Thursday, September 30, 2010

Resepi Kek Pelangi

Sibuk hari ini lepas subuh dah masuk dapur untuk
buat 2 kek untuk majlis hari jadi syirah sabtu ni dan 
untuk tempahan kawan...

mari kita tempekkan resepi kek pelangi yang
memang jadi kegemaran anak-anak kita ...mudah..
sedap... kuantiti besar... boleh jamu orang dan
makan puas-puas...moh cuba..




KEK PELANGI

Bahan2 :

400gm      marjerin
400gm     gula kastor
400gm     tepung gandum
8 biji        telur
2 sudu     serbuk penaik
2 sudu     esen vanila
pewarna- hijau, merah, koko

Cara2:

1. pukul marjerin + gula = kembang
2. masukkan telur sebiji demi sebiji = kembang
3. masuk esen, s.penaik, tepung
4. siap dibahagi 4 bahagian = warna asal, merah, hijau, koko
5. bakar dalam 1 jam

Selamat mencuba....



siap untuk dibakar


Kek Pelangi dah siap


yang siap di potong 




CHOCOLATE MOIST ..tempahan dari rakan

Wednesday, September 29, 2010

SUSU dan PICAGARI

Pernah nampak tak... budak kecil yang minum susu
dengan picagari...? 
ni dia buah hatiku ... Norsyahmi Daniel



budak baikkkk..

emm..sedappnyer..

Rasa-rasanya hero kecik mumi jer yang satu-satunya..
the one and only... hehehe.. 
dari baby sampai lani dah umur 2 1/2 tahun
selain wajib nyot-nyot ...susu cap gantung!
inilah kerja mumi 4 kali sehari nak beri 
dia minum susu ....
bukan tak pernah bagi pakai botol susu...
macam-macam fesyen botol dah beli..tak jalan..
jenuh menunggu dia minum...tak habis-habis...
belum bab main-main di lantai la..merata-rata...
Nasib baik stok untuk picagari baru tu sentiasa ada...
Alhamdulillah..kalau tak susah...






antara koleksi botol susu yang kena reject...

Tuesday, September 28, 2010

Jiran baru....

Sejak berpindah 5 tahun yang lalu ke kediaman kita duduk
sekarang ni kami sekeluarga hanya ada jiran sebelah kiri je...
pasangan india yang tak ada anak, jiran sebelah kanan
tak pindah lagi pasalnya kerja polis dan duduk pun 
di kuaters polis dan tak pernah nak sewakan rumahnya...
nampak macam orang sayang rumah ..setiap sebulan 
sekali mesti datang kemas rumah....

Tiba-tiba di pagi yang aman hari ini...datang sebuah lori
yang berhenti betul-betul sebelah rumah kita...alahai...
rupanya kita dah dapat jiran baru....
tak lama lepas tu berbunyi la...bunyi-bunyian yang tak pernah 
di dengari dari jiran-jiran sebelah sebelum ini...yang pasti kalau 
bunyi bising...haa... tu dari rumah kita jer le.. sebabnya hanya kita 
yang beranak kecil...hihihi....sekarang ni dah ada 2 buah rumah 
yang selalu buat bising..suara anak la...muminya la...haha...peninglah 
jiran-jiran yang lain


Selamat datang wahai jiran baruku...


Lori plat T..ha ..dari negeri mana tu...


Jiran baru dari Terengganu..lepas ni boleh belajar kecek ghanu....

Sunday, September 26, 2010

Sumitomo dalam kenangan...

Pertemuan semula selepas 7 tahun di rumah terbuka kawan
mengimbas semula kenangan sewaktu berkerja di Sumitomo
Eletrik...masa tu office kami di 30th floor, Menara Haw Par,
Jalan Sultan Ismail. memang meriah suasana berkerja dalam
kumpulan yang besar dengan bos-bos dan rakan-rakan yang best
tetapi selepas company itu di tutup pada November 2002
akibat masalah di Jepun ...sukar nak dapat berkerja dalam
company dan rakan-rakan macam di Sumitomo(SEIKL) dulu...

Hopefully dapat berjumpa dengan yg lain-lain pula bila buat gathering lagi...


me, jane & ms. anne
4 YB yang still available..ahak!
ketibaan ex-manager ..siap kena iring lagi..
bersama tuan rumah Gina & hubby berdiri dipintu ..
kami bersama bakal menantu Nur Umaira Fatimah..nama melayu tulen sori gina ..hihi
Kenangan Farewell Dinner November 2002..


Farewell Dinner 2 big boss Mr.Subra & Mr. M.Kbayashi

Friday, September 24, 2010

Kek Cawan Coklat

Musim lepas raya ramai yang buat rumah terbuka
Sekolah 2 anak dara mumi pun anjurkan majlis hari raya
Memandang kuih raya banyak yang dah habis...so mumi
cari resepi yang mudah dibuat untuk mereka bawa ke sekolah.
Kek coklat ni mudah dibuat dan hasilnya sedap & lembab.

moh cuba….


KEK CAWAN COKLAT 


Bahan-bahan:

250 gm mentega
210 gm gula kastor(halus)
4 biji telur
230 gm tepung gandum
50 gm koko
1 sudu kecil serbuk penaik
100ml susu segar(pakai susu tepung pun ok)


Cara menyediakan:

1. Pukul mentega & gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang
3. Masukkan tepung yg telah diayak diselang dgn susu segar
4. kacau rata & masuk dlm cawan kertas separuh & hias dgn coklat rice diatas
5. Bakar lebih kurang 20minit


Kek Coklat Lembab
Syirah dah ready nak gi majlis raya di tadika

Thursday, September 23, 2010

BUMI HURU-HARA 2013 KERANA MATAHARI

Aktiviti nyalaan api yg meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara
di seluruh dunia pada tahun 2013,lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yg meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan eletrik dan komunikasi
satelit selain menjejaskan penerbangan. Perkhidmatan kewangan dan komunikasi
radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiusaha Pertahanan Britain,Dr.Liam Fox semasa 
ucapan pada persidangan kelamahan grid eletrik di seluruh dunia di sini pada
Ahad lepas. Sebelum ini,Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan
Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran besar matahari itu akan menghasilkan
tahap radiasi yg tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di bumi
sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.
 
 Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dgn kuasa letupan 
100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20kali ganda
lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika 
Syarikat pada 2005- Agensi



*SEMOGA IANYA TIDAK BERLAKU SEPERTI YANG DI RAMALKAN...AMIN! 

Wednesday, September 22, 2010

Tradisi lama dilupa jangan...


Di sebabkan kesibukan pulang beraya ke kampung
pada raya pertama dan pulang semula ke Selangor
pada raya kedua dan macam-macam hal lagi....

Tradisi orang melayu kita di pagi hari raya
iaitu bermaaf-maafan tetap kami buat walaupun 
tertunda hari nya....

Kami sekeluarga hanya berkesempatan bermaaf-
maafan pada malam raya ke-4...
sebabnya papa baru balik dari kerja shift petang
dan esoknya angah nak balik Gopeng, Perak
ditengah malam raya tu kami anak beranak melaram 
dengan baju-baju raya masing-masing....
inilah hasilnya walau masing-masing kepenatan
tapi rasa sangat bahagia, gembira dan merapatkan 
lagi hubungan kekeluargaan....memang patut 
diamalkan dan diteruskan oleh generasi seterusnya...

Setuju tak?


Minta maaf zahir dan batin papa...byk dosa ni..hihi
 Syirah yang rajin menolong...oklah maaf segalanya...
dua orang yang selalu bergaduh..memang kena bermaafan la...
Hero kecik Daniel selalu buli kak teh..

Sunday, September 19, 2010

Adab Anak di meja makan


Antara panduan boleh diikuti di bawah. Sebenarnya kita yang dah besar ni pun kekadang terlupa dan tak  tahu adab-adab ini. Hari Raya ni kan ramai yang buat open house so boleh lah kita praktikkan pada anak atau diri sendiri...


* Makan dgn sudu jika makanan bersifat mi atau bihun.  Jika makan nasi boleh makan dg tangan.

* Duduk dgn tegak dan jangan bawa pinggan ke mulut.

* Jangan sumbat banyak makanan dalam mulut, makan perlahan-lahan utk mengelakkan tercekik.

* Kunyah makanan dengan mulut tertutup.  

* Jangan buat komen tentang makan yg tak sedap, ia akan mengecilkan hati tuan rumah.

* Ajar anak  ucapkan terima kasih atas makanan yg telah di hidangkan.

* Jika makanan bukan jenis bufet, tunggu hingga semua juadah di atas meja dan dijemput makan.

*Jangan biarkan anak anda mencampur-campur makanan. Jangan gelojoh, pastikan anak menganbil masa 5 saat sebelum mengunyah makanan lain.

* Pesan anak anda jangan cungkil gigi depan tetamu dan tuan rumah, Jika mahu pergilah ke tandas.

* Sebelum pulang ajar anak anda utk mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, sekurang-kurangnya berilah penghargaan tentang layanan dan masakan mereka.


*sumber dari utusan malaysia

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Papa kena berkerja raya tahun ini... so kami buat plan last minit 
balik kampung di Kuala Lipis, Pahang pada petang hari raya selepas
papa balik dari kerja.

Malam Raya mumi hanya masak Nasi Minyak, Ayam masak Merah 
dan Dalca. Esokkan nak balik kampung tak payah lah nak masak 
ketupat dan rendang kan boleh makan di kampung ...huhu...

Pagi hari raya mumi kena hantar papa ke station ERL untuk
naik train ke KL. Balik semula ke rumah mumi mula sibuk
mengosok baju-baju raya kami sekeluarga dan menyiapkan 
baju-baju yang nak bawa balik kampung walaupun balik
hanya sehari tetapi barang-barang yang nak di bawa balik 
tetap standard banyaknya....baju-baju, bantal, kuih-kuih raya,
kasut sahaja paling kurang masing-masing nak bawa 2 pasang
dan macam-macam lagi....emm penuh kereta...apa-apa aje lah
janji anak-anak bergembira....

3.30 petang kami dah sampai KL...untuk jemput papa dari kerja dan
pulang ke kampung...Kuala Lipis. Sepanjang jalan banyak juga kereta
nampaknya ramai juga orang yang pulang ke kampung pada hari raya
pertama ....tapi yang bestnya melihat semua orang
berbaju kurung dan melayu ....satu kereta ada jer yang sedondon warnanya
contohnya kami le...warna oren....kalau balik sebelum raya tak nampak
pemandangan macam ni...hihi....

Sampai ke Kuala Lipis 6 petang. Apa lagi gembira
sungguh anak-anak dapat jumpa sepupu-sepupu, bapa dan mak saudara
dan yang paling penting wan esah mereka.....

baru sampai bergambar dulu dgn wan
main dengan hamster mak tam
sempat beraya di rumah kawan baik papa

best friend dari sekolah rendah
daniel kerjakan tudung saji wan

 Farah, syirah, daniel bersama mak su & mak tam
bergambar sblm balik ..ini baru sebahagian je
perjalanan pulang semula ke KL..emm boring...

 dah sampai KL

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Raya


Akhirnya biskut-biskut Raya selesai di buat dengan bantuan anak-anak dara mumi... memang diaorang ni yang sibuk bertanya bila nak mula buat biskut raya. Tahun ini hanya sempat buat buat 5 jenis dan mungkin lepas raya boleh sambung buat lagi sebab bahan-bahan ada banyak lagi. Tahun depan mumi berazam nak mula semula berniaga biskut raya yang sebelum adalah buat tempahan sikit-sikit iaitu Biskut Tart, Biskut Suji Susu dan Kek Coklat. Semoga impian mumi akan tercapai ...

Biskut Suji Susu
Daniel pun nak tolong
Syirah sibuk membantu
Farah buat biskut Suji Coklat
Biskut Tart
Almond London

Sunday, September 5, 2010

JEM NENAS (INTI TART)

Minggu ini memang di khaskan untuk buat kuih raya ...
bermula dengan buat inti Tart Nenas dari 4 biji nenas
resepi ni mumi belajar dari makcik jiran depan rumah
boleh tahan sedap dari beli inti di kedai ..dah lah mahal
kita pun ragu-ragu cara pembuatannya ..cara buat inti ni
mmg leceh ..tapi hasilnya memuaskan...

RESEPI INTI TART NENAS
1 mangkuk gula
3 mangkuk nenas (telah diparut)
5 sudu gula batu
1 sudu kecil esen vanilla

*dimasak sehingga berkilat dan tak melekit

Nenas parut
Tengah masak
dah siap masak


Saturday, September 4, 2010

Jalan-jalan dan berbuka puasa diluar



Hari ni papa cuti... so kami plan nak pergi shopping apa-apayang
tak ada lagi di tempat biasa kami shopping dan tempat yang 
anak-anak memang suka sangat iaitu di Alamanda, Putrajaya.
Shopping baju di Parkson saje memang tengah sale giler-giler
murah ....seronok ler membeli-belah akhirnya kami sekeluarga 
berbuka di tepiParkson yang ada playground bersama-sama 
ramai lagi umat Islam yang tak sempat cari tempat berbuka best
juga sekali-sekala macam tu...



Playground tepi Parkson






























Setelah selesai berbuka ala kadar...kami sekeluarga pun bergerak
ke Saba Restoran di Cyberjaya...hehe..memang plan nak bebuka
di sana. Setelah di perkenalkan oleh pak ngah Saba Restoran ni  
dah masuk dalam restoran yg wajib di kunjungi...ha..jangan tak  
tau restoran ni sangat ramai pengunjung yg berbilang 
bangsa...paling ramai orang arab la..sebab makanan 
arab sedap dan lain dari yg lain..


2 Hero ku..Papa & Syahmi
Late buka puasa di Saba Restoran



Syirah berlatar belakang mat2 arab
Farah & Syirah

Thursday, September 2, 2010

Radio Kereta baru

Hero Kecik Syahmi

Sudah 2 bulan radio kereta kami dah rosak dikerja oleh hero kecik mumi ni...
selalu sangat masuk kan dulit syiling dlm tape radio..akhirnya terus radio rosak..
setiap kali naik kereta terpaksa la nyanyi sendiri ..hihi..

Semalam sempena hari merdeka kot...papa beli radio kereta yang baru .. 
takut berlaku kejadian yg sama  oleh hero kecik papa beli yg CD ..huhu.. 
emm...semuanya teruja asyik duduk dlm kereta jer

Radio baru..