Tuesday, November 30, 2010

Baju Bermusim

Salam.

Buat n3 awal-awal sikit...
sebabnya 
hari ini hubby cuti
inilah masa nak keluar jalan-jalan
orang kata ... terapi minda ...hihihi
bukan tak boleh nak drive dan keluar  sendiri
tapi susah nak bawa handbag berderet

Tahu tak baju bermusim yang selalu 
budak-budak melayu pakai
mesti tahukan
kenapa 
sebabnya ianya hanya di pakai
pada masa-masa tertentu saje

masa hari raya
masa kenduri kendara
masa nak pergi mengaji

selain dari itu 
susah betul budak-budak ni nak pakaikan
sori... baju moden please....  



Baju Melayu & Baju Kurung

macam mana nak suruh depa ni pakai selalu kalau mak pak 
pun jarang pakai juga ...hihi ..mcm mengata diri sendiri pulak (^_^) 

Monday, November 29, 2010

Pernah Pergi Saba...?

Salam semua.

Sekejap jer dah Monday morning....
ceria-ceriakan hari pertama minggu ini
dengan mood yang baru...

petang semalam hubby hantar sms
yang bunyinye menceriakan kami anak beranak
'mumi tak payah masak, makan luar'
anak-anak kalau dah tahu nak keluar
pasti sibuk siapkan baju-baju yang nak pakai nanti
walaupun papanye belum sampai rumah 
excited macam tak keluar rumah setahun...huhu!

Destinasi kami...
Saba Restoran
pernah sampai tak...haa ..kalau datang Cyberjaya
dan tak datang makan kat sini ...
macam tak datang Cyberjaya lah tu....cewah..pandai-pandai jer 
tapi betul tak tipu... Saba ni memang sangat popular
makanan citarasa exotic arab yang sedap

Terkenal dengan nasinye yang lembut dan sedap
juga masakan kambing yang sangat sedap!!
kalau datang sini kami suka order 
lauk-lauk kambing saje..
kalau datang lambat ...sori penuh
walaupun  meja ditambah dekat sidewalk 
sampai hujung bangunan...
tapi yang bestnye makanan akan sampai cepat!



Syirah & Farah melaram depan restoran
Lamb Kabsah ( Large/ 1/2 kg)...lembut & sedap sangat
Lamb Hanith ( Large/ 1/2kg  ) kambing tanam ..sedap juga
side dish ..tomato, timun & sambal tomato
ni bukan arak yer...air perisa buah Barbican yg sedap
papa mithali ...layan si bujang
Syahmi selera sangat!
hehe...penuh pinggan nampak!

kita punya...ni yang 2nd time..huh..pecah perut!

Terima kasih daun keladi..papa belanja kami makan tengah2 bulan ni (^_^)

Sunday, November 28, 2010

Terjah

Salam.

Hari Ahad ramai yang masih berguling diatas katil
tapi kita hari ni dah bangun seawal 5.30pagi ...
rajinnye... yelah tu..
kalau tak hubby yang gerakkan pasti terbabas
kenapa...ada 2 sebab..

sebab 1....hubby nak gi kerja, kena bangun buatkan air
buatkan air Nescafe kegemaran dia je....
janji hubby tak ngantuk sepanjang perjalanan ke tempat kerja

sebab 2...lepas solat memang dah plan nak balas
semua jejak-jejak dari blog kawan-kawan 
semalam online sekejap saje sebab dah set 
semalam adalah hari nak mengemas rumah..
hehehe ...semangat tu!

start pukul 6.00 pagi sampailah sekarang 
dah 8.00 pagi...suka juga baca blog adik-adik ni
banyak idea dan santai saje.




Hari ni ada jemputan kenduri kahwin kat belakang rumah
susah nak bawa askar berderet bila hubby tak ada ..tapi 
org dah jemput wajib tunaikan kalau tak ada hal ^_^
 

Saturday, November 27, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

 

Kali ini tak nak terlepas peluang segmen baru yang Ben buat
Untuk memenuhi syarat segmen baru ni kena pilih 5 blog sahaja
so, kita pilih yang mewakili yer ^_^...

1. Kak Ina Mail
Inilah orang yang pertama yang kita kenal dalam dunia blogger ini setia
menyokong blog kita dari dulu sampai sekarang, sentiasa memberi
nasihat dan blognya juga sentiasa menghiburkan dgn lawak selamba.


2. Nabilah
Ini kira otai juga yang mewakili orang bujang tapi menghargai orang
baru macam saya, rajin memberi tips yang dia carikan utk kita, dia juga
sentiasa datang tinggalkan komen.


3. Sarah Najwan
Baru kenal tapi suka baca blog dia kerana gaya penulisannya banyak 
mempengaruhi dan memberi inspirasi pada kita, dan tak lokek ilmu, maklumlah 
guru juga selalu datang tinggalkan komen. Mudah nak masuk blog dia.


4.Zul dan dunia  
Ini mewakili orang lelaki pula. Rajin berkunjung kat blog kita dan tinggalkan 
komen, suka kongsi info-info menarik yang dia dapat dan juga mudah masuk 
blog dia dan tinggalkan komen.

5.Sahrom 
Baru kenal tapi suka baca blog dia sebab selalu suruh kita berfikir dan layangkan 
minda....emm.. sometimes kena juga buat macam tu untuk asahkan fikiran kitakan.
Dia juga sentiasa datang tinggalkan komen.

Kita tahu mengenai segmen ini dari blog Ben sendiri lah.

Sebenarnya kalau nak di ikutkan ramai rakan-rakan alam maya yang kita suka 
tapi kena pilih 5 jer...jangan marah ye..sekadar penuhi syarat segmen Ben.

Ati sangat hargai ANDA semua tau!

Friday, November 26, 2010

Swimming Pool Di Putrajaya

Salam.

Hari Jumaat dah tiba
esok dan lusa dah cuti lagi
jom jalan-jalan di Putrajaya

Rasanya ramai yang masih tidak tahu selain swimming pool 
di presint 16 ada lagi satu lagi swimming pool untuk awam yang 
lagi besar dan selesa di presint 6, berdekatan dengan PICC.

Hanya dengan bayaran RM 2.00 seorang, kita boleh mandi 
sepuas-puasnya selama 2 jam setiap sessi. Kolam untuk
kanak-kanak sahaja ada dua, yang satu buat kanak-kanak yang 
kecil dan yang  lagi satu untuk kanak-kanak yang besar sikit .
Paling best sekali adanya hari khas untuk wanita sahaja.

Di tepinya pula ada tasik yang yang cantik sesuai untuk 
berehat seisi keluarga. Riadah macam ni tak mengeluarkan 
modal yang banyak tapi tetap seronok.


Jadual waktu untuk mandi

Kolam renang dewasa..besar!

swimming pool untuk kanak2 kecil

swimming pool untuk kanak2 besar
tingkat 1,boleh lihat pemandangan ..masamnya syahmi tu..
di tepinya ada stadium

boleh tengok orang main papan luncur


tak pernah mandi pun ... baju mandi tak adalah  (^_^)

Thursday, November 25, 2010

Mumi Dah Pening..

Salam.

Apa khabar semua...
Bagaimana hari anda..ceria..murung..

Hari kita sehari dua ini kurenggg sikit..
kepenatan dengan kerenah anak-anak
terutama Syahmi yang semakin hari semakin nakal
yang paling buat kita rasa frust sangat ialah ....
kita telah terrpukk...Syahmi ... haiii sedih sangat tau..

Anak jantan seorang ni dah di ketegorikan  sebagai 
hyper active ... kekadang boleh menangis di buatnya.
kakaknya dulu boleh gak denda... FACING TO THE WALL!
tapi bujang ni tak jalan semua denda tu....



Mak bapa yang kena buli, ada tak tips yang dapat tolong problem kita ni... 

Wednesday, November 24, 2010

Akibat Makan Di Luar

Salam.

Apa khabar?
Sihat ke hari ini...

Kami sekeluarga terkena penyakit cirit-birit
Semuanya angkara malas masak malam sebelumnya
jadi hubby ajak makan di luar tapi di sebabkan 
banyak kedai-kedai makan melayu masih dalam 
mood raya dan juga sebab anak-anak merengek
nak makan roti canai....

Papa pun bawalah kami ke Downtown KLIA, kedai
mamak yg popular tu...dan yang sentiasa Maju...
Sebenarnya dah beberapa kali datang makan di situ 
tapi inilah pertama kali terkena...rupanya sama
saja mereka ni tak kira kedai popular atau tidak.
Terlepas pandang juga bab-bab yang penting ini...

Pernah tak uols terkena macam ni..
terkena ..tapi masih gian nak pekena kari mamak..


perut masih senak tapi macam rasa nak makan kek ...huhu!

Tuesday, November 23, 2010

Khas Buat Insyirah

Salam.

N3 ini kita nak buat khas untuk anak dara no.2, Insyirah
yang baru-baru ni sambut konvokasyen tapi papa dan 
mumi dia sibuk dgn kes syahmi. Kesihan dia tau...

Insyirah ni baby planning ..hehe maksudnya memang kita
plan nak anak tahun tu tapi tak dapat-dapat sampaikan 
makan ubat subur akhirnya baru berhasil.

Insyirah juga anak kenan Arab.. hihi... pada masa tu kita
berkerja dengan company Arab yang mana bos nya adalah
founder sebuah bank terkemuka di sini sekitar tahun 70an dulu 
selepas itu dia jualkan pada seorang Tan Sri. Orangnya sangat 
tegas, garang ,bijak tapi lembut hati namanya Mr. Hussain N.  
Insyirah dapat semua perangai tu dan mata kuyu dan kulit 
sedikit gelap macam arab.


Bestkan! ...so sesiapa nak anak kenan tu ...kena suka sangat or
benci sangat dengan seseorang tu tapi tak boleh buat-buat tau!!
Macam mana pun Allah yang tentukan semua kejadian ^_^


4 tahun..walau gelap sikit tp ada lesung pipit di pipi
Birthday 5 tahun
6 tahun ..dah pandai bergaya
uniform tadika kena pakai tudung...mumi jahitkan sendiri
walau umur 5thn xsekolah, alhamdulillah dapat tempat ke-3
bersama rakan2
Tok Penghulu ...bagi hadiah
Anak kenan Arab dah besar..tahun depan masuk darjah 1


rasa sedih tak dapat snap pic Insyirah buat persembahan disebabkan huru hara 

tempohari... sian anak ku ,,, tak ada pic. kenangan

Monday, November 22, 2010

Sungai Congkak


Salam.

Macamana hari ni mesti bersemangat nak kerja setelah
lama bercuti atau sebaliknya...

Kita nak share perkelahan kami sekeluarga semasa
cuti tempohari di Sungai Congkak setelah bertahun tak
pergi ke sana.

Aktiviti seperti ini memang dapat merapatkan dan menceriakan
lagi hubungan kekeluargaan kalau di rumahkan satu dibilik, satu 
tgk TV, satu memasak tapi di sana semua berkumpul mandi, makan
main-main....bestlah, rasanya nak jadikan aktiviti bulanan pula.
Rasa tenang, mendamaikan bila balik otak pun rasa fresh!

Semasa balik kami saja pusing sampai atas, wah rupanya 
ada lagi tempat yang cantik so, next visit boleh pergi situ pula.


pondok yg kami sewa RM 5...boleh laa
makan dulu! hubby yg msk..selera mkn tepi sungai
papa & syahmi riangnyer....
main bot lawan arus
main tepi sungai xtvt kurangkan rasa sejuk

wajah ceria
di rmh selalu gaduh di sini riang bermain
mumi mandi kaki jer...cutilah pulak...
seronok dengar deruan air
tenang...
mendamaikan...
syahmi kesejukan...nasib bw bantal
ini tmpt yg kita jumpa kemudian..cantikkan
nanti nak dtg sini pula!

masa balik jumpa banyak deretan gerai jual jagung...apalagi borong jagung!!

Sunday, November 21, 2010

Mood Cuti

Salam

Nampaknya semua masih dalam mood cuti raya lagi
ada yang dah sampai dirumah dan ada yang masih 
dalam perjalanan pulang. Drive carefully ok.

Kami sekeluarga tak pulang ke kampung atau kemana-mana 
hanya rehat dirumah dan jalan tempat yang dekat aje, walaupun
hubby cuti panjang campur dengan cuti emergency hari tu dan 
anak-anak pula cuti panjang. Disebabkan itu kesibukan kita pun
bergandalah nak kena kemas rumah yang asyik bersepah dan 
masak tapi kita buat kerja ikhlas walaupun mulut ni popek-popek 
sebab penat ..hehehe
 


10pagi masak mee hoon ala kak ina

Lala masak telur

Ikan goreng berlada

Sayur Campur letak Tauhu banyak2 ..kita suka

Tempe Goreng fav. semua

Pencuci mulut Bubur Jagung...emm sedap




Malam tadi kami menonton movie di rmh je...Toy Story 3,  
seronok berkumpul anak beranak di rumah ... home sweet home ^_^

Thursday, November 18, 2010

Kesudahan Kes Hari Itu

Salam.

Ucapan jutaan terima kasih buat semua teman yang sudi mendoakan
untuk anak kita NorSyahmi Daniel, bukan tujuan nak raih simpati tetapi
benar-benar mengharapkan Doa Ikhlas dari semua yang sudi.

Alhamdulillah,  harap clorets tu betul-betul dah masuk ke perut.
Itu pandangan dari Doktor Pakar ENT, Dr. Ram Kumar setelah memasukkan
satu alat teropong yang kecil ke dalam hidung Syahmi dan imej dari alat
itu menunjukkan dalam hidung Syahmi dah tiada gula clorets. 

Jadi beliau membuat kesimpulan yang gula clorets itu telah masuk
ke saluran perut dan bulan saluran pernafasan. Jika ada benda yang 
telah memasuki saluran pernafasan, ia akan menunjukkan tanda-tanda
sukar bernafas dengan muka berubah kebiruan. Lagipun beliau melihat 
Syahmi sangat aktif dan bukan lemah macam orang sakit.

Disini kita nak ambil kesempatan mengucapkan Terima Kasih buat
semua kakitangan Hospital Putrajaya dari Pendaftaran sehingga 
ke Doktor di Jabatan Kecemasan dan juga Dr. Ram Kumar di ENT 
yang profesional dan sangat baik juga sangat sabar melayan pesakit.
Kita suka dan puas hati dengan layanan di Hospital Putrajaya.
Syahmi pun memang bersalin di sana, layanan pun Five Star.





Klinik ENT, Hospital Putrajaya

Doktor Pakar ENT yang sangat baik dan mesra kanak-kanak

Farmasi

Syahmi sihat papa belikan hadiah



Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua, kami beraya di rumah sahaja.



Semalam rehat dirumah saja sebab kepenatan hari sebelum tu...
Hari ini plan nak pergi berkelah ke Sungai Congkak  (^_^)...jom!