Sunday, September 19, 2010

Adab Anak di meja makan


Antara panduan boleh diikuti di bawah. Sebenarnya kita yang dah besar ni pun kekadang terlupa dan tak  tahu adab-adab ini. Hari Raya ni kan ramai yang buat open house so boleh lah kita praktikkan pada anak atau diri sendiri...


* Makan dgn sudu jika makanan bersifat mi atau bihun.  Jika makan nasi boleh makan dg tangan.

* Duduk dgn tegak dan jangan bawa pinggan ke mulut.

* Jangan sumbat banyak makanan dalam mulut, makan perlahan-lahan utk mengelakkan tercekik.

* Kunyah makanan dengan mulut tertutup.  

* Jangan buat komen tentang makan yg tak sedap, ia akan mengecilkan hati tuan rumah.

* Ajar anak  ucapkan terima kasih atas makanan yg telah di hidangkan.

* Jika makanan bukan jenis bufet, tunggu hingga semua juadah di atas meja dan dijemput makan.

*Jangan biarkan anak anda mencampur-campur makanan. Jangan gelojoh, pastikan anak menganbil masa 5 saat sebelum mengunyah makanan lain.

* Pesan anak anda jangan cungkil gigi depan tetamu dan tuan rumah, Jika mahu pergilah ke tandas.

* Sebelum pulang ajar anak anda utk mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, sekurang-kurangnya berilah penghargaan tentang layanan dan masakan mereka.


*sumber dari utusan malaysia

No comments: