Thursday, October 28, 2010

Ketagih Minum?

Salam, diharapkan semuanya sihat-sihat belaka dan jagalah minum tu 
jangan minum banyak ais di musim-musim macam ni, nanti sakit tekak
dan dari situ bermulalah datang berbagai-bagai penyakit ... emm...
macam empunya diri yang masih tak kebah-kebah dari demam lagi..huhu!

Ketagih minum.....

hehe.. sebenarnya kita nak kongsi air minuman yang kalau
kita semua tak minum sehari .... rasa ketagihh sangat! Ada tak?

Kita ada .... isshhh kalau sehari tak minum memang tak sah
walau balik kampung pun mesti nak kena bungkus segala ramuan
air favorite kita ni, tak boleh orang lain buatkan pasti ada tak kena
mesti nak buat sendiri...hihi.. cerewet yek!


berasap..mesti panas2 n takleh pekat sgt ..
Ni dia airnya... Nescafe Susu


Cara buat pun lain sebab kita masih susu badan jadi kena guna 
3 sudu besar susu tepung Fernleaf ( oh! my favorite)
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil nescafe

dah siap...sedap...yummi!

dah lepas minum... baru boleh buat kerja..hihi

Wednesday, October 27, 2010

Selipar Ganggu Kesihatan

Berjalan menggunakan selipar akan memberi impak negetif kepada 
kesihatan individu. Kajian American College of Sports Medicine 
menjelaskan pemakaian selipar akan mengganggu kesihatan dan
membuat individu berasa sakit di seluruh tubuh.

Pakar bedah, Dr Rock Positano menjelaskan masalah tersebut
berlaku kerana tekanan yang berlaku sewaktu berjalan. 
Bahagian tumit akan mengalami tekanan kuat sewaktu 
berjalan. Jika tumit dan permukaan tanah tidak selari 
maka tumit tidak dapat menyerap tekanan dengan baik.
Keadaan itu akan membuatkan kaki bekerja lebih keras
sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tungkai, 
pinggang, lutut dan punggung.-Harmoni


Kita memang suka pakai selipar ... patutlah selalu sakit  pinggang...^_^ 

Tuesday, October 26, 2010

Aktiviti luar rumah pula..


Hari ini rasa dah sedikit sihat, dah berminggu 
terperuk dalam rumah saja so plan hari ini nak melihat
kehijauhan luar rumah dengan melakukan aktiviti yang 
mengeluarkan peluh nak jogging tak larat lagi so nak 
mengemas taman kita yang sekangkang kera 
tulah, cuaca pun cantik tak panas tak hujan,
kebetulan pula ada semut banyak  buat
sarang pada musim hujan ni jadi boleh 
dijadikan alasan untuk ajak hubby join sekali..hihi

Jom sekodeng taman taman comel kita!




byk semut buat sarang
pinknya makngah...hihi pungut daun bwh pokok mangga
tanam semula pokok pegaga

teka pokok apa? nilah ulam raja yg sedap tu
pokok yang bunganya berguguran...
walaupun kecik tapi 1jam pun tak habis kemas
pool kecik  tu untuk syahmi mandi ...kecik ..hihi
syahmi pun ada aktiviti sendiri
tuu dia ....taman comel tapi daun n rumput banyak!


sihatkan diri  ...ada org jauh nak dtg rumah ^_^

Monday, October 25, 2010

Cabaran Final year exam

Salam Isnin semua,

Hari ini dikebanyakan sekolah bermulanya final year exam,kebanyakan kolej juga tengah menghabiskan exam semestar akhir.

Cabaran bermula sejak tiga minggu yang lalu mumi struggle bersama anak-anak study, 
latihan dan ulangkaji pelajaran mereka, no..jalan-jalan, no..TV.. banyak no...dari yes!
Cabaran terakhirnya anak-anak demam teruk dua hari sebelum exam, sungguh mencabar!

Hari ini anak-anak mumi pergi sekolah dalam keadaan yang masih belum sihat 
tapi terpaksa kerana exam dah bermula today.

Semoga semua anak mumi kuat semangat dan berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang...amin!




hari ni mumi pula demam, nasib papa byk tolong hal dirumah...

Saturday, October 23, 2010

FOLLOWER - 95...emm..ISTIMEWA!

Malam tadi balik saje dari pasar malam hubby tunjuk yang 
kita dah ada 96 follower... dia tahu wife dia ni tengah tunggu
no.100 ... hihi..tamak yek, gi lihat siapa yg sudi join tu..ada 2
kawan baru..no.96 ..suri solehah..no.95...haa...? terus melompat 
kegembiraan (kita kalau over excited mmg terlompat2)..anak-anak
terperanjat lihat mumi dia macam tu...haha..hihi.. huhu..
dia ialah BEN ASHAARI.

Ben Ashaari antara idola kita dalam dunia blogger ni suka
baca gaya penulisan dan idea-idea dia yang bernas, pernah 
berangan 'bestnya kalau dia sudi jadi flwr ke-100' now bukan 
dreaming lagi!

Terima kasih sudi datang ke blog kita yang masih baru dan sudi 
pula jadi follower ati, sungguh tak sangka dan sangat kita hargai 
Terima kasih daun keladi lain kali baca N3 lagi ... hihi


kdg2 ada senior2 yg dh flw..sering bg komen tp xsudi BW kita..frustkan 

Friday, October 22, 2010

Nasib bangku merah

Salam Jumaat,

Bangku merah kesayangan mumi ni banyak gunanya
sebangai extra kerusi untuk meja makan yang didapur, 
tempat duduk bila menjahit dan paling penting untuk
mengambil barang didalam kabinet... tapi dalam 
seminggu ni hero kecik mumi selalu ambil untuk dia 
memanjat dan main-main air disinki dapur, letak atas mesin
basuh, tabletop, meja semua dia dah boleh ambil ....
kesudahannya nun atas tu... mumi letak bangkuk merah....
uhhh kesian.. padan muka, dua-dua orang susah nak guna..haha.. 


haa...dah nak main air lagi...

sempat pula syahmi posing

duklah atas tu..kalau boleh ambil gak ..pengsan mumi dia... 


badan mula rasa tak sihat..jerebu..jerebu ni...
 

Thursday, October 21, 2010

Bersemangat!

Semalam seorang teman jemput dtg melihat dapurnya 
yang baru renovate, memang cantik bila baru buat dapurkan 
tapi apa yang kita nak cerita kat sini ialah betapa kemasnya 
rumah dia dari dapur hingga ke ruang letak kereta.... 
bayangkan meja makan yg didapur pun dia letak 
hiasan buah-buahan plastik dan atas almari kasut diluar 
pun diletak jambangan bunga yang cantik.


Kita pun tiba-tiba dtg semangat nak mengemas rumah dan 
dimulakan di ruang dapur yg byk benda2 yg boleh dibuang tapi 
sayang nak buang....uhh...semangat....semangat dah mari!!

Moral of the story ialah kekadang kena ada sesuatu yg motivate 
kita untuk bersemangat nak lakukan sesuatu perkara itu.


Hari ni plan nak kemas bilik jahit yg dah mcm stor pula..hehe..


Wednesday, October 20, 2010

Asam Pedas Daging Tetel

Salam

Hari kita nak share resepi yang baru di pelajari dari 
negeri Melaka, sebenarnya baru pertama kali kami 
sekeluarga makan asam pedas daging dan tulang
selalunya tulang buat sup sajekan, sebelum ni
hanya makan asam pedas belbagai ikan saje.
sekali cuba yang ini..uiiihh...terangkat!! hehe..yummi...


Bahan-bahan macam masak asam pedas biasa


sekilo tulang lembu - di rebus empuk dahulu
1/2 kilo daging tetel - di rebus empuk dahulu
4bj bawang besar - kisar (lg byk lg sedap...pekat kuah)
4bj bawang putih  - kisar
1/2 inci halia  - kisar
cili kering - kisar ( lebih sedap dari beli cilibo)
belacan - sebesar ibu jari
lengkuas sikit, serai ( dititik )
helba
air asam jawa 




tumis bawang2, halia yg  dikisar, helba, serai, kalau daun kesum 
tak ada kita ganti daun kari aje kacau hingga naik bau
masukkan cili yg dikisar selagi bau tu tak mencucuk hidung 
tak rasa nak bersin lagi tu jgn masuk air asam jawa lagi..




dah masuk air asam, biar masak hingga gelegak dulu baru masuk 
tulang dan gaging tetel sekali dgn air rebusannya
tambah lah garam dan pak aji ( kita dah biasa masak ltk pak aji skit)
biar masak lama sehingga kuah pekat . Siap
 

Asam pedas daging tetel....makan sekali pasti nak lagi..


hubby pesan jgn masak selalu tak larat nk angkat perut... mkn bertambah2
 

Tuesday, October 19, 2010

pernah lihat.. Nasi Lamuni?

Pernah lihat Nasi Lamuni tak?
Tahu akan bebaikan Nasi Lamuni?

Sebenarnya kita pun baru pertama kali dengar ada nasi
bernama Nasi Lamuni, selama hayat ini hanya tahu nasi lemak,
nasi ayam, nasi minyak, nasi beriani, nasi dangang lah...
baru-baru ini jiran kita memperkenalkan, emm... rupa 
seakan-akan nasi kerabu, rasa seakan-akan nasi dangang
sikit kot... tapi yang bestnya nasi ni ada kebaikannya :-

1) untuk awet muda         
2) kebaikan untuk dalaman wanita
3) elok dimakan sewaktu dalam pantang





Nasi Lamuni
Cara masak pun senang aje, macam masak nasi lemak cuma 
kelapa tu kita blend sekali dengan daun Lamuni kemudian perah 
macam santan biasa. Kalau tak ada santan nasi ni jadi pahit.




Daun Lamuni kalau mkn biasa ..pahit







Suka makan atau minum makanan dan air tradisional yang baik utk kesihatan
 

Jom nak join GA

Salam, saje nak ajak kawan-kawan yg nak join contest ni
sebenarnya syaratnya tak perlu buat n3 pun tapi saje terlebih rajin...hihihi



Monday, October 18, 2010

Bila pernikahan tidak direstui

Mumi rasa cukup terkesan  membaca kisah-kisah
yang siarkan oleh media mengenai masalah rumah tangga
pelakon cantik Rita Rudaini, lebih terharu apabila dapat tahu 
yang dia sedang berbadan dua. patutlah dia sangat beremosi 
apabila memberi kenyataan-kenyataan di akhbar, memang 
kalau sedang hamil seseorang itu akan jadi lebih sensitif 
lebih-lebih dalam keadaan Rita sekarang yang masih belum 
boleh diterima keluarga mertua dan di fitnah pula oleh orang ketiga.

Mumi sangat memahami kerana mempunyai seorang kawan
rapat yang juga mengalami nasib yang serupa tapi bukan 
kahwin lari cuma tidak berapa direstu oleh ibu mertua mungkin 
kerana statusnya tapi berkat kesabarannya yang tetap melayan
baik ibu mertua, tetap pulang ke kampung  dan sentiasa
berbaik-baik dengan seluruh adik-beradiknya, alhamdulillah
dia diterima. Kita semua kena ingat sekali kita berkahwin dengan 
seseorang itu kita juga kena terima semua ahli keluarganya walau 
apapun perangai mereka kita kena cuba sesuaikan diri kita, dengan
cara itu suami atau isteri kita pun senang hati.

Buat Rita dan Aidil harap bersabar dan tenangkan diri.
Semoga kehadiran orang baru dalam kehidupan kalian
akan membawa sinar baru bersama keluarga mentua.




kenapalah orang berani buat fitnah tapi tak berani nak mengaku..??
 

Saturday, October 16, 2010

BLACKY dah sampai

Petang semalam.... alhamdulillah sampai juga 
note book HP dari Telekom Malaysia 
di terbangkan  dari negara Singapura
setelah lebih seminggu tunggu ....hihihi

My first Note Book tau ...sebelum ni asyik menumpang 
hubby punya laptop. Kita siap bagi nama lagi ...BLACKY...
hihi ... punya ler excited... lagi pun dia serba hitam.

so ... kawan-kawan ...
apalagi....JOM STEAMYX!!!
dapat FREE note book like me...hehehe!
promosi percuma untuk Telekom Malaysia
siapa lagi nak bagi note book percuma kan.. 

Thank you TM.... JOM STEAMYX....BEST!!



my darling ... BLACKY

dalam pun hitam...


Friday, October 15, 2010

Sosej kentang bersos



Hari Jumaat ... happening buat orang2 yang berkerja
almaklum la esok lusa cutikan....

Mata kita dah stop keluar nanah putih tu tapi bengkak 
tu masih ada lagi, kepala rasa dah ok dari semalam yang
rasa macam bengkak sebelah je so tak mau makan ubat 
tahan sakit lagi coz rasa asyik nak tidur je...errhh tak best!

Hari ni nak share cara masak sosej kentang bersos ...
yang mudah aje, favorite anak-anak mumi.. simple tapi sedap
lagi pun mata ni tak ok lagi tapi masak tetap kena masak kan... huhu










1) tumis bawang besar yg di mayang
2) masukkan tomato sos (sedap Kimball sos)-masuk air sedikit
3) masukkan kentang dan sosej yg telah dipotong nipis dan telah di goreng dahulu
4) letak sedikit aje garam bila dah pekat tu masak lah...




siap dah ...macam ala-ala masak kat hotel tau

Thursday, October 14, 2010

CEMAS DI HATI

Rasa cemas didalam hati ....

itu yang dapat kita gambarkan bila petang semalam 
selepas cuci muka untuk menghilangkan rasa mengantuk
sambil lihat muka di cermin, kita terperasan ada ketulan 
kecil ditepi dalam mata... bila lihat betul-betul ketulan tu 
macam keluarkan nanah putih...cuba lapkan dengan tisu
sahh... betul cecair putih bukan tahi mata...patutla 2-3 hari 
ni mata kanan asyik rasa pedih aje ingat tak cukup tidur...

Hati ni berdebar-debar ... tahu ajelah kita orang perempuan 
ni suka fikir yang bukan-bukan especially bab kesihatan ni..
dah lah anak berderet ...macamana dia orang ni kalau aku tak ada?
isshhh... macam-macam dalam fikiran ni.... terbayangkan 
pelakon veteran Normala Omar yang buta mata tiba-tiba....
macam-macam..risau-risau... tak sabar nak jumpa papa...


Selepas makan malam kita sekeluarga pun berangkat la 
ke Klinik Fauziah .... sepanjang perjalan tu tak tenteram 
aje hati ni...


Alhamdulillah Dr. Fauziah kata itu adalah jangkitan bakteria
kalau kena pada kelopak mata ....jadilah ketumbit tapi 
bila kena dalam mata .... ia mengeluarkan nanah...
so kena makan antibiotik sehingga habis untuk bunuh bakteria evil tu!


Kesimpulannya kita kena sentiasa jaga kesihatan walau dimana
bahagian badan kita ni pun... bila dah sakit baru tahu takut dan 
menyesal ambil mudah bab-bab kesihatan diri dan keluarga.


Tahun ni dah buat pap smear tapi teringin nak buat memogram..org kata 
itu lebih teliti tapi sakittt


 krim yg kena letak dalam mata tu tak berani nak pakai.. sakit

Wednesday, October 13, 2010

Motor GP di KLCC

Sabtu lepas tak berkesempatan pergi Sepang Circuit
untuk tonton perlumbaan motor GP  padahal dekat  saja
dgn rumah ... sebab turun Kuala Lumpur ada rumah terbuka
tapi kalau ada rezeki tak ke mana ....
masa jalan-jalan di KLCC ada pula pameran GP di situ ...
so kami pun tak lepas peluang bergambar... ramai betul 
manusia yang nak tengok motor-motor dan model motor...hehehe



Syahmi suka dapat naik motor
Papa tak boleh ... anak jer boleh ambil pic dgn model cun

Syirah tak lepas peluang

Motor idaman papa ... bergambar aje boleh la...

eh.. mumi pun nak menempek gak..hihi

motor favourite hero kecik ... merah


*best dpt jogging pagi td... walau sekejap ..rasa jantung ni aktif jer

Tuesday, October 12, 2010

Berjalan kaki otak bijak

ADAKAH anda bijak? Atau anda ingin jadi bijak?

Amalkan senaman berjalan kaki. Pengkaji di University Illinois membahagikan 
124 objek kajian kepada dua kumpulan untuk mengkaji kesan senaman dan 
kaitannya dengan kecerdasan minda. Satu kumpulan diprogramkan dgn 
senaman berjalan kaki 45minit sehari, tiga hari seminggu sementara kumpulan
kedua  melakukan senaman regangan sejam, tiga kali seminggu. Hasil kajian
selepas enam bulan menunjukkan kumpulan pertama yg melakukan senaman
berjalan kaki mendapat markah 15 peratus lebih tinggi drpd  kumpulan kedua 
dalam ujian yg direka utk mengukur kepintaran dan kebolehan fokus. -Harmoni

lagipun jauh berjalan luas pengalaman...banyak yg boleh kita amati dan pelajari.

Monday, October 11, 2010

Warong Mee Jawa

Kita nak syorkan satu tempat makan yang memang sedap 
walau hanya standard warong kan makanan kat situ cepat betul 
habis, kalau datang ke Kuala Lumpur nak pekena mee jawa
yang sedap ada juga mee kari, soto , nasi lemak dan nasi ayam
pergilah cari Warong Soto Berlada  di No. 61, Jalan Enggang,
Taman Keramat dari 5petang - 11 malam.

Pengasasnya ialah Mak Mah ( yg selalu berlakon cite seram tu) 
diusahakan oleh anak-anaknya...dengar cerita Adlin Aman Ramli 
pun nak buka Soto Berlada juga tapi versi restoran pula.... mana taknya 
warung ni cukup laku sampaikan banyak orang2 kaya selalu datang
beli bungkus.


Inilah kedainya.. nampak jer simple

Puan Besar ...Mak Mah
JJCM pernah dtg tau & gambar2 nostalgia

Mee Jawa ..kuah nya enakkk

Mee Soto utk anak2..nasi lemak dah habis

hubby makan .. xingat anak bini da.. sebelah tu pengurus Soto Berlada



Saturday, October 9, 2010

Bila dah sihat

Si manja buah hati mumi ni bila dah sihat 
macam ni lah dia .... susah muminya nak buat 
kerja ...asyik kena ganggu jer... dah lah mumi
dia tersangat rajin ... hihihi...

tapi takper lah dari sakit terlepek jer 
baik sihat...ganggu pun ganggulah..


selagi tak bg selagi tu dia tak puashati...


dah...gi tgk ..OSO... fav. dia..


p.s: diakhir2 syawal ni lg ramai org buat open hse... hari ni jer ada 2 jemputan

Friday, October 8, 2010

oh... kedai makan

Pada rabu lepas mumi pergi bank .... seperti biasa 
maybank di salak tinggi ni mesti penuh dan slowww
walaupun kita datang  awal pagi... 

selesai pun lambat mumi pun terus beli lauk siap masak
kat kedai sebelah 7E... 
mumi ambik 2 ketul ayam masak kari dgn kuah seplastik, 
lala masak rempak 1/2 plastik (byk tu..lala mentah pun mahal), 
pucuk ubi masak lemak dgn tulang ayam 1 plastik penuh
dan sambal belancan pun byk... 
memang sedap, banyak dan boleh makan 
sampai malam dan harganya rm10  jer...syokk betui

pada hari khamis keluar pergi nilai pula... hihi... kaki jalan 
betui kan... kali ni cik hubby ajak makan terus kat kedai 
makan dekat dgn McD, Nilai...  kita org makan budget jer..


mumi ambil nasi, ikan kembung goreng pedas, sayur n air kosong
hubby ambil nasi, ayam goreng yg comel, sayur n air kosong
anak ambil nasi 1/2, ayam goreng yg comel, sayur n air suam


nak tau berapa kena charge......

RM17 .....ish..ishh... nasib tengak kertas harga makanan 
yg letak bawah pinggan tu lepas makan...kalau tak mahu
mahu tak lalu makan....

kedai makan oooh kedai makan... jimat masak di rumah yer







Thursday, October 7, 2010

Terapi kaki dengan Ikan

Terapi kaki dengan cara kita duduk di tepi kolam dan 
membiarkan ikan-ikan kecik tu  (macam ala-ala perana tu)
menggigit kaki kita ..... macammana rasanya yek?

Ohh... tidakk... tak sanggup rasanya  kita...dahlah
ikan tu beremek-remek banyak nya ... 
belum lagi  terbayangkan yang ikan-ikan yang
banyak tu menggigit-gigit ntah berapa banyak kaki-kaki
orang lain ... dan dah tentunya ikan-ikan  tu tak
cuci giginya ..... tepuk dada tanya ler selera masing-masing...


10 minit terapi RM 5.00

ada berani nak cuba... mumi tengok boleh la...

Wednesday, October 6, 2010

Nasi Goreng Thai..yang ringkas tapi sedap

Nasi goreng kita reka sebab teringatkan Nasi Goreng 
Thai yang dijual di Restoran Beer Keller di Menara Haw 
Par, KL. 
Rasanya lebih kuranglah tapi yang penting ...
anak-anak suka ...setiap kali masak mesti dia orang ni 
makan habis...







1. Tumis bawang putih & merah sampai naik bau

2. masukkan ayam, ( kalau ada udang atau sotong lagi sedap)

3. masukkan 1 kiub tomyam - hancurkan

4. masukkan garam, nasi putih 3 mangkuk, sayur, telur- siap

5. kalau ada budak-budak keluarkan nasi goreng separuh, kemudian 
    tambah cili api yang di ketuk, goreng sekejap - siap yang pedas








dah siap ... nampak biasa jer tapi rasanya sedap..cubalah

Tuesday, October 5, 2010

Si Manja sakit

Biasalah musim-musim rumah terbuka lepas raya ni
memang ada satu lagi musim... iaitu musim sakitttt...

Tengok si manja hero mumi ni kalau batuk berpanjangan 
memang kesudahannya macam ni....
tak cukup tidur mumi berjaga malam tapi takpe 
demi buah hatiku sayang... cepat sihat ok !



mula-mula nak kena sedut gas...nangis tak mau..

bila bagi pegang sendiri ..baru ok

bila sakit... baru reti nak berehat..kalau tak....pengsan muminya

Monday, October 4, 2010

Birthday Syirah


Alhamdulliah .... selesai sudah majlis hari jadi syirah
sekali dengan majlis hari raya khas untuk adik beradik
dan 3 rakan rapat je...

bukan takmau jemput ramai tapi manpower tak cukup da...
dari subuh lagi kita dah masuk dapur masak dalca, ayam merah,
mee hoon sup, nasi beriani segantang lebih, air anggur dan lain2
dekat pukul  4petang baru selesai...lembab buat kerja yek..
maklumle tak biasa masak bebanyak...thanks to my hubby 
yang banyak membantu...

Memang penat bila buat open house ni tapi puashati
dan gembira bila semua jemputan hadir dan dapat
berkumpul ramai-ramai. 
Thanks to Abg Ngah & family, Kak De & family, Sha & the geng
Siti & Faezah, Bad & family dan Ita & family kerana sudi 
hadir walaupun jauh untuk memeriahkan majlis kita...

Kek tersampai lambat ..sori yang tak smpt makan yer..

Birthday Girl...Insyirah

part ni kanak-kanak paling suka....

Bad & isteri Ju yang ramah mesra

papa lewat  buka kedai tapi  laku..licin 3 ekor ayam ...

4 dara pingitan...mak tam & the geng
bergambar adik beradik sebahagian jer...
2 anak dara ..sampai sesat ke ladang gadong..ahak!
part ni mmg happening..sembur mnyembur ...hihi..