Friday, March 25, 2011

Surau Kami

Assalamualaikum,

Selamat petang semua

pada mulanya kawasan perumahan kita hanya ada tapak
untuk surau bertahun-tahun jemaah menunaikan solat 
di sebuah rumah teres setingkat dan akhirnya 3 tahun lepas



terbinalah sebuah surau yang sederhana atas hasil
usaha derma penduduk dan dermawan perseorangan
ratus ribu juga untuk membina sebuah surau  

dengarnya ada orang kaya dari kampung Bukit Changgang 
yang menderma sebanyak 50 ribu dan seorang lagi dari 
kampung yang sama menderma dengan membuat wiring
eletrik percuma...besar pahala yang mereka dapat


kami penduduk pula di beri peluang membeli 
tapak lot yang di tawarkan rm30 setiap tapak
dapatlah kami juga membeli saham abadi ini
beberapa tapak yang termampu

alhamdulillah...sudah 4 minggu surau kami mendapat 
kebenaran mengadakan solat jumaat di sini
mudah sedikit tak perlu keluar jauh lagi bagi yang 
sudah bersara, budak sekolah dan yg berkerja shift


nak beli saham abadi...? peluang masih terbuka kerana banyak 
yg masih tidak lengkap...kita cite next friday pula ....^_____^

29 comments:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..semoga surau yang cantik ini akan dipenuhi oleh kariahnya ya

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum

boleh sedekah surah yasin dan sejadah kat surau baru ni =) ~

kakngah said...

pinggan mangkuk pun blh jugak didermakan..
kalau ada apa2 aktiviti kat surau, dh ada kemudahan.

kakchik@ella said...

Alhamdulillah. Masih byk yg diperlukan utk surau ni ke Ati? Kalau perlukan apa2 bantuan bagitau ye.

kasihredha said...

kat rumah akak pun dah ada surau baru...atas derma org ramai juga :)

kasihredha said...
This comment has been removed by the author.
gadisBunga said...

seronoknya dapat melabur untuk saham akhirat kan kak...

nurkass said...

alhamdulillah..syukur pd allah..
kesenangan untuk penduduk..
semoga murah rezeki hamba2 allah itu..

sarah-najwan said...

sama2 lah penduduk di kwsn ati mengimarahkan surau itu

kat tmpt saya pun sama
dgn penduduk yg ramai..surau dekat aje ngan rumah saya..sudah bole dijadikan utk solat jumaat..

jadi senanglah 2 hero saya tu pi solat jumaat sb ayahnya nk blik rumah jauh..ayahnya solat kat tmpat keje..

Cikgu Nurin said...

Alhamdulillah...berpanjangan pahala hingga akhirat....

Adinda Amy Sensei said...

alhamdulillah......pahala terusan ke akhirat kelak

Zullism said...

:) suka ayat akak "saham abadi"
selagi ada peluang kita cari saham abadi kita....

suri solehah said...

salam ati..alhamdulillah..untungkan jadi org berkemampuan dan tahu pahala sedekah..

Princess Nur said...

Alhamdulillah..surau dah siap..mmg besar pahala menderma untuk buat surau ni..berkekalan sampai bila2..

kak Erna said...

alhamdulillah ati..bertambah murah rezeki bagi yang menderma tu..

Yan said...

Kalau diizinkan ALLAH akak pun teringin nak wat cam org kaya tu..Mudah2an ALLAH makbulkan.. AMEEN

twinscraftlife said...

Hi! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com/

cemomoi said...

untung ada kesempatan buat amal jariah... pahala berpanjangan tu

Cekodok said...

alhamdulillah... lega... hehe... ramai2 memakmurkan rumah Allah..

Kakzakie said...

Syukur alhamdulillah....

Siapa jua yg telah meletak utk kebaikan pada surau itu hatta setitik peluh sekalipun akan dinilai di akhirat kelak.

intan.maisarah said...

doa doa
semoga surau ini
setisa penuh

ShErA said...

assalamualaikum...

slmt b'kenalan...

alhamdulilah... cantik suraunya... semoga lg bnyk aktiviti utk menambahkan keimanan dpt dijalankan...

asliner said...

nak jugak beli saham abadi..=)

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Alhamdulillah.. Selagi ada jemaah yang guna surau tu, selagi itu akan bertambah pahala orang yang menderma tu..

Daddy Ziyyad said...

Boleh buat solat jumaat? kira besar jugak surau tu..

diana said...

surau sebelah umah saya ni besar ni jugak..
tapi tak de orang..
kalau waktu isyak dan maghrib tak sampai 20 orang..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Alhamdulillah.

Semoga surau tu sentiasa penuh tak kira waktu.





* Setiap minggu surau di tempat kita ni ada aktiviti. Tak kira untuk ibu, bapa dan anak-anak. 2 Minggu lepas aktiviti hari keluarga. Tak pergi sebab abg tak balik lagi masa tu..

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. semoga kita semua tak ketinggalan untuk mencari saham abadi tu kan..

Miss Yaty said...

alhamdulillah..:)