Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Papa kena berkerja raya tahun ini... so kami buat plan last minit 
balik kampung di Kuala Lipis, Pahang pada petang hari raya selepas
papa balik dari kerja.

Malam Raya mumi hanya masak Nasi Minyak, Ayam masak Merah 
dan Dalca. Esokkan nak balik kampung tak payah lah nak masak 
ketupat dan rendang kan boleh makan di kampung ...huhu...

Pagi hari raya mumi kena hantar papa ke station ERL untuk
naik train ke KL. Balik semula ke rumah mumi mula sibuk
mengosok baju-baju raya kami sekeluarga dan menyiapkan 
baju-baju yang nak bawa balik kampung walaupun balik
hanya sehari tetapi barang-barang yang nak di bawa balik 
tetap standard banyaknya....baju-baju, bantal, kuih-kuih raya,
kasut sahaja paling kurang masing-masing nak bawa 2 pasang
dan macam-macam lagi....emm penuh kereta...apa-apa aje lah
janji anak-anak bergembira....

3.30 petang kami dah sampai KL...untuk jemput papa dari kerja dan
pulang ke kampung...Kuala Lipis. Sepanjang jalan banyak juga kereta
nampaknya ramai juga orang yang pulang ke kampung pada hari raya
pertama ....tapi yang bestnya melihat semua orang
berbaju kurung dan melayu ....satu kereta ada jer yang sedondon warnanya
contohnya kami le...warna oren....kalau balik sebelum raya tak nampak
pemandangan macam ni...hihi....

Sampai ke Kuala Lipis 6 petang. Apa lagi gembira
sungguh anak-anak dapat jumpa sepupu-sepupu, bapa dan mak saudara
dan yang paling penting wan esah mereka.....

baru sampai bergambar dulu dgn wan
main dengan hamster mak tam
sempat beraya di rumah kawan baik papa

best friend dari sekolah rendah
daniel kerjakan tudung saji wan

 Farah, syirah, daniel bersama mak su & mak tam
bergambar sblm balik ..ini baru sebahagian je
perjalanan pulang semula ke KL..emm boring...

 dah sampai KL

2 comments:

Kartini said...

jauhnya ulangalik KL to KL. Mau dekat 2 jam.. Apa2 pun, Selamat Hari Raya.

Ati Masrif said...

apa boleh buat cik abe kerja di hari raya....