Friday, December 24, 2010

Setiap Yang Hidup Pasti Merasai!

Salam,

penghulu segala hari sudah tiba
apa khabar sahabat semua
semoga sentiasa sihat dan ceria
  
kita nak berkongsi kisah sedih jiran setaman 
kak aishah yang terkenal dengan keenakan 
nasi lemak di gerai di taman kami

pada 19 disember 2010 baru ini telah pergi 
mendaftarkan anak perempuannya sebagai
pelajar baru di UKM, bangi 

pada malam 22 disember anaknya telah 
teribat dalam kemalangan maut sewaktu 
keluar bersama rakan dengan menaik motor
untuk makan di McD berdekatan 

lebih menyedihkan lagi arwah menjadi mangsa 
langgar lari dan mayatnya hanya di temui 
sekitar pukul 3 pagi pada 23 disember, iaitu semalam
lebih malang tiada langsung beg dan pengenalan diri 
dapat di jumpai dan polis hanya jumpa kad pelajar
yang tak bernama untuk mencari warisnya

ada orang yang curi ke....wallahualam
zalim sungguh orang yang melanggar itu
dapat kah dia hidup tenang dengan kenangan 
buruk itu...semoga Allah membalasnya!

naluri kita sebagai seorang ibu sangat memahami
kesedihan kak aishah yang asyik menangis
setiap kali orang datang untuk bersalam
semoga kak aishah dan keluarga tabah dalam 
mengharungi dugaan ini. 

Allah SWT berfirman yang maksudnya:
setiap yang berjiwa pasti merasai kematian 


Al-Fatihah buat arwah anak perempuan kak aishah


sentiasa risaukan hubby yang lebih menaiki motor dari kereta 
bila pergi kerja... sayanggg... suami kita tau!

35 comments:

kakcik said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Semoga juga Pn Aishah dan keluarga beliau dikurniakan dengan ketabahan yang bukan sedikit.

Queen said...

memang sedih..

masa arwah atuk hampir kene langgar lari (orangtu nak larikan diri)..

pun dah marah...

nasib baik orang kampung nampak dan kejar...

semoga keluarga kak asiyah bertabah sentiasa..

noor said...

sedih tak terkata...smoga kaka aishah tabah menghadapi dugaan yg sedemikian..
smoga roh anaknya ditemptkan disisi org2 yg beriman...amin
slmt pg jumaat kak ati

~ yus ~ said...

Al-Fatihah.

Memang sedih..semoga roh arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

Pada Kak Aishah, harap tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.

miloais said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah buat arwah

✿....rossa alina....✿ said...

sedihnya...semoga roh dicucuri rahmat.. :(

Ati Masrif said...

kak cik,
ameen, betul tu

queen,
org yg tak ada perasaan

Ati Masrif said...

noor,
ameen
salam jumaat noor

yus,
sedih sgtkan

Ati Masrif said...

milo,
ammen

roosa,
mmg sedih...ameen,

Cik Pah said...

alfatihah .. moga rohnye tenang disana..

dan moga keluarga arwah lebih tabah.

sal said...

al fatihah..moga ALLAH mencucui rahmat ke atas rohnya dan memberi kekuatan pd ahli keluarganya. Ameen..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Bismillahirahminirahim , Kullu nafsin zaiqatul maut.

Setiap insan didunia ini kena redha dan tabah, semoga kak Aishah tabah.

Mak Su said...

innalillah...... dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali

Kakzakie said...

Salam Ati

Astaghfirullahal'azim....besarnya duggan kak Aisyah itu. Semoga roh anaknya tenang dan tergolong bersama mereka yang beriman.

Al-fatihah.....

Ayuraza said...

ASTAGHFIRULLAH..
ni la kalo manusia da ilang rasa takut kan TUHAN..
mohon kak aisyah bersabar..
terlalu besar dugaannya..^__^:

wahida said...

al fatihah utk arwah...semoga dia tenang di sana...amin..
besar sungguh dugaan kak aisyah tu...semoga dia tabah...

sarah-najwan said...

sedih baca..
al fatihah utk arwah..

Dee said...

Ya Allah..sedihnya ati..moga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah..takziah utk keluarga kak aishah..

Citarasa Rinduan said...

ati..sedihnya ayu baca entry ini
salam takziah utk kak aisyah yer...

semoga arwah anaknya dimasukkan dalam golongan org y beriman..amin

ana said...

al-fatihah

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Alahai...


sedihnya.
Al-Fatihah buat arwah.

cemomoi said...

innalillah.. kekadang rasa orang melayu yang pandai-pandai, bijak, baik ni cepat beno peginya, tinggal le ramai juga yang tak jadik manusia ni, dok menyusahkan orang

Zullism said...

mmg sedey kalau yang pergi camtu...kita tak tau lagi keadannya nanti...alfatihah

sahromnasrudin said...

ya Allah...SEDIHNYA cerita ini..napa ada manusia kejam sanggup curik pengenalan dirinya..dunia skrg..memang kejam..innalillah hiwainna ilahi rojiun

Kamsiah said...

semoga si ibu redha dgn pemergian si anak..mmg lah teramat sedih,anak yg bakal bergelar mahasiswa,bakal membela nasib keluarga..pergi dalam keadaan begitu..

h4ni3 said...

ya Allah..
sungguh menyayat hati
semoga keluarga arwah tabah dgn takdirNya

CIK TOM said...

ya Allah sedih giler bc kisah ni..smpi hati lggr n lari camtu je..smga arwah ditmptkan diklgn org yg beriman..amin..

gadisBunga said...

ya Allah...sedih sangat....

hancur luluh hati kak aishah yg kite pun tak terbayangkan mcm mana...

semoga k aishah tabah. ada hikmah yg lebih besar di sebalik kehilangan ini...insyaAllah.

Allah akan balas setimpal kepada pelakunya.

p/s: moyang saya pernah dilanggar lari. meninggal di tempat kejadian.

Ati Masrif said...

ayuraza,
mmg lani manusia dah tak takut apa-apa dah!

cemomoi,
betul lah ramai yang cerdik pandai yang pergi dulu
yang banyak tinggal ni ...suka merosakkan diri, negara, dunia :(

Ati Masrif said...

zul,
tak tahu macam kita pula nantikan..redho saja

sahrom,
mmg kejam..biar dia hidup merana dgn
kenangan buruk itu

Ati Masrif said...

kamsiah,
betul tu ...anak dia ni adalah yang pandai dan yang paling cantik

besar dugaan kak aishah!

GB,
berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikulkan

mesti GB pun tahu bgmna perasaan kak aishah jugakan

semua,
ameen! semoga dia tenang disana

syira aka sepatu hijau said...

salam...

tiada yang lebih sedih daripada kesedihan kehilangan yang tersayang..semoga beliau tabah selalu :)

Papa Mifz said...

ish sedih nye bila baca entry nih...mesti si ibu lg sedih kan...harap dia kuat & tabah meniti hari mendatang....

Pendekar Berkuda said...

...aduhh....ingatkan puisi tadi...susunan ayat seperti puisi lagaknya...

..emang hati yang menangis siapa tahu kan? yang kita lihat selalunya zahir sahaja..

..semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini..Amin...

~faty~ said...

innalillah...
faty tak tau pun kak ati..
huhu