Tuesday, November 2, 2010

Kandang Kerbau

Salam semua.

Teringat pada zaman awal 80an ketika kami adik beradik 
mengikut emak berhijrah ke Malaysia, ketika itu emak tak 
nak anak-anak  jadi rakyat Singapura dan juga tak mahu
abang kita kena ikuti program national service yang 
diwajibkan oleh kerajaan pada mereka yang berusia
18 tahun tak kira miskin atau kaya. Emak orang Malaysia
dia juga mahu anak-anaknya jadi rakyat Malaysia.

Bermulalah kehidupan kami adik beradik bersekolah 
di sini. Ketika itu kita baru nak masuk darjah satu dan yang 
kita tahu bila cikgu tanya lahir di mana? kita jawab Singapura.
Cikgu tanya hospital mana? kita jawab Kandang Kerbau...
dan satu kelas akan ketawakan kita dan selalu diejek-ejek
oleh kawan-kawan ketika itu kita selalu rasa rendah diri
sehinggalah seorang cikgu yang bernama cikgu Hassan
yang menerang pada kelas yang Kandang Kerbau itu adalah 
Hospital Bersalin yang terbesar di Singapura dan semenjak itu 
kita dah tak rasa malu lagi malah rasa banggga....hahahah!


pameran di KLIA airport

aksi ganas main sliding di dalam KLIA Airport
Syahmi simanja papa
mumi pun manja papa gak..hehe!
hantar tok masrif balik di station ERL
 sekarang ni walaupun anak masih kecil kita tetap akan terangkan sesuatu perkara 
yang dia tidak faham supaya dia tidak keliru..

18 comments:

ana said...

pernah gi singapore sekali jer...tapi penduduknya tak pulak nampak padat wpun pulau kecik.

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

xpenah lagi jejak kaki ke singapore....
btoi tue..kita kena terangkan dekat anak2 kecik supaya diorang paham dan tau....

Shibam Jelita said...

syahmi chomell !

Cik Pah said...

wah..syahmi mengganas di klia..hehehehe

Ieda Al-Habsyi said...

tu laa...kalau tak tau jangan gelakkan orang kan..sniri malu, vangge skit ngan s'pore :)

Dee said...

sebelah suami ada saudara mara di singapore..tp dee jejakkan kaki ke singapore pun x pernah..hehehe..

kak ina mail said...

geram tengok syami .comel .betul apa ati, kalau nak tegur budak-budak kena ada alasan ynag munasabah.baru dia faham.

Rinna said...

Tak penah lagik pergi s'pore..tah bila laa dpt jejak kaki ke sana.. hehehe..

Cam na laa.. leh namakan hospital tuh ngan nama Kandang Kerbau..kan..

nabilah_2908 said...

tk pernh pergi s'pore...tgk dari jauh je...hehehe..

hmm...betul juga tu..dgn budak2 kena terangkan betul2...jgn sampai mereka salah faham... :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
ALLAH SENTIASA BERSAMA KAMU

Yan said...

kitarang selalu name it as Hospital KK..

Zullism said...

time hantar ayah akak tu mesti sedih...bila lagi dapat jumpa ayah tu akak?

Ati Masrif said...

ana,
sana lain dari sini kan semua teratur kalau tak kena saman

puple,
kak ati pun dah lama tak kesana

shibam & cikpah,
aksi ganas ciptaan syahmi..hihi

dee,
kalau ada saudara lehlah gi sana kalau xde yg susahkan sana 2.4 lebih dr RM

Ati Masrif said...

kak ina,
budak2 lani lebih senang kalau kita terangkan

rinna,
agaknya dekat dgn kandang kerbau kot..hahahha

nabilah,
pandai betui nabilah ni walau blum kahwin yek

Ati Masrif said...

kak yan,
eh! kak yan pun asal sana yer

zul,
hehe..dah biasa ayah jauh..emm tak tau bila lg tapi dia kata nak mai sini seronok kot kat malaysia ni..hihi

Hunny said...

saya 3 kali dah ke singapore. orang Melayu sana dah kurang cakap Melayu, banyak omputeh, sebab memang bahasa kebangsaannya English. Tapi negaranya bersih dan aman..

suri solehah said...

Shami n mumi sama manja :-)

NM02 said...

comel sungguh anak2 awak. suker tgk rambut syahmi. budak lelaki kalu rambut kenteng mcm tu, tersangat la cute!

mummy_ayu said...

ibu kita org s'pore pun lahir kats epital kandang kerbau tu..mula mula dgr tu..gelak besar..