Friday, September 24, 2010

Kek Cawan Coklat

Musim lepas raya ramai yang buat rumah terbuka
Sekolah 2 anak dara mumi pun anjurkan majlis hari raya
Memandang kuih raya banyak yang dah habis...so mumi
cari resepi yang mudah dibuat untuk mereka bawa ke sekolah.
Kek coklat ni mudah dibuat dan hasilnya sedap & lembab.

moh cuba….


KEK CAWAN COKLAT 


Bahan-bahan:

250 gm mentega
210 gm gula kastor(halus)
4 biji telur
230 gm tepung gandum
50 gm koko
1 sudu kecil serbuk penaik
100ml susu segar(pakai susu tepung pun ok)


Cara menyediakan:

1. Pukul mentega & gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang
3. Masukkan tepung yg telah diayak diselang dgn susu segar
4. kacau rata & masuk dlm cawan kertas separuh & hias dgn coklat rice diatas
5. Bakar lebih kurang 20minit


Kek Coklat Lembab
Syirah dah ready nak gi majlis raya di tadika

1 comment:

Noradzuan said...

Habis sold out kek mak dia...sesiapa nak order bolehlah untuk jamuan tadika ha..ha...