi semua
semoga hari ini tidak hujan 
kain baju semalam masih tak kering lagi
kan ai basuh pakai tangan lambat nak kering 

selama bertahun-tahun kita menjadi 
separuh warga kuala lipis
maklumlah berkahwin dengan orang 
kampung siti nurhalizakan ...cewah eksen :P
balik kampung pun 2-3 kali setahun je....huhu 

hanya baru ini yang kita terperasan di tengah-tengah 
bandar kuala lipis terdapat 2 makam lama dengan 
batu nisan yang besar 



betui-betui tepi pasaraya saje kubur ni tau
kalau papa tak cakap memang kita tak perasan ...



bila dilihat lebih dekat rupanya kubur ini milik orang Inggeris
pada salah satu batu nisan yang besar gedabaki tu
tercatat nama Solomon Chapman
yang meninggal dunia pada tahun 1894
tetapi tidak di ketahui siapakah dia ini...??

sayang sekali pihak majlis daerah kuala lipis
tidak peduli akan  kubur lama ini 
padahal ianya boleh di jadikan salah satu tarikan 
pelancong di kuala lipis 
pagarkanlah kubur ini agar tiada kes kecurian 
kerana semua yang ada di situ sangat antik
juga buatlah satu catatan perihal kubur lama ini

semoga ada orang yg panjangkan hal ini ke Majlis Daerah Kuala LIpis ^___^

31 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

entah mereka tu tak pasan kak...tapi tu lah benda ni kan boleh jadikan sejarah...tak payah buat banyak..naikkan tembok lepas tu letak sejaran Solomon Chapman tu..macam kat melaka ada Makam Tun Teja..makan tu dikelilingi sawah dan hanya ada makam beliau jerk...kerajaan melaka naikkan pagar besi cantik dan letak sejarah tun teja..

melaka hujan dan mendung :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

samalah kita...

Kalau dulu tiap-tiap bulan balik. sekarang, setahun dua tiga kali aje balik sejak budak2 dah sekolah..

;o(

Hanis Azla said...

mmg satu khazanah kat tempat itu yg perlu di jaga.. harap2 pihak yg berkenaan dpt ambil tindakan..

sarah-najwan said...

dah lama xlalu kolo lipis..ehhehehe..

masa blik kg cti skol baru ni lalu kololipis..smpat singgah di sungai yu..hehe

jika itu satu bahan sejarah tu..patut dibuat sesuatu utk dilihat generasi sekarang

♥Mrs.Eady♥ said...

x penah smpai lipis :)

qemaishak said...

Kubur lama tu kak tapi bagus gak kan xde pula lilin2 org minta hajat ke apa (biasa kalau kubu lama ada) atau org tak perasan.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

maybe ada yg tak perasan kot...sbb mcm ati pun tak perasan jugakan?tu pun nasib hubby ati yg bgtaukan?

sha a.s said...

uishh..lama betul kubur tu....

CGG said...

aishh..
lama gile kubur tu...

meremang:P

Aku Ibu Muda said...
This comment has been removed by the author.
redza said...

nak sedekah fatihah xleh kat solomon chapman tu...sian dia

Aku Ibu Muda said...

kak atie...kubur tu mmg lama dibiarkan gitu je, dari wani kecik2 lagi...sebelum ada centrepoint...tak penah ada orang peduli kan




*lepas ni family wani pindah kt deret rumah siti yang lama pulak :)

Cik Pah said...

berjiran ngan ct yer ? seronoknya.. dekat ngan retis.. boleh jumpa kalau raya kan

makdara TERdiva said...

kita dulu walaupun duduk sg. koyan lebih 12 thn, tp jarang sgt2 turun ke kuala lipis..biasanya pg raub jerr

ieda said...

aah lahh ieda x pernah gak tahu pasal kubur nie ada di kuala lipis .. ermm menarik kan .. banyak sejarah tuu walau x tahu kenapa org inggeris tuu di kuburkan disitu kan ..

Kakzakie said...

Kenapa disimpan / dibiarkan begitu? Atau ada saudara mereka yg menjaganya. Kalau bukan tanah kubur baik dialih saja... Bimbang lain jadinya Ati...

bujal X said...

he~~melawat kubur best kah?he~~

ummiarissa said...

kubur tu dah dekat sangat ngan Majlis Daerah Lipis,agaknya tak de sejarah kot,tu yang diorang tak amik pusing tu...

pipoq said...

kena check kat arkib negara ni..hehehe..tapi kalo ada termaktub dalam sejarah kenapa dibiar camtu je ye ? misteri ni..nak kena panggil pakcik seekers..

diana said...

tak de peruntukan kot..
heheheh..
ataupun tu cuma kubur orang biasa je..

bunga said...

lamanya...kena tengok ni nape kan..

Izan Ishak said...

besar sungguh batu nisan dia tu ye. boleh diperpanjangkan pada pihak yg berkaitan tu

nurkass said...

kalau sekali pandang mmg tak perasan rasanya..keadaan macam tersorok..

munna said...

nanti munna nak tanya bos munna org lipis pasal kubur tu lah....

Kunang-Kunang said...

Mungkin orang Kuala Lipis rasa tak ada kepentingan.

cheqna said...

tak penting kot..sebab tu tak de yang amik kisah..kot la...

Daddy Ziyyad said...

Oooohhh..suami kak ati or Kuala Lipis rupa rupanya..saya tak pernah sampai ke sana...

Besarnya batu nesan dia!!

syrupmasin said...

fuyoo..gile lame kubur nih..

Ayuraza said...

ieee..seram okeh..hehe..mintak2 ader la yang menagambil tahu..kak ati menantu orang pahang ek..i dekat jengka je..hehehehe

LIPISLADY said...

Sallam Ati,

Yang satu lagi tu kubur sepupu kepada Sir Hugh Clifford Residen Inggeris di Kuala Lipis. Memang betul, MDL patut menjadikan ianya tarikan pelancung, tapi itulah sedangnya. Dulu pun ada En Hassan dari Tuah Travel and Tours mencadangkan seperti yang Ati cadangkan itu, tapi MDL pandang sepi saja cadangan itu. Tak berapa penting kut, sebab cuma kubur sepupu Clifford aja. Wallahualam.

Anonymous said...

dulu kini dan selamanya...
kuala lipis tetap dgn orientalnya(klasik)

semoga selepas MDKL berpindah
ke bangunan yg baru pengurusan
juga bertukar baru ..hehehe