FLOWER'S OF MY LIFE
Saturday, June 2, 2012
Debaran....
Apa yang akan berlaku hari ini ye...
Hati berdebar-debar...
Semoga semuanya hari ini akan di permudahkan...amin!
Tuesday, May 29, 2012
23hb Mei Setiap Tahun
Assalamualaikum,
23hb Mei ialah hari lahir Angah yang telah pun berlalu tapi tetap nak abadikan cerita ini.
Sejak 4 tahun yang lepas telah pun menyambut hari lahirnya jauh dari keluarga.
2 tahun di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. 1 tahun di Matrik Gopeng, Perak.
Tahun ini dan 4 tahun akan datang insyaAllah Angah akan menyambut di Kota Kinabalu,
Sabah pula.
Seorang anak yang pandai berdikari sejak sekolah lagi dan tidak suka meminta-minta
kalau bukan keperluan pelajaran sahaja. Dia tahu kami bukan orang senang dan kerana
kesusahan ini jugalah Angah kuat semangat untuk berusaha dan berjaya.
Mummy berdoa Angah sentiasa sihat dan pandai membawa diri di tempat orang. Semoga
Angah akan berjaya mencapai cita-cita dan terus berjaya di dunia dan di akhirat....amin!
| Angah dan Farah dulu2. Seorang yg mendengar kata dan suka melayan budak2. |
Kembali sibuk menjahit untuk baju raya ke-2 kami berempat dan tempahan jiran.
Harap dapat siap semuanya sebelum Ramadhan menjelang ^_____^
Monday, May 28, 2012
TM Dan Streamyx...Ada Masalah Ke??
Assalamualaikum,
Kejap timbul kejap tenggelam saje kita ni. Begitu juga dengan dengan talian
Telekom dan talian Streamyx di kawasan kediaman kami. Sejak minggu lepas
nak buat n3 pasal birthday Angah dan macam-macam lagi tapi semuanya terbantut
kerana masalah talian ini.
Kenapa ye ...PIHAK TM dan PIHAK STREAMYX??
5-6 hari tak ada line, selepas itu malam tadi tiba-tiba ada dan pagi ini tak ada semula
dan petang ini ada semula. Kalau Streamyx saje tak apa juga ini dengan talian TM pun
sekali hilang.
Selamat bercuti pada yang bercuti di musim sekolah ini...kita tak kemana2 coz
hubby sangat sibuk dan tak dapat bercuti pun...huhu~
Subscribe to:
Posts (Atom)