Thursday, December 30, 2010

Esok Cuti..Ada Tak Hal Yang Tertangguh?

Salam,



Hari tu ada sahabat Gadis Bunga  dan Daddy Ziyyad
tanya pasal arnab yang gebu tu..rupanya arnab tu 
hanya datang sekejap saja di Morib 

kalau nak pergi buat lawatan atau nak ambil gambar
boleh pergi di Rabbit Valley, Selayang dan ada 
juga website www.opahfarm.com.my 

berbalik pada tajuk di ataskan kita 
saja nak tahulah ..kalau sahabat semua 
ada tak agenda yang telah di rancang
tapi tertangguh sebab PM dah umumkan
cuti esokkan

macam kita pun ada...
rancang esok baru berkesempatan nak pergi 
daftar sekolah KAFA untuk anak..sebab
sebelum ini anak sekolah swasta
jadi tak tahu macam mana sekarang ni
mungkin nak cuba nasib sajalah

ada pertunjukkan bunga api kat mana-mana tak?

LUCKY LINKER BY AMIEY LEE

Mood nak join GA pula
siapa-siapa nak cuba boleh menang t-shirt
jomlah di SINI


200 blogger terawal tglkan link di Myster Linky dapat satu peluang cabutan bertuah...
hmmm salah satu cara nak blogwalking paling senang sekarang adalah tglkan link..
ok..nak mudahkan korang supaya snang nak jalan2 g blog kawan2 yang lain kan...
jgn malu2 jgn segan.. korang amat amat amat amat djemput tglkan link korang
kt blog aku yg tk berapa nk jadi blog ni kekekekekekeke...
sila2 la ye... aku nak wat cabutan lagi ni....
ni suma sempena My Qaisarah is turning 2 Yearssss

hadiahnye adalah sehelai T-SHIRT.......
TETAPI JIKA ANDA ADALAH FOLLOWER..
HADIAH AKAN JADI DOUBLE...
MAKSUDNYE 2 TSHIRT UNTUK ANDA DAN PASANGAN ANDA
JIKA ANDA BUAT ENTRY....
(copy keseluruhan entry ini sahaja dan tulis tajuk "LUCKY LINKER BY AMIEY LEE")
HADIAH AKAN JADI TRIPLE....
2 HELAI T-SHIRT + HADIAH MISTERI UNTUK BUAH HATI ANDA
(buah hati : anak/ibu/ayah/MIL/FIL/siblings/bff)

NOTA PENTING : SILA TGLKAN KOMEN DIRUANGAN KOMEN ENTRY INI YE.. SAMADA ANDA HANYA LINK/ LINK+FOLLOWER/LINK+FOLLOWER+ENTRY

Wednesday, December 29, 2010

SYABAS MALAYSIA!!

Piala AFF Suzuki 2010 akhirnya milik Malaysia

first time tengok perlawanan bola live ni
sebab kita sangat fobia menonton apa-apa
perlawanan yang live..

tapi di sebabkan Harimau Malaysia ni 
kita kumpul tenaga dari siang hari ..
tak buat n3...tak jalan-jalan..
semata-mata tak nak lemah semangat 
bila tonton live nanti 
hihi..kita ni lemah sikit..mudah terkezutt!

Tahniah Raja Gopal, Fahmi, Safee dan pemain-pemain Malaysia 
yang hebat-hebat belaka!



Tiba-tiba minat pula dengan nama Fahmi!

kalau ada rezeki dapat anak lagi nak bagi nama tulah ^_^

Tuesday, December 28, 2010

Drama Se babak ...

Baru first time cuba up load video ni
harap-harap jadi lah ye...
saja nak kongsi-kongsi suasana sikitlah ...


Pemandangan dan keadaan di sana
sewaktu air baru nak pasang...

layan....
 

video

jangan gelak tau ... :P

 

Bagan Lalang, Sepang

Salam.

dah mula berkerja...mood mesti dah ok 
ye tak...happy..happy!

Le-tour 360 bersambung lagi..dari Pantai Morib 
melalui Gold Coast Morib..satu lagi hotel baru
yang dalam pembinaan, so ada lagi pilihan 
selain hotel Impian di Morib ni...

melalui tempat yang menggemparkan
seluruh malaya... tut!
rasa hiba dan menakutkan pun ada 
tapi tak berani masuk ke dalam lagi
dan tempatnya memang jauh dari 
penempatan dan sunyi tau...

singgah sebentar di Kg. Batu Laut
tapi tak ada apa yang menarik di situ

akhirnya sampai di Bagan Lalang 
nasib pun baik ..cuaca sangat cantik
tak jadi nak pacak khemah sebab dah 
pukul 6 petang .. so kami hanya bentang 
kanvas biru dekat pantai yang pasirnya lembut
senang untuk anak main korek pasir..hihi


Gold Coast Morib...besar..mesti 5 star!

eee...jadi menakutkan pula tempat ni..bunyi angin jer!!

Batu Laut...tak tahu apa istimewa kat sini

temankan anak2 main pasir..papa pula ...gi main layang2

ewah...mcm paparazi snap pulok..hihi

ada gaya mcm professional tak ..GB? pasal inilah...kita sgt cintakan pantai & lautan

xtvt lepas dinner...main2 tepi pantai..sebenarnya ni dlm gelap gulita...tau.. tp org ramai ..best

nasib baik ada hp burok mumi ni tau...boleh gak tolong sulohkan..huhu

11.30 mlm baru kami sampai KLIA...dah patut tukar sign board ni..ahaks


best kalau dapat ke pantai .. tengok laut..rasa mcm bernafas je ^_^

nanti kita share tempat makan yg paling best di Bagan Lalang ni ok! 

Monday, December 27, 2010

Gemoknya.... Comelnya!!

Selamat petang.


pernah lihat ARNAB yang berbulu macam kucing ?


malas saja

nak tidur je 

berak je

huhu...








tak sanggup nak bela ... (^_^)

Bagaikan Pesta

Salam.

Hai..mood bercuti lagi ke..
Alhamdulillah perancangan kami 
nak ronda 360 semalam menjadi 
walau penat tapi adventure juga
buat macam tu sesekali kan...

destinasi pertama ke Pantai Morib
yang baru selesai di ubah suai 
menjadi lagi moden, bersih dan teratur
memang dah lain dari Morib yang lama

suasana bagaikan pesta layang-layang
tua.. muda.. yang kecik pun bagai nak rak
bermain layang-layang 
seronok juga layan sekali sakala ni
angin pun memang berderu-deru 
best betul! layan saja....


destinasi 1st kami...dari arah Banting

tengah mengecek nak beli layang-layang

sifu mengajar anak murid main layang2

yang hijau tu syirah yang punya!

syahmi dah hebat sangat main layang2 terbalik gitu ...

kan dah kata ...yang tua pun nak main gak..huhu

ramai betul orang datang ke morib ni ...bersantai2 saja ..angin pun best
air laut nun..saujana mata memandang ...mlm baru sampai kot

kami lepak di sini  dalam sejam saja 
sebab perjalanan masih panjang lagi 

marilah jalan-jalan ke Pantai Morib ...suasana yang baru!

Sunday, December 26, 2010

360 DARJAH

Salam,

Pagi ahad muncul lagi
bermalas-malas di pagi yang ceria ini

semalam kami duduk seharian 
di rumah ..kemas..masak ..makan
memang tak keluar langsung

hari ini kami sekeluarga 
buat plan nak pusing 360 darjah

dari KLIA ke Banting..singgah sekejap
Banting ke Morib..lepak-lepak tepi pantai 
Morib ke Batu Laut..cuci mata

Batu Laut ke Bagan Lalang
yang ni tujuan sebenarnya
nak berkelah petang hari 
malam hari makan seafood

dari sini terus balik KLIA 
melaui kg. Sungai Pelek, 
lalu pula di F1, sepang
terus sampai ke KLIA semula 

semoga kami selamat pergi dan pulang!



InsyaAllah akan update gambar nanti ...jom ^_^

Saturday, December 25, 2010

Tempat Lepak Baru ...

Salam.

Dataran Nilai 



Luas dan besar...
Playground pun besar....

untuk warga Nilai, KLIA dan sekitarnya
menghabiskan masa bersantai dengan meriahnya 
malam-malam lagi happening
tanpa perlu mengeluarkan wang
lagi pun dah kering ni..huhu

....(^_^)....

Friday, December 24, 2010

Setiap Yang Hidup Pasti Merasai!

Salam,

penghulu segala hari sudah tiba
apa khabar sahabat semua
semoga sentiasa sihat dan ceria
  
kita nak berkongsi kisah sedih jiran setaman 
kak aishah yang terkenal dengan keenakan 
nasi lemak di gerai di taman kami

pada 19 disember 2010 baru ini telah pergi 
mendaftarkan anak perempuannya sebagai
pelajar baru di UKM, bangi 

pada malam 22 disember anaknya telah 
teribat dalam kemalangan maut sewaktu 
keluar bersama rakan dengan menaik motor
untuk makan di McD berdekatan 

lebih menyedihkan lagi arwah menjadi mangsa 
langgar lari dan mayatnya hanya di temui 
sekitar pukul 3 pagi pada 23 disember, iaitu semalam
lebih malang tiada langsung beg dan pengenalan diri 
dapat di jumpai dan polis hanya jumpa kad pelajar
yang tak bernama untuk mencari warisnya

ada orang yang curi ke....wallahualam
zalim sungguh orang yang melanggar itu
dapat kah dia hidup tenang dengan kenangan 
buruk itu...semoga Allah membalasnya!

naluri kita sebagai seorang ibu sangat memahami
kesedihan kak aishah yang asyik menangis
setiap kali orang datang untuk bersalam
semoga kak aishah dan keluarga tabah dalam 
mengharungi dugaan ini. 

Allah SWT berfirman yang maksudnya:
setiap yang berjiwa pasti merasai kematian 


Al-Fatihah buat arwah anak perempuan kak aishah


sentiasa risaukan hubby yang lebih menaiki motor dari kereta 
bila pergi kerja... sayanggg... suami kita tau!

Thursday, December 23, 2010

Semuanya Duit...

Salam,

Sekejap saja sudah masuk hari khamis kan
sekejap juga sudah nak masuk tahun baru 

yang mana dah punya anak 
dah beli barangan sekolah
yang ada adik-adik pun mesti 
membantu  ibu dan ayah 
masa inilah pertolongan di perlukan 

baru saja beli kasut sekolah dan 
alat-alat tulis untuk dua orang anak
bayangkan itu saja habis rm 200
nasib baik baju sekolah anak sudah 
beli awal bulan hari tu 

bila lihat senarai buku tulis 
yang harus di beli di sekolah
untuk darjah 1 lagi mahal dari 
darjah 4 ...ehem telan air liur
belum lagi lihat yuran tahunan...hihi

semuanya duitkan....



cabaran awal tahun ...nasib sudah bersedia  ^_^

Wednesday, December 22, 2010

KEPANTASAN MATA BLOGGER





Salam,

nak join segmen baru dalam blog Ben Ashaari 
50 blog terpantas. Info di SINI.

cuba nasib..Good luck to me ^_^

Aktiviti Berkhemah

Salam,

Selamat petang semua

inilah aktiviti anak-anak bila cuti ni
cuti-cuti malaysia dah habis
sibuk sangat nak berkhemah  pula...




tu dia ... ambik!! kami pasang dalam rumah

tak perlu susah hati ...depan mata saja

siang malam ...pagi petang... seronok main dalam khemah
segala benda dia orang nak bawa masuk ke dalam...hihi! 

JOM SIHAT - Kacang Panjang Sarat Gizi

Salam,

Apa khabar sahabat semua
semoga sentiasa sihat hendaknya

kita nak kongsi info kesihatan tentang
kacang panjang, jom ketahui khasiatnya

mengandungi beta karotena,klorofil, 
vitamin A, C, B1, B2, protein, tiamin, riboflavin,
fostor, zat besi, karbohidrat, kalsium, mangan,
magnesium, potassium folat, sodium

di beberapa negara, sayuran ini di gunakan 
untuk merawat ~ 

gangguan saluran air kencing 
menjaga kulit dari jerawat,
pemulihan luka bakar
gangguan ginzal dan gatal-gatal

kacang panjang juga berguna ~

memperkecilkan risiko strok 
dan serangan jantung, 
meningkatkan fungsi organ pencernaan, 
mengatasi sembelit 
membantu mencengah kanser payudara 
dan kanser darah ~HARMONI


kita baru lepas operation tahun lepas...susah kalau sakit ni!

lebihkan makan sayur-sayuran banyak khasiatnya

nak sihat.. tak nak masuk hospital ..tak nak kena operarate lagi

Tuesday, December 21, 2010

Bagaimanakah Sifat Anda

Salam,

semoga semua sahabat sentiasa
ceria dan berbahagia

Bagaimanakah sifat anda 
kita boleh menilaikan diri kita sendiri
kita juga boleh baca ramalan bintang kita 

kita tertarik dengan ramalan tarikh lahir
dari Dato' Dr. Fadzillah Kamsah
melalui kajian beliau selama 25tahun
yang mana kita boleh jadikan 
panduan dan rujukan tapi janganlah 
pula kita percaya bulat-bulat 

BULAN JULAI (bulan kelahiran kita)


Sangat suka didamping.

Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
 
Agak pendiam kecuali dirangsang.

Ada harga dan maruah diri.

Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

Sangat menjaga hati orang lain.

Sangat peramah.

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

Berjiwa sentimental.

Jarang berdendam.

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

Tidak suka benda remeh-temeh.

Membimbing cara fizikal dan mental.

Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

Layanan yang serupa terhadap semua orang.

Tinggi daya simpati.

Pemerhatian yang tajam.

Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

Mudah dan rajin belajar.

Suka muhasabah diri.

Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

Suka mendiamkan diri.

Suka duduk di rumah.

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

Tidak agresif kecuali terpaksa.

Lemah dari segi kesihatan perut.

Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

Minta disayangi.

Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

Terlalu mengambil berat.

Rajin dalam membuat kerja.

kalau nak tahu sifat anda melalui tarikh lahir di SINI 

minat dengar ceramah motivasinya ^_^

Monday, December 20, 2010

Mari Cuci Mata Sambil Shopping

Salam,

Selamat petang para sahabat
hari ini sang suria seakan malu-malu
nak menampak diri apatah
lagi nak mengeluarkan sinarnya

mata pun jadi lesu sebab 
gelap saja macam nak malam

apakata kita sarankan sahabat semua
pergi mencuci mata yang lesu 
di pejabat dan di rumah itu 
ke kedai BitterSweetSummer

kedai online yang menjual pelbagai
kain baju dan barangan yang
di bawakan khas dari negara Vietnam

kepunyaan adik ipar kita dan 
seorang teman yang masih muda 
dan cantik manis orangnya

owner BitterSweetSummer dgn anak buah.. syahmi


 Jom jalan-jalan ke sana dan sokong orang kita! ^_^


Semoga BitterSweetSummer bertambah maju!!
 

Indahnya...

Salam,

Hari Isnin muncul lagi
bermulalah hari yang baru 
semoga berbahagia selalu 

sudah bertahun tak berkesempatan 
melihat orang bernikah
semalam pergi menemani anak jiran 
bernikah di surau di taman kami 

seronok juga dapat mendengar 
ceramah ringkas dan nasihat-nasihat
yang berguna dan juga lucu dari tuan kadi 
jika  terlalu serius pun ...boleh buat 
pengantin lelaki lagi gemuruh

paling menarik perhatian ialah 
apabila upacara membatalkan 
air sembahyang selepas bersalaman
pengantin lelaki tidak dapat mengucup
dahi si isteri...di sebabkan pengantin perempuan 
yang gemuruh dan takut di cium oleh suami 

selepas tiga kali berusaha
pengantin perempuan telah  pun
di tenangkan oleh saudara mara
barulah  si suami dapat cium dahi si isteri

indahnya sebuah perhubungan 
yang suci kan.... 

terkenang pula peristiwa hampir sebelas tahun yang lalu...indahnya!

Saturday, December 18, 2010

Santai

Salam

selamat berhari sabtu buat semua

emm..ramai tak bangun lagi
hujan pula tu sepanjang hari semalam
membuatkan malam tadi cuaca sangat sejuk 
tak perlu pasang air-cond pun

hari ini bangun awal pagi 
seperti biasa nak buat air untuk
hubby yang nak pergi kerja 
plan nak balas ziarah sahabat-sahabat
yang tak sempat kita nak balas semalam

malam tadi...
waktu untuk menonton TV 
hanyalah di waktu malam 
siang hari di kongker oleh anak-anak
sekali bila buka TV 
cerita Nora Roberts pula...
apalagi melekat terus sampai pukul 12malam
minat sangat dengan semua cerita dia 
dan yang seangkatan dengannya...hihi

tengahari pula jiran rumah hujung  tu
ada kenduri kahwin tak dapat nak tolong
dapat datang memeriahkan majlis pun oklah


happy holiday buat semua!


senyum selalu...like me ...masalah dah selesai!  ^__^

Friday, December 17, 2010

Pengalaman Kemalangan Itu....

Salam.

Penghulu segala hari tiba lagi memang cepat hari berlalu
semoga kita semua sentiasa di lindungi Allah SWT

pada petang 15 disember 2010, kita pemandu sendiri 
dgn di temani seorang anak ke pekan banting niat ikhlas 
tak nak menyusahkan hubby yang kepenatan pulang kerja 
ke sana nak membeli barang sekolah anak
 
setelah selesai semua urusan baru saja 
nak memulakan perjalanan pulang di satu selekoh
yang pasti orang di hadapan yang tidak bergerak 
dan disebabkan mata ni memandang jalan 
sebelah kanan utk pastikan jalan tu dah clear 
kita telah terlanggar kereta orang selama 
9 tahun bawa kereta inilah first time kemalangan  

syukur sangat walau pun bunyi BOMM!...kuat kedengaran
tapi tak ada yang cedera cuma kita rasa lenguh2 tangan
sebab pegang steering kuat takut terlepas lagi teruk jadinya
kereta kita tak apa cuma kereta orang tu saja calar sedikit

walau apapun alasan.. kalau kita yang di belakang
so kita juga yang akan dipersalahkan 
melihat pula kita ni wanita so mulalah nak 
di buli ...meminta yang lebih-lebih!

Syukur Alhamdulillah ..malam 16 disember semuanya 
selesai dengan baik orang itu setuju menerima sedikit 
saja sumbangan dan sign surat yang kita buat

Terima kasih buat pemilik Naza Auto, yang mengajar 
kami cara2 nak hadapi orang seperti ini dengan 
hanya kesan calar di kereta pun nak tukar satu bumper!

Jutaan terima kasih buat hubby yang berani membantu!
kejadian ini ada banyak hikmahnya ...salah satu 
kita dapat lihat kasih sayang hubby yang selama ini
dia tak tunjukkan ... a shoulder to cry on!

rasa berdebar & fobia tu masih ada dan tidur pun masih teringat2

pengajaran yg dapat ialah kita mesti tahu HAK KITA sebelum 
buat sesuatu 

Thursday, December 16, 2010

MUSIBAH!!

Salam.

Bila Musibah datang...

tak kira waktu..

tak kira tempat..

tak kira Niat kita ...


Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian, dan bila Allah suka kepada kaum, maka mereka diuji. Jika mereka redho maka Allah redho dan bila dia marah, Allah pun akan marah kepadanya. (HR. Tirmidzi 2320 dishohihkan oleh Al Albani, Lihat silsilah As Shahihah: 146)


semoga kita juga redho dgn ujian ini...
semoga di permudahkan...ameen!

Wednesday, December 15, 2010

Cerita Seram Berdekatan Taming Sari !!

Salam.

Selamat pagi sahabat semua

nak kongsi sebuah cerita SERAM dekat dengan 
Taming Sari tu.....


Taming Sari yang popular dan kunjungi ramai pelancong luar dan dalam negara




 disebelahnya 

ada sebatang pokok

di atas pokok itu

 ada...

.......

 ada...






kalau pun nak promote rumah hantu di sebelah Taming Sari ...
agak-agaklah...jangan sampai gantung Hantu rupa hodoh
dan mengerbang macam tu..



nak gugur jantung kita dan anak2 nampak benda tergantung
macam tu ... kalau warga emas?? mahu masuk hospital...

Tuesday, December 14, 2010

Melaka Oh Melaka

Salam,

semoga semua sahabat ceria selalu
hampir terlupa nak buat n3 pasal melaka

sudah 7 tahun kami tidak ke sini
sesuai dengan slogan melaka maju
memang banyak perubahan berlaku
paling jelas kemunculan pasaraya  dan 
hotel yang gah sekali..syabas!

kita juga terjumpa kembali teman yang 
dah lama lost contact di hotel Equatorial
menurutnya melaka sering di kunjungi 
oleh warga singapura, jepun dan mat saleh 

dua hari di sini masih banyak tempat 
yang tak sempat kami kunjungi
lain kali pasti kami akan kunjungi Melaka lagi

view dari bilik hotel...rupanya bandar melaka ni di kelilingi laut

masjid yang cantik...dahulu kawasan ini tengah laut tapi telah di tambak

senibina istana melayu lama yang sangat menarik
senibina dalaman istana kayu yg klasik & cantik

beca2 ni disini glamer2 ..penuh bunga, lampu dan radio tp mahal.. snap gambar saja
seronok kalau dapat naik bot ni...nx time

di kawasan bangunan merah

bila lagi nak duduk atas meriam

kapal lama ni mmg jadi tarikan di sini

restoran di tepi sungai ni..view cantik..masakan pun sedap!

akhirnya dapat makan asam pedas tetel melaka...yummi


hubby janji tahun depan akan ke melaka lagi.. anak2 sgt suka ke sini

Monday, December 13, 2010

Waktu Tenang

Salam.

Semoga sahabat semua berbahagia
dan tenang selalu

Kita semua memerlukan waktu untuk 
bersendiri dan menenangkan fikiran
betul tak

selain dari waktu tidur
waktu yang membuat kita 
rasa tenang ialah di waktu suboh
suasana masih sunyi dan sepi
anak-anak pun masih tidur

waktu itu kita boleh lakukan
apa sahaja yang kita suka

walau tidur lewat hari sebelumnya
kita tetap nak bangun awal pagi
kerana tak nak terlepas waktu yang 
bagi kita salah satu terapi minda 

apakah waktu yang sahabat semua paling
suka sekali selain dari waktu tidur

hari ini puasa sunat ...waktu untuk tenangkan perut juga..hihi!
 

BEN ASHAARI BLOG LIST 2011

Salam.

baru saja balik dari dinner ni

nasib baik rasa nak buka blog sekejap
rupanya Ben dah buka balik blog list 2011
hari tu tak sempat nak buat sebabkan
pergi holiday lima hari 

apalagi jom cuba
dapat menambah ramai lagi kenalan


 
sehari up date blog dalam sekali or dua

saya nak berada dalam blog list di Blog Ben Ashaari kerana
ingin sentiasa tersenarai dalam blog Ben, macam ada semangat 
bila tersenarai dalam blog Ben dan juga dapat berjumpa ramai orang 
dari seluruh negara dan dapat menambah ramai kenalan yang 
baru dari blog Ben  

harap-harap blog wanati ni akan turut tersenarai di dalam
blog list Ben Ashaari 2011 ye. 

nak tahu lebih lanjut klik DI SINI 

Terima Kasih ^_^

Sunday, December 12, 2010

Penting Sangat ke...

Salam,

Selamat berhari minggu
ramai yang punya plan hari ini
beriadah bersama keluarga..
pergi kenduri...shopping2...

hari ini kita rasa terpanggil pula
nak menyatakan pendapat tentang akhbar
yang menyiarkan kisah pelakon drama
air suam yang nak kahwin semalam...

emm..penting sangat ke 
sampai siar di muka depan 
besar pula gambar dia
pelakon tu pun perlu ke nak 
buat sidang akhbar....
rasanya tak ramai kenal dia pun

penting ke... perlu ke...
kita tak ada jawapan...


rasa geram juga kadang2....

Saturday, December 11, 2010

Kenapalah??

Salam.

Sejak balik dari bercuti ni...
kita bukan lagi semangat ...
lagi malas ada..
tak tahu kenapa..mungkin sebab 
penat sangat kot ( chewah alasan ) hihi..

tapi sungguh rasa penat tu 
masih tak hilang ... kan di sana tu asyik
berjalan saja...jakun tengok tempat orang

selalunya bila hubby ajak keluar jalan
hujung-hujung minggu ni
kitalah orang yang happy sekali
ini ... kita siap minta postpone hari pula

aaikk... something wrong with me?...huhu

buang tabiat ke kita ni...eee takuttt!!


Nak Sertai Blog Larian

Salam,

Hari ini mood untuk sertai blog larian
ada dapat tag dari Amy dan Fizzo
terima kasih sudi tag kita!



dah jadi follower dan dah letak banner 
so kena lengkapkan slogan pula..

saya suka blogwalking kerana dapat menambah 
ramai lagi kenalan disamping dapat menimba ilmu, info
dan cerita-cerita terbaru dari rakan-rakan

akhir sekali kena tag tiga blogger so kita pilih
tiga orang sahabat iaitu:-


1. Nabilah
2. Cik Pah 
3. Cemomoi

BlogLarian ni, adalah tempat kita mudah untuk buat blogwalking tanpa buka banyak tab.
nak tahu lebih lanjut klik DI SINI.
 

Friday, December 10, 2010

Ben Ashaari datang...kita sakit kepala

Good evening,

cewah...terus speaking London tu...

alkisahnya petang tadi masuk blog nak tengok
maklum balas sahabat-sahabat ...rutin biasalah tu

tiba-tiba nampak pula gambar Ben Ashaari 
di ruang komen tu....
terperanjat tau!! terus sakit kepala sampai lani 
tak hilang...huhu

tak sangka pula dia sudi singgah dan komen
dulu masa Ben jadi follower...tiba-tiba nampak 
gambar terus tak lalu makan..

ini datang dan komen...walaupun beberapa
patah perkataan...terus sakit kepala..

terima kasih daun keladi ya Ben...
ada masa singgahlah lagi... (^_^)

Dalam Kabus

Salam.

Jumaat tiba lagi
cepat betul masa ni berlalu 
rasa baru semalam saja planning pergi cuti
rupanya dah hampir seminggu berlaku

ingatan masih di Genting Highland ni...
pagi tu bangun tidur pergi ke tigkap
nak lihat pemandangan di luar
malangnya tak nampak apa pun 
kabus sangat tebal...rupa-rupanya
kami berada di dalam kabus...
uhhh...patutlah sejuk sangat asyik nak 
ke tandas saja...hihi...

pengalaman pertama lihat coffee house
yang besar dan orang beratus-ratus berderu 
datang nak breakfast...menakjubkan mereka 
boleh urus semua ini 

kami makan dengan anak-anak tanpa kena 
extra charges ...mungkin ramai susah nak control
makanan sangat banyak...alhamdulillah kenyang!

seronok sangat disini...seperti berada di negara 
yang lain, kami sekeluarga hanya menikmati 
pemandangan yang indah..tak main apa pun...maybe next time ^_^


9 pagi..kabus masih tebal

saat paling best.. breakfast!

coffee hse besar memanjang dpt A kebersihan

si manja dah sejukkk!

dah pkl 1 tghari tau...belakang tu First World Htl

kesayangan ku ^_^

berani naik tu...berani tgk je..huhu

masa nak balik kabus makin tebal...takut

masa kami balik ada lihat 1 kerata dah terbabas di tengah jalan...nasib anak2 tidur