Monday, October 18, 2010

Bila pernikahan tidak direstui

Mumi rasa cukup terkesan  membaca kisah-kisah
yang siarkan oleh media mengenai masalah rumah tangga
pelakon cantik Rita Rudaini, lebih terharu apabila dapat tahu 
yang dia sedang berbadan dua. patutlah dia sangat beremosi 
apabila memberi kenyataan-kenyataan di akhbar, memang 
kalau sedang hamil seseorang itu akan jadi lebih sensitif 
lebih-lebih dalam keadaan Rita sekarang yang masih belum 
boleh diterima keluarga mertua dan di fitnah pula oleh orang ketiga.

Mumi sangat memahami kerana mempunyai seorang kawan
rapat yang juga mengalami nasib yang serupa tapi bukan 
kahwin lari cuma tidak berapa direstu oleh ibu mertua mungkin 
kerana statusnya tapi berkat kesabarannya yang tetap melayan
baik ibu mertua, tetap pulang ke kampung  dan sentiasa
berbaik-baik dengan seluruh adik-beradiknya, alhamdulillah
dia diterima. Kita semua kena ingat sekali kita berkahwin dengan 
seseorang itu kita juga kena terima semua ahli keluarganya walau 
apapun perangai mereka kita kena cuba sesuaikan diri kita, dengan
cara itu suami atau isteri kita pun senang hati.

Buat Rita dan Aidil harap bersabar dan tenangkan diri.
Semoga kehadiran orang baru dalam kehidupan kalian
akan membawa sinar baru bersama keluarga mentua.




kenapalah orang berani buat fitnah tapi tak berani nak mengaku..??
 

17 comments:

Ibu Iman said...

sbb tu restu org tua tu penting kn?

mummysyafie said...

dulu masa bercinta, bila mak tak suka terus takut nak teruskan hubungan. sebab orang kater satu pernikahan tanpa restu orang tua takkan berkekalaan...kiranya banyak dugaan yang datang

Ati Masrif said...

ibu iman,
restu orang tua mmg penting!

mummysyafie,
sepatutnya kena dapat restu dulu jika xmau dugaan yang peningkan kepala

Cik Pah said...

pasal kes rita tuh.rasenyer pembawakan budak kot.. tu sebab asyik panas jer rumahtangga sekejap..tapi paper semalam kata diorang dah settle dah.. alhamdulilah

cheqna said...

salam
cheqna compius ngan statemen last tu..
"kenapalah orang berani buat fitnah tapi berani nak mengaku..??"
yang penting restu orang tua memang penting
salam kenal jugak

Ati Masrif said...

cikpah,
atipun rasa pembawakan budak...harap betui2 settle

cheqna,
psl kes org ke-3, statemen tu ada yg tertinggal...hehehe dah betuikan dah..TQ

kak ina mail said...

pada rita
pada mak aidil

bertolak ansur itu satu nikmat.Apalagi cubalah

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bertolak ansur n mengalah sangat penting....klu semua nak tegakkan ego masing2....huhuhuhuhuhuh

dan yang paling penting dalam sebuah perkahwinan restu parents....kan...semoga perkahwinan kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa

ana said...

semoga badai itu berlalu pergi...amin!

rATu kEBaYA said...

harap2 kedua2 belah pihak boleh bertolak ansur

Ati Masrif said...

kak ina,
betui sgt..bertolak ansur cara yg berkesan
ati selalu cuba...hihi

purplelicous,
mengalah pun salah satu caranya juga

ana,
ati pun harap begitu..amin

ratu kebaya,
betui..kedua-dua pihak!

Rinna said...

Harap dengan kehadiran baby baru nie dapatlah rita dan family mertuanya berbaik². Kena bertolak ansur antara mereka kalau tak sampai bila pun tak akan selesai..

sarah-najwan said...

salam..betul tu..restu org tua amat2 pnting..kita pom da tgk contoh2nya..jika x..akan ada hal2 berbangkit nati..

Ati Masrif said...

rinna,
maybe hadirnya new baby bw sinarkan

sarah,
amatla benar, susah kalau berbangkit2

Zullism said...

boleh ambik buat teladan...kesian si rita!!! umo jauh sangat tu bezanya..

Ati Masrif said...

zul,
hihi..part umur yg takutt yer

A.I said...

Tp tuler kan, jodoh pertemuan sume kt tangan Allah.. :)